Disebalik 'aunty' 2

You're Mine 2

       "Hey!mak cik buat apa dekat Minji?!" L memandang tajam kearah ibu L. Dia yang baru pulang dari syarikat terus meluru ke dapur apabila mendengar suara Ibunya menjerit.. Ibu L tersentak. Minji terkaku dan pada masa yang sama dia pelik. Kenapa L panggi ibunya 'Mak cik'? 

"Ibu..." Ibu L kehilangan ayat. Tangannya tergetar-getar sementara otaknya ligat mencari alasan.

'Tak boleh jadi ni. Aku kena cari alasan. Kalau tak, mampus aku!'  Desis Ibu L dalam hati.

"Rantai ibu hilang!Budak ni yang curi!" Tipu Ibu L. Minji tersentak. L terus memandang Minji meminta penjelasan. Minji dengan pantas mengeleng. Bla masa dia nak curi rantai Ibu L pun dia tak tahu. Lagipun buat apa dia nak curi sedangkan dia sendiri pun boleh beli rantai yang lebih mahal daripada rantai tu. Entah macam mana rupa bentuk rantai tu pun dia tak tahu. Lagi mau menuduh dia pula yang mencuri. Pandai Ibu L ni ya.

"Tak!tak! Saya tak curi boss! Betul!Betul!"

"Hey budak! Kau jangan nak tipu ye! Siapa lagi nak curi rantai aku dalam rumah ni kalau bukan kau!Kau ingat aku bodoh nak percayakan kau?!" Kata Ibu L bagi menaikkan lagi rekaan ceritanya supaya L termakan dengan kata-katanya. Terbeliak mata Minji dibuatnya. 

"Betul ni Minji?" L cuba memcari kebenaran yang sebenar.

"Takk! Sumpah saya tak buat! Ibu boss yang reka cerita kata saya curi rantai dia. Saya tak curi pun!" Balas Minji. Selepas mendengar kata-kata Minji, dia memandang ibunya pula.Tiba-tiba dia terpandang rantai yang berada di leher ibunya.

"Hey! Kau jangan nak putar belit cerita eh? Kau ni memang kurang ajar kan?Dah la kerja dengan orang kaya, dah bagi duduk rumah mewah pun tak reti bersyukur! nak jugak curi rantai aku!" Marah Ibu L. Walhal dalam hati dia sudah tersenyum. Dia hanya perlukan kepercayaan L sahaja. Sebab L merupakan waris harta lepas suaminya mati.Lepas dia dapat kepercayaan L, dia akan suruh L pujuk suaminya agar harta diturunkan kepadanya. Dan dia akan jadi kaya selamanya! Muahahaha! Nak harapkan suamia bagi dekat dia,jangan harap. Sebab suaminya pegang pada janji atuk L.

" Sekarang ni siapa yang kurang ajar? saya ke aunty? Saya tak curi langsung! aunty yang reka sendiri. "

Pang! satu tamparan hinggap di pipi Minji.Terbeliak mata L dibuatnya. Ibunya menampar Minji dihadapannya.

"kau jangan nak kurang ajar eh!"

" Mak cik! Apa mak cik buat ni!" L terus menolak Ibunya sehingga Ibunya jatuh terduduk dan mendekati Minji.Pipi Minji diusap. Minji mengetap bibirnya menahan sakit. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia balas. Tapi disebabkan dia hormat akan Ibu L. Dia tahan jua.

"L! Sampai hati L buat Ibu macam ni! L sedar tak perempuan tu dah curi rantai ibu tapi L masih berpihak pada dia?Sampai hati L!" Kata Ibu L dalam nada yang sedih.

"Entah-entah mak dia pun sama perangai macam dia. Suka curi barang orang!" Sindir Ibu L. Minji tersentap. Baru sahaja dia ingin menindas balik kata-kata Ibu L, L terlebih dahulu melempang Ibunya. Minji terkaku seketika.

"L!Apa kamu buat dekat ibu kamu!" Marah Bapa L yang juga baru pulang dari berjump dengan kawannya. Tanpa memperdulikan bapanya, L memandang tajam ibunya. Ibunya sudah mula berlakon nangis apabila bapanya muncul.

