Complicated

You're Mine 2

          Jonghyun jatuh terduduk. L menarik Minji ke belakangnya.

"L..." Minji terkejut dengan kedatangan L yang secara tiba-tiba itu. Macam mana L boleh tahu dia berada di sini?

" Kau okay?" Soal L kepada Minji. Minji mengangguk perlahan.

" Hey! Kau sapa huh?! Berani kau tumbuk aku ya!" Marah Jonghyun sebaik sahaja berdiri. Tangannya mula mengelap bibir yang berdarah. Boleh tahan pedih jugak tumbukan dari L ni.

" Aku? Huh?Perlu ke aku bagitau? " Kata sinis L. Minji sudah mengenggam lengan L dari belakang.

"Hah,kau ni Kim..Myung..Koo? Kan.." Teka Jonghyun. Sempat lagi main teka-teka dengan keadaan sebegitu.

"Bukan Koo la! Soo! Kim Myung Soo!" Balas Minji dengan kuat. L tersenyum. Bangga apabila Minji menyebut namanya dengan betul. Selalunya Minji ni lah yang selalu salah panggil nama sebenarnya. Nama sahaja pembantu rumah tetapi nama sebenar majikan pun boleh salah sebut.

"Ugh,whatever! Eh,Minji! Sini kau!" Jonghyun cuba untuk menarik Minji dari belakang L tetapi dengan pantas L menepis tangan Jonghyun.

" Bro,jangan tarik tangan dia boleh tak?"

" Eh! Kau si siapa huh?! Suka hati aku la nak buat apa! " Marah Jonghyun. L yang berdiri di hadapannya dipandang atas bawah. L hanya memakai seluar track suit dan t-shirt warna hitam sahaja. Jonghyun tersenyum sinis. Nampak sangat L ni seorang yang tak berfashion. Macam manala si Minji ni boleh tersangkut dengan lelaki macam ni.

" Aku? Bakal Hubby dia. Kenapa? Ada masalah ke?" Kata L dengan selamba. Minji dan Jonghyun tersentak.

Minji memandang belakang badan L dengan pelik. Mamat ni dah kenapa?

" Apa kau cakap eh? Aku tak salah dengar kan? " Kata Jonghyun sambil tangannya pura-pura mengorek telinga.

" Aku bukan astro yang boleh diulang-ulang. Lain kali korek telinga betul-betul. Jom,Minji."

Tangan Minji digenggam sebelum mereka berdua beredar memasuki kereta L yang terletak di belakang kereta Jonghyun.

"Hey..Aku tak habis ca.." Belum sempat Jonghyun menahan, kereta yang dipandu oleh L terus memecut laju.

"Shiit! Kau tunggu Minji! Aku akan dapatkan kau balik!"

 

         “ Siapa leaki tu?”

Minji hanya mendiamkan diri. Hanya kedengaran suara radio sahaja yang memecahkan kesunyian. L yang sedang memandu itu memandang Minji yang dari tadi hanya menunduk sahaja. Tangannya meraih tangan Minji lalu mengengamnya sabil tangannya lagi sebelah memegang stereng. Minji tersentak daripada mengelamun.

“Are you okay,Minji?”

Minji tersenyum sambil memandang L yang berada disebelahnya sebelum kembali menunduk. Tangannya di biar digenggam oleh L.Mindanya masih lagi teringat akan kejadian sebentar tadi. Kenapa Jonghyun berkasar dengan dia?Kenapa perwatakan Jonghyun kali ini sungguh berbeza?

“ Minji, apa alamat rumah kau?”

Minji memandang L yang sedang memandu itu dengan pelik. Dah kenapa mamat ni mintak alamat rumah pulak?

“ Nak buat apa?”

L membalas pandangan MInji seketika sebelum menjawab. “ Nak hantar rombongan meminang la.”

Minji membuat muka. Tangannya terus ditarik daripada genggaman L. Ha,mulalah si L ni loya buruk. Terus hilang kejadian tadi dalam mindanya sebaik sahaja mendengar gurauan daripada L.

“ Ha, adalah tu nak sakat orang.” Rajuk Minji lalu memandang ke luar cermin kereta.

“ La betullah. Ingat aku main-main ke?” Kata L dengan nada yang serius. Minji hanya mendiamkan diri sahaja. Malas mahu melayan L ni.

Melihat Minji yang mendiamkan diri terus disekeh kepalanya perlahan. “ Eish,dia ni. Cepatlah bagi alamat kau ke kau nak balik rumah kita?”

Minji terus memandang L sambil mengangkat keningnya.Rumah kita? “ Lol,sejak bila pulak kita ni ada rumah?”

“ Rumah aku kan rumah kau gak. So rumah kita lah.”

“ Hahahaha. Lawaknya. “ Sindir Minji sambil membuat muka. L hanya tersenyum sinis. Tak apalah Minji. Satu hari nanti kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan ni.

“ Cepatlah. Kang aku patah balik kang.” Arah L. Minji dengan pantas menekan sesuatu pada GPS yang berada di hadapannya. Setelah memasukkan alamatnya pada GPS tersebut, Minji kembali menyandarkan badannya pada seat.

“ So,apa plan kau lepas ni?”

