Kau siapa sebenarnya?

You're Mine 2

 

   Minji termenung ke luar tingkap. Teringkat kata-kata Miera sewaktu mereka makan di restoran semalam.

"Eh tapikan..Kan unnie pernah cakap dalam wasiat tu kalau identiti tak dirahsiakan pun tak apa..Jadi lebih baik unnie dedahkan identiti unnie. Miera rasa kalau dia tahu sendiri nanti mesti dia bengang. So,baik unnie terus terang.Tapi kalau unnie rasa Unnie boleh cover identiti unnie, jangan la bagitau dia."

Patutkah dia bagitahu L siapa sebenarnya dia?Atau pun tidak? 

Min! "

Minji tersentak dari mengelamun. Dengan pantas dia keluar dari bilik dan mendekati L yang sedang duduk di meja makan. Melihat L yang sudah berpakaian kerja sudah semestinya dia sudah sihat. Tengok muka L pun dah baik dari semalam.

" Boss nak apa? " Minji mengangkat keningnya.

" Ermm..a-aku.." L mengosok tengkungnya. Sedang mencari ayat.

" Apa yang erm? " Kerusi di sebelah L ditarik kemudian diduduk. 

" A-aku..aku.." L terhenti sewaktu Minji menyengetkan kepala sambil memandangnya. Dengan rambutnya yang dilepaskan..Comel pula Minji ni. Selalunya dia ikat rambutnya. Semenjak dua menjak ni bila dia perhatikan Minji ni hatinya bagaikan ada suatu perasaan yang lain. Perasaan yang lain daripada yang lain. 

" Apa yang aku-aku ni? Cer terus terang! " Kata Minji yang tidak puas hati apabila L asyik merenungnya sahaja. L tersedar dan kemudian pura-pura batuk.

" err..Thanks..pasal semalam..? "

Minji terkedu sebentar. Dah kenapa tiba-tiba thanks dekat aku ni? Buang tabiat ke?

" Boss okay tak ni? Tiba-tiba je ni? " Minji meletakkan tangannya pada dahi L.Eh?Tak panas pun. Pipi L pula di rasa. Tak panas juga.

" Aku okay la.. " Tangan Minji diambil kemudian digengam. Mata Minji terbuntang. Dah kenapa L tiba-tiba pegang tangan dia ni?

" Thanks sebab jagakan aku semalam. and bubur McD kau tu.. " Kata L sambil mengusap-usap tangan kanan Minji. Lembut tangan dia. W_W

Makin pelik Minji dengan L ni. Dah kena rasuk agaknya. Oh ya,semalam dia ada belikan bubur Mcd untuk L semalam selepas dia makan malam bersama kawan-kawannya. Disebabkan kesian punya pasal, dia belikan juga L makanan dan letak di atas meja. Patutlah sewaktu dia datang tadi, atas meja makan kosong. Rupanya dia dah makan.

" My pleasure..hehe.. " Balas Minji sambil menarik perlahan tangannya dari genggaman L. Tapi bila ditarik,makin L genggam kuat.

" Sakitlah boss.. " Tangan Minji dilepaskan selepas Minji merintiih kesakitan. Dia tersedar dari perbuatannya. Kepalanya digaru. Aduh..Apa yang aku buat ni? Aihh..

" Sorry..Aku tak sengaja. "

" Buang tabiat eh? " Soal Minji.

" Huh? "

" Abaikanlah boss..Tak nak pergi kerja ke?Dah kul 8:30 dah ni.. " Jam di tangan ditunjukkan kepada L. L bergegas bangun dari kerusi. Dah lambat! Coat yang diletakkan di atas meja diambil kemudian dipakai dengan tergesa-gesa. Baru sahaja L hendak beredar, Minji menahan.

" Necktie! " Tali leher dihulurkan kepada L. L dengan pantas mengambilnya. Melihat L yang kelam kabut itu,Minji berdiri lalu mendekati L. Aigoo.Boss dia ni..

