CHAPTER 8

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

Ketika Hyura dan Baekhyun tiba di rumah, kebetulan Taehyung juga baru memberhentikan keretanya. Rumah milik keluarga Byun ini memang besar. Mungkin boleh diiktiraf sebuah banglo, tetapi tidaklah banglo sebesar milik mak-mak Datin. Cuma sebuah rumah membawa maksud, pemilik rumah ini daripada golongan yang senang.

 

Melangkah sahaja melintasi taman mini, hati Hyura sudah terpikat dengan kedamaian rumah yang cukup indah ini.

 

Baekhyun dan Taehyung membantu Hyura mengeluar dan membawa semua harta bendanya untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Ala, berat mana sajalah satu beg pakaian dan kotak sederhana besar, kan ? Kenyataannya orang yang tidak membawa apa-apa memang senang saja cakap. Jadi, nak buat macam mana ? Hyura ikut sajalah Baekhyun dan Taehyung dari belakang.

 

Apabila sampai di hadapan pintu, baru Hyura perasan Puan dan Encik Byun sudah lama menunggu kedatangan mereka.

 

 “Kenapa Tae lambat sampai ?” Soal Puan Byun dengan dahi berkerut. “Kau melaram kereta Hyura ke mana ?”

 

Taehyung tersengeh bagi menjawab pertanyaan Puan Byun itu. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Hyura.

 

Boleh tahan ligat juga budak yang berumur tujuh belas tahun ni, detik hati Hyura sambil tersenyum.

 

 “Tersengih pula dia. Tae tolong hantarkan barang-barang Hyura ke dalam bilik Baek. Hyura masuklah. Sekarang rumah ni pun dah jadi rumah Hyura juga,” katanya sambil tersenyum manis.

 

Pelawaan Puan Byun itu disambut senang oleh Hyura. Dengan penuh sopan dia masuk ke dalam rumah yang ruang tamunya berlatar belakangkan warna biru laut. Sungguh mendamaikan.

 

 “Tae, tolong hantar barang Hyura dalam bilik tamu sebelah bilik hyung tu.” Arah Baekhyun yang pantas memintas arahan ibunya.

 

Arahan yang bercanggah itu membuatkan semua orang memandang Baekhyun, termasuklah Hyura.

 

Nampaknya layanan baik Puan Byun tadi membuat Hyura terlupa alasan kenapa Baekhyun berkata begitu. Seolah-olah dia juga turut terkejut dengan arahan Baekhyun. Lupa di sebelah pihak mana dia patut terasa. Apabila Baekhyun memberi isyarat mata, cepat-cepat Hyura memahami maksud lelaki itu.

 

Puan Byun dan suaminya saling berbalas pandang sebelum pasangan itu merenung Baekhyun dan Hyura meminta jawapan. Malah Taehyung turut memandang mereka dengan wajah tidak percaya.

 

Kecut terus perus Hyura dibuatnya. Ini yang buat Hyura mengangkat bendera putih sebelum berjuang. Megaku kalah demi keselamatan diri. Keluarga, nusa dan bangsa xD. Biarlah dia berkorban apa saja.

 

Pantas Hyura menarik lengan baju Baekhyun untuk m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!