Hari kedua

You're Mine 2

        Min Ji mengigit kukunya. Hatinya mula gelisah. Min Ji suah mundar-mandir di hadapan gate rumah tersebut. Apa aku nak buat ni?Jam tangan dilihat. 5:59 a.m. Lagi 10 saat,baru pukul 6. Min Ji semakin kelam-kabut. 5....4....3...2...1! Tit!Tit!Tit! Jam tangannya berbunyi.

Topinya dibetulnya. Plan 1! Jangan bagi boss melihat mukanya! Tapi kalau dah kantoi, pandai-pandailah cari alasan. Min Ji senyum sedikit walaupun sebenarnya dia berasa takut.Min Ji melangkah masuk kedalam rumah tersebut apabila Gate rumah tersebut dibuka secara automatic.

Pintu rumah diketuk sebelum dibuka.Kepalanya mula dipusing ke kanan dan kekiri untuk memastikan tiada orang di rumah tersebut.Kosong! Min Ji tersengih. Dia berjalan sambil kakinya dijengketkan. Dengan pakaiannya yang berwarna hitam dan topi hitam dan cara dia berjalan sama dengan gaya pencuri yang hendak merompak rumah orang kaya.

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik yang menjadi miliknya selama tiga bulan ini, satu suara garau menegurnya.Min Ji terkaku.

“Hoi!”

Badannya dipusing 90 darjah. Min Ji ternganga sedikit. Dengan baju pajama dan rambut serabai,L tanpa segan-silu menegur Min Ji. L merenung tajam perempuan yang berada di hadapannya.

“Kau baru sampai ke?” Perkataan saya-awak terus berubah menjadi kau-aku pada mulut L. Min Ji mengangguk sebelum kepalanya ditundukkan.Takut-takut L mengecam mukanya.

“Kenapa kau pakai topi?Jangan risau,muka kau tak hitam pun selama kau kerja sini.”Sindir L. Rambutnya dibetulkan.Min Ji mengigit bibirnya.Mahu sahaja dia karate lelaki dihadapannya.Macamlah muka kau ni putih sangat. Err..

“Saya takut nanti boss terkejut tengok muka saya. Sebab tu saya pakai topi.”Kata Min Ji perlahan.

“Bukak je lah! Aku tak kesah pun muka kau ada parut ke tak cantik ke. Bukak je.Aku tak selesalah kalau ade orang pakai topi dekat rumah aku.” Arah L.

Gulp!Min Ji menelan air liurnya. Macam mana ni?Entah-entah kalau aku bukak topi ni,nanti mesti aku diejek oleh dia. Entah-entah dia berhentikan aku. Wahh! Sukanya!Tak payah jadi maid.Tapi nanti harta appa aku jadi milik dia pulak.Tak boleh!Tak Boleh!

L memetik jarinya beberapa kali di hadapan muka Min Ji.Min Ji tersedar dari mengelamun.

Topi Min Ji ditarik oleh L. “Jangan nak pura-pura dengan aku,aku tahu kau ni siapa.” Min Ji terkedu.Terkebil-kebil Min Ji memandang L.

“Macam mana...”

“ Kau,perempuan yang kata aku curi tempat kau,perempuan yang kotorkan kemeja aku,perempuan yang gaduh dengan aku malam semalam,perempuan yang tinggalkan aku lepas aku bagitahu nama aku dan perempuan yang dah jatuh cinta dekat aku.” Bebel L panjang.

Min Ji mengetap bibir.Ye memang betul apa yang dikatakan oleh L.Tapi Ayat yang terakhir tu yang membuatkan dia geram.

“Bila masa saya cakap saya suka dekat boss?Jangan perasan boleh tak?”

Topi Min Ji diletakkan semula pada kepala Min Ji. L mendekatkan mukanya pada Min Ji. Min Ji terkejut sebelum mengundur menjauhkan mukanya dari L.

“I don’t care!” Kata L .

“Tapi macam mana boss kenal saya?”

L tersenyum. “Semua perkara aku tau. Dah jangan banyak cakap pulak!Pergi buat kopi untuk aku.” Balas L sebelum meninggalkan Min Ji di hadapan pintu bilik. Min Ji mencebik. Poyonya boss aku ni!

Tombol pintu dipulas sebelum dimasuk. Beg sandangnya dan topi dicampak ke atas katil. Otaknya sedang ligat berfikir. Macam mana dia nak buat Kopi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Plan 2!

“Order!” telefonnya dikeluarkan dari begnya. Nombor butler Kang didail. Min Ji sudah tersenyum keriangan. Berguna jugak idea Hana padanya.

Senyuman Min Ji mati. Harapan Min Ji yang meninggi hancur dipijak, dibakar,dibuang begitu sahaja apabila satu suara perempuan menjawab panggilan tersebut. “Harap maaf. Sila menambah nilai kredit anda untuk membuat panggilan.”

