Buli

You're Mine 2

      "Aku minta maaf pasal pagi tadi.aku tak bermaksud pun nak cakap macam tu dengan kau. Aku cuma jealous bila kau cakap kau nak jumpe pakwe kau." kata L sambil meletakkan plaster pada jari Minji yang luka.

Minji terkedu dengan kata-kata L.

"Ehem..kau jangan nak salah faham okay!Aku tak suka kau pun. Cuma aku tak suka kalau dengar orang kata nak pergi date walaupun tak ada berkaitan dengan aku" Balas L apabila melihat reaksi Minji yang terkejut. Minji mencebik kepada L. Tangannya ditarik daripada pegangan L.

"Saya tak cakap apa-apa pun. Boss tu ha yang salah faham. terima kasih la tolong rawatkan luka ni." Minji bangun dari kerusi yang diduduk.Baru sahaja dia ingin berlalu,tangannya ditarik oleh L.

" Kau nak pergi mana?"

" Baliklah!Dah pukul 5:58 dah." balas Minji.

"Eh belum lagi..ada lagi 2 minit. kemas benda ni semua baru kau boleh balik." Pegangan tangan dilepas. L memberikan senyuman sinis kepada Minji sebelum meninggalkan Minji keseorangan di dapur.

"Ceh!Tak guna punya boss. Ingatkan dah insaf rupa-rupanyer tak." Minji berdengus kasar. Minji segera mengemas barang-barang yang berada di atas meja makan tersebut.Setelah meletakkan kotak first aid di tempat asalnya, Minji masuk ke dalam biliknya lalu mengambil barang-barangnya. Dia perlu segera pergi dari rumah ni kalau tak nanti L suruh dia buat macam-macam pula.

Minji melihat kiri dan kanannya. Mencari kelibatan L disekelilingnya. Apabila sudah pastikan ketiadaan L di ruang tamu, terjengket-jengket Minji lalu ke ruang tamu ke pintu utama.

"Ehem-ehem!" Terbantut perbuatan Minji hendak membuka pintu utama.Minji mengetap bibirnya.

Aku dah agak dah!mesti dia panggil aku punya

Minji pusing menghadap L yang berada di belakangnya. Sebuah sengihan dihadiahken kepada L. L membalas dengan panahan matanya yang tajam pada Minji.Terus mati sengihan Minji.

"Esok bawak baju lebih. Esok kau kena kerja overtime." kata L dengan suara garaunya.

"Kerja overtime?Tak naklah!"

"Kalau kau tak nak gaji kau naik, aku tak kesah..ikut suka kau lah." Balas L sambil memeluk tubuhnya.

"Naik gaji?Okay! Jangan cakap overtime, anytime pun boleh!" Kata Minji dengan semangat. L mengetuk kepala Minji.

"dasar mata duitan betulah kau ni" Minji memuncungkan bibirnya.

"Tapi kita nak buat apa sampai kena bawak baju lebih?" Tanya Minji kepada L

"kita pergi air terjun." Kata L dengan senyuman sinis.Tersenyuman lebar Minji dibuatnya. Sekarang sedang musim panas, dapat pergi air terjun. Perghh! Heavennn..

" Baik Boss!"

       "Butler Kang!Ooooo Butler Kang." 

Habis berselerak meja kerja dengan fail-fail yang dibawa oleh Butlernya. Minji mengetuk-getuk meja denga pen yang dipegang. Pintu bilik kerja diketuk sebelum dimasuki oleh Butlernya. Kerusi yang berada dihadapan Minji ditarik sebelum diduduk.

"Ada budak baru masuk eh?" Soal Minji.

Butler Kang mengangguk. Minji mengeluh.

"Patutlah...Suruh dia buat balik. Ni susunan pun salah. Suruh sesiapa ajarkan dia.Saya nak hari rabu." Arah Minji sambil menghulurkan sebuah fail yang berwarna biru kepada Butler Kang.

"Semua fail ni saya dah sain.Hari jumaat ni saya datang office,suruh pekerja-pekerja bersiap sedialah. Saya akan adakan meeting. Pastikan semua orang datang.And one more! Pack baju saya. Kim Myung Koo tu nak bawak saya pergi air terjun esok." Arah Minji lagi.Butler Kang mengangguk sambil mengemas fail-fail di atas meja.

"Kim Myung soo miss. maknanya Miss tak baliklah esok?" Minji mengangguk sebagai jawapan.

"Lagi satu. Boleh tak jangan suruh bodyguard asyik ikut saya je. Saya bukannya kena culik pun. kalau kantoi dengan Myung soo tu macam mane?"

"tapi ini arahan terakhir daripada Dato'. Walau macam mana pun, kami tetap kena jaga Miss." Kata Butler Kang dengan tegas. Minji mengeluh.

       Minji memandang ke luar tingkap kereta bahagian sebelah pemandu.Senyuman di bibir tak pernah hilang semenjak keluar dari rumah tadi. L yang berada di sebelah menjeling kepada Minji.Minji menyandarkan badannya. Bosan. Minji tersengih sebelum menekan punat radio di kereta.

 Oh you
My eyes on you
My eyes on you
Odd-eyed it’s you
Jom deo ne moseubeul naege boyeojwo
Sumgiji marajwo
My eyes on you
Odd-eyed it’s you

"Oh youu~~ My eyes on Youuuuuu uuuuuhhh!"

