Stress!

You're Mine 2

        "Min Ji!!!!"

Min Ji yang sedang melayan video di laman youtube mengeluh apabila namanya dipanggil oleh L. Nak berehat sikit pun tak boleh. Jahat punya boss.

"Oh MIN JIIII!!"

Min Ji berderus kasar. Ipadnya diletakkan di atas meja. Dia keluar dari biliknya. L yang berada di dalam toilet sambil memegang sehelai kemaja memandang Min Ji dengan pandangan tajam bagaikan burung helang sedang mencari mangsanya.Dengan langkah yang malas,Min Ji menghampiri bossnya.

"Kau ni pekak ke?Dah  berapa kali aku panggil kau,tapi kau buat dek je. Aku potong gaji kau kang!"

"Lambat sikit pun nak membebel boss ni. Sikit-sikit nak potong gaji. Err.. Dah la kacau orang nak tengok citer Gu Jun Pyo. terpekik-pekik panggil nama orang. taulah nama orang sedap nak disebut...Bla..bla..Bla." Bebel Min Ji pada L. Sudah lah tadi dia kena marah sebab letak beberapa cili api pada lauk yang dimakan oleh L. Bukan setakat marah,kena tengking pun ada jugak. Nasib badan.

"menjawab!Menjawab! Ingat sikit eh. Aku ni boss kau,kau tu cuma orang gaji je!Jangan nak banyak songeh!"

Kepala Min Ji diketuk.

"Sakit lah! Dah ada mulut,jawab jelah. Nampak sangat tak guna otak." Kepalanya digosok bagi menghilangkan kesakitan. Suka hati mak bapak dia je ketuk kepala aku.

"menjawab lagi budak ni!" L menyekeh kepala Min Ji lagi. Min Ji memuncungkan bibirnya. Aku saman jugak boss ni kang. 

"Kau buat apa dekat baju aku ni? Kenapa warna baju aku turun?" Tanya L sambil menunjukkan baju tersebut pada Min Ji. Mata Min Ji terus membulat ala-ala Do Kyung Soo. Min Ji diam. Hanya kedengaran air yang menitik di atas lantai.

"Aku tanya kau kan? Asal kau senyap?"

Min Ji hanya mengangkat kedua-dua bahunya sebagai tanda tidak tahu.

"Asal kau tak tau?Kau yang basuh baju ni kan?Apa kau buat dekat baju aku?" Tanya L lagi. Sekali lagi Min Ji menjawab dengan menggunakan bahunya. L mengetap bibirnya.

"kau ni dah tak ada mulut ke nak jawab?" Baju kemeja tersebut dicampak ke dalam baldi sehingga air campuran tersebut terpercik pada muka Min Ji.

"nanti saya menjawab,boss marah saya pulak. Saya diam je lah." jawab Min Ji dengan jujur. L memandang Min Ji yang membuat muka tidak bersalah itu.

"Aku cekik jugak budak ni kang. Apa kau buat dekat baju aku?" Tanya L untuk kali ketiga.

"Ermm.buat macam apa yang boss suruh buatlah. basuh baju." 

"Sekali lagi,aku tanya elok-elok. Kau buat apa dengan BAJU AKU?" Perkataan Baju aku itu sengaja ditekankan. Min Ji sudah membuat muka.

"Boss ni memang tak faham bahasa betul.Saya basuh baju boss dengan cecair warna biru dengan hijau tu. Faham tak?Ke nak saya tunjuk macam mana saya buat tadi?" Cecair warna biru dan hijau itu ditunjukkan kepada bossnya.Min Ji mengetap bibirnya. Geram pulak dengan boss ni.

"Kau cuci dengan cecair biru dengan hijau ni?!" Min Ji mengangguk beberapa kali.

"kau ni dulu pergi sekolah ke tak?Kau tahu tak cecair warna biru dengan hijau tu apa?!" Min Ji mengangguk lagi.

"Cecair tu sabun lah. Pewangi baju." balas Min Ji dengan semangat.

"Kepala hotak kau pewangi! Yang warna biru tu clorox la bengong! Yang Hijau tu untuk cuci jamban la bodoh!" Sekali lagi kepala Min Ji disekeh oleh L. Rambutnya yang baru sahaja disikit menjadi kusut masai akibat L. Min Ji mengetap bibirnya.

"kepala saya memang ada otak. Mana lah saya tahu tu bukan pewangi. Lain kali bagitahulah saya. Saya ni pekerja baru boss. saya mana tahu benda-benda yang ada dalam rumah boss ni. Boss ni..Sikit -sikit marah,sikit-sikit marah. Nanti cepat tua tahu tak?" Jawab Min Ji sambil mencekak pinggangnnya.

