Luka

You're Mine 2

      "Hey! Mana ni?" Habis dimungkah almari di dalam biliknya, atas katil, bilik air tetapi tetap tidak dijumpai juga. Beg sandang yang berada di atas lantai diambil lalu dicari pula dalam beg tersebut. Tiada jugak! Minji memandang biliknya yang sudah menjadi tongkang-pecah itu. Semua tempat dia sudah teroka tetapi masih tidak dijumpai juga.Di ruang tamu dan dapur juga tiada. Dia buntu. Tidak tahu nak cari di mana lagi. Sanggup hari ni dia datang awal ke rumah bossya semata-mata nak cari handphonenya. Tapi tak jumpa pula. Dalam otaknya hanya ada satu cara sahaja yang dia belum cuba lagi untuk mendapatkan  handphonenya semula.

Bilik tidur L ditujui. Minji berhenti dihadapan pintu biliknya. 

"Nak ketuk ke tak nak?Nak ke tak nak?Haih" Minji mengigit kukunya. Tidak tahu sama ada mahu ketuk pintu bilik L ataupun tidak. Karang kalau ketuk ,takut akan dimarah dengan bossnya. kalau tak ketuk, macam mana dia nak dapatkan handphonenya. Dah la handphonenya baru dibeli. Haih.

"apa aku nak buat ni?" kepalanya pula digaru.

"Tunggu jelah sampai dia bangun. kang tak pasal-pasal kena ambush." 

"ermm.."

"mana dia ni?" sudah 15 minit, Minji menunggu L dihadapan bilik L tetapi masih tiada jawapan.

"haih..dia ni tido mati ke apa ni?" Geram Minji dibuatnya. Rasa macam nak tendang pintu bilik bossnya tetapi ditahan juga. Baru sahaja Minji hendak sandar pada pintu bilik bossnya, L terlebih dahulu buka pintu tersebut. Belum sempat Minji hendak seimbangkan badannya supaya tidak terjatuh akhirnya dia jatuh kebelakang. L hanya memandang Minji yang jatuh betul-betul dihadapan.

"Kau dah kenapa baring dekat sini?" tanya L sambil memandang pelik pada Minji. Minji sudah mengaduh sakit. Soalan yang ditanya oleh L dibiarkan begitu sahaja.

"Aduhh!! boleh patah tulang belakang aku!Aduhh..."

Melihat Minji yang sudah mahu menangis, L duduk mencangkung disebelah Minji. L memandang Minji tanpa belas kasihan. Nak belas kasihan apa, orang masih mamai sebab baru bangun tidur memang tak boleh fikir apa-apa lah.

"Kau buat apa baring dekat sini?" tanya L sekali lagi. Minji menjeling pada L. Bukannya nak bagi pertolongan, ni pergi tanya soalan bodoh.Tak guna punya boss.

"Boss pandang saya buat apa. Tolong la saya. Sakit tau tak jatuh terbaring macam ni. Dah la tadi saya tunggu lama dekat depan bilik boss. Yang boss pergi buka pintu ni kenapa?kan saya dah jatuh. lain kali bagilah hint bila nak bukak pintu. Tak ada lah saya jatuh. Ni tak...bla..bla..bla" Sempat lagi Minji membebel pada bossnya dalam keadaan begitu. L menggaru kepalanya. Pagi-pagi dah dengar orang membebel.Haih.

Tanpa membuang masa, L mengangkat Minji lalu dibawa ke atas katilnya. L mencampak Minji di atas katilnya. Sekali lagi Minji mengaduh kesakitan. Aiggoo..kejam punya boss. L mencekak pinggangnya sambil memandang Minji yang sedang berguling-guling di atas katilnya.

"kau ni kenapa?"

"Sakit lah!Eii!"

"Sakit apa kau ni?" tanya L

"Aduhh! Dah la sakit belakang lepas tu dapat boss yang bangang macam ni..Apalah naseb aku." rintih Minji sambil menguling-guling badannya di atas katil. 

"kau cakap aku bangang?Eeii..budak ni nak kena ni!" L mendekati Minji.Kepala Minji disekeh-sekeh beberapa kali. Minji meraung kesakitan sekali lagi. Tetapi kali ini lagi kuat raungannya. Padahal L tidak buat kuat mana pun. Saja mahu action lebih.><

"Jangan nak over kau ni eih.Apa yang kau buat dalam bilik aku huh?kau nak mengintai aku kan?kan?Kan?" dahi Minji dijentik beberapa kali sebelum Minji menangkap tangan L. Sakit tahu tak! Minji bangun dari baringan lalu duduk menghadap L.

"Boss ni kan..eiii..sesuka hati je tuduh orang. orang bukannya nak mengintai dia pun."