Suasana di dalam kereta tiba-tiba menjadi riuh dengan suara di radio dan nyanyian dari Minji. L hanya fokus memandu. malas mahu layan Mnji.

"Nomu areum daun daun daun daun view. Nomu areum daun daun daun daun View! Arhh! Lee Jin Ki!!" Terjoget-jeget Minji di dalam kereta apabila mendengar lagu kesukaannya disiarkan di radio.

"Woi Woi! Duduk diam-diam lah! Tak nampak ke aku tengah memandu ni?kalau accident macam mane?Aku jugak yang kena tanggung." Marah L. Minji memuncungkan bibirnya.Dia kembali duduk seperti biasa tetapi mulutnya masih bergerak mengikut rentak lagu. Tidak sampai setengah jam, Minji sudah di alam mimpi. L mengeleng kepalanya.

"Tido je tahu budak ni."

        "Hey! bangun! Dah sampai.la!" L menampar-nampar pipi Minji dengan perlahan. Seat belt yang dipakai oleh Minji dibuka oleh L. Minji membuka matanya lalu memandang L yang sedang berdiri di sebelahnya.Minji mengosok matanya sambil menguap. Nyenyak betul tidurnya dalam kereta sampai tak sedar kereta dah berhenti berjalan.Mana taknya lena, semalam dia tidur pukul berapa tah sebab layan movie punya pasal.

"Dah sampai ke?" Tanya Minji sambil keluar dari kereta. Minji meregangkan ototnya di hadapan L. L hanya membuat muka biasanya. 

"yela! Kau tu sedap sangat tido sampai aku kejut kau bape kali dah!" Balas L. Minji memandang rumah tiga tingkat dihadapannya.Rumah dihadapannya besar seperti rumahnya. Berkerut dahi Minji.

"Boss! Kata pergi air terjun. Ni rumah sape pulak ni?" L tersenyum mendengar soalan Minji.

"Tu air terjun" Kata L sambil menunjuk tangannya ke arah sebuah kolam ikan. Minji memandang ke arah air terjun yang disebutkan oleh L.

"Itu kolam ikan bukan air terjun!" Marah Minji. Terus hilang rase gembiranya. Dia siap berangan-angan lagi untuk berenang-renang. tetapi hancur angan-angannya apabila dipermainkan oleh L.

"Lol. Samelah tu. Air dekat dalam kolam tu terjun jugak kan. Air terjun la.."Kata L sambil ketawa kecil.Puas hatinya dapat mengenakan Minji. Minji mengetap bibirnya. 

"Boss ni kan! EEeiii!" 

Melihat Minji yang sudah naik angin, dengan pantasnya dia berlari. Minji mula mengejar L sekeliling kereta L. Sudah tidak perduli L ni siapa, yang penting dia nak balas dendam balik.

"Tak guna punya boss! eeii!! jangan lari la!" Terkekek-kekek L dibuatnya sambil berlari mengelilingi keretanya

"hahahaha! Siapa suruh kau percaya! Kan dah kena tipu dengan aku! hahha" Bertambah geram Minji dengan L. Minji segera mendapatkan L, lalu menumbuk-numbuk perlahan belakang L.

"aduh!Aduh!Sakitlah."

"eeeiii! geramnya!" Minji memeluk kepala L lalu menyekeh-yekeh kepala L. Berbuak-buak perasaan marahnya di dalam hati. Kalau boleh nak sahaja, dia menendang L ni, tapi difikirkan balik. Dia tak buat.

"hey!apa ni?gaduh-gaduh?"

Satu suara wanita menegur mereka berdua. perbuatan mereka berdua berhenti. Minji melepaskan kepala L lalu memandang seorang wanita berumur lebih kurang 40-an berdiri di hadapan pintu. L membetulkan baju dan rambutnya yang sudah serabai.Minji memandang L sambil bertanya L siapakah wanita tersebut dengan menggunakan isyarat mata tetapi L tidak layan.

L dan Minji mendekati wanita tersebut. Minji menghadiahkan sebuah senyuman kepada wanita tersebut. Wanita dihadapannya ni sungguh manis orangnya apabila melihat dia membalas senyuman Minji. Minji perasaan akan lesung pipit di pipi wanita tersebut lalu memandang L L pun ada lesunng pipit. Tak kanlah ni Omma L? 

"Dah lama ke sampai?" tanya wanita tersebut kepada L. Senyuman wanita tersebut tak pernah lekang dari bibirnya.

"baru je." balas L sambil menjeling ke arah Minji.

"Mari masuk! Omma dah masak untuk kamu dah!" 

Ding dong deng! betul lah sangkaan Minji, wanita ini adalah omma L. Minji tersengih bersendirian.

"Tak apa. Saya dah kenyang. Minji! Jom ambik barang dalam bonet!" Kata L.Terus berubah reaksi pada wajah wanita tersebut. Minji yang baru sahaja ingin memberi kata-kata hormat kepada Omma L ditarik oleh L sehingga menyebabkan dia nak terjatuh. tetapi di gagahkan juga untuk berjalan dengan betul.

"Yah! Ambik barang di semua. lepas tu letak kat bilik aku dekat tingkat tiga." Arah L sambil menghulurkan sebuah beg kepada Minji.Minji menyambut huluran tersebut sambil tersengih.

"Baik Boss!"

-bersambung-


 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^