“Plan?Kerja.” Jawab Minji pendek.Lagipun dia tiada plan pun nak pergi mana-mana mahupun buat benda lain selain kerja memandangkan sudah 3 bulan dia jarang masuk ke pejabat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tidak mahu lagi menyusahkan Butler Kang yang selalu membantunya mennguruskan hal syarikat sehinggakan Butler Kang tidak pernah mengambil cuti sehari pun sejak arwah bapanya meninggal kerana sibuk membantunya.

“itu je?”

“Hmm..Kenapa?”

“ Ouh tak adalah. Ingatkan nak ajak kau pergi beli cincin.” Ajak L.

Minji memandang pelik pada L. “ Nak buat apa?”

“ Laa, nak kahwin mestilah ada cincin.” Jawab L yang menambahkan kekeliruan Minji. Kahwin? L nak kahwin ke?

“ Kahwin? Siapa?”

“ Aku lah. Siapa lagi.”

Wajah Minji terus menjadi ceria. Wah,tak sangka ex ‘bossnnya’ bakal berkahwin. “Dengan siapa?”

“ Dengan kau lah.” Jawab L dengan selamba. Terus mati senyuman pada bibir Minji. Orang dah excited dah,dia boleh pulak buat lawak.

“Ceh! Bila pulak saya nak kahwin dengan Boss?”

“ Eh? Bukan kau cakap kau suka aku ke?”

Minji mengangkat keningnya. Bila pulak dia cakap benda tu. “ Mana ada. Saya tak cakap pun saya suka boss.”

“ Dah tu,kau benci aku?”

“ Mana ada benci.”

“ Kalau bukan benci,kau suka aku la tu.”

“ Eish..tak lah. Saya tak suka boss pun. “

L terus memberhentikan keretanya secara mengejut. Pandangan L jatuh pada stereng yang dipegang olehnya.

“ Tapi aku suka kau.” Perlahan L berkata tapi masih didengari oleh Minji. Minji yang baru sahaja ingin memarahi L kerana tiba-tiba berhenti terus tersentak.

L melepaskan stereng sebelum merenung wajah Minji yang terkejut itu. Entahlah kenapa sekarang ni dia menjadi gila setiap kali bertemu dengan Minji ini. Walaupun dulu dia fikir tak masuk akal apabila dia jatuh cinta dengan maidnya tetapi sekarang ini dia fikir apa salahnya kalau dia jatuh cinta sekali pun dengan maidnya. Lagipun Minji bukanlah maid yang disangkan betul-betul. Jadi peluangnya untuk memiliki Minji sangatlah besar betambah pula dengan syarat wasiat itu.Sekarang ini, dia hanya memerlukan jawapan daripada Minji sahaja.

Minji yang perasan L yang semakin menghampirinya terus kebelakang sedikit demi sedikit. Dah kenapa si L ni? Minji terus memejam matanya apabila hidungnya dengan hidung L bersentuhan akibat terlalu rapat. Tidak lama kemudian,bunyi klik membuatkan Minji membuka matanya semula.

Tali pinggang yang dipakai oleh Minji terus dibuka. “ Dah sampai.”

Minji terkedu.Malu dengan tindakannya yang tiba-tiba memejam mata. Apa ingat si L ni nak kiss dia ke? Ceh,suka bagi harapan palsu tau L ni.

Malu punya pasal,Minji dengan pantas membuka pintu lalu mengucapkan terima kasih kepada L. Tanpa memandang wajah L,MInji menutup pintu lalu bergegas masuk ke dalam kawasan rumahnya. Aish,memalukan!

L tersenyum melihat Minji sebelum matanya memandang rumah Minji yang terpampang di hadapan matanya. Boleh tahan besar jugak rumahnya. Hanya dua tingkat sahaja tetapi keluasan rumah itu sungguh luas dan cantik. Kalah rumahnya. Tetapi dalam hatinya masih lagi tertanya-tanya akan kewujudan lelaki itu.

 

       Wajah Minji di pandang lama. Rindu dia pada gadis yang berada di hadapannya ini. Walaupun Jonghyun tahu Minji tidak selesa dengan cara pandangannya, tapi dia tidak boleh berhenti dari merenung wajah tersebut. Cantik. Putih. Sama seperti dulu. Tiada satu pun yang berubah. Sungguh dia rindu dengan gadis di hadapannya ini. Kalau boleh hendak sahaja dia peluk. Tapi dia tahu mereka kini di pejabat. Jadi tidak sopan untuk berkelakuan begitu. Lagi-lagi bila dapat tahu Minji merupakan CEO syarikat ini. Tambahan pula apabila ternngat perangai bodoh dia tu yang berkasar dengan Minji pada tempoh hari. Sungguh dia tak tahu apa yang rasuknya sehingga dia bertukar menjadi seperti itu.

“ Awak buat apa dekat sini?” Minji mula bersuara dengan kasar.

Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Minji.

“ kenapa awak tapi bukan Jongg?” Minji tersentak. Pen yang berada di tangan terus terjatuh. Tidak sangka lelaki ini akan teringat tentang panggilan itu. Tetapi apabila Minji teringat tentang kisah Jonghyun yang cuba berkasar dengannya tempoh hari terus membuatkan dia tersedar pada realiti.

