CHAPTER 7

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

Maaf sebab lama tak update. Maaf sangat-sangat T-T Ni Chapter baru.. Enjoy.. Abaikan typo or ayat yang merepek. Thanks for SUBSCRIBE   and UPVOTE  ^^

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Baekhyun tidak bisa memandang Hyura dengan pandangan biasa. Setiap kali matanya menyapa wajah Hyura, semestinya ada bias simpati dalam sinar anak mata hitam miliknya. Betapa tingginya harga yang Hyura perlu ayar atas sekecil kesalahan mereka yang hanya inginkan ketenangan. Untuk menyalahkan takdir, Baekhyun pasti itu bukan satu tindakan yang bijak kerana mereka tetap bersalah apabila berdua-duaan begitu. Cuma satu Baekhyun percaya, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kini.

 

Baekhyun membantu Hyura mengemas. Dia tahu Hyura sangat segan mengemas di hadapannya. Wajah Hyura yang memerah sambil duduk di atas katil, menyambut baju-baju yang dihulurkannya itu, lalu terus dimasukkan ke dalam beg, menceritakan betapa malunya gadis itu. Baekhyun yakin yang dia adalam lelaki pertama yang seintim ini dengan Hyura. Tiba-tiba dia berbangga untuk itu.

 

 “Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya ?”

 

Soalan itu mengejutkan Baekhyun. Soalan yang terkeluar di bibir isterinya setelah mereka sah menjadi suami isteri. Bukankah soalan itu patut Hyura tanya sebelum berlangsungnya perkahwinan ini ? Apalah isterinya ini.

 

 “Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam mana, terima ajelah,” balas Baekhyun dengan selamba. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Hyura itu.

 

 “I perasan you ada lagi banyak seluar daripada dress. Tak suka pakai dress ya ?” usik Baekhyun setelah Hyura sedikit senyap selepas dia menjawab soalan isterinya tadi.

 

Dia ingin menceriakan suasana. Sengaja dia mengusik sebaik sahaja dia selesai membantu Hyura mengeluarkan baju gadis itu dari dalam almari. Dalam membantu sempat lagi dia usha baju Hyura. Baju gadis itu semuanya berfesyen ringkas dan sederhana. Yang banyak adalah jean dan T-shirt. Dress pula boleh dikiraa dengan jari. Kemaja pejabat dan seluar slack pun ada beberapa helai sahaja.

 

 “Tak berapa nak selesa kalau pakai dress. Lagipun kerja tak berapa nak selesa pakai dress sebab banyak bergerak,” jawab Hyura lembut. Jujurnya dia tak tahu bagaimana berbual dengan Baekhyun. Kekok rasanya.

 

 “Tapi you nampak cantik pakai dress. Cantik macam sekarang.”

 

Ayat itu keluar dari mulut Baekhyun. Ikhlas kedengaran, seperti pujian, namun sengihan Baekhyun umpama mengusik pula. Makin tidak keruan Hyura dibuatnya.

 

Penat Hyura memikir adakah itu pujian ataupun usikan saja. Jika memang itu adalah pujian, kembang hidung Hyura dibuatnya. Tapi benarkah pujian ? Terus saja mata Hyura mencari wajah Baekhyun. Terbias keikhlasan pada wajah itu. Benarlah di sebalik senyuman mengusik itu, Baekhyun benar-benar memujinya. Kembang sebentar hati Hyura dibuatnya.

 

Mestilah Hyura nampak cantik. Bukankah sekarang dia memakai baju pengantin ? Sesiapa sahaja jika memakai baju pengantin, akan terserlah kecantikannya yang tersendiri. Seri pengantin agaknya.

 

 “Ada apa-apa lagi ke you nak I tolong ? Baju lain ?”

 

Suara Baekhyun sekali lagi memecah kekakuan Hyura. Terbang segala fikirannya kala terdengar suara itu. Lama Hyura memikirkan apa yang ditanya oleh Baekhyun. Blur di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!