" Sinilah..saya buatkan.. " Tali leher diambil dari tangan L. L terdiam. Tali leher diletakkan pada leher L. Oleh kerana L tinggi,dia terpaksa jengket sedikit. Dan tangannya mula bergerak. Dulu dia selalu buat seperti ini sewaktu appanya masih hidup. Tiap-tiap hari dia menolong appa memakai tali leher. Appanya tak tahu macam mana nak pakai tali leher. Kata Appa dulu ibunya yang selalu buatkan tapi sejak ibu dia meninggal Butlernya yang buatkan. Jadi sejak kecil dia belajar dari butler cara untuk memakai tali leher semata-mata unntuk tolong appa memakai tali leher.

L menunduk kepalanya untuk memudahkan kerja Minji. Melihat Minji yang tekun yang menolongnya memakai tali leher membuatkan dia tengelam dalam dunianya. Dari mata ke hidung dan turun ke bibir Minji dia merenung. Sungguh dekat Mukanya dan Minji. Jika dia gerak ke hadapan sedikit,sudah pasti bibirnya akan melekat dengan bibir Minji.

" Okay dah! " 

L tersntak. Dengan pantas dia membetulkan posisinya. " Pandai pulak kau pakaikan tali leher.. " Minji mengangkat keningnya sambil tersengih. Jarang Boss pujinya. Bangga sikit. Hahaha.

" Aku pergi dulu. Jangan lupa kemas rumah. Jangan nak curi tulang time aku tak ada ni. Kalau aku dapat tahu siap kau. Lagi satu, pokok-pokok dekat depan tu siram ye. Asyik aku je yang siram. Itu keje kau. Kau siram. Jangan nak main air. Mambazir. Nanti bil air aku meningkat siap kau.Tak payah masak. Eh bukan.Kau bukan pandai masak pun. Tak payah beli makanan tengahari tau.Byee!" Kepala Minji disekeh sebelum dia beredar.Sebelum itu sempat dia mengenyit mata pada Minji.

Minji mencebik. Sempat lagi kutuk aku.Dah gila agaknya boss ni. Tak pernah-pernah dia cakap bye dekat aku tiba-tiba je dia ni cakap.Siap kenyit mata lagi itu. Sah! L dah gila. Isk isk isk. Kepala digeleng banyak kali.

~~~~~~~~~~~~~~

  Kuku digigit. Otaknya ligat mencari penyelesaian. Tadi dia mendapat mesej dari Pak ciknya a.k.a kawan appanya a.k.a ajusshi. Kata Ajushi nak datang melawat syarikat tengahari nanti. Katanya dah lama tak datang melihat bangunan itu sejak dia tinggal di China. Tapi masalahnya dia dekat rumah L. Macam mana hendak pergi pejabat? kalau L tahu dia curi tulang, mampus kena cekik dengan L nanti. Tapi tak kot..sebab dah banyak kali dia curi-curi pergi pejabat. Jadi ada peluang nak curi tulang ni!

Handphone dicapai dari sofa kemudian menelefon Butler Kang. Tidak sampai sesaat pun panggilannya diterima oleh Butler Kang. Pantas betul tu!

" Butler Kang! Macam mana ni? Ajushi kata di-.." Ayatnya dipotong terlebih dahulu oleh Butler Kang.

" Saya dah ada dekat depan rumah Myung soo Miss." Itu sahaja yang dikatakan oleh Butlernya. Terkejut Minji. Cepat betul Butlernya tahu! Tengok je dah tua tapi dia yang tahu dulu! Butler Kang memang Jjang!Thumbs up la!

" Kejap. " Minji menyelak langsir dan meninjau pada pagar dan kelihatan Butlernya sedang berdiri di sebelah kereta hitam. Minji melambai tangannya pada Butlernya. Kemudian dia meninjau pula pada pondok keselamatan dimana 'Randy' ataupun nama sebenarnya Kang In ada disitu. Nasib baik dia tak ada. Takut-takut juga kalau dia ada. Nanti kantoilah dia nak curi-curi keluar.

Okay.Masok! " Arah Minji setelah menekan punat hijau pada dinding. Dan secara automatic pagar dibuka dan Butler Kang dengan pantas masuk ke dalam rumah.

Satu beg dimana dalam beg tersebut ada baju Minji dihulurkan kepada Minji. Beg tersebut bertukar tangan. Minji tersenyum. " Gomawo Butler Kang! Love u!! " Minji dengan pantas beredar dari ruang tamu untuk menukar bajunya.

Setelah selesai menukar baju,dia dan Butler Kang beredar dari rumah tiga tingkat tersebut. Tanpa mereka sedari Kang In yang baru pulang dari membeli makanan ternampak Minji masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. Bukan itu yang mengejutkan Kang In tapi pakaian Minji yang membuatkan dia terkejut. Minji selalunya pakai t-shirt dan seluar biasa sahaja dan tak dilupakan juga topi. Tapi Kali ni Minji memakai pakaian yang..membuatkan dia nampak lain..

Cantiknya.. "

Tiba-tiba hanphonenya berdering. Dengan pantas dia menjawab panggilan dari L.

" Minji dah keluar? " Keluar? Kang In mula tersengih-sengih walaupun dia tahu L tidak nampak sengihannya.

" Keluar? Arhh..Boss ke yang ajak dia keluar? Patutlah pakaian dia lain..Siap hantar orang untuk jemputkan lagi tu. Romantiknya boss ni..Huhu " Sempat lagi dia puji L. Manakala L yang di dalam talian sudah pelik. Bila masa pulak dia hantar orang untuk jemput Minji? Setahunya dia tak buat apa pun. Yang dia tahu dia cuma hantar mesej pada Minji suruh dia teman makan di Hotel Renaissance dan melihat Minji tak balas mesejnya itu yang dia call Kang In. 

" Apa kau merepek ni? " Soal L.

" Minji dah keluar siap pakai cantik-cantik lagi tu. Dia dah naik kereta hitam mewah lagi tu. " Terang Kang In. L pelik dan kemudian menamatkan panggilan. Biar betul Kang In ni. 

  