Lama Minji mendiamkan diri tidak menjawab soalan Jonghyun. Mungkin tiada jawapan untuk soalan itu.

“ I’m just kidding. So..how are you? Makin cantik ya.” Puji Jonghyun. Tetapi Minji tidak termakan dengan pujian tersebut. Yang dia perlu tahu sekarang apa yang lelaki ini datang sini?

“ Saya tak tahu apa masalah awak dan saya rasa saya tiada kaitan dengan masalah awak. Pintu dekat sana,sila keluar.” Kata Minji dengan tegas. Untuk kali pertamanya dia berkata kasar terhadap lelaki itu tetapi Jonghyun hanya tersenyuman.

“ Saya tahu saya salah. Please give me a chance to explain my dear.” Tangan Minji mula diraih kemudian diusap dan membuatkan Minji terkedu. Sungguh dia rindu akan sentuhan Jonghyun. Dulu dikalau dia merajuk, Jonghyun akan pujuknya dengan cara ini. Mungkin dengan orang lain,sentuhan seperti ini adalah biasa tetapi bagi dia tidak. Sentuhan Jonghyun seakan-akan ada kuasa ajaib. Perasaanya akan cepat berubah.

Tetapi itu dulu sekarang dia bukan Minji yang dulu. Tanganya ditarik kembali diraih oleh Jonghyun.

“ Listen. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Awak boleh keluar sekarang!”

Minji bangun dari kerusi yang diduduk dan menghampiri tingkap. Pandanganya jatuh keluar bagi menenangkan perasaanya yang tidak tentu arah. Dia rindu Jonghyun tapi perasaan kecewa itu masih tidak dapat dilupakan.

Jonghyun mengekori Minji dari belakang.

“ I’m so sorry! And I mean it. Jongg terpaksa tinggalkan Minji. Terpaksa sangat-sangat! Jongg terdesak masa itu. Jongg cintakan Minji. Hanya Minji yang Jongg cinta.”

Jonghyun memeluk Minji dari belakang. Kepalanya diletakkan pada bahu Minji.

“ Jongg..kita dekat pejabat ni. Tolong jangan buat macam ni. Saya ada maruah untuk dijaga..” Minji menolak tangan Jonghyun daripada memeluknya tetapi makin kuat Jonghyun memeluknya. Lagipun Minji takut jika kejadian tempoh hari berulang sekali lagi.

“ Jongg rindu Minji. Jongg tak kesahla apa yang diorang nak cakap.”

“Lepaslah!” Jerit Minji.

“ Kalau boleh setiap masa Jongg nak peluk Minji. Tolong la Minji. Beri Jongg peluang kedua. Jongg..Jongg terpaksa tinggalkan Minji masa tu..”

“ lepaslahhh!!” Jerit Minji lagi. Meronta-ronta Minji minta untuk dilepaskan.

“ Jongg tolong lepaskan Minji..Kita dekat pejabat ni” Rayu Minji walaupun dalam hatinya mengatakan dia rindu dengan pelukan Jonghyun tapi dia tidak boleh buat sedemikian. Dia seorang yang berpangkat tinggi dan jikalau pekerjanya nampak, jatuh maruahnya.

“ Kim Jong Hyun!” Marah Minji tetapi Jonghyun enggan. Bahu Minji mula terasa basah. Minji terasa seperti Jonghyun sedang menangis di bahunya.

“ Tolongla..maafkan Jongg..Jongg tahu Jongg buat salah. Tapi Jongg buat bersebab. Maafkan Jongg.” Suara Jonghyun kedengaran lain. Minji sudah bertambah risau.Akhirnya,Minji hanya biarkan sahaja Jonghyun memeluknya kerana dia tahu walaupun dia menangis air mata darah sekali pun,Jonghyun akan tetap tidak akan melepaskannya.

Beberapa minit kemudian, Minji cuba merungkai pelukan Jonghyun setelah dia reda daripada menangis. Minji memusingkan badannya untuk menghadap Jonghyun. Minji mengelap air mata yang masih mengalir pada muka Jonghyun menggunakan belakang tapak tangannya.

“Listen,Kim Jong Hyun. Saya tahu hati awak sedang tak tenteram sekarang ni jadi awak balik dulu ke rumah awak. Nanti bila saya dah bersedia,saya akan berjumpa dengan awak. Okey?” Pujuk Minji. Sebenarnya dia hendak menghalau Jonghyun meninggalkan pejabatnya tapi takut pekerjanya cakap apa pulak tentang dia.Tambahan pula dengan keadaan Jonghyun yang sebegini.

“ Tapi…”

“Please,Jonghyun. Saya merayu sangat-sangat.Saya banyak kerja sekarang ni.” Pujuk Minji lagi sambil menolak badan Jonghyun ke arah pintu pejabatnya.

“Okay,fine. Jongg pergi tapi dengan syarat malam ni kita jumpa.”

Minji hanya mengangguk sahaja dengan cadangan Jonghyun. Nak buat macam mana. Dah itu je cara dia hendak menghalau Jonghyun dari pejabatnya jadi dia terpaksalah akur sahaja. Melihat kelibatan Jonghyun yang telah pun lenyap daripada pandangannya, Minji menutup pintu pejabatnya sebelum kembali duduk.Satu keluhan yang berat dilepaskan. Terasa berat sangat beban yang perlu dipikul olehnya. Lama dia mendiamkan diri sebelum memulakan kembali kerjanya yang terbantut akibat kedatangan Jonghyun yang secara mengejut.

Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk sebelum kelibatan Butler Kang muncul di hadapan matanya.

“Coffee, miss?” Soal Butler Kang sambil meletakkan secawan kopi panas di atas meja. Minji tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.

File-file yang bertaburan disusun dan diletakkan di tepi oleh Butler Kang. Dia tahu Minji sedang serabut sekarang apabila dia mendapat tahu kekasih lama Minji muncul kembali. Pasti hati Minji tidak tenteram sekarang. Hati siapa yang tak tenteram bila kekasih lama yang dulu kita cinta hingga nak mati dan telah menghancurkan hati kita tiba-tiba muncul menagih cintanya kembali. Tambahan pula apabila sekarang ini syarikat SHO sedang menghadapi kejatuhan lagi membuatkan Minji bertambah serabut.

"Miss, pukul 2 petang miss ada meeting dengan pengurus yang lain. Miss nak teruskan meeting tersebut atau hendak saya batalkan dan gantikan pada hari yang lain?" Soal Butler Kang. Minji terus meninjau jam yang berada di tangan kirinya. Jarum menunjukkan pukul 1:30 petang. Bermakna lagi setengah jam sebelum meetingnya bermula.

" Teruskan." jawab Minji. Kalau hendak batalkan meeting,nanti kesian pulak Butler Kang terkejar-kejar buat kerjanya. Tak apalah biarlah apa pun hendak terjadi dalam meeting nanti. Yang penting dia menghadiri jugak meeting itu kerana sudah lama dia tidak muncul dalam meeting tersebut akibat sibuk dengan kerja dahlu sebagai maid di rumah L.

Butler Kang hanya mengangguk mendengar keputusan bossnya sebelum meminta izin untuk mengundurkan dirinya.



         " So, dah jumpa dengan CEO SHO?"

L mendonggak kepalanya apabila mendengar satu suara kasar menegurnya. Tangannya yang tadi ligat membelek file-file terus berhenti.

Oh.Daddy rupanya. desis hati L sebelum menjemput ayahnya duduk di sofa berhadapan dengannya.

" Macam mana dengan Minji? Okay?" Soal Mr.Kim lagi.

" Minji?Hmm..not bad. Pretty. Cute. " balas L dengan senyumannya yang lebar. Dalam otaknya sudah mula terbayang-bayang wajah Minji. Haih,rindu dia pada Minji walaupun baru semalam berjumpa. Huhu.

Melihat anaknya tersengih-sengih terus Mr.Kim menyekeh kepala anaknya. " Eish dia ni. Kesitu pulak. Daddy tanya macam mana hubungan syarikat kita ngn syarikat Minji. Bukan tanya pasal Minji." kata Mr.Kim sambil mengeleng-geleng kepalanya. Agaknya anaknya sedang dilamun cinta kot dengan CEO SHO sampai orang yang lain,dia jawab lain.

" Ouh yeke?L salah dengar erk?Hehehe." L tersengih-sengih kambing sambil mengusap kepalanya. Aduh,sakit. Boleh tahan sakit jugak sekehan daddynya.

" Pasal tu L belum bincang lagi. Kebetulan pulak lepas ni L nak pergi jumpa dia. Nanti L akan bincang dengan dia. "

" Kamu jangan main-main dengan CEO SHO tu. Daddy dengar citer dia tu keras kepala sikit. Susah hendak beri kerjasama dengan syarikat yang rendah daripadanya." L tergelak kecil apabila mendengar amaran daripada daddynya.

" Eh, syarikat kita ni bukan rendah tapi kurang maju sikit daripada syarikat dia. Jangan risau la daddy,anak daddy ni boleh uruskan semuanya. Semuanya akan menjadi tip top." kata L dengan bangga sambil memetik jarinya. Biasalah kita hidup kene confident kalau tak pasti tak akan berjaya. Tambahan pula, CEO SHO ialah Minji dan bukannya orang lain,jadi dia tidak perlulah ragu-ragu dengan keputusannya.

" Ha suka hati kamulah L. Yang penting,daddy nak yang terbaik untuk syarikat kita. Daddy dengar cerita kamu dah dapat tangkap siapa yang curi duit syarikat ini? Betul ke?"

" Iyup. L dah berhentikan dia dan dah serahkan kes ini kepada pihak polis untuk hukuman selanjutnya. Dan baru-baru ini juga syarikat kita dah untung besar semenjak pusat beli-belah di Gangnam itu dibuka." Jawab L dengan nadanya yang serius. Pen yang berada di tangannya di letakkan di atas meja. File-file yang baru sahaja ditanda tangani olehnya ditutup sebelum diletakkan ke tepi.

" Oh,baguslah. Daddy tak sempat hendak menjenguk pusat beli-belah itu semenjak ia mula dibina. Tak apalah,mungkin hujung minggu ni Daddy pergi melawat sana." Ujar Mr.Kim. Tidak sia-sia dia melepaskan jawatannya kepada anak tunggalnya itu. Sekarang baru terasa lega apabila mendapat tahu syarikat daripada hasil titik peluh keturunannya masih kekal bangkit. Dan kali ini dia dapat merasakan syarikat ini akan terus maju tidak lama lagi dengan melihat pencapaian anaknya itu.

