Move on

You're Mine 2

   

  " So, apa hajat Encik Myung Soo datang sini? "

Kening L terangkat mendengar soalan Minji. " Encik Myung Soo? Alaa,panggil je la L. Tak payah nak formal sangat dengan aku. "

" Eh, mana boleh. Lagipun kita sekarang ni berada di pejabat. " Balas Minji. L membuat muka kepada Minji.

" Ke kau nak panggil aku oppa? Lagipun aku kan tua dari kau. " Usik L sambil tersengih kambing. Minji hanya mencebik sahaja. Oppa? Huh! Jangan harap.

" Awak nak minum air apa? " Soal Minji. Sengaja dia menukar topik perbualan. Kalau tidak, ha nanti mula la si L ni nak meroyan. Maklumlah tiga bulan bekerja dengan L,dia dah kenal perangai L ni.

L hanya mengangguk sebagai jawapan. Minji yang duduk di sofa berhadapan dengan L terus bangun sebelum menuju ke pintu bilik pejabatnya. Pintu ditolak kedalam sebelum kepalanya dijenguk keluar mencari kelibatan Butler Kang.

" Butler Kang,tolong buatkan saya air ya. " Arah Minji. L yang duduk di atas sofa itu hanya memandang sahaja belakang badan Minji yang berada di ointu tersebut. Sungguh dia terpegun dengan pemakaian Minji yang memakai gaun labuh berwarna biru muda itu. Terserlah keayuannya.

" Thank you, Butler Kang. " kata Minji seraya menutup semula pintu tersebut sebelum kembali duduk ke tempatnya semula.

" So, apa awak buat dekat sini? Ada apa-apa projek ke? " Soal Minji sekali lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab oleh L. Kasut tumit tingginya dibuka sebelum diletakkan ke tepi. Lenguh kakinya dek kerana pakai kasut tumit tinggi ni. Itulah tadi Butker Kang suruh pakai kasut biasa je degil. Ha nak sangat bergaya kan. Ha kan dah kena.

" Ha'ah. Memang pun. Sebenarnya macam ni. Aku nak minta syarikat kau dengan syarikat aku bekerjasama dalam projek ini. Dalam ni ada lakarannya. Tempatnya di Busan. Kata daddy aku tanah tempat ni merupakan duit hasil titik peluh daddy aku dengan ayah kau. Sebab tu aku nak kita sama-sama bekerjasama buat projek ni." Balas L lebar.

Satu file berwarna biru yang dibawa bersamanya dihulurkan kepada Minji. Minji mengambil mengambil file tersebut sebelum diletakkan di atas meja. Sebelah tangannya membelek file tersebut manakala sebelah tangannya lagi berada di tumit kakinya. Kakinya diurut-urut sedikit bagi mengurangkan lenguh. L hanya memandang sahaja pergerakan Minji.

" Auch! " Minji terjerit kecil apabila tangannya terusik luka pada kakinya. Itulah Butler Kang suruh pakai stokin ,tak nak pakai. Kan dah luka. Aigoo, menyesal tak nak dengar cakap Butler Kang pagi tadi. Kalau tak,semua ni mesti tak terjadi.

L yang dari tadi memandang Minji terus bangun sebelum melutut di hadapan Minji. Minji tersentak tatkala L menarik kaki kirinya.

" Awak buat apa ni? " Soal Minji sambil cuba menarik kembali kakinya. Tetapi L tidak melepaskannya.

" Duduk diam-diam. Kalau tak, aku cium kau. " L memberi amaran. Kaki Minji dibelek-belek seperti menjadi sesuatu. Minji mencebik. Wat da hek,nak cium-cium bagai. Hang ingat ni drama ke apa....

" Luka ni... hmmm.." kata L bersendirian. Sebelum meletakkan kembali kaki Minji ke atas lantai. Butler Kang yang masuk ke dalam bilik beserta dua cawan air kopi terus mendekati mereka berdua. Dua cawan tersebut diletakkan di atas meja.

" Kenapa ni miss? " Soal Butler Kang pelik apabila melihat L melutut di hadapan Minji. Baru sahaja Minji ingin membalas, L terlebih dahulu memotong.

" Butler Kang ada plaster tak? Kaki Minji luka ni. "

" Ada! Ada! Sekejap ya. " Balas Butler Kang seraya berlari anak keluar dari bilik tersebut. Tak sampai 2 minit, Butler Kang kembali ke bilik tersebut dengan beberapa keping plaster. Plaster tersebut bertukar tangan dengan L. Kaki Minji ditarik semula kemudian diletakkan di atas meja.

" Tak apalah. Saya buat sendiri. " Tolak Minji. Terasa segan pula apabila L layan dia sebegitu. Tambahan pula, Butler Kang juga turut berada di situ. Malu!