"Apa orang-orang ni?saya la! nampak sangat memang betul kau nak mengintai aku kan. Kau nak tangkap gambar time aku tengah tido,lepas tu nak update dekat SNS kan? Aku dah agak dah orang macam kau ni.." Pap! Dahi L ditepuk kuat oleh Minji. Balas dendam balik.

"Mulut..jaga sikit. Sepak kang. suka hati saya lah nak panggil diri saya 'Orang' ke 'hantu' ke..mulut saya bukan mulut boss.Buat apa saya nak tangkap gambar boss,entah-entah tidur pun air liur meleleh. and lagi satu..orang macam saya ni speacial tau..jangan nak sesuka hati nak kutuk saya pulak." balas Minji. L memandang Minji dengan perasaan tidak puas hatinya. Kurang ajak punya orang gaji. Sesuka hati je tampar dahi aku.

"ehh kau ni..sesuka hati je.." Belum sempat L menghabiskan percakapannya sekali lagi Minji potong terlebih dahulu. 

"dekat sini rupanyer. patutlah tak jumpe-jumpe." Meja solek L ditujui sebelum mencapai handphonenya. Handphonenya dibelek-belek. Takut tiba-tiba ada kesan calar ke apa ke. Mahal ni. ceh kalau nak dibandingkan dengan duit yang dia ada, boleh je dia beli baru. Tetapi jangan la kita membazir, selagi boleh diguna. Ceh ceh.

"Boss, saya dah jumpe. thanks boss! Tak sia-sia saya jatuh depan bilik boss tadi. HuHu. bye! nanti turun bawah,saya dah beli breakfast."  Tanpa membuang masa, Minji meninggalkan L sendirian yang masih terpinga-pinga.

"Oh ya! Jangan lupa gosok gigi!" Perli Minji sebelum menutup pintu bilik L. L mengetap bibirnya. Sabar2. Hari ni hari kau. Tunggu aku balas balik.

       "Boss!"

"Hmm.."

"Boss.."

"kau nak apa?"

"Boleh tak hari ni saya balik awal?dalam pukul 1 macam tu?" Tanya Minji sambil mengunyah sandwich yang berada di tangan. L yang baru hendak menghirup kopi terbantut. Cawannya diletak kembali.

"Kenapa kau nak balik awal pulak?Nak jumpe dengan pakwe ke?" Jeling L pada Minji. Minji tersengih sambil memandang L.

"Macam tahu-tahu je boss ni. Huhu. Boleh kan? Yeahh!" Balas Minji sambil menepuk-nepuk tangannya sebagai tanda dia gembira.Minji terus mencapai air kopi lalu diminum.Tak sabar nak jumpe pakwe a.k.a anjing kesayangannya. mana taknya, dah berapa hari tak jumpe anjingnya sebab anjingnya masuk hospital.HuHu. Rinduu..

"No!" 

Uhuk!Uhuk! 

Minji tersedak apabila mendengar jawapan dari L. Dadanya ditepuk-tepuk perlahan.Dia salah dengar ke?Ke memang betul-betul bossnya cakap No. Eeii..tak boleh jadi ni..

"Boss cakap apa tadi?" Minji sengaja mendekatkan dirinya dengan L. Manalah tahu dia salah dengar ke apa.

"Aku cakap No. Tak boleh. Kau tak faham lagi ke?Ke nak aku cakap bahasa india?" Perli L.Minji memandang L sambil memuncungkan bibirnya. Nak jumpe dengan pak we pun tak boleh. Bukannya dia nak bawak lari harta bossnya pun.

"Ala...sekejap je..Pleasee!"

"I said No! Means No! Understand?!" marah L. Minji menundukkan kepalanya.Terasa hendak menangis pun ada.Terasa hendak marah Bossnya pun ada. Tapi ditahan juga.

"Kau ingat eh! selagi kau bekerja dengan aku, jangan nak buat perkara tanpa izin aku! tak payah nak jumpe sangat dengan boyfriend kau tu. Bukannya dia boleh sehidup semati dengan kau pun! And last. Sedar sikit diri kau tu sape!kau tu cuma maid! Bukannya anak orang kaya macam aku! Sedar sikit." Sindir L sebelum berlalu pergi meninggalkan Minji keseorangan.Sikit-sikit nak tengking orang, ingat dia sorang je boleh tengking ke apa!Arhh! Geramnya!!

"Sedar sikit diri aku ni sape?Okay fine! kalu kau dah cakap macam tu, aku akan buat." Kata Minji dengan perlahan. Sandwich yang tidak habis dimakan,dimasukkan ke dalam plastiknya semula.Hilang seleranya nak makan. Air kopinya dihabiskan.

