SHO

You're Mine 2

    Pejam celik pejam celik kini sudah hampir dua bulan Minji menjalankan tugasnya sebagai maid.  Kini baru dia faham kerja sebagai maid merupakan kerja yang paling susah sekali berbanding kerjanya yang dulu sebagai CEO. Naseb baik di syarikat tidak ramai yang pelik dengan perangai ya yang jarang ke syarikat. Kalau ada yang tanya, dia pasti akan menjawab tidak berapa sihat ataupun ada urusan lain. L pula semakin sibuk dengan syarikatnya kerana ada bisnes baru dan sekarang ini dia jarang pulang awal. Jadi Minji boleh buat apa yang dia suka. Kadang-kala dia mengambil kesempatan ke syarikatnya. Mujur tidak kantoi. Rahsianya pula telah diketahui oleh Gyu rim dan kawan-kawan L. Mujur mereka memberi kerjasama dengan tidak memberitahu pada L.  Biarlah dia sendiri yang bagitahu pada L bila dia da bersedia nanti. 

Minji memandang skrin laptopnya. Tangannya ligat menari-nari di atas keyboard. Mengambil kesempatan membuat kerja di ofis yang tertangguh apabila dia telah menyiap selesaikan tugasnya sebagai maid. Secawan milo dihirup bagi mengeringkan tekaknya.  Fuhh!! Banyak betul kerja yang dia perlu lakukan. Lagi-lagi bila Butler Kang baru memberitahu dia tentang pembinaan sebuah shopping mall yang telah lama ditunda sejak kematian bapanya. Arhhh..Kenapa boleh dia tidak tahu tentang hal ini? Hancur terus moodnya. Kadang-kadang rasa macam nak je berhenti kerja sebagai CEO. Ingat senang ke jadi CEO ni?

Sedang Minji menaip, tiba-tiba dia terdengar deruman enjin kereta L. Minji memandang jam yang tergantung. Baru pukul 3 petang. Awalnya dia balik! Minji dengan pantas menutup laptopnya lalu keluar dari bilikny. Minji ternampak L sedang baring di atas sofa kemudian dia menghampiri L. Penat mungkin?

"Boss da balik?" Tegur Minji dengan ramah. Walhal dalam hati dah dup dap dup dap. Tiba-tiba je L balik awal. Maunya dia kelam-kabut.

"hmm.." balas L sambil memicit-micit kepalanya.  

"Awal balik hari ni boss.." 

"hmm.." Minji mencebik. 

"Penat sangat ke boss?" 

"Hmm.."

'Hmm..Hmm..Tembak kang!Macam tak ada jawapan lain je!' Desis hati Minji. Minji memandang L lalu dijeling. Sabar Minji..Sabar..

"Yah!Daripada kau berdiri dekat sini,baik kau pergi buatkan aku hot chocolate." Arah L. Melihat keadaan L yang seperti orang sakit itu Minji hanya turuti. Gila nak bantah? Kang mahunya dia kena maki-hamun dengan L. Dah la orang tu penat balik kerja,lagi nak cari pasal.Ish ish ish

Setelah 3 minit dia berada di dapur, Minji kembali ke ruang tamu bersama secawan hot chocolate. Maklumla sekarang dia dah pro dalam bab2 buat air ni. Ceh, padahal itu pun setelah diajar oleh Maidnya. 

"Minum boss.." Jemput Minji sambil meletakkan cawan tersebut di atas meja. Tetapi L terlebih dahulu sudah tidur. Minji hanya mengeleng kepalanya kemudian dikejut bossnya itu. Kesian bossnya.

"Boss bangun..Tidur dekat bilik. Nanti sakit badan tidur atas sofa. " Minji menggoncang-goncang bahu L sehingga L bangun. L mengosok matanya sebelum duduk dari baring di atas sofa. "kau nak apa...aku ngantukla.." Jawab L yang masih mamai. Haih baru 3 minit dah tidur pun da mamai? Penat sungguh L ni.