" Diamlah. "

Kain yang menutupi kaki Minji itu diselak sedikit. Plastik plaster itu dibuka sebelum L melekatkan plaster tersebut pada lukanya. Kaki kiri Minji dibelek sekali lagi. Manalah tau ada luka lagi.

" Sebelah. " Arah L lagi. Kaki kiri Minji diturunkan lalu kaki kanan Minji pula dinaikkan ke atas meja sebelum dibelek. Minji hanya memerhati sahaja gerak-geri L. Selama dia bersama dengan L ni,selalu sangat L melayannya dengan baik. Kadang-kadang tu layanan dia tu lain macam. L layan dia seolah-olah dia ni kekasih hatinya walaupun dalam realiti bukan. L ni mulut je cakap lain, tapi gaya layanannya sungguh berbeza. Tipulah kalau dia kata dia tak jatuh hati dengan cara L melayan dia selama ni.

" Okay. Done. " kata L. Minji yang dari tadi memandang L terus tersedar kemudian menarik kakinya turun. Bekas plastik plaster itu diambil oleh L sebelum dibuang ke tong sampah yang berdekatan. L kembali duduk pada sofanya.

" Thanks. " Ujar Minji sambil tersenyum.

Butler Kang yang dari tadi menjadi pemerhati terus berdehem seketika. Tiba-tiba dia terasa seperti orang ketiga pula dalam bilik itu.

" Eh,duduklah Butler Kang. Ni tengok sekali projek ni. Kalau tak sesuai, saya boleh batalkan aja. " kata L. Butler Kang mengangguk sebelum mengikut arahan. File yang dibelek oleh Minji itu dilihat bersama.

Seketika itu perbincangan menjadi semakin panjang. Lama juga mereka bertiga berbincang. Jam sudah menginjak ke petang. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berhenti apabila cadangan tentang projek itu telah pun mendapat kata putus terakhir.

" Well done, L. Saya suka dengan projek ni. Nanti bila dah mulakan projek ni,bagitau saya. Saya akan bantu mana yang boleh. " ujar Minji sambil berjabat tangan dengan L. L tersenyum dengan bangga apabila projek bangunan tersebut berjaya menarik perhatian Minji.

" My pleasure, dear. " Balas L. Tangan Minji ditarik sebelum dicium. Tergagam Minji dibuatnya. Butler Kang tak payah cakaplah. Sudah ternganga dibuatnya. Minji serta merta menarik tangannya kembali lalu menggetapkan bibirnya. Kot ya pun nak romantic janganlah depan Butler Kang. Buat malu aja.

" Jom aku hantar kau balik. " Ajak L. File yang berada di atas meja tersebut diambil. Minji dengan pantas mengelengkan kepalanya.

" Tak apa. Terima kasih ya. "

" Laa, jomlah. Kan dah habis waktu kerja. " Ajak L lagi tetapi masih lagi ditolak oleh Minji.

" No. Its okay. Saya boleh balik dengan Butler Kang. "

L mengeluh kecil apabila Minji menolak ajakannya. Baru sahaj ingat nak keluar date dengan Minji. Hancur harapannya. Huhuhu

" Its up to you ,then. Kalau macam tu aku pergi dulu. Jangan rindu aku tau. Bye Butler Kang! "

Minji dan Butker Kang hanya memandang kelibatan L yang keluar dari bilik tersebut. Minji mengeluarkan keluh yang berat sebelum kembali duduk di atas sofa tersebut. Kenapalah L suka sangat layan dia sebegitu? Suka buat dia menaruh hati padanya. Kelopak matanya dipejam seketika.

" Miss..."

" Hmm..."

" Jangan jual mahal sangat tau. Nanti miss juga yang merana. " Kata Butler Kang kemudian melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Minji keseorangan.

Mata Minji kembali terbeliak. Kelibatan Butler Kang dicari namun tak ada. Bibirnya digigit. Ceh! tak guna punya Butler Kang. Sengaja nak kenakan dia.

          Malam itu seperti yang dijanjikan Minji berjumpa dengan Jonghyun di sebuah restoren untuk cuba selesaikan masalah. Makanan yang terhidang di hadapannya langsung tidak terusik sedikit pun. Minji mengeluh kecil.

“ Minji, tolong bagi jongg peluang. “ rayu Jonghyun. Tangan Minji digenggam oleh Jonghyun tetapi dengan pantas Minji menariknya kembali.

“ Jonghyun, tolong jangan buat saya macam ni. “ rayu Minji pula.

“ Tapi Minji dengarlah dulu penjelasan Jongg. “

Sudu dan garpu yang berada di tangan terus dilletakkan diatas pinggan. Minj membetulkan sedikit kedudukannya supaya lebih selesa.

“ Kalau saya dengar penjelasan awak sekali pun, hati saya tetap tidak berubah. “ Balas Minji. Anak mata Jonghyun ditenung lama. Cuba mendapat kepercayaan daripada lelaki itu.