       Minji memandang jam yang berada pada dinding.Remote TV ditekan-tekan banyak kali. Bosan! Bila la nak pukul 6. Boleh dia balik rumah. Bosan betul duduk rumah L ni.Sedang Minji menonton drama China Boss and Me, L turun dari tangga lalu duduk disebelah Minji. Minji berdengus kasar sebelum bangun dari duduk di sofa. Malas nak bertembung dengan Bossnya.

"Weyh!Tunggu jap" 

Minji berpaling sebelum menghadap bossnya.

"Minji, ambik air untuk aku." arah L pada Minji. Minji hanya mengangguk sebelum mengikut arahan Bossnya. Air Fresh oren dituang ke dalam gelas lalu gelas itu dibawa ke ruang tamu. Gelas tersebut dihulurkan kepada L.

L memandang gelas yang dipegang sebelum matanya sambung melihat drama yang disiarkan di TV. " Aku tak nak air ni.Bagi aku air lain."

Minji mengetap bibirnya.Geramnya!Orang dah ambikkan,minum jelah. Susah betul! Gelas tadi dibawa ke dapur sebelum menukar air lain. Gelas yang sudah diisi dengan air coke dibawa ke ruang tamu. Gelas tersebut diletak di atas meja. L yang sedang khusyuk menonton drama tersebut dijeling oleh Minji.

"aku tak nak air ni la.."

What the.....Minji rasa mahu mencampak L dari tingkat 10 sahaja. Apa masalah bossnyer ni?! Selalu nak cari gaduh dengannya.

"Mari kita tengok sampai bila kau tak nak cakap dengan aku." Bisik L perlahan sambil tersenyum sinis.

Kali ni Minji sudah hilang sabarnya. Sudah 10 kali dia ulang-alik dari dapur ke ruang tamu. Segala jenis air sudah diberi kepada L tetapi ditolak oleh L.Minji mengetap bibirnya sambil memandang Bossnya. Selamba sahaja bossnya menonton drama tersebut.

"aku tak nak air kosong la.."

"Minum jelah!" Kata Minji setelah kian lama dia berdiamkan diri. L bangun dari duduk di atas sofa.

"Aku cakap aku tak nak. tak nak la.Kau faham tak?!" Gelas yang dipegang oleh Minji ditolak sehingga gelas tersebut jatuh dari pegangan Minjii. Prankk!! gelas tersebut pecah di atas lantai. L terkedu. Dia tidak sengaja menolak gelas tersebut. Niatnya hanya untuk bermain dengan Minji terbantut. Minji memandang L sebelum duduk mengutip kaca yang bertaburan.

"kalau tak nak,jangan sampai pecahkan gelas." kaca yang bertaburan dikutip satu per satu. Tanpa Minji sedar, tangannya sudah luka akibat terkena serpihan kaca tersebut.Setitik demi setitik darah menitis di atas lantai.

"Stop it Minji. Tangan kau dah luka."

Minji pedulikan kata-kata dari L. Serpihan yang masih bertabur dikutip.

"I said stop it!" L menarik tangan Minji supaya berdiri berhadapan dengannya.

"apa masalah kau ni huh? Cuba cakap dengan aku!" Kata L.Minji menunduk kepalanya.

"Aku cakap dengan kau ni! Pandang muka aku." Kata L lagi.

"Jangan pegang tangan orang gaji boss. Takut nanti tangan boss bau busuk macam tangan orang gaji boss." Sindir Minji. Tangannya dilepaskan dari gengaman L. L terkedu.

" kau jangan merepek boleh tak? "

" Boss sendiri yang cakap 'sedar sikit diri kau tu sape' and now saya dah sedar diri saya ni siapa. Saya sedar saya hanya seorang maid kepada Kim Myung Soo. Maaflah jika sebelum ni saya ada terpegang boss ke marah boss ke. Saya sedar siapa diri saya ni."

L terkedu mendengar jawapan dari Minji. Sungguh dia tersentap dengan kata-kata Minji. Minji yang baru ingin berlalu ditahan oleh L. L menarik Minji ke dapur sebelum menyuruh Minji duduk di kerusi.Kaca yang berada di tangan Minji diambil dengan berhati-hati sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Peti kecemasan yang berada di atas laci diambil lalu dibawa ke meja ruang makan.

"Saya boleh buat sendiri."

"Shhhhh! Duduk diam-diam."

L mula membersihkan luka pada tangan Minji. Minji hanya memerhati L sahaja.

"Aku minta maaf pasal pagi tadi.aku tak bermaksud pun nak cakap macam tu dengan kau. Aku cuma jealous bila kau cakap kau nak jumpe pakwe kau." kata L sambil meletakkan plaster pada jari Minji yang luka.

Minji terkedu dengan kata-kata L. Adakah L sedang bermain tarik-tali dengannya?Sekejap baik, sekejap  jahat?Siapakah diri L yang sebenar? Jealous? Apa maksud L?

-bersambung-


 

 

 

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^