" Alaa,daddy tak perlu risau tentang syarikat ni. L boleh uruskan. Sekarang ini, daddy hanya perlu fokus kepada kesihatan daddy je sekarang. Ingat! Daddy tu dah tua,bukan macam L muda lagi. Kesihatan tu penting." kata L dengan tegas. Mr.Kim hanya tersenyum.

" Eish budak ni.Daddy ni masih mudalah. L bila nak kahwin huh? Umur kamu tu dah meningkat. Daddy ni sunyi tau dekat rumah sorang-sorang. Kalau ada cucu kan best,boleh main dengan dia." L mengangkat keningnya mendengar kata-kata daddynya.

" Aik?Sorang-sorang? Mak cik mana?" Soal L dengan pelik. Semenjak dia bergaduh dengan isteri daddynya hari itu tentang kes isteri daddynya menuduh Minji mencuri rantainya,L tidak berhubung langsung dengan keluarganya. Malah,tanya khabar pun tidak.Maklumlah,ketika itu perasaan marah kepada daddynya masih lagi tidak reda.

" Daddy sudah ceraikan dia. Lepas kamu bergaduh hari tu, perangai dia semakin hari semakin teruk. Lepas tu dia kantoi curang dengan daddy. Dia merayu juga dengan daddy kata dia tak curang apa semua. Tapi daddy tetap ceraikan dia sebab daddy tahu dia gilakan harta. Daddy minta maaf dekat kamu sebab lemoang kamu hari tu. Selama ini daddy buta,tak tahu mana satu air jernih dengan air keruh. Naseb baik ada kamu yang dapat menunjukkan jalan sebenar kepada daddy.Kalau tak,entah apa lagi dia buat dengan dengan keluarga kita." Ujar Mr.Kim lebar. Tangan anaknya yang berada di atas meja diusap tanda terima kasih.

L tersenyum gembira.Tidak sangka usaha selama ini untuk membuka hati daddynya berjaya. Huh,padam muka kau mak cik!

" Good job,Daddy. Kan L dah kata anak daddy ni memang boleh dipercayakan." Kata L dengan bangga untuk kali ke berapa tah. Tangan daddynya digengam kuat. Satu senyuman yang lebar dihadiahkan kepada daddynya.

" Eh,hari tu kamu bawak balik perempuan ke rumah kita tu Minji kan?" Soal Mr Kimyang membuatkan L tersentak.

" Aik? Daddy cam ke muka Minji?" Dahi L berkerut. Hebat betul daddy dia ni. Baru jumpa sekali dah kenal Minji tu siapa. Bukan macam dia. Berjumpa dengan Minji hampir 3 bukan baru kenal siapa Minji yang sebenar. Aduh,jatuah maruahnya. Huhuhu

Tangannya ditarik kembali daripada gengaman tangan L sebelum memulakan kata-kata.

" Mestilah. Anak arwah kawan rapat daddy. Cantik dia sekarang. Lagi-lagi bila dia yang jadi penganti bapanya. Walaupun umurnya masih muda,tapi dia masih boleh pertahankan syarikat itu dengan baik. Sebab tu daddy nak kamu bekerjasama dengan dia,nanti bila syarikatnya dalam kesusahan Kamu bantulah dia. Arwah pun dah amanahkan daddy untuk bantu dia jadi sekarang daddy amanahkan kamu untuk bantunya. Peribahasa ada mengatakan bersatu teguh bercerai roboh." Ujar Mr.Kim. Teringat kembali zaman dahulu apabila arwah membantunya ketika syarikatnya menghadapi kemerosotan. Walaupun pada ketika itu,syarikat arwah juga mengalami kemerosotan tapi dia tetap membantu kerana katanya hidup mestilah bantu-membantu.

" Amboi,daddy. Boleh pulak guna peribahasa. Bukan setakat bantu dia bina syarikat,bina keluarga yang baru pun boleh. " kata L sambil terbayang-bayang syarat wasiat tersebut.

"Eh kamu ni,ke situ pula."

" Daddy,kalau minji jadi menantu. Daddy setuju ke?" Soal L secara tiba-tiba. Mr. Kim terus tersentak. Tidak sangka pula anaknya itu ada hubungan sebegitu dengan Minji.

" it's up to you,L. Daddy tak kesah asalkan dia yang terbaik untuk kamu. " Nasihat Mr.Kim sebelum bangun daripada sofa.

" Nak balik dah ke?" Tanya L apabila melihat daddynya sudah mengangkat punggungnya.

" Iyalah. Takkan nak tunggu kamu habis kerja baru nak balik pula. Lagipun daddy nak pergi tengok wayang lepas ni. Maklumlah dah lama tak tengok wayang sorang-sorang."

L tersengih mendengar kata-kata daripada daddynya. " Amboi,tengok wayang. Ha iyalah. Hati-hati. Nanti L balik rumah ya." Balas L. L hanya memandang Daddynya keluar dari bilik sebelum pintu pejabatnya sepenuhnya.