~~~~~~~~~~~~~~

  " Macam mana jadi CEO SHO? Okay? alah..mesti okay punya. Anak Se Ho la katakan." Minji menayangkan giginya yang putih pada Lelaki yang sudah berumur dihadapannya. Kelam kabut dia dan Butler Kang sewaktu sampai di pejabat. Pekerja-pekerjanya juga terkejut dengan kedatangan Minji yang mengejut. Tahu-tahu je Boss mereka dah terpacak depan syarikat. Naseb baik dia sempat cover bila Ajushi datang ke syarikat.

" Not badlah, Ajushi " Tiba-tiba lelaki berumur itu gelak. Minji mengangkat kening memandang Butler Kang. Dia ada buat lawak ke? Namun Butler Kang hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Aigoo.. Still call me Ajushi.."

" hehehe..Dah biasa la Ajushi."

" So...Apa perancangan lepas ni? Perlu bantuan ajushi ke? Jangan takut nak mintak tolong dari Ajushi. Kalau SHO dalam kesusahan, cakap dengan Ajushi tau. Ajushi akan tolong Minji."

" Baiklah. Lagipun Ajushi kan dah macam ayah Minji. Mesti Minji bagitau Ajushi punya!Hehehe. " 

" Marilah teman Ajushi makan. Lapar la.."  Melihat air muka Ajushi yang sedih itu sambil mengusap perutnya membuatkan dia terasa kasihan. Tak apa kot kalau dia temankan. Lagipun L mesti balik lambat punya. Perut pun dah lapar. Tak baik tolak rezeki. Huhuhu. 

"Okay!Jom!" Tersenyum lebar Ajushi dibuatnya.Dengan pantas dia memeluk bahu Minji. Minji hanya ketawa keriangan. Rindu pula dia dengan appanya. Selalunya appa yang akan memeluk bahunya setiap kali mereka bersama tapi semenjak dia tiada. Tiada siapa yang nak peluk bahunya.

" Nak makan dekat mana,Minji? Ajushi tak tahu restoran mana yang sedap di Seoul ni. Kalau dekat China Ajushi tahulah! Hehehe." Kata Ajushi sebelum melangkah keluar dari pejabat Minji. Minji mengangkat bahunya sebelum menoleh kepala kearah Butler Kang.Butler Kang hanya mengangguk.

" Apa kata kita pergi Hotel Renaissance? " Cadang Butler Kang.

