CHAPTER 6

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

“Hyung.. Krystal noona,” ujar Taehyung sambil menunjuk ke arah pagar.

 

Hyura dan Baekhyun terus berpaling. Manusia-manusia yang telah melukakan mereka kini muncul di hadapan mata.

 

Hyura tegak berdiri pada mulanya. Namun apabila Baekhyun menariknya untuk melangkah ke arah pasangan itu, entah kenapa kakinya menurut walaupun sebenarnya dia tidak ingin bertemu mereka.

 

Erat tangannya membalas genggaman Baekhyun. Bagai mematerikan satu ikatan sah di mata mereka yang memandang. Kini empat pasang mata bertentangan. Hyura hanya memandang kosong wajah manusia-manusia di hadapannya. Tangannya masih erat dalam genggaman Baekhyun.

 

 “Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami.”

 

Suara Baekhyun bernada tenang itu menyapa pendengaran. Seolah-olah kedatangan mereka itu dijemput. Bagai tiada apa-apa yang terjadi pada mereka sebelum ini.

 

Reaksinya, Krystal hanya menunduk dah Dongwoon asyik merenung garang ke arah Hyura. Tidak tahu kenapa dan untuk apa renungan itu. Renungan yang menyatakan Hyura pula yang berhutang dengan dia, bukan sebaliknya. Ingin Hyura membalas tegas renungan itu namun hanya seketika cuma sebelum Hyura menunduk,  mengalah.

 

 “Ini semua tak sepatutnya berlaku, Hyura. Awak sepatutnya jadi hak saya. Sepatutnya ini majlis kita.” Dongwoon bagaikan tidak ada rasa bersalah berbicara sedemikian.

 

Sepertimana Dongwoon, Hyura juga tidak berperasaan pun kala Dongwoon menuturkannya. Hyura hanya diam membisu dan membiarkan Baekhyun dengan baik hati membalasnya.

 

 “Patut atau tak semuanya dah terjadi. Hakikatnya ia sudah terjadi dan aku rasa kau juga tau kenapa ini terjadi,” tegas Baekhyun. Menghantar rasa bersalah di hati Dongwoon dan menyedarkannya, kerana dia semua ini terjadi. Jika dia ingin salahkan sesiapa, dia hanya perlu menunjuk dirinya sendiri.

 

 “Baek.. Mianhae.. Krys tau

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!