L mengambil kembali file-file yang masih belum diselesaikan lagi. Pen yang berada di atas meja diambil. Tangannya laju membelek file-file tersebut. Tidak lama kemudia,kedengaran pintu pejabatnya dibuka membuatkan dia berhenti.

Aik?daddy?

" Kalau Minji jadi menantu daddy pun daddy suka jugak." Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada L sebelum menutup semula pintu pejabat tersebut.

L tergelak besar mendengarnya.Aduh,daddy...daddy... 



           Minji tersentak apabila pintu pejabatnya diketuk. Muncul Butker Kang yang membuka pintu tersebut.

"Miss?"

Minji dengan pantas menutup computernya lalu mengambil handphone yang berada berdekatan dengannya. Butler kang yang berada di pintu terus di dekati.

" Dah start ke? " tanya Minji. Butler Kang hanya mengangguk sebagai jawapan.

Tanpa melengahkan masa,Minji terus mengorak langkah ke bilik mesyuarat dengan segera. Meeting kali ini amat penting berbanding dengan meeting-meeting yang lain kerana meeting ini berkenaan dengan jawatan yang disandang olehnya.

Sampai sahaja di hadapan pintu di mana menempatkan bilik mesyuarat,Minji menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum menghembuskannya. Mengumpul semangat supaya dirinya tidak gementar untuk berperang sebentar lagi. Baru dia membuka sedikit ruang pintu,dia terdengar perbualan yang sedang dibual oleh mereka yang berada di dalam tersebut.

" Saya rasa Minji tak sesuai jadi CEO SHO."

" Kenapa pulak?"

" Tengoklah dia sekarang ni pun selalu sangat tak masuk office. Entah apa yang dia buat dekat luar sana pun tak tahulah. Menghabiskan duit bapa tak? Biarlah orang muda..macamlah tak tahu perangainya.."

" Betul tu, sekarang ni syarikat ni mengalami keruntuhan. Ada dia datang?Ada dia bantu syarikat ni? Sejak kematian bapanya,tak pernah lagi dia masuk meeting. Kalau ada pun,hanya sekali sebulan je. Kalau macam nilah perangainya,macam mana kita nak majukan syarikat ini?"

" Saya sokong. Sebabnya sejak kematian arwah dah berapa kali dah kita mengalami keruntuhan,kalau untung pun sikit sahaja. Tapi itu pun dengan bantuan Butler Kang. Kalau tak ada dia,rasanya bankrup syarikat ni."

" Bukan itu sahaja. Bila kita hendak buat sesuatu keputusan mesti kita minta persetujuannya tapi dia pula yang jarang masuk office. Macam mana kita hendak mulakan urusan tanpa persetujuan dia? Takkan setiap kali kita hendak buat sesuatu kita pulak yang kene cari dia sampai ke rumahnya? Jadi apa gunanya buat bilik khas untuk dia?"

" Biasalah budak tak matang."

" Bapanya pun satu, dah tahu nak mati tu bagi lah jawatannya kepada orang yang lebih arif. Ini tak, budak yang tak berpengalaman jugak yang dapat jawatan lebih tinggi daripada kita."

" Setuju! Lagipun saya dengar cerita Minji itu dulu belajar bahagian perubatan. Jadi sudah sah-sah la budak tu tak faham otak business seperti kita. Agaknya 5 tahun akan datang,syarikat ini bertukar jadi hospital tak?"

" Bapanya pun sama perangai anaknya."

Berdesup telinga Minji apabila mendengar kritikan berkaitan dengannya tambahan pula boleh pulak mereka mengkritik bapanya sekali. Panas telinganya dengar.

Melihat Minji sudah mengenggam tangannya membuatkan Butler Kang hendak menahan Minji daripada masuk Bilik Mesyuarat tersebut. Tapi tidak sempat. Minji terlebih dahulu bertindak masuk ke dalam dengan menghempaskan pintu. Terkedu semua yang berada di dalam.

" Habislah..." bisik Butler Kang sebelum mengekori langkah Minji. Melihat muka Minji yang sudah merah padam, dia sudah boleh agak apa yang akan terjadi. Tengok sahajalah naseb mereka nanti. Siapa suruh cari pasal dengan majikannya. Apa ingat badan sahaja kecil tapi bila sudah naik angin ,bangunan ni pun boleh runtuh.

" Eh,Minji. Kamu datang rupanya. Ingatkan tak datang." Tegur satu lelaki yang berusia lingkungan 50an yang memegang jawatan sebagai general manager. Minji mencebik sebelum kerusi yang berada di tengah-tengah itu diduduk. Butler Kang hanya berdiri di sebelahnya lalu melihat semua yang berada di dalam bilik tersebut sedang kecut perut.

" Eh, sambung la borak tadi. Baru saya tahu yang bilik mesyuarat ni dibina untuk kamu semua berborak. Best sangat ke kutuk orang? Ha ,tunggu apa lagi. Kutuk la lagi. Tak apa,saya dengar. " Perli Minji dengan pandangan tajamnya. Semua yang berada di situ menunduk pandangan mereka kerana takut untuk bertentangan mata dengannya.