" Okay jugak. Dah lama tak makan dekat Hotel tu. Boleh jenguk Hotel tu. Teringat dulu Ajushi dengan Appa kamu berusaha sama-sama sampai tak tidur malam semata-mata nak siapkan projek pembinaan Hotel tu. Hahaha. Masa itu Ajushi rasa umur Ajushi dengan Appa kamu dalam lingkungan 30-an macam tu. "

" Betul jugak tu. lagi satu..Jimat duit. Hahaha. " Kata Minji sambil menayang ibu jari pada Butler Kang. Good Job, Butler Kang!

" Aigoo. Perangai pun sama macam Se Ho. Seorang yang penjimat."

" Like Father like daughter la Ajushi! Mari kita pergi!" Kata Minji. Lengan Ajushi dan Butler Kang dirangkul kemudian ditarik sehingga keluar dari pejabat tersebut.Setelah menaiki kereta,mereka mula menuju ke Hotel Renaissance yang terletak berdekatan dengan sebelah Shopping Mall Gangnam.      

~~~~~~~~~~~~~~

                     
  " Apa benda la Kang In merepek ni? " Telefon di masukkan ke dalam poket.Kang In cakap Minji dah keluar siap pakai baju cantik lagi,lepas tu cakap aku ada hantarkan orang untuk jemput dia. Bila masa pula aku buat macam tu. Entah-entah Kang In ni saja nak kenakan aku. Dia melangkah masuk ke dalam Hotel tersebut dan menuju ke restoran yang terletak dalam Hotel tersebut.
 
" Encik ada buat tempahan ke? Kalau tiada, maaf. Sebab Hari ni semua meja telah ditempah. " Kata Seorang pelayan restoran itu. 
 
" Ada. Saya ada buat tempahan atas nama Kim Myung Soo. "  Kata L.
 
" Okay. Mari saya tunjukkan meja Encik. "  Kata pelayan itu lagi. L mengangguk sebelum mengikut Pelayan tersebut untuk ke meja yang di tempah.
 
" Encik nak order apa? "  Soal pelayan lalu menghulurkan menu apabila L telah duduk di meja yang telah ditempah olehnya. Namun L hanya mengeleng kepalanya.
 
" Nanti saya Order. Saya tengah tunggu seseorang. "  Kata L. Kemudian Pelayan itu menunduk sebelum beredar pergi.
 
40 minit sudah berlalu. Minji tak muncul-muncul pun. Jangan cakap badan Minji,Batang hidung Minji langsung dia tak nampak. Punggung dia sudah panas duduk di situ. Tak senang hendak duduk situ tanpa buat apa-apa. Pelayan jugak sudah beberapa kali tanya pesanan. Tapi dia suruh nanti baru ambil pesanan. 
 
" Mana perginya budak ni? Eii! "  Jam di tangan di lihat sebentar. Kemudian dikeluarkan Handphone dalam poket dan mendail nombor Minji. Berharap Minji akan menyambut panggilan tersebut. Tapi harapannya meleset suara lain pula yang kedengaran.
 
" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Si- "  Panggilan ditamatkan. Aigoo. Mana Minji ni!Beberapa kali nombor Minji didail tapi jawapannya masih sama.
 
" Mana pulak perginya Budak ni! Eeii! Dia ponteng kerja siap dia! "   
 
Tiba-tiba suasana di restoran jadi riuh dengan suara para pekerja dia restoran itu. Hendak kata ada pelanggan yang ramai hanya ada beberapa orang sahaja.L menahan salah seorang pekerja yang sedang berlari ke pintu hadapan seperti ada artis yang datang.
 
" Kenapa ni? Ada apa-apa majlis ke? " 
 
" Maaf menganggu. Kami semua baru dapat berita yang Boss kami nak datang makan dekat sini. Itu yang kelam-kabut sikit."  Balas Pekerja tersebut sebelum menunduk meminta maaf kerana membuat kekecohan. Maklumlah sudah sekian lama boss mereka tidak datang ke Hotel ni. Jadi bila dapat tahu kedatangannya yang mengejut, semua jadi kelam-kabut. L angguk perlahan sebelum pekerja tersebut meminta diri.
 
Kekecohan itu menjadi senyap apabila Seorang lelaki dalam lingkungan 60-an masuk ke dalam diikuti dengan Seorang perempuan dan seorang lelaki tua disebelahnya. Semua perkerja menunduk hormat kepada mereka bertiga sewaktu mereka melangkah masuk. Memandangkan L duduk di hujung jadi susah untuk L mengecam muka mereka.
 