"Ni hot chocolate saya dah buatkan da. Kalau boss tak nak minum saya boleh letak dalam peti sejuk. Ni..kalau nak tidur pergi tidur dekat bilik. Tak elok tidur dekat sofa. Nanti sakit badan boss. Nanti kalau jatuh macam mana?siapa yang susah..saya jugak yang susah." Seperti seorang ibu, Minji membebel kepada L. L hanya memejamkan matanya. Tak tahu sama ada dia dengar atau pun tidak apa yang dikatakan oleh Minji.

"Boss?Ooo Boss.." Kejut Minji. L membuka matanya kemudian membetulkan posisinya dari baring ke duduk.Kepalanya digaru. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

" Yah,Min! Kau ambik laptop aku dekat kereta. Aku ada tertinggal kerja pulak." Arah L. Minji hanya turuti sahaja. Setelah diambil laptop dari bahagian tempat duduk belkang,Minji masuk ke dalam rumah. Kemudian dihulurkan kepada L.

            Minji memandang Bossnya yang dari tadi sedang menaip. Tak berhenti langsung bossnya. Hot chocolate yang dia buat tadi pun dah jadi Cold chocolate. Langsung tak terusik. 

"Busy sangat ke boss?" Tanya Minji. Kemudian dibalas dengan Anggukkan L.

"Boss tak lapar ke?Perut boss dari tadi da berbunyi." L berhenti dari menaip. Jam tangan dilihat.

"Da pukul 4. Aku lupa aku tak makan lagi dari semalam. Ermm..Tak apa la nanti la. Aku nak siapkan kerja dulu." Lengan bajunya ditarik ke atas. Tangannya kembali menaip. Minji mengeleng kepalanya. Dia boleh tahan lapar dari semalam. Hebat! Kalau aku da mati kebulur da. Perut je nampak slim tapi sebenarnya banyak makan. Huhuhu. kenal

"hmm..Syarikat SHO..Syarikat siapa ni? Aku tak pernah dengar pun.."  Mata Minji terbeliak. L sebut apa tadi? Rasenya dia tak salah dengar kan?

"Boss cakap apa tadi?Syarikat apa?" Tanya  Minji. Kali ini dia bukak telinga besar-besar. Mana tahu dia salah dengar ke..

"Syarikat SHO..Kenapa?Kau tahu ke?" Balas L sambil memandang muka Minji yang pucat. Gulp! Minji menelan air liurnya.Habis..

"Syarikat... SHO?"

"Iyee..Kau kenal ke?"

"Huh? ke..nal..ehhh! tak kenal!Tak kenal" Minji kata sambil mengeleng kepalanya. Mampus aku!

"Dah tak kenal,lagi tanya buat apa"

"Err..saje je..tapikan..ermm..boss..kenapa dengan Syarikat SHO?" Tanya Minji. Bibirnya digigit. Harap-haraplah tak ada kaitan dengan syarikat L ni. Aduhh! 

"Kau ingat tak aku ada cakap yang syarikat aku akan bina sebuah hotel? Sepatutnya dari minggu lepas pembinaan da boleh mulakan. Tapi disebabkan keuntungan syarikat aku merosot dan duit syarikat setiap bulan aku perhati mesti berkurang. Jadi terpaksa berhenti seketika."

"Macam mane boleh jadi macam tu pulak?Mesti ada orang ceroboh..Saya rasa mesti orang yang ceroboh nie ada kaitan dengan syarikat boss." Ucap Minji.

" Tula..aku pun syak.Aku da suruh staff yang aku percaya suruh cari siapa yang buat.Okay ketepikan hal tu..Sekarang ni, Daddy aku suruh bekerjasama dengan syarikat SHO bagi bina hotel 5 star ini.Daddy aku cakap SHO ini syarikat kawan baik dia. Tapi masalahnya aku tak kenal syarikat tu!" Kepalanya digaru. Banyak betul masalahnya. Mata Minji membulat. 

'what?!! Bekerjasama?!whatdahekk!!' Minji mengigit kukunya. aduhhh! Macam mane ni?!

"ermm..perlu ke bekerjasama dengan SHO? Takkan tak ada syarikat lain? Lagipun kan boss tak kenal..Nanti..bla bla bla.." Bermacam-macam alasan Minji beri kepada L. L mengeluh kuat.

