CHAPTER 9

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

New chapter coming !! Sorry sebab lama tak update T-T Harap semua tak marah ye :v Enjoy ^^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Jadi, kenapa kamu setuju berkahwin ? Kenapa tak terangkan kepada kami ?”

 

Bila Encik Byun bertanya demikian pada mereka, Hyura menjadi kelu. Dia juga tidak ada jawapan untuk itu, cuma Baekhyun saja ada jawapannya.

 

 “Sebab Baek nk bertanggungjawab appa. Baek tau, tak mudah orang nak terima Hyura lepas perkara terjadi. Walaupun kami tak bersalah, tapi nama Hyura tetap tercemar kerana Baek. Lagipun appa dan eomma sendiri tengok macam mana penerimaan keluarga Hyura. Mereka tak boleh terima kenyataan dan Baek pun tak boleh nak melepaskan Hyura macam tu aja pada keluarga dia.

 

 “Baek dan Hyura yang buat masalah ni, jadi Baek juga perlu ada sama-sama Hyura unruk hadapinya, appa, eomma,” terang Baekhyun dengan tenang.

 

Hyura semakin kagum dengan lelaki di sampingnya ini. Cukup tegas dan tenang.

 

 “Kenapa tak bagitau kami awal-awal, Baek ? Kenapa Baek sorokkan ? Sekarang Baek rosakkan hidup Hyura ?” tanya Puan Byun pula. Simpati dia mendengar cerita ini. Simpatinya bukan untuk Baekhyun, tetapi buat gadis itu. Dia merasakan keputusan Baekhyun berkahwin dengan Hyura itu lebih merosakkan kehidupan Hyura.

 

 “Eomma.. Hyura minta maaf. Tapi Hyura tak rasa Baekhyun rosakkan hidup Hyura. Malah Hyura bersyukur, Baekhyun sanggup kahwin dengan Hyura, sanggup terima Hyura. Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan kami ini, Baekhyun dah mengangkat maruah Hyura di mata keluarga  Hyura sendiri,” ujar Hyura dengan sebak.

 

 “Kalau kamu baru kenal, kenapa boleh berdua macam tu ? Kamu kan tau benda tu tak elok dan boleh menimbulkan syak.” Sekali lagu Puan Byun cuba memahami cerita sebenar kerana dia yakin, ada yang disembunyikan oleh kedua-duanya.

 

 “Malam tu, Baek putus tunang dengan Krystal, dan kebetulan masa Baek putus dengan Krystal tu, Baek terserempak dengan Hyura. Hyura pun masa tu ada masalah dengan Dongwoon. Hyura nampak lemah sangat, jadi Baek ajak dia bersama Baek tenangkan fikiran.” Baekhyun memikul segala kesalahan.

 

Hyura pelik. Kenapa Baekhyun tidak berterus terang ha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!