" Minji nak air ke? Pak cik boleh tolong ambikkan." kata Mr. Oh Jung Min dengan lembut yang merupakan satu-satunya pak cik saudaranya yang masih hidup. Minji tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Oh,nak pura-pura baik ya. Padahal tadi suara dialah yang paling kuat sekali bila mengutuk nya.

" Apa Minji-Minji? Kamu ingat ni rumah kamu ke nak panggil-panggil nama orang? Sedar sikit diri kamu tu, Oh Jung Min." Kata Minji dengan tegas. Bukan hendak berkurang ajar dengan bapa saudara sendiri tapi memang patut pun. Kalau tidak,lelaki itu pasti akan pijak kepalanya untuk merampas syarikat ini. Semua yang berada di dalam ni sama sahaja, hendak menjatuhkan dia supaya mereka boleh berkuasa untuk memerintah syarikat ini. Sudah lama dia perhatikan gerak-geri kerana dia tahu ada udang disebalik batu apabila mereka cuba berbaik-baik dihadapannya. Huh, tapi kali ini dia tidak akan bagi peluang langsung kepada mereka.

Semua yang berada di dalam itu masih mendiamkan diri menunggu kata-kata dari Minji.

" Saya dengar tadi kamu semua tak setuju saya jadi CEO SHO? Betul ke?" Soal Minji walaupun dia sudah tahu jawapannya. Yang lain sudah berdehem sesama sendiri memberi isyarat untuk bersuara tetapi disekat oleh Minji.

" Sebab saya muda?Jadi otak saya tak matanglah? gitu? Hey,usia bukannya boleh menentukan jawatan sesiapa. Kalau rezeki tuhan dah bagi,jadi je lah. Ade je orang yang dah tua daripada saya tapi tak matang macam kamu semua ni. Ke Sebab saya jarang masuk office? Kalau saya tak masuk office pun apa masalah kamu semua? Ada saya ganggu kamu semua buat kerja ka? Takkan saya nak duduk office ni 24jam? Bukan kamu semua suka ke bila saya tak ada dekat office sebab kamu semua boleh buat sesuka hati kan?" Minji menjeling ke arah semua yang berada di situ. Sakit hatinya dengan perangai mereka ni. Macam manalah bapanya boleh ambil mereka sebagai pekerja.

" Sebab susah nak mintak persetujuan saya kalau saya tak ada kat office? Kalau saya tak ada,call lah. Apa masalah kamu ni? Zaman dah maju. Whatsapp ade,Facebook ade, macam-macam apps ade. Hanya tekan dan cakap dengan saya sahaja. Kalau malas sangat,bagi je lah kat Butler Kang. Senang kan? Ada otak tak nak fikir ke?Tahu nak kutuk orang sahaja!"

Semua yang berada di situ sudah mula berbisik-bisik. Terasa dengan perlian daripada Minji. Butler Kang hanya tersenyum. Good Job,Miss!

" Kalau saya belajar bahagian perubatan ada masalah ke dengan syarikat ni? Tak boleh ke doktor jadi CEO? Kalau tak boleh,hari ni saya akan buktikan yang saya boleh buat. Ada masalah? Lagipun kalau saya nak tukarkan syarikat ni jadi hospital pun boleh jugak. Lebih baik saya selamatkan orang lain yang lebih memerlukan daripada kamu semua ni yang hidup tak reti bersyukur. Tahu hendak berebut kuasa sahaja!" Marah Minji dengan nadanya kuat. Bergegar cawan yang berisi air di atas meja. Minji terus berhenti menghentak meja. Tahap kemarahan sudah sampai ke maksimum. Semua yang berada di situ sudah ternganga mulut. Tidak sangka dengan Minji akan marah sebegitu.

Butler Kang mula risau apa yang bakal berlaku dan berbisik kepada Minji supaya untuk menenangkan dirinya. Takut juga kalau Minji ni karate semua yang berada di dalam ni. Tetapi Minji tidak mengendahkannya.

" Bapanya sama perangai macam anaknya? Woi, dah nama pun anak-beranak mestilah sama. Kau sapa nak tentukan perangai orang?!"

Cawan yang berada di hadapannya dicampak ke tepi. Membulat semua mata yang berada di dalam tersebut termasuklah Butler Kang. Terkejut dengan tindakan Minji. Bahasanya pun sudah bertukar. Butler Kang cuba menarik tangan Minji tetapi ditepis oleh Minji. Mereka mula menjauhkan diri daripada Minji kerana takut diapa-apakan oleh gadis kecil ini. Bab kata orang sediakan payung sebelum hujan.

" Ke sebab takut aku habiskan duit syarikat?Huh? Mari sini aku bongkarkan rahsia. Kita tengok sama ada kau ke aku yang habiskan duit syarikat ini."

Semua yang berada di dalam bilik itu tidak senang duduk seperti cacing kepanasan. Masing-masing sudah memandang sesama sendiri. Sudah tau apa yang bakal ditunjukkan oleh Minji.

"Butler Kang! Bak sini file-file tu." Arah Minji sehingga terkejut Butler Kang dibuatnya. Naseb baik dia tak tua lagi. Kalau tak,pasti dia sudah diserang penyakit jantung. Dengan panats file-file yang dibawah bersamanya tadi dihulurkan kepada Minji.

