CHAPTER 11

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

Read the NOTE at the end of the chapter

-------------------------------------------------------------------

Baekhyun menunjukkan sekeliling rumah. Tidaklah begitu luas dan ada kolam renang macam dalam cerita di televisyen. Biasa-biasa aje. Cuma yang menariknya di keliling rumah dihiasi dengan bunga. Di sebelah kanan yang lebih luas, ada air terjun dan kolam ikan yang berkonsepkan Bali. Cantik. Di tengah kolam ikan itu pula ada sebuah pangkin sederhana besar yang laluannya sebuah titi kecil yang nampak teguh buatannya. Melihat pangkin sederhana besar itu, Hyura tahu tempat itu akan menjadi tempat lepaknya nanti.

 

 “I paling suka tempat ni,” kata Baekhyun.

 

Macam tau-tau aje aku nak buat rampasan kuasa pada taman ni, kata Hyura dalam hati.

 

 “Rajinnya eomma hias semua ni.” Hyura ikhlas memuji. Zaman sekarang, bukan senang untuk melihat seorang wanita menguruskan keluarganya tanpa bantuan mana-mana pembantu rumah, apatah lagi kalau keluarga itu datangnya dari kalangan orang berada.

 

 “Eomma memang rajin. Kalau boleh I nak isteri I pun rajin macam eomma. Biar tak cantik, asalkan sedap hati memandang. You masuklah... I nak jogging. Dah lambat ni,” kata Baekhyun.

 

Hyura akur akan arahan Baekhyun. Dia melangkah meninggalkan perkarangan taman yang cantik itu dengan membawa bersama kata-kata lelaki itu tadi. Betul ke dia tak kisah kalau aku tak cantik ? Tapi Krystal tu cantik. Baekhyun pilih Krystal kerana gadis itu cantik. Dongwoon juga pilih Krystal kerana gadis itu cantik. Maknanya cantik itu penting dalam hidup lelaki. Aduh ! Pedih hati Hyura mengenangkannya. Memang virus hati betullah. Hendak saja Hyura wartakan nama Krystal dan Dongwoon itu sebagai virus hati.

 

 “Termenung.”

 

Terkejut Hyura apabila Baekhyun menguis hidungnya. Ketika itu baru Hyura sedar kalau dia berjalan terus sedikit lagi tadi, dia akan melanggar kereta Baekhyun yang terparkir di ruang hadapan rumah.

 

 “You ni tak habis-habis dengan kelam-kabut. Bahaya tau. Kalau you lintas jalan tadi macam mana ?” Tegur Baekhyun sambil menggelengkan kepala.

 

Aduh ! Membebel pulak dia pagi-pagi ni. Tadi kata nak jogging, kenapa pulak tiba-tiba tercongok kat sini, bisik Hyura dalam hati. Hyura pandang wajah Baekhyun yang selamba itu.

 

Bebelan tadi terhenti dan digantikan dengan senyuman. Kepala Baekhyun kelihatan tergeleng-geleng memandang Hyura.

 

Sah-sah dia tengah kutuk aku ni ! Desis hati Hyura.

 

 “I nak tanya you, beg tangan you kat mana ?”

 

Baekhyun ni memang suka buat aku dapat sakit jantung bila bertanya. Apa hal mamat ni tiba-tiba aje tanya pasal beg tangan aku ?

 

 “Dalam biliklah,” ujar Hyura perlahan.

 

 “Ya ke ?” tanya Baekhyun lagi.

 

Nada ketidakpercayaan itu menyuntik keraguan di hati Hyura. Hyura mengangguk yakin.

 

 “Berapa nombor telefon you ?” Ba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!