Dasi run run run

You're Mine 2

               

 

          ​Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Lampu yang malap ditenung. Kembali teringat tentang lelaki yang datang ke pejabatnya tengah hari tadi. Kemunculan lelaki itu langsung tidak diduga. Tiba-tiba sahaja muncul. ​

Lelaki itu adalah Kim Jonghyun. Satu-satunya lelaki yang menarik perhatiannya. Bukan dari segi rupa tapi dari segi layananya. Layananya yang membuatkan Minji terbuai-buai dengannya. Cara percakapannya yang membuatkan senyumannya tidak pernah lekang. Suara merdu yang membuatkan telinganya terngiang-ngiang akan suara tersebut.Arghh Dia sungguh berbeza dengan lelaki yang lain. Lelaki itu dulu miliknya tapi dua tahun yang lepas ,Satu kejadian telah berlaku dan membuatkan mereka berdua terpisah. Lelaki itu sanggup meninggalkannya hanya untuk mengejar kekayaan. Dan itu yang membuatkan dia kecewa. Teramatlah kecewa.​
Tetapi kenapa lelaki ini kembali semula? Adakah lelaki ini mahu menagih kembali cintanya? Ataupun sengaja ingin berjumpa dengannya? Ataupun dia mahu minta bantuan? Ataupun... Arghh! Sungguh mengelirukan kemunculan lelaki itu.
Selimut ditarik sehingga paras kepala. Cuba menyingkirkan perkara tersebut.
Tidolah wahai Minji. Daripada memikirikan tentang ni,sampai tahun depan pun tak selesai. Yang penting Tido. Esok banyak perkara yang perlu dibuat. Lagi-lagi esok kena menghadap 'boss'. err..
                              "Weyh! Mana breakfast aku?" Tegur L sebaik sahaja melihat Minji di dapur. Semangat dia bangun pagi-pagi, semata-mata ​​nak berjumpa dengan Minji. Minji yang sedang membasuh pinggan di sink terhenti. L yang hanya berpakaian t-shirt biasa di belakangnya dipandang. Tak kerja ke mamat ni?
 
" Siapa suruh turun lambat? Saya dah cakapkan kalau lambat makanan habis..Naseb la." Selamba sahaja Minji menjawab lalu menyambung kembali kerjanya. Eleh, kalau setakat L ni, kecik punya hal la. Kalau dia buat apa-apa, saman je! Ceit! Mentang-mentang rahsia dah terbongkar, terus jadi sombong haa. Tak baik tau Minji buat macam tu.
 
" Weyh lapar..laa..." Kata L sambil mengusap perutnya yang terselindung. Namun Minji tidak mengendahkannya.
 
" Minji..aku laparla..Aku dari semalam tak makan. " Kata L lagi tetapi masih tidak dilayan oleh Minji.
 
Akhirnya L mengambil keputusan untuk mendekati Minji. Teragak-agak L mendekatkan dirinya. Takut-takut juga kena karate dengan Minji ni.
 
" Minji sayang...Boss kesayangan awak ni lapar..Terasa macam nak pengsan.. Huhuhu.. Pinjam bahu kejap. " Tanpa segan silu, L meletakkan kepalanya pada bahu Minji. Sengaja dia berbuat demikian untuk menaikkan kemarahan Minji daripada Minji tidak melayannya. Lagipun dia saje nak bermanja dengan Minji. Ber ' Manja' katanyaa.. 
 
Terus terjatuh pinggan yang dipegang oleh Minji. Naseb jatuh dekat sink kalau dekat lantai macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab? Ish ish ish. L ni dah kenapa? Gila ke?
 
" nak pengsan? Pergi pengsan jauh-jauh. Jangan dekat sini. Menganggu orang nak kerja je. Nanti tak siap, siapa yang kena marah? Saya jugak yang kena! Pergi sana! Pergi pergi!"  Badan L ditolak kembali kebelakang. Masam mencuka L dibuatnya. Sampai hati tak layan. T_T
 
" Kau ni kan! Dah la 4 hari tak datang sini. 4 hari tau tak! Mati kutu aku duduk rumah ni. Bosan tau tak. Aku potong gaji kau! "  Katanya sambil menunjuk 4 jarinya pada Minji.
 
" Heol. Boss ada kutu ke? Wah tak sangka. "
 
Dengan serta-merta L menyekeh kepala Minji. Melawan je keje dia ni.
 
" Sakitlah..Okay. Okay. Saya ada simpankan breakfast boss. Nanti saya ambilkan. Boss pergi duduk dulu yee. "
 
Tersenyum sampai ke telinga L dibuatnya. " Baiklah my dear." L beredar dari dapur.
 
Membulat mata Minji. Sah! L ni dah gila. Sian.muda-muda dah gila. Anak orang kaya lak tu. Agaknya tak cukup kasih sayang ni..  
 