Sejam telah berlalu. Akhirnya L membuat keputusan untuk beredar. Perutnya dah kenyang makan hati seorang diri. Putus selera nak makan tengahari dah. Hari ni dia baik hati nak ajak Minji keluar makan tapi Minji pula yang buat dia sakit hati. Eii. Menunggu kedatangan Minji macam menunggu siput datang je. Buat sakit hati je. Kalau Minji sudah berada di hadapannya sudah lama dia kena maki hamun.
 
Baru sahaja dia ingin berlalu pergi,dia terasa bahu seseorang. Dengan pantas dia meminta maaf. 
 
" Eh Boss! Buat apa dekat sini?! "  Soal Minji yang terkejut dengan kelibatan L. Tadi dia meminta diri untuk pergi ke tandas bila balik sahaja di restoran ini ada orang terlanggar bahunya. Dan siapa sangka orangnya adalah Bossnya sendiri. Terkejut beruk dia dekat situ. L apatah lagi. Bagaikan terkena serangan elektrik. 
 
" kau pergi ma- "  Katanya terhenti. L memandang Minji dari atas sehingga ke bawah. Minji nampak lain. Pakai gaun berwarna hitam,kasut tinggi warna hitam.Rambut dilepaskan. Dan paling mengejutkan ialah Minji pakai makeup! Dia nampak cantik! Betul kata Kang In. Dia nampak cantik.
 
Minji menelan air liurnya. Habis. Kantoi. " Kau..nampak lain.. "  Kata L. Minji tergamgam. Kenapa Bossnya semenjak dua menjak ni nampak lain. Dulu bukan main garang lagi, tappi semenjak ni asyik puji dia je. Manis sungguh mulutnya. Makan lebih gula agaknya.
 
" I mean.. Kau pergi mana huh? Aku dah lama tunggu kau dekat sini. Kau tau tak aku d-.."  Sekali lagi katanya terhenti. Ada seorang lelaki tua memanggil Minji dari belakang.
 
" Miss! "  Panggil Butler kang dari belakang. Minji menoleh. 
 
" Kenapa Butler Kang?! "  Soal Minji. Melihat Butler Kang tercungngap-cunggap menarik nafas membuatkan dia risau. Mungkin dia baru sahaja berlari. Tapi kenapa Butler Kang lari?
 
" Ajushi!Ajushi! Dia pengsan! "  Kata Butler Kang. Minji terkedu. Ajushi pengsan?! Macam mana boleh pengsan! 
 
" Nanti saya terangkan! saya pergi dulu. "  Kata Minji sebelum meninggalkan L keseorangan yang masih terpinga-pinga. Miss? Butler Kang? macam pernah dengar nama tu. Dan Minji cakap ' Nanti saya terangkan'. Apa maksud Minji? Tiba-tiba pekerja yang L menahan tadi mendekati L.
 
" Encik kenal Boss kami? Encik kawan dia ke? Kenapa tak cakap? Kami boleh bagi Encik duduk dekat tempat VVIP. "  Kata Pekerja tersebut. Bertambah pelik L. Boss?
 
" Saya tak faham. Maksud awak tadi tu Boss awak? "  Pelerja itu mengangguk.
 
" Yup. Dia la Boss kami. Dan dia la jugak CEO SHO. Syarikat terkaya itu. " Kata Perkerja tersebut. L sudah terkaku. Miss?Butler Kang? Boss? CEO SHO? Apa makna semua ni?
 

Tanpa berkata apa-apa, L meninggalkan pekerja tersebut dan beredar dari Hotel tersebut.

Pedal minyak ditekan kuat. Kereta yang dipandu oleh L laju memecut kenderaan yang lain. Otaknya serabut. Apa makna semua ni? Dia teringat akan perbualan dia dan Gyu rim hari tu.

"anak orang kaya?lol. dia orang gaji la. Merepek ape Gyu rim ni." 

"orang gaji? Eh,dia bukan CEO syarikat SHO tu ke?" 

"Ehemm. Gyu rim cakap apa tadi? CEO?muahahahaha. CEO syarikat SHO?Pfttt..CEO orang gaji adalah.Hahahaha."

Adakah benar Minji, orang gajinya itu CEO SHO? Benarkah kata-kata Gyu Rim itu? Tak mungkinlah. Tapi Pekerja restoran itu juga cakap benda yang sama. Kalau betul dia CEO SHO, kenapa dia bekerja sebagai maid dekat rumah aku? Kenapa dia berahsia dengan aku? Kenapa dia tipu aku? Arhh! Aku perlu cari kebenaran yang sebenar!

" Oh Min Ji! Kau siapa sebenarnya? " 

 