" mak cik jangan nak kurang ajar! Jangan nak libatkan mak Minji dalam kes ni! Mak cik ni nak tuduh Minji curi rantai mak cik, habis tu kenapa rantai tu ada dekat leher mak cik!Setahu saya, mak cik ade satu je rantai! Mak cik jangan ingat boleh bodoh kan saya!"

"hey! L! Apa kamu buat ni?!" Bapa L mendekati Ibu L dan membantu Ibu L bangun dari duduk di atas lantai. Minji hanya mendiamkan diri.

" Daddy tanyalah dekat perempuan kesayangan daddy ni sendiri apa yang dia buat." Sindir L lalu mengenggam erat tangan Minji.

"Jangan nak kurang ajar dengan Omma kamu L!" 

" She is not my mom!"

Pang!

Minji terkaku. L ditampar oleh bapanya.Tadi dia ditampar oleh Ibu L,Kemudian L tampar Ibu dia and now L ditampar pula oleh bapanya? Lol. Scene apakah ini?

"SHE IS NOT MY MOM ! MAK L DAH MATI BECAUSE OF YOU,DADDY!"

"L jangan buat Daddy hilang sabar. nanti Daddy tak bagi company pada L!" Ugut Bapa L. L tersenyum sindir.

"Do whatever you want! I don't care." balas L. L tahu walaubagaimana pun bapa dia ugut dia, dia tetap akan dapat company itu.

"Minji Jom!" L menarik tangan Minji yang masih tertanya-tanya lalu meninggalkan rumah tersebut. Makin lama makin sakit hati dibuatnya jika dia duduk lama dalam rumah itu. 

-skip-

Minji memandang L yang berada disebelahnya lalu memandang tasik yang berada dihadapannya. Minji mengeluh kuat.Cuba membuang perasaan yang ingin bertanya kepada L.seketika kemudia,dia memandang L kembali.

"Aku tahu lah aku handsome! Jangan la pandang lama-lama nanti kau terpikat susah tau." Kata L dengan selamba. Minji mencebik.

"Euww! Tolong la jangan perasan."

"Eleh. buat apa aku nak perasan. Dah memang fakta aku ni handsome an."

"ceh!Poyo!"

Kemudian mereka berdua kembali senyap.Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Minji memandang ke atas langit. Sebab apa L bawa dia ke sini pun dia tak tahu. Tasik apa pun dia tahu di hadapannya kini. Yang dia tahu, bila dia turun kereta sahaja dia dah ada dekat depan tasik ni.

"Boss, nak tanya boleh?" L mengangkat keningnya sebelum mengangguk.

"Kenapa boss bawa saya ke sini?"

"Tenangkan fikiran.." 

"ouh.."

"Boss! boss okay?" Tanya Minji apabila memandang pipi L yang masih merah. Mungkin sebab bapa L menampar kuat pipi bossnya.

"Aku okay..kau okay?sorry lah kalau aku tahu aku tak bawak kau balik umah daddy aku.Tak pasal-pasal kau terlibatkan kes ni."

"I'm okay...tapikann...kenapa boss berpihak kepada saya?selalunya orang akan berpihak dengan ibunya sendiri. Lagipun kita berdua baru kenal dalam sebulan kot. Macam tak logik je." Kata Minji sabil memandang anak mata L.

"Sebab dia bukan mak aku. Kau mesti pelik kan kenapa aku panggil dia mak cik?Mak aku dah mati dua tahun selepas adik aku lahir. Kalau tak disebabkan daddy aku tak bawak mak aku pergi hospital,mak aku pasti akan hidup. Time tu pulak daddy aku tengah jatuh cinta dengan mak cik tu sampai diorang kahwin walaupun aku tak setuju. Sebab aku tahu dia cuma nak harta.Sebab tu lepas daddy aku kawin,aku pindah rumah.ku jarang balik, kalau balik pun sebab ada hal mustahak je." Jelas L pada Minji. Minji hanya mengangguk sahaja.

"ermm..tapikan sakit tau tak time Boss pegang tangan saya. Kot-kot nak tarik tu bagilah hint-hint sikit. Tak adalah saya terkinja-kinja."rintih Minji sambil membuat muka sedihnya.L mencebik sebelum kepala Minji disekeh olehnya.