"macam mana aku tak marah kau?Buat kerja sikit dah salah. Dah la malas aku layan kau!pergi buang baju ni sebelum kau aku buang dekat tong sampah!" Kata L sebelum  meninggalkan Min Ji keseorangan dalam tandas tersebut.Min ji mencebik.

"Baik Boss!"

              Suasana yang bising akibat dendangan lagu dari Kumpulan Vixx yang kuat di halaman rumah Hana langsung tidak menarik perhatian Min Ji yang sedang berdiri sambil memerhati keadaan sekeliling. Ada yang sedang menari,ada yang sedang berbual . Min Ji memandang dua orang pengawalnya dan Butler Kang yang sedang berdiri disebelahnya. Sebaik sahaja dia meninggalkan rumah L, dia dijemput oleh pengawalnya untuk ke rumah Hana kerana Hana membuat party semperna hari lahirnya. Nasib baik Hana ini merupakan kawan baiknya. Jika tidak,pasti dia akan terus pulang ke rumah. Buang masa sahaja pergi party-party ni. Penat yang masih terasa membuatkan dia tidak ada mood untuk berhibur.

Kelihatan Hana melambaikan tangannya pada Min Ji. Min Ji tersenyum apabila melihat Hana,Hye Ji,Mie ra dan seorang perempuan yang tidak dikenali mendatang ke arahnya.

"Unniee!! Kenapa lambat?" Badan Min Ji dipeluk oleh Hana,Hye Ji dan Miera. Min Ji tersenyum. Hilang terus rasa penatnya sebentar tadi.

"I'm sorry! Happy Birthday,Hana! May God bless you! Love you!" Sebuah kotak yang dibaluti oleh pembalut yang dipegang oleh pengawalnya diberikan kepada Hana. Hana tersenyum keriangan. Kotak tersebut disambut dengan ucapan terima kasih kepada Min Ji.

"Siapa ni?" tanya Min Ji kepada Hye Ji dan Miera sebaik sahaja Hana meminta diri kerana bapanya memanggilnya. Perempuan yang

berdiri di sebelah Miera terus menunduk kepalanya sebagai tanda hormat pada Min Ji.

"Annyeonghaseyo,Kim Gyu Rim imnida! Kawan Hana masa tadika dulu." Min Ji mengangguk sebelum memperkenalkan dirinya pula.Perbualan  Min Ji dan Gyu Rim semakin rancak sebaik sahaja memperkenalkan diri.Min Ji sudah dapat mengesan bahawa Gyu Rim bukan dari keluarga yang sederhana tapi dari keluarga yang berada.Dengan gayanya sahaja,Min Ji dapat tahu.Hye Ji dan Miera pulak sudah menghilang ke mana tah.

"Jadi..unnie sekarang ini bekerja sebagai maid la ni dekat rumah lelaki jahat tu?" Tanya Gyu Rim. Min Ji tersenyum. Semua benda tentang dia,dia ceritakan pada Gyu Rim sehinggakan  L yang handsome tu itu,digelar lelaki jahat pada Gyu Rim.Malas dia hendak bagitahu nama sebenar Lelaki jahat tersebut pada Gyu Rim. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu. 

"Yup.bayangkan lah Unnie kerja jadi maid!Oh God! Ini baru beberapa hari unnie kerja,kalau sebulan..perhh..Tiap2 hari akan hadap muka dia.Naseb baik hari Sabtu dengan Ahad unnie cuti." Luah Min Ji.Gyu Rim hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk apabila mendengar cerita dari Min Ji.

"kesian unnie.."

"Tapi nak buat macam manakan?Appa unnie buat macam tu mesti dia ada sebab.Tak mungkin appa unnie suruh unnie buat macam tu untuk sahaja-saja kan?sabarlah Unnie! Fighting!" Min Ji tersenyum apabila Gyu Rim memberi kata-kata semangat kepadanya.Sekurang-kurangnya tak ada lah dia asyik bermasam muka sahaja.

Masa berlalu dengan pantas.Tepat pukul 11,Min Ji meminta diri berama-sama pengawalnya untuk pulang ke rumah.Pada mulanya,Hana tidak membenarkannya pulang kerana masih terlalu awal untuk pulang.Tapi hendak buat macam mana?Badannya terlalu letih.Terpaksalah Hana membenarkannya pulang.


I'm Back!XD Mohon comment lepas baca silent readers.Dan subs sekali. hehehe. Makasih.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^