"Aku da cakap dengan daddy da..Dia tetap nak.. Jadi aku terpaksala.."  Perlahan sahaja L bercakap. Minji sudah berpeluh-peluh mencari alasan. Handphone yang berada dalam poket dah vibrate bermaksud ada panggilan. Tapi Minji tidak angkat. Dia tahu mesti dari Butler Kim.

"ermm..tapikan boss.."

"Alaa..ketepikan jelah hal tu..Sekarang ni aku kena tahu siapa CEO Syarikat SHO tu! Nanti senang sikit aku cakap dengan dia kalau aku tahu latar belakang dia." Kata L. Minji sudah ternganga mulutnya. Mampus dia!

"Dekat Google mesti ade pasal SHO ni.." Tangan L mula bergerak menaip sesuatu. Minji menghampiri L. Matanya tak berkelip memandang skrin laptop L. Oh sheett!!Peluh Minji makin banyak keluar sewaktu L menekan satu laman web tentang SHO. 

Minji mengigit kukunya sewaktu L sedang membaca description tentang SHO. Tangan kanan L yang mengawal tetikus tidak berhenti scroll ke bawah.

scroll
scroll
dan 
scroll....

                  "PENGGANTI CEO SHO"

 Minji mengelip matanya banyak kali.Ohmaigodd! Kena halang ni! Kalau tidak kantoi! Namun baru sahaja Minji hendak halang, L bersin dihadapan laptopnya.

Accuummmm!!

Hendak terkeluar jantung Minji. Kotya pun bersin,slow la sikit suaranya. Ni tak jerit. Dah la duduk dekat dengan Dia! Aigoo..Buat terkejut je.

"Darah!" L memandang tangannya yang darah sewaktu dia mengosok hidungnya. Minji dengan pantas melihat hidung L yang mengalirkan darah.

"Boss! Hidung berdarah la!!" Minji dengan pantas menolak kepala L keatas supaya darah dapat berhenti dari mengalir sewaktu L mendonggak. Sekotak tisu diambil kemudian diambil sehelai tisu digulung-gulung hujung tisu tersebut  dan menyumbat hidung L. Terbeliak mata L. Sesuka hati je budak ni!

"Yah!Kau buat.."

"duduk diam-diam! Jangan gerak!" Arah Minji. Tangan L dilap dengan tisu. Aigoo..

"Da berapa hari boss tak tidur?Sampai berdarah hidung boss ni?Minum air suam tak ni? Aigoo" Bebel Minji. L hanya berdiamkan diri sahaja. Sudah tiga hari dia tak tidur,memang patutla hidung dia berdarah. Banyak sangat kerja. Jadi tak ingat langsung tentang tidur ataupun makan dan minum.  

Setelah 2 minit L mendonggak, tengkuknya mula terasa lengguh. Minji yang melihat L sudah kepenatan, menarik kepala L supaya bersandar pada bahunya. L menolak namun Minji tetap menyuruh dia sandar kalau tak nak tengkuknya patah.

10 minit kemudian, Minji menyuruh L bangun. Dah lama donggak mesti darah da berhenti. Tetapi L tetap sandar pada bahunya. Rupa-rupanya L sudah terlena dibahunya. Minji mengeluh kecil. Bape lama dia nak sandar ni?

"Boss..bangun la..darah da berhenti kot..bangun la..bahu saya da lenguh ni!" L dikejut sehingga bangun. Minji memicit-micit bahunya sewaktu L mengangkat kelapanya. Sakitnya. Kepala ke batu ni?Aigoo.

"Darah da berhenti kot boss.." kata Minji. Namun L hanya membuat muka tiada reaksi langsung. Ngantuk kot.

Melihat L yang tiada reaksi itu, Minji menarik tangan L supaya berdiri.  L memandang pelik pada Minji namun dia hanya mendiamkan diri. Penat tidak terkata. Dia da beberapa hari tak tidur. Dia hanya dapat tidur sebentar sahaja kemudian menyambung kerjanya semula. Minji menarik L sehingga ke Bilik L. Kemudian ditolak masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu bilik L.

"Jangan lupa tukar baju dulu sebelum tidur!" Kata Minji yang berada di luar bilik L. 
L mengangkat keningnya. Apa masalah budak ni? Arghh lantak la yang penting dia harus tidur! Ya tidur!