Niat Minji sebenarnya sebelum masuk bilik mesyuarat ini untuk berbincang tentang inilah secara baik tapi bila semua dah tunjuk belang masing-masing. Jadi dia pun perlulah tunjukan belang dia yang sebenar. Biar diorang tahu mana satu singa dan mana satu kancil.

File-file yang dihulurkan oleh Butler Kang diambil sebelum dicampakkan ke atas meja. Akibat campakan kuat daripada Minji, salah satu daripada file tercampak mengenai salah seorang daripadanya. Terkejut mereka dibuatnya. Hebat betul penangan Minji ni. Ish Ish Ish. Bahaya!

" Kau tengoklah sendiri. Tak perlu aku nak cakap siapa yang buat sebab orang yang buat tu mesti dah tahu kesalahan diri sendiri. Tak banyak pun aku nak mintak, aku cuma orang yang buat tu buat surat minta maaf hari ini jugak dalam masa setengah jam sebelum aku hantar ke pihak polis. Mana kau nak? Duduk dalam lokap ataupun minta maaf dengan aku?" Kata Minji sambil tersenyum sinis. Melihat semua yang berada di situ tidak senang hati membuatkan dia terasa puas hati. Huh, ni baru sikit yang dia bongkarkan. Ada banyak lagi yang dia simpan. Tunggu masa yang sesuai sahaja.

File-file yang dicampuk olehnya dibuka satu per satu oleh Oh Jung Min. Terbeliak matanya apabila melihat gambarnya turut beserta.

" Kau tunggu apa lagi? Nak aku bentangkan karpert merah suruh keluar buat surat? Ingat! Setengah jam sahaja aku bagi. Yang aku tahu atas meja aku nanti dah ada surat tu dah. Lambat satu minit,malam ni kau tidur la dekat lokap. Ataupun kau memang nak ke lokap. Aku tak kesah. Aku lagi suka."

Mendengar kata-kata Minji, hampir semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu mula berpusu-pusu keluar daripada bilik mesyuarat tersebut termasuklah bapa saudaranya. Yang tinggal hanyalah ada tiga ke empat orang sahaja. Minji terus merenung ke arah mereka yang tinggal.

" Kenapa? Takut dengan aku? Dengan tuhan kau tak takut pulak? Jangan ingat apa yang kau buat belakang aku,aku tak tahu. Walaupun aku tak nampak,tapi tuhan nampak apa yang kau buat. Nak berhenti kerja? Suka hati kau lah. Apa kau ingat aku akan merayu ke kalau kau nak berhenti sekali pun. Banyak lagi manusia yang nak kerja dekat syarikat ni. Kalau syarikat ni bankrup pun,banyak lagi benda yang aku boleh buat. Bukan macam kau yang hanya tau makan gaji buta sahaja! " Kata Minji sebelum melangkah keluar bersama-sama Butler Kang. Kalau boleh banyak lagi dia nak cakap, tapi dia tahan juga. Kalau tidak nanti entah apa yang dia buat dekat diorang pun tak tahulah. Kadang-kadang tindakannya lebih pantas daripada otaknya.

Baru sahaja Minji ingin mengorak langkahnya ke biliknya terus terhenti apabila melihat L yang sudah bersandar pada sebelah pintu bilik mesyuarat. Terus hilang kemarahannya melihat L.

"L?" Kening Minji terangkat. Pelik dengan kedatangan L ke syarikatnya. Tanpa menganggu, Butler Kang terlebih dahulu meminta diri untuk beredar.

" Buat apa dekat sini?" Soal Minji. L terus tersenyum apabila melihat Minji. Wahh,rindunya dia dengan gadis di hadapan matanya ini. Kalau boleh, hendak dipeluk sahaja badan si Minji ini.

" Nak jumpa kau lah." balas L. Matanya memandang Minji daripada atas sampai bawah. Walaupun hanya memakai seluar slack dan baju kemeja,ia sudah menarik perhatian L. Aish,angau betul L ni.

" Dah lama ke kat sini?" Soal Minji lagi.

" Sejak kau tengah marah-marah lagi dekat dalam tu. Hehehe. Tak sengaja dengar. Sorry. Tak sangka eh kau ni boleh tahan garang. " Puji L. Lmao. Puji ke? Padahal tadi masa dia datang pun dia dah kecut perut bila dengar Minji marah. Suaranya sampai ke luar boleh dengar. Belum lagi berhadapan dengannya. Agaknya pengsan dibuatnya.

" Ceh, jomlah borak dalam bilik saya." Ajak Minji sebelum mula mengorak langkah.

" Amboi, bilik saya dah sekarang. " Perli L dengan sengaja.

" Eish,dia ni kan. Ade je nak sakat orang." Kepala L disekeh. Naseb dia pakai kasut tinggi,senang dia nak sekeh kepala mamat ni. Huhuhu

" Siapa orang? Kau orang ke? " Perli L lagi sambil mengosok kepalanya.Sakit tau tak!

" Ada juga yang kene campak sat lagi. " Kata Minji sambil mengetap bibirnya. Kalau boleh hendak sahaja dia tarik rambut mamat ni. Haihh,naseb badan.


~ Its hard to forget someone who gave you so much to remember~

 April 8, 1990 - December 18, 2017

Kim Jonghyun 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^