"Bersyukurlah aku tarik kau.Kalau tak , balik la kau naik teksi."

"Eleh!Boss takkan sampai hati nak tinggalkan saya. Saya kan maid kesayangan boss." 

Nak termuntah L dibuatnya mendengar kata-kata Minji tersebut.Perasan punya budak!

"Masak pun tak reti..kemas rumah pun tak reti...ade hati cakap maid kesayangan aku. Err..perasan!" Minji yang berada disebelah dijeling.

"Eleh eleh...at least saya dah try buat okay..Okaylah tuu.."

"Eh eh..Minggu ni aku potong gaji kau. Dah berapa hari kau tak kemas bilik aku. Bersepah bilik aku tahu tak." Kata L.Minji mengigit bibirnya. Dia yang tak suruh kita kemas,kita pulak yang kena.Tak guna punya boss!

"Mana bolehh!! Tak aci lah boss.."

"Apa yang tak acinya.."

Sedang Minji dan L bergaduh,tiba-tiba satu pasangan couple yang lalu dihadapan mereka berhenti.

"Unnie!Buat apa kat sini?" Minji tersentak.Kemudian dipandang orang yang menegurnya. Terbeliak mata Minji dibuatnya.Mie ra!

"Eh Minji!Lama tak jumpa!" Tegur Onew pulak.

'Oh goshh! Apa Mie ra buat dekat siniii?!! Onew pun ade!!Oh my goshh!' Jantung Minji berdegup dengan kencang bagai nak meletup.Minji menghantar isyarat mata kepada Miera agar pergi dari sini secepat yang mungkin.Namun Mie ra tidak faham dengan isyarat itu. Tiba-tiba...

"Eh!Onew! Kau buat apa dekat sini?Ni siapa?Kau kenal maid aku ni?" Bagai machine gun L bertanya kepada Onew.Minji sudah gementar disebelahnya. Masih fikir idea supaya tidak kantoi.

"Oh..tengah dating dengan Mie ra. Ni Mie ra awek aku..Comelkan? Maid kau?Bila masa..."Belum sempat Onew menghabiskan ayatnya,Minji terlebih dahulu menutup mulut Onew. L pelik dengan perangai Minji. Minji tersengih.

"Ho Ho Ho..saya dulu jadi maid dekat rumah Onew ni..Tu yang kenal..hehehe..So,Onew..Dato dengan Datin sihat?" Kata Minji lalu memandang Onew. L sudah blur.Apatah lagi Mie ra dan Onew. Bertambah blur mereka.

"Unnie..bila masa.." Mie ra berhenti dari bercakap apabila Minji membulatkan matanya kepada Mie ra sebagai tanda isyarat. Mie ra teringat akan kata-kata Minji sewaktu Minji menerima wasiat tersebut.Miera kemudian memandang L yang masih bingung.

'Ahhh..jadi inilah dia anak Kim..ohh..boleh tahan..' Miera terangguk-angguk lalu memandang Minji dan bermain isyarat mata mengatakan dia faham.Tangan Onew ditarik kemudian Minji melepaskan mulut Onew. 

"Eh eh!Onew oppa! Kata tadi nak makan ice cream..Jom-jom..nanti ice cream habis.."

"Eh tapi.."

"nanti Mie ra jelaskan...okay?" Mie ra dengan pantas menarik tangan Onew dan meninggalkan taman tersebut. Setelah itu,Minji kembali duduk disisi L.Minji mengeluh kuat. Susahlah kalau tiap-tiap hari macam ni. Penat.

"Weyh..Min..Jadi sebelum ni kau pernah jadi maid la ni?" Tanya L.Kemudian dibalas dengan anggukan Minji.

"Mesti kau kena pecat kan banyak kali?Muahahhaa. yela kau kan tak reti masak..kemas rumah pun tak reti..Reti nak melawan cakap orang je..Muahahaha." Minji memandang L yang sedang ketawa kemudian dijeling.

"Sepak kang!"

"Tengok ituu..Melawan!Melawan! Macam mane lah kau nak bertahan jadi maid!hahaha"

"Eeeiii! Ade jugak yang kena campak dalam tasik kang!"

"hah..Tengok itu.."

"Diam lah!"

-Bersambung-


 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^