Tanpa membuang masa,dia menukar pakaian dia dari kemeja terus ke baju tidurnya. Kemudian katil ditujui. Badan dihempap ke katil. Mata dipejam. Bantal peluk dipeluk.

1 saat..
2 saat..

Kur..kurr..L telah pun dibuai mimpi. Sweet dream L! ><

 

           Minji mengemas barang-barang kerjanya yang bersepah kemudian disimpan di dalam sebuah beg. Tanpa meminta izin L, Dia pulang begitu sahaja. Lagipun L pasti sedang tidur sekarang ini. Tapi sebelum dia meninggalkan rumah tersebut,dia cepat-cepat menutup laptop L. Dan berharap L lupakan sahaja tentang pencarian CEO SHO tu. Kalau tidak habisla identitinya akan terbongkar. Minji melangkah masuk ke dalam teksi apabila teksi berhenti di hadapannya. Dia ada janji dengan Miera, Hye Ji dan Hana untuk bertemu di sebuah restoran mewah. Apabila sudah tiba di restoren yang dijanjikan, Minji keluar dari teksi setelah membayar tambang.

Minji masuk ke dalam restoren dan mencari sahabatnya. Hye Ji melambai tangannya pada Minji dan Minji dengan pantas pergi ke arah Hye Jin. Kemudian diambil tempat disebelah Hana. 

" Sorry lambat" Ucap Minji lalu meletakkan begnya di lantai. Malas hendak pegang. Buat berat je. 

"Gwenchanayo..Kiteorang pun baru sampai.." balas Hana. 

"Dah order makanan ke? Lapar la.." kata Minji sambil mengusap perutnya. Mana taknya seharian dia tak makan. Sibuk sangat dengan kerja.

"Dah! Baru je order tadi. " Balas Hana lagi. 

" Unnie..macam mane kerja? okay? Handsome jugak eh Boss baru unnie.." Miera tersengih-sengih sambil bayangkan muka L. Minji mencebik.

" Da ada Onew kan. Jangan nak menggatal erk. " Miera dijeling. Tak cukup satu,yang lain pun nak. Aigoo. Siapa ajar ni?huh.

" Unnie..Jin kirim salam. Dia kata tadi dia nak ikut lepas tu tak jadi. Ada hal katanya." Minji mengangguk-angguk sambil membuat sign 'ok' pada Hye Ji sebagai tanda balas.
Seketika kemudian dia memandang rambut Hye Ji.

"Yah!  color rambut lagi kau ni! Aigoo..Nanti rosak rambut tau tak.." Kepala Hye Ji disekeh. Hye Ji memuncungkan bibirnya.

" Sekarang ni trend color macam ni la..tengok ni..warna-warna macam pelangi. Cantik tau." Kata Hye Ji sambil menggusap rambutnya. Suka betul dia ni color rambut. 

"So,macam mana perkembangan unnie dengan boss baru unnie tu?" Tanya Hana. Hye Jin dan Miera sudah mula tersengih-sengih.

"Perkembangan apa? macam tu jelah. Unnie buat kerja unnie,dia buat kerja dia. Dah la dia tu annoying. benci betul!" Balas Minji. 

"Benci benci nanti makin suka..Hahhaha."  Hye ji mula mengenakan Minji. Minji mula membuat muka aku-cempuk-kau-kang.

"Yahh!mana ada!"

"Betul-betul. Orang tua-tua kata jangan benci nanti makin suka!" Kini miera pula yang mengenakan dia. Minji merenung tajam pada Miera.Miera sudah tergelak kecil.

"eii..mana adaaa!!"

" weyh-weyh! Jangan la sakat unnie. Nanti malu dia bila kita cakap pasal benda ini. Maklumla orang tengah bercinta mestila malu bila bercakap tentang ini." Minji sangkakan Hana akan menyokongnya malah join sekali sakatnya.Aihh.. 

Minji mengigit bibirnya. Makin ligat mereka  ini mengenakan dia. Mau sahaja dia cekik sorang-sorang tapi bila difikirkan balik.Mereka di restoren kalau buat hal nanti kecoh satu restoran pula. Jadi dia bersabar sahaja.

