Where's The Ring?

My Cold Sweet Love

“Kenapa awak macam cacing kepanasan ni?”.soal Encik Oh.Puan Oh mencebik bibir sambil berpaling kearah Encik Oh.

 

“Sena tu bukan anak kandung Shinwoo”.ujar Puan Oh.

 

“bukan anak kandung?habistu??anak angkat?”.soal Encik Oh.Puan Oh anggukkan kepala.

 

“biar betul awak ni”.Soal Encik Oh lagi.

 

“yalah..tu yang buat saya makin geram..yelah..ini bermakna tanah yang kita nak tu bukan atas nama Sena tapi atas nama Sungju..jadi perkahwinan ni tak bawa apa-apa makna”.Puan Oh mencebik bibir.

 

Sena diluar bilik yang berkebetulan lalu disitu hanya kaku mendengar.

 

“aku..bukan anak kandung mama?”.Sena berbisik didalam hati.Patutlah mak macam tu pada dirinya.Hancur luluh hati Sena.

 

Tiba-tiba cecair panas menitis dipipi Sena.Dia menekup wajahnya.

 

“ikutkan hati saya mahu aja suruh diorang berdua bercerai”.Ujar Puan Oh lagi.Lagi hancur hati Sena.Sampai hati mummy Sehun buat macam tu.

 

“apa awak mengarut ni...dah mereka berdua ada jodoh”.Encik Oh cuba membela Sehun dan Sena untuk bersama.Dimata Encik Oh mereka berdua dah cukup sempadan.Dibandingkan Sena dengan Sungju baginya,Sena lebih baik kerana sanggup menggantikan tempat Sungju menjadi pengantin untuk Sehun.

 

Sena berjalan pergi keluar dari rumah.Dia hanya termenung seorang diri dan melihat bintang dan langit.Dia berharap bulan dapat menerangi hatinya menjadi hangat dan bintang menceriakan keadaannya.

 

Tiba-tiba nenek datang dan duduk disebelah Sena.Sena cepat-cepat mengesat air matanya dan cuba menguntumkan seukir senyuman yang semanis mungkin.

 

“kenapa Sena nangis ni?”.Soal nenek.

 

Sena menggeleng kepala dan masih tersenyum.Pantas nenek memeluk Sena dan menggosok kepala Sena.

 

“takpe sayang..kalau menangis tu boleh hilangkan keperitan dihati...menangislah”.

 

Sena perlahan-lahan memejamkan matanya dan menitiskan air mata.Begitu hangat dan penuh kasih sayang pelukkan nenek.

 

“nenek tahu..kamu banyak terluka dihati”.Ujar nenek.Sena mengerutkan dahinya.Nenek mengesat air mata yang menitis.

 

“mana nenek tahu?”.Soal Sena.

 

“dari raut wajah kamu,kamu sentiasa mengukirkan senyuman dan ketawa tapi mata kamu sayu dan sedih”.ujar nenek.Sena hanya kaku.

 

“Kamu terasa dengan kata-kata mertua kamu tu?”.soal nenek.Dia tahu Puan Oh tidak berapa suka pada Sena melalui cara dan pandangan mata.Yalah,orang tua luas pengalaman dan pengetahuan.

 

“sedih tu sedihlah jugak nenek..orang pun ada cakap...lidah ibarat pedang yang tajam”.Ujar Sena sambil teresak-esak.

 

“jangan dikisahkan sangat dengan kata-kata anak nenek tu..nanti dia bolehlah terima kamu”.Pujuk nenek sambil memeluk dan mengucup dahi Sena.

 

“hari ni baru Sena tahu yang Sena sebenarnya anak angkat mak dan ayah”.Tangisan Sena makin kuat.

 

Nenek menepuk-nepuk belakang Sena.

 

“Sena sabarlah...semua yang berlaku pada Sena ada hikmahnya”.

 

Sena mengangguk lemah.

 

“Mummy pun ada cakap nak ceraikan Sena dengan Sehun”.

 

“Nenek akan sentiasa sokong Sena dan Sehun bersama..kalau Sena sedih,kongsi dengan nenek..jangan pendam sorang-sorang..tak elok”.Ujar nenek.

 

Sena memeluk nenek erat.Tanpa sedar Sehun sedang memerhati dihujung sana.

 

“Sena hanya anak angkat??dan mummy nak ceraikan aku dengan Sena..tapi..kenapa dia sedih??aku ingat dia akan gembira kalau berpisah dengan aku”.Sehun berbisik sendiri.

 

 


 

 

Dalam Sehun berfikir dengan dalam,panggilan nenek mengejutkan Sehun.

 

“Sehun..mari sini”.

 

Sehun pun bergegas kearah nenek.

 

“apa?”.soal Sehun sambil matanya mengerling kearah Sena.

 

“isteri kamu ni dah tertidur pula..hah..dukung dia masuk dalam bilik..takkan nak biarkan dia tidur dekat sini”.ujar nenek.Sehun tersengih kelat dan mengangguk.

 

Sehun mengangkat Sena perlahan-lahan manakala nenek hanya memerhati.

 

“dah besar cucu aku..”.

 


 

 

Perlahan-lahan Sehun membaringkan Sena dan menarik comforter kebadan Sena.Sehun hanya melihat Sena dengan hujung matanya.

 

“kau suka aku ke?”.Soal Sehun didalam hati.Kepalanya digaru.

 

“tak mungkinlah”.Sehun mengangguk kepala dan melihat jari manis Sena.Cincin tak ada?.

 

“dia buang ke cincin dia??”.Sehun mengerutkan dahi.

 

“aku rasa selama ni dia pakai je..”.Sehun menggigit bibirnya dan mengurut dagu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!