CHAPTER 4

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Aku akan bertanggungjawab. Dia akan jadi isteri aku dan aku tak nak kau sentuh dia walau satu jari sekalipun !”

 

Kata-kata Baekhyun mengejutkan satu ruang tamu itu.

 

Hyura terjerit kecil kerana terkejut. Malah Baekhyun sendiri terkejut dengan keputusannya. Tetapi entah kenapa dia rasakan semua ini betul dan tepat. Idea dia dan Hyura sebagai suami isteri itu dirasakn sangat betul dan tidak ada satu sudut pun yang salah.

 

 “Nampaknya kita dah ada jalan penyelesaian. Kita kahwinkan ajalah mereka ni kalau mereka pun dah setuju. Esok, kita tunangkan dia orang. Apa kata Encik Park ?” Nampak gayanya Encik Byun menerima keputusan anaknya dengan keadaan terbuka. Mungkin dia juga merasakan apa yang Baekhyun rasakan. Ini jalan terbaik untuk menyelamatkan gadis itu.

 

 “Kalau dia dah nak bertanggungjawab, kami ikutkan ajalah. Lagipun kami tak nak bertambah malu pula di kemudian hari.” Sinis suara Encik Park menuturkannya. Bagai sudah terputus dengan seribu kepastian yang Baekhyun dan Hyura bersalah.

 

 “Kalau macam tu kira setujulah. Esok kami akan ke sini lagi. Ini pun dah lewat sangat. Kami minta diri dulu,” pinta Encik Byun.

 

Kiranya mereka sudah mencapai kata pemutus. Rasanya lebih baiklah mereka minta diri dulu. Lagipun dari mereka sampai, terasa kedatangan mereka tidak dialu-alukan. Walaupun disambut baik, namun kedinginan itu tetap terasa. Bukan meminta layan kelas pertama, tetapi kalau air pun tidak terhidang, nampak sangat kehadiran mereka tidak dialu-alukan untuk berlama di sini.

 

Kerlingan diberikan pada isterinya sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk pulak.

 

 “Baekhyun.” Encik Byun memanggil anaknya sekali lagi apabila Baekhyun masih berdiri berhadapan dengan  Hyura.

 

Kedua-dua pasang mata itu hanya memandang tanpa sebarang suara. Mata Hyura penuh tanda tanya kenapa Baekhyun mengambil keputusan sebegini. Anak mata Bekhyun pula tenang tanpa sebarang alasan.

 

 “Sekejap, appa.” Baekhyun meminta bapanya menunggu sebentar.

 

Baekhyun ragu-ragu untuk meninggalkan Hyura sendiri di sini malam ini. Takut keluarga itu menggila selepas mereka pulang. Namun dia tidak juga boleh membawa gadis itu pergi ataupun terus tinggal di sini bersendirian. Bagaimana untuk dia halang daripada tubuh gadis itu terus disakiti oleh bakal mertuanya ? Bagaimana dia hendak lindungi Hyura.

 

 “I dah nak balik ni. I risau you tinggal sendiri kat sini. You masuk bilik sekarang, kunci pintu dan keluar walau apa-apa pun berlaku. Esok pagi-pagi I datang sini jumpa you, kita pergi cari cincin. Pergilah masuk, I tunggu sampai you masuk bilik. Jangan keluar. Pergilah,” arah Baekhyun tanpa memberi sebarang peluang untuk Hyura bersuara. Kerisauan jelas kedengaran pada nadanya dan di raut wajahnya.

 

Seketika Hyura terleka dengan perhatian dan sikap ambil berat Baekhyun. Terkhayal sekejap keadaan yang cemas ini. Apabila Baekhyun menggesanya untuk naik, sekali lagi Hyura menurut. Pantas kakinya masuk ke dalam bilik tanpa menoleh lagi. Meninggalkan mereka yang masih setia di luar.

 

Baekhyun hanya memerhati laju tubuh sederhana tinggi itu naik ke atas. Kemudia dia baru tersedar yang dia belum ada nombor telefon milik gadis itu. Tetapi tidak apa, nanti dia boleh bertanya pada Chanyeol. Pasti sahabatnya itu tahu maklumat gadis itu. Lagipun dia sememangnya perlu tahu siapa gadis itu dan dia hanya ada tiga hari untuk mengumpul maklumat.

 

-----------------------------------------------------------------------------------

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!