Disgusting
My Cold Sweet LoveSena berjogging dengan mata separuh tertutup.Mengantuknya!kenapa dia dipaksa berjogging pula ni??.
“kau tidur sambil berjogging??kau ni memang pelik”.Sehun menggeleng kepala.
Sena berpaling kearah Sehun disebelah.Eh menyibuk betul dia ni.Gigit kang baru tahu.
“kau sibuk pehal..huh!”.
Sena pergi meninggalkan Sehun.Buat sakit mata adelah.
Bagi Sena cukuplah 5 pusingan.Penat dah.Auntie Sora pun belum muncul-muncul.Gagah perkasa gila.Pantas air mineral diteguk.
Tiba-tiba Sehun merampas botol air dari Sena.
“ehh..ni apa main rampas-rampas air orang?”.soal Sena.
“alah..kedekutlah kau ni”.Sehun mencebik bibir.
“air aku kot..bekas aku minum”.
“so what??aku dahaga ni..nak sikit”.
“siapa suruh tak bawak??”.
Sehun dan Sena masih bertekak lagi pasal air manakala Auntie Sora yang melihat dari jauh terangkat kening.Mereka berdua ni biar betul lovely dovey couple sejak sebelum kahwin,lain macam je.hmmmm.
Sena menuang susu segar didalam gelas lalu meneguknya.Jam ditangan menunjukkan pukul 10 malam.Setelah habis minum,pantas gelas tersebut dibasuh.
“Sena..Sehun mana?”.Soal Auntie Sora.Sena berpaling kebelakang.
“dia study”.Jelas Sena.Auntie Sora menganggukkan kepalanya.
“hah...Sena hantarlah biskut ke..snek ke..jus ke untuk dia”.
Nak tersedak Sena dibuatnya.What?tak pernah dibuatnya Sena benda macam tu.
“hehehe..kena ke?”.
Pantas lengan Sena ditampar Auntie Sora.Aduhshh sakitnya.
“bertuah punya isteri...mestilah kena..mana tahu suami kamu tu tengah lapar ke..dahaga ke”.Auntie Sora menggeleng kepala.Nak menangis berlagu Sena dibuatnya.
Dengan terpaksa Sena pun meletakkan biskut coklat diatas piring dan segelas jus.Kakinya melangkah ke bilik belajar Sehun.Mesti Sehun ingat dia gila tak pun dia dirasuk hantu china ke hantu Dracula.
Pintu bilik diketuk.Buka sahaja pintu dapat Sena lihat Sehun sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya.Sehun mengangkat wajahnya.
“kau pehal?”.Soal Sehun.Sena tersengih kelat.
“hah...kamu berdua buat drama bertentang mata ke??”.soal Auntie Sora yang tiba-tiba muncul.
“err..hahaha”.Sena pantas meletakkan dulang tersebut ditepi Sehun.Sehun merenung Sena dengan pandangan yang pelik.
“hahaha...baiknya ‘sayang ‘ abang ni..hahhaha”.Sehun dan Sena ketawa dengan nada yang pelik.Auntie Sora tersimpul-simpul senyum layan drama sendirian berhak ni.
“hahha...abang buat kerja elok-elok ya”.Sena rasa macam berpasir lidah Sena nak menyebutnya.Auntie Sora pun keluar.
“eiiiii..gelinya”.Sena menggeleng-geleng kepala.Meremang bulu roma.
“ehh...ingat kau sorang je ke??”Sehun menjeling.
Auntie Sora diluar bilik dapat mendengar perbualan mereka.Berkerut-kerut kening Auntie Sora.
Comments