"Stop it guys..sekarang ni cerita pasal boyfriend-boyfriend kamu semua ye.." Kata Minji bagi mengelak disakat lagi oleh mereka bertiga. Hye ji,Miera dan Hana tersengih-sengih memandangnya. Nak Tukar topic la tu..

"well..ermm..Jin macam biasala..makin handsome..makin comel..hahhaha. Kalau boleh tiap-tiap hari kami nak dating. Hahaha. Tapi disebabkan saya ade kerja dia pun ade kerja..Jadi kami jarang dating da.." Kata Hye ji. Minji hanya mengangguk-angguk.

"Jimin pula..hmm..macam biasa..dia suruh saya panggil dia oppa.. Oh please la! Sama umur pun nak panggil oppa ke?bluerkk!" Kata Hana sambil membuat gaya muntahnya.

"mestilah! da nama pun boyfriend..kena la sweet.." Balas Hye Ji. Hye Ji memang. Kalau bab-bab couple2 ni semua benda dia pakar.Hana mencebik. Tak mau dia panggil Jimin dengan panggilan oppa. Buat malu je.

"Onew macam mane pulak miera? Dah putus ke?" Tanya Minji sambil mengangkat-ngangkat keningnya.

"Mane ade putus,unnie..Dia baik tau. Selalu layan saya walaupun busy..Kadang-kadang kesian jugak dekat dia bila dia sanggup cancel kan appointment dia semata-mata nak jumpa saya. Dah banyak kali saya marah.Tapi dia cakap saya lagi penting dari appointment tu." Kata Miera pula.Minji hanya membuat mulutnya berbentuk O sahaja. 

"Okay la tu..sweet apa..Memang beruntung la kau dapat dia" Kata Hye ji. Kemudian,dibalas dengan anggukan dari Hana dan Minji.

"memang la...Tapi nanti pekerja dia cakap apa pulak pasal aku..nanti tak pasal-pasal aku disebabkan dia tak fokus kerja. Kau taukan pangkat dia tuu..Dia susah payah bekerja dari bawah walaupun syarikat tu ayah dia punya sampai dapat pangkat yang dia nak.."Terang Miera. Minji dan Hana mengangguk kepala sekali lagi. Betul juga apa yang dicakapkan oleh Miera. 

Perbualan mereka berempat makin lama makin rancak. Maklumla sudah lama tidak melepak bersama-sama. Banyak cerita yang hendak dikongsikan. Sambil mereka borak,mereka makan makanan yang dipesan. Tiba-tiba dia teringat akan L yang tidur dirumah. Dia dah makan ke belum?hmm..

"yah..kalau identiti unnie terbongkar macam mane?" Tanya Minji setelah menjelaskan perkara yang berlaku di rumah L tadi pada mereka bertiga.

"hmm..nanti Boss akan tahu la pasal wasiat tu kan kalau terbongkar kan?hmm.."

"Nanti tak best la kalau rahsia unnie terbongkar..Nanti mesti dia suruh unnie buat kerja yang ringan-ringan je..Tak pun nanti dia buang unnie dari bekerja sebab tipu dia..Nanti tak dapat jumpa dia.." Kata hye ji sambil membuat muka sedihnya.

"Eh tapikan..Kan unnie pernah cakap dalam wasiat tu kalau identiti tak dirahsiakan pun tak apa..Jadi lebih baik unnie dedahkan identiti unnie. Miera rasa kalau dia tahu sendiri nanti mesti dia bengang. So,baik unnie terus terang.Tapi kalau unnie rasa Unnie boleh cover identiti unnie, jangan la bagitau dia." Balas Miera. 

Minji mengeluh kecil.Ahh..Susahnya hidup berwasiat-wasiat ni! 


A/N: Maaf lambat update.Huhu.Maaf sangat-sangat. Laptop rosak jadi ia mengambil masa yang lama untuk update. Ini pun saya update guna ipad. Naseb baik boleh. So,saya da update. Jangan lupa comment ye.Kalau tak,tak nak update lagi.hahahha joke2. Abaikan Typo.

Yang tengh bosan menunggu saya update tu,Jemput-jemputlah tengok satu fanfic ni. http://www.asianfanfics.com/story/view/1044562/girls-girls-girls-comedy-crush-malay-shinee-taemin-love

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^