“ Kenapa? Sebab awak dah berpunya? “

Minji terkedu seketika. Soalan Jonghyun betul-betul membuatkan dia terdiam.

“ Dengan siapa? L ke? “ Soal Jonghyun lagi apabila Minji tidak menjawab soalannya.

“ Awak tak perlu tahu. “ Balas Minji. Sudu dan garpu kembali diambil sebelum suapan disuakan ke dalam mulutnya.

“ Jadi betullah apa yang saya cakap tadi? “

Minji berhenti daripada mengunyah. Gelas yang berisi air kosong tersebut diambil lalu diteguk. Tiba-tiba tekaknya terasa dahaga pula.

“ Stop it, Jonghyun. “

Napkin yang berada di atas meja dicapai sebelum mengelap mulutnya lalu diletakkan kembali ke atas meja.

“ Okay. Fine. Saya tak tanya lagi.” Balas Jonghyun. Seketika itu masing-masing mendiamkan diri sambil menjamu selera. Masing-masing melayan perasaan masing-masing.

“ Tak boleh ke awak bagi saya peluang kedua? “ Soal Jonghyun lagi yang memecah kesunyian antara mereka berdua. Anak mata Jonghyun jatuh ke atas makanannya. Dia tahu yang dia bersalah. Dia tahu dia tak layak pada Minji setelah apa yang dia lakukan kepadanya. Tetapi dia buat itu bersebab. Dia terpaksa tinggalkan Minji untuk ke Canada kerana dia dapat tawaran belajar di sana. Tambahan pula, ibunya yang menetap di Canada jatuh sakit. Maka,tanpa memberi sebarang khabar dia terus pergi tanpa memberitahu kepada Minji. Dan kini dia kembali untuk menaruh kembali hati Minji.

“ Jonghyun,saya bukan tak nak bagi awak peluang. Tapi hati saya betul-betul sudah tak ada perasaan pada awak. “ Balas Minji sambil memandang Jonghyun yang menunduk di hadapannya.

“ Walaupun sedikit? “ Soal Jonghyun lagi yang cuba untuk mendapat peluang sekali lagi. Kepalanya didonggakan supaya dapat memandang tepat wajah Minji itu.

“ Jonghyun….” Kata-kata Minji terhenti. Tipulah kalau cakap dia tak rasa bersalah bila katakan begitu kepada Jonghyun. Dia tahu niat Jonghyun padanya baik tapi hatinya sudah berubah. Dia tak boleh terima Jonghyun lagi kerana hatinya seolah-olah dimiliki oleh seseorang.

Jonghyun mengangguk kepalanya perlahan. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Minji itu. Jonghyun sandarkan badannya pada kerusi sebelum mengeluh kecil. Nampaknya memang tiada langsung peluang untuknya.

“ Hmm… Tapi kita masih boleh kawan kan? “

Minji tersentak sebelum mengangguk kepalanya dengan laju. Tak sangka yang Jonghyun cepat berubah hati. Lega hatinya mendengarnya. Tak perlu lagi dia rasa bersalah untuk menolak Jonghyun.

“ Bukan setakat kawan. Kawan baik pun boleh.” Balas Minji sambil menayangkan giginya yang putih itu.

“ Thank you, Minji.” Jonghyun tersenyum apabila melihat wajah ceria Minji. Dia tahu mungkin ada sebab kenapa Minji menolaknya. Dia tahu yang Minji tidak boleh terimanya lagi tapi asalkan Minji masih lagi berhubung dengannya walaupun sebagai kawan sudah cukup baginya.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Gomawo Junghana_btobap sebab upvote ff ni! Gomawo!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 22: author please sambung cerita ni cerita ni best sangat sangat author huhuhuhuhu author TT_TT
amani123
#2
Chapter 21: Author huhuhuhuh pleas update as soon as possible huhuhhuhuhuhuh kalau author tak update tak nak kawan
scyaheeda
#3
Chapter 21: OMGeeee~ akhirnya authornim update jgk, rindu giler nak bce cerita ini..
scyaheeda
#4
Chapter 20: hohohohoho..mesti kne kahwin dgn L ni...
aishh ada watak baru pulak.. ermmm...
hyemipark
#5
Chapter 19: Yess dh nk kantoii hahaha
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
amani123
#6
Chapter 19: yeah myungsoo dah tahu minji tu ceo sho btw author update cepat cepat tau heheheh ^^
amani123
#7
Chapter 18: huhuhuhuhuhu author pleas update cepat ye tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi pada chapter yg seterusnya
myungeunkim #8
Chapter 17: palli update!! I really like your story^^
amani123
#9
Chapter 17: author update soon pleas kalau author tak update tak nak upvote dgn subscribe T_T heheheh just kidding^^
sweet33 #10
Chapter 15: hahahahaha!! besttt sngat citer niee...update lagi tauuu
and.....
goodluck for pt3!!! ^_^