~~~~~~~~~~~~~~


  " Aku rasa macam nak ribut taufan pula. Hahaha.Kau buang tabiat ke tiba-tiba datang rumah aku ni?  "  Soal Onew sambil meletakkan secawan kopi di atas meja lalu duduk berhadapan dengan L. Pelik dia dengan L ni. Tiba-tiba je datang rumah lepas tu main masuk je. Mentang-mentang dia tahu password rumah ni. Main serbu je.
 
" Aku serabut la..Otak aku serabut sangat! "  Rambutnya dikusutkan. Tali leher diuraikan. Supaya lebih selesa dia untuk bernafas.
 
" Tiba-tiba je serabut? Apahal ni? Pasal syarikat ke? Kalau pasal tu, tak payah la fikir. Nanti bertambah stress kau. "  Pujuk Onew. 
 
" Bukan pasal syarikat tapi pasal maid aku. Si Min Ji. Aku rase dia tu CEO SHO la.."  Jelas L. Kopi dihirup. Onew tergamgam. L sudah tahu rahsia Minji.
 
" Jadi kau dah tahu perkara sebenar? " 
 
L terkedu. Cawan diletakkan di atas meja kembali. Onew direnung tajam. Jadi betullah apa yang dia teka. Tapi macam mana Onew boleh tahu perkara sebenar?
 
" Kau dh tahu? "  Soal L. 
 
Onew mengangguk perlahan. " Miera, awek aku tu kawan Minji. Aku kenal Minji dulu sebelum kau lagi. Sebenarnya dia bukan maid aku. Dia terpaksa tipu kau sebab dia tak nak bongkarkan rahsia dia. Yang lain kau tanya la dia. Aku tak nak bagitau. Nanti lain pula jadinya. "  Kata Onew lalu bangun.
 
" Jangan marah dia. Ada sebab kenapa dia tak bagitahu kau,bro. "  Bahu L ditepuk beberapa kali sebelum dia beredar meninggalkan L keseorangan di ruang tamu tersebut.
 
L mendiamkan diri. Tak tau sama ada dia perlu mahu marah sebab Minji tipu dia ataupun gembira sebab dia dah tahu siapa sebenar CEO SHO yang dia cari selama ini? Kenapa dia tipu aku? Arghh..Minji! Kau siapa sebenarnya?! Seorang maid atau CEO SHO?! 
 
 
-bersambung-

A/N: Hey! Long time no see! Hahaha. Ye saya tau saya dah lama tak update. Maafkan saya. Setiap manusia melakukan kesilapan. Cececeh. Poyo lah. haha. Saya dah update ni. Dah baca tu comment ye wahai silent readers. Oh ya.Dak-dak yang ambik PT3..macam mana result mu? Lol. Result saya? hmm..sungguh..sungguh..aiggoo xnk ckplah.hahaha. Tgh dok pikir ni nak masok aliran mana tahun depan. Huhuhu. 
 
So, macam mana dengan chap ni?  L dah tahu perkara sebenar! OHMAIGOSH! Sebenarnya nak buat lagi panjang. Tapi malas pulak.Hahaha. Nak habiskan cepat cerita ni, tak mau jadi macam MY Teacher is My husband yang panjang berjela-jela tu.>< Sya yang tulis cerita tu pun dh confuse. Dah la cerita mcm budak2. Lol. Okay bye.  
 
Abaikan typo.
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^