Plan

My Cold Sweet Love

Sena menyentuh dahinya.Masih panas,ish,apasal pulak boleh tetiba demam ni?.Sena pun mencucuk-cucuk cool fever atas dahi.Sedap pulak main macam ni.Dahlah sejuk,Cuma bau dia pelik siket.Ish,dah macam kuihlah pulak gel dia ni.

 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk.

 

“Masuklah..aku pakai baju ni”.ujar Sena.Sungju tersengih.Macam tahu-tahu je ni Sungju.

 

“ada apa kak?”.soal Sena sambil cuba duduk bersandar.

 

“Kebas tak sikit demam tu dari semalam?”.soal Sungju prihatin.

 

“Kebaslah sikit..hah..akak ada nak bitau pape ke?”.Soal Sena.

 

Sungju kaku aja.Sah memang ada nak bitau pape ni.Berkerut aja dahi.Senalah tempat Sungju mengadu masalah.Sena?hanya dalam hati aja,dikunci rapat.Sena merenung tepat wajah Sungju.Dia tahu ada sesuatu didalam fikiran kembar tidak seirasnya itu.

 

Beberapa saat kemudian Puan Son datang dengan wangi semerbak dan bergaya.Eh,ada apa-apa event ke ni?.Terpaku sekejap Sena dan Sungju.

 

“kenapa lawa sangat ni mak?”.soal Sungju sambil kening kanannya terangkat ala-ala penyanyi terkenal Malaysia iaitu ziana zain.Cewah.

 

“ada tetamu special datang”.ujar Puan Son sambil menggenggam erat tangannya.

 

“Owkey..Sena boleh rehat aja kan dalam bilik ni?”.Soal Sena.Malas betul kalau ada berkait-kait tetamu ni.Malas nak beri senyuman plastik yang boleh mencemarkan bumi ni.

 

“Yup..Sungju..pergi tukar baju then turun bawah ek”.ujar Puan Son.Sungju anggukkan kepala dan berjalan pergi.

 

“Hurmm..entah-entah orang yang mak berkenan tu datang kot..hurmm..”.Sena menganggukkan kepalanya.

 

 


 

 

 

“Hah..jemputlah duduk”.ujar Encik Son.Encik dan Puan Oh tersenyum.Sehun hanya tersengih.Mereka pun duduk diatas sofa empuk berwarna kelabu.

 

“Sehun sekarang umur berapa?”.soal Encik Son.Nak terbatuk sekejap Sehun yang sedang meneguk air teh suam-suam.

 

“18 pakcik”.ujar Sehun sambil mengukirkan senyuman nipis.

 

“Ohh..samalah dengan anak pakcik..hahhaha”.

 

“tak lama lagi sebenarnya kita akan tinggal di area yang samalah”.ujar Puan Son.

 

“Eh...kau pindah ke Seoul nanti?”.soal Puan Oh.

 

“A’ah..suami aku tu dinaikkan pangkat ke Seoul”.

 

Puan Oh dan Son berbual sesame mereka,Encik Oh dan Son berbual sesame mereka juga.Sehun jadi patung cendana.Entah apa nak dibuat.

 

Beberapa minit kemudian Sungju turun dari tingkat atas.Sehun pun bertembung mata dengan Sungju.

 

“Hah..ni anak sulung kami..Son Sungju”.ujar Encik Son.

 

“omo..cantiknya”.Puan Oh tersenyum manis.Sungju menundukkan badan dan duduk disebelah Puan Son dan berhadapan dengan Sehun.

 

“Eh..yang kelmarin...bukan yang ni kan?”.Soal Puan Oh.

 

“Ini yang sulung..yang kelmarin adik dia...tak sihat”.Terang Puan Son.

 

“Ohh..yang ni umur berapa?”.

 

“18..kembar kelmarin..kembar tak seiras”.Terang Puan Son.

 

Sungju melihat kearah Sehun yang hanya memandangnya sekilas dengan pandangan kaku dan meneguk teh suam.

 

“Hah..sekarang dah tengahari,apa kata kita makan bersama?”.soal Encik Son.

 

“Hah..elok juga tu..hahhaa”.Gelak mereka terburai.Mereka berdua pun ke meja makan dimana makanan sudah disediakan oleh seorang pembantu rumah.

 

Gelak memenuhi ruang.Sehun dan Sungju hanya kaku.Hanya makan tanpa bersuara.Sehun jadi bosan melihat kearah lain.Kearah dapur.

 

Matanya tiba-tiba tertangkap satu kelibat.Perempuan berambut panjang hitam.Macam pernah nampak aja.Perempuan itu pun lesap pergi.Hurm,mungkin anak yang kedua tu.

 

“Nanti Sehun mewarisi perniagaan Daddy Sehun ke?”.soal Puan Son.

 

“Ya”.Jawab Sehun ringkas.Cita-citanya mahu jadi photographer tapi dihalang.Katanya pendapatan tak lumayanlah apalah,lagi-lagi perniagaan besar Encik Oh siapa pula nak warisi nanti?.

 

“Hahaha..anak muda biasanya banyak idea dan strategi..makin majulah syarikat kau nanti”.Ujar Encik Son kepada Encik Oh yang tersenyum menunjukkan sebaris gigi.

 

“A’ah..nampaknya macam tulah”.

 

Ketawa mereka memenuhi ruang lagi.

 

“Sungju belajar dekat sekolah macam mana?”.soal Puan Oh kepada Puan Son.

 

“Sungju adalah pelajar terbaik dan harapan sekolah”.Ujar Puan Son bangga.

 

“ohh..samalah macam Sehun..hahaha”.

 

“Ish..cam tak kena je gayanya ni”.Sehun berbisik sendiri.Dapat menghidu sesuatu.Ish,tak sedap hati lak.

 

Sehun melihat kearah Sungju yang hanya kaku dan senyap.

 

“Entah-entah mummy nak kahwinkan aku dengan dia ni”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!