               Dokument yang dipegang oleh L beralih ke tangan Minji.  Minji membelek satu-satu kertas di dalam tersebut.  ​​​
 
" Kacau je kau ni. " L kembali menarik dokument tersebut. Minji mencebik. Nak tengok sikit pun tak boleh. Kedekut.
 
" Boss..hari ni kan..hari last saya.."
 
" So? "
 
" So? Haih..tak nak bagi hadiah ke? Yela mana tahu lepas ni kita dah tak jumpa lagi. " Kata Minji dengan nada yang perlahan. L berhenti dari membelek dokument yang dipegang. Anak mata Minji dipandang seketika.
 
" Minji sayang..Kalau kau berhenti kerja ke apa ke, aku tak kesah. Sebab nanti kita akan jumpa jugak. Tiap-tiap hari kita akan jumpa. " Kepala Minji diusap. Minji mengangkat keningnya.
 
" Maksud boss? "
" Kalau aku bagitahu kau nanti tak suprise. Baik kau nanti balik rumah kau check balik wasiat arwah ayah kau. Kalau dah tahu tu, nanti siap sedia jelah ye. Jangan risau, semua benda aku tanggung nanti. Kau hanya perlu jemput orang datang je."   
 
L kembali membelek dokument tadi. Sengaja hendak memberi Minji teka-teki. Biar kasi pengajaran sikit. Tula siapa suruh tak baca habis wasiat sendiri. Kan dah kena. ​
 
" Ala.nak rahsia-rahsia pulak dia ni...bagilah tahu.." Pujuk Minji. Lengan L dipeluk. Sengaja ingin menarik perhatian L tetapi tidak dimakan oleh L. L mengelengkan kepala.
 
" Pleasee..."
" No! "
" Pleasee Boss.."
" Kiss aku dulu "
" Gila! "
" Kalau macam tu, tak nak bagitau."
" mana aci!! "
" Its up to u. "
" Boss Kejam! "
" aku kiss kau kang!"
" Gila punya boss!"
 
 
                     H​ari sudah berganjak petang. Minji sudah menyiapkan diri untuk pulang ke rumah. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Finally, dia bebas dari menjadi maid. Dia bebas menjadi hamba. Dia bebas dari tugas-tugas yang dia tidak pernah buat selama dia hidup mewah. Walaupun dia tak reti bekerja sebagai maid, tapi dia bersyukur juga kerana dapat belajar perkara baru. Baru dia tahu betapa susahnya jadi maid ini kerana memerlukan banyak tenaga berbanding jadi CEO yang hanya perah otak untuk menghasilkan sesuatu benda baru.  ​
Beg diambil kemudian disandang. Rambutnya dibetulkan. Bilik yang telah menjadi hak miliknya selama 3 bulan ini dipandang lama. Bilik ni banyak berjasa ni sepanjang dia bekerja di sini.
" Bye-bye Bilik. Akan ku rindu mu sampai mati. ><"
Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, Minji keluar dari bilik tersebut. Setelah keluar dari bahagian dapur, Minji menjenguk-jenguk mencari kelibatan L di ruang tamu. Tadi dia ada dekat sini, sekarang dah hilang pulak. Ermm...lantaklah.Dia bukannya kesah pun kalau Minji nak balik.
Minji melangkah keluar dengan riangnya sambil mulutnya sibuk menyanyikan lagu come back home dari 2ne1. Semangat betul dia nak balik rumah.
" Lambat. Penat aku tunggu. " Tegur L yang sedang bersandar pada kereta sportnya.
Terkejut Minji dibuatnya. Terus terhenti perbuatannya seketika.
" Boss tunggu saya ke? " Teragak-agak Minji hendak mendekati L.
" Masa kerja dah habis. Panggil L je. Kalau nak lebih manis, panggil sayang. "
Erk. Nak termuntah Minji dengar. Hantu apakah yang rasuk L sampai dia jadi macam ni?
" Oh mai god. So sweeeettt.. Err.." Perli Minji dibalas dengan gelakan L.
" Naiklah aku hantarkan " Pintu tempat pemandu hendak dibuka tetapi ditahan oleh Minji.
" Its Okay. Saya balik dengan Butler Kang. " Tolak Minji.
" Aku dah cakap dengan Butler Kang dah yang aku akan hantar kau balik. " Balas l.
" tapi.."
" Haih. Aku bukannya nak culik kau pun. " Tangan Minji digengam sebelum menariknya ke tempat duduk sebelah pemandu. Pintu dibuka. Belum sempat L menyuruh Minji masuk, bunyi Hon kereta mengejutkan mereka berdua.
Terpancul sebuah kereta mini cooper yang berwarna merah berjalur hitam di hadapan rumah L. Tingkap belah pemandu diturunkan dan kelihatan Jonghyun yang memandu kereta tersebut.
" Minjii!! " Tangganya melambai ke arah Minji.  Mata Minji membulat. Apa yang dia buat dekat sini?!
" Jom! Kita pergi date! " Jerit Jonghyun.
 