Telefonnya dicampak ketepi.Baru dia teringat yang dia lupa nak top up semalam. Min Ji mengeluh.

“Haih! Plan 3 la jawabnya.”

             Tersengih-sengih pengawal L iaitu Kang In memandang Min Ji. Pipi Min Ji sudah kemerahan. Maknanya tak malu dia bila dia terpaksa meminta bantuan dari Kang In tersebut untuk membuat kopi. Habis dia digelakkan oleh Kang In bila dia cakap dia tidak reti membancuh air.

“Encik Pengawal! Please!!” rayu Min Ji sambil membuat muka kesian.

“arraseo!Tapi jangan panggil Encik pengawal.Panggil Randy je.” Dahi Min Ji berkerut.apa ke pelik nama encik pengawal ni?

“Sejak bila kau tukar nama Kang in?” Satu suara menyampuk perbualan Min Ji dan Kang In. Kang in sudah tersengih. Min Ji diam sambil memandang L. L yang hanya memakai baju berlengan panjang dan berseluar pendek mencekak pinggangnya.

“Yang kau ni,asal tak buat kopi lagi?Nak tunggu sampai matahari terbenam baru kau nak buat ke?”Min Ji menggetap bibir.Sungguh pedas ayat yang dikatakan oleh L. Baru sahaja dia ingin meminta tolong dari Kang In, Kang In  sudah mencabut lari terlebih dahulu.Tak guna punya pengawal.

“ermm..”

“Kau ni memang lembab buat kerja!suruh buat kopi pun lembab!Pergi buat kopi!” Min Ji terdiam. Waduh!waduh! Macam mana ni?Kepala yang tidak gatal digaru.

 “ Yang kau tercengat dekat sini kenapa?! Pergi lah buat! Aku dekat bilik bacaan!” tengking L.

              Minji mengeluh untuk kali ke-101. Dua sudu serbuk kopi dimasukkan ke dalam cawan. Air panas dituang kedalam cawan tersebut sebelum dikacau sehingga sebati.Satu bekas yang berisi ketulan-ketulan kecil bewarna putih dibuka lalu diambil isi tersebut menggunakan sudu. Satu sudu teh dimasukkan ke dalam air tersebut lalu dikacau lagi. Setelah itu,cawan tersebut dibawa ke bilik bacaan. Min Ji menjelirkan lidah pada L yang sedang membaca surat khabar.

L memandang Min Ji sebelum meletakkan surat khabar di atas meja. Nasib baik hari ini hari Sabtu, boleh dia berehat di rumah. Cawan tersebut dihulurkan sebelum disambutkan oleh L. L menghirup air tersebut.

1...2....3...

Phewww!!! Tersembur air yang kopi yang diminum oleh L tadi pada muka Min Ji. Min Ji mengetap bibirnya. Tangannya mengelap mukanya dari air kopi tersebut.

"Air apa kau buat ni?!" Marah L. Min Ji berderus kasar. Orang dah buat lepas tu complain. aku makan kau jugak kang.Dah la aku tak makan lagi.

"Boss suruh buat air kopi,saya buat la air kopi. Takkan air longkang kot!" Perli Minji.

"Masin kau tau tak air ni!"

"Okay la tu masin. Orang tua-tua kata tak baik minum air manis-manis. Nanti kena kencing manis." Balas Min Ji dengan selamba. Dia sendiri pun tak tau kopi yang dia buat masin.arh lantaklah. Janji dia dah buat.

"Kepala otak kau!"

"Kepala saya memang dekat otak." Balas Min Ji lagi. L mengetap bibirnya. Melawan pulak orang gaji aku ni.

"Aku nak kau rase air ni!" Arah L. Min Ji ternganga. Dia suruh aku buat lepas tu dia suruh aku minum? baik tak payah suruh aku buat.

Kini cawan tersebut telah bertukar tangan. Berkerut dahi Min ji apabila menghirup air kopi tersebut.

"Manis nya!! Eh silap! Masinnyaa!!" 

" Masin kan? sekarang ni aku nak kau habiskan air ni sekarang!"

"Bwo?!"

" Aku cakap sekarang! Pallii!!" Min Ji mengetap bibirnya. Terpaksa jugak dia mengikut arahan bossnya. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah pada bossnya. Air kopi tersebut dihabiskan. L tersengih apabila melihat reaksi Min Ji yang terasa ingin muntah. Ini baru permulaan Min Ji. Muahaha.

Buerrkkk!

Sisa-sisa makanan semalam dan air kopi masin  tersebut terkeluar dari mulut Minji. Min Ji termuntah pada baju L.

"Yahhh!!!"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^