Dahi L berkerut. Who's that guy?
" L.. I think i have to go now. I'm sorry." Terasa bersalah pula dia kepada L. Mana taknya L yang beria hendak hantarnya pulang ke rumah tetapi tak jadi.
Tanggan yang digenggam oleh L ditarik. Belum sempat L menarik kembali tangan tersebut, Minji sudah berlari ke arah kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut. Walaupun jaraknya agak jauh sedikit, tetapi L boleh melihat yang lelaki itu memakaikan seat belt kepada Minji sebelum lelaki itu mencium pipi Minji. L terkedu. Matanya tidak berkelip sehingga kelibatan kereta itu hilang dari pandangannya. Dia tetap statik berdiri di situ tanpa berganjak.
Siapa lelaki itu? Kenapa lelaki itu kelihatan rapat dengan Minji? Hendak kata abang Minji, Minji tiada abang. Malah adik lelaki pun. Mungkin kah..dia..teman lelaki Minji?
" Boss! "  L tersentak apabila ditegur oleh Pengawalnya, Kang In.
" Kenapa berdiri dekat sini? Mana Minji? Dah balik ke? " Tanya Kang In.
Tanpa menjawab soalan Kang In, L masuk ke dalam rumah sebelum menghempas pintu. Terkejut Kang In dibuatnya. Naseb pintu tu kuat kalau tak roboh dah pintu tu.
" Period kot.. " Perli Kang In sebelum menyambung kembali tugasnya. Naseb dia sudah masak dengan perangai bossnya itu. Kalau tak ditenyeh-tenyeh muka bossnya dengan bawang. Lmao.
 
                             "Mana awak tahu saya dekat rumah situ? " Soal Minji. Tetapi dibalas dengan senyuman Jonghyun.​
" Jonghyun..Saya tanya mana awak tahu saya dekat rumah tu? " Soal Minji lagi.
" Jagiya..Kita nak date dekat mana erk? " Jonghyun cuba mengubah topik. Malas hendak menjawab soalan Minji.
" Jonghyun! I'm asking you! " Marah Minji. Jonghyun ni sengaja mahu cari pasal dengannya.
" Jagi..how bout kita pergi Namsan Tower? Dah lama kita tak pergi sana sama-sama.." Jonghyun masih lagi cuba menukar topik. Tetapi Minji masih mahu Jonghyun menjawab soalanya.
" Kim Jonghyun! "
" kalau jagi tak nak, kita tengok wayang jelah. Ada cerita baru. " Again.. Jonghyun cuba menukar topik.
" Can u stop calling me Jagi?! I'm not your girlfriend anymore! " Marah Minji. Serta merta Jonghyun menekan break secara mengejut. badan Minji terus terhenjut kehadapan. Mujur dia memakai seat belt, kalau tak memang masuk hospitallah jawabnya.
" awak nak bagi saya mati ke?! "
" Kita matilah sama-sama. " balas Jonghyun . Minji terkedu. Kenapa dengan Jonghyun ni? Kenapa perangai dia berbeza sungguh?
" Jangan jadi gila, Kim Jonghyun! " Kunci seat belt dibuka. Minji keluar dari kereta tersebut. Dia dengan pantas melarikan diri dari Jonghyun. Dia takut kalau Jonghyun cuba membuat perkara bukan-bukan ke atas dirinya.
Melihat Minji yang cuba melarikan diri, Jonghyun dengan pantas keluar dari kereta dan mengejar Minji. Oleh kerana tenaga lelaki lebih kuat dari perempuan, akhirnya Jonghyun dapat mengejar Minji. Badan Minji dipeluk kuat-kuat dari belakang. Minji meronta kesakitan.
" Hey!Kau nak pergi mana? jangan tinggalkan aku.."
Jonghyun yang membahasakan dirinya kau aku membuatkan Minji bertambah lagi takut dan gementar. Kenapa tiba-tiba Jonghyun berubah seperti ini?
" Jonghyun..Let me go.." Ronta Minji.
" No! I won't."
" Aku datang nak ambik kau balik..Kalau kau tak nak, aku akan buat apa sahaja supaya kau kembali di sisi aku,jagi..." Bisik Jonghyun kepada Minji. Bisikan itu membuatkan Minji gementar. Cengkaman kuat oleh Jonghyun membuatkan dia merintih. Air mata mula mengalir laju. namun Jonghyun tidak ambil peduli. dia seakan-akan telah pun dirasuk sesuatu benda yang jahat. 
 
" Jonghyun please..." Rintih Minji. Matanya dipejam menahan kesakitan. Ini kali pertama dia melihat Jonghyun seperti ini. Dan dia berasa takut. Takut sangat-sangat kalau terjadi apa-apa padanya. Tolong la ada seseorang bantunya. jebal..Tolong la..
L...Tolong saya..L..
" L​epaskan dia! " ​
Bukk!
 
-bersambung-​
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


                                                                                

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^