Bicycle

My Cold Sweet Love

“Apa ni bang?mana Sungju pergi??”.Puan Son mengurut dahinya.Sakit kepala dibuatnya.

 

“nampaknya dia dah lari..mungkin sebab dia tak nak kahwin dengan Sehun”.Ujar Encik Son selamba.

 

“apa abang ni..rilek aja..ish..saya nak Sungju yang kahwin dengan Sehun,bukannya Sena”.Puan Son melabuhkan punggung diatas sofa.

 

“kenapa awak risau sangat Sena kahwin dengan Sehun?”.Soal Encik Son.

 

“Abang lupa ek??Sena tu anak angkat kita!”.

 

Encik Son menanggalkan cermin matanya.

 

“Habis tu?”.soal Encik Son.

 

“bang..anak angkat..bukan anak darah daging kita yang kahwin dengan anak kawan baik saya..semua harta boleh pada Sena dan anaknya nanti dan bukannya Sungju”.Puan Son menekup muka.

 

“Habistu apa kita nak buat?Sungju sendiri yang taknak kahwin dengan Sehun sampai buat tindakkan luar jangkaan macam ni..mungkin bukan jodoh mereka”.

 

Puan Son tidak puas hati dengan jawapan Encik Son.

 

“saya pelik dengan awak ni..dengan Sena pun awak ada hasad dengki,marah..kenapa??”.Soal Encik Son.

 

“budak tu entah dari mana..tengok-tengok dah depan rumah kita..tak pasal-pasal kita diberi tanggungjawab kena jaga dia”.Puan Son mencebik bibir.

 

“saya tengok Sena tu baik je sejak kecil..awak tu yang selalu layan dia kasar”.Encik Son menggeleng kepala.

 

“Saya menyampah tengok muka dia bang..entah mana muncul..keturunann baiknya tidak entah”.

 

 

 

 

 


 

 

 

Sena termenung sendiri.Awan dan langit ditenungnya.Tiba-tiba dirinya disapa seseorang.Ya,Daehyun.

 

“Buat apa atas bumbung ni sorang-sorang?”.Soal Daehyun sambil melabuhkan punggung disebelah Sena.Sena hanya tersengih kecil.

 

“Tak buat pape..menikmati pemandangan je”.

 

Daehyun mengangguk kepalanya.

 

“Saya dengar awak dah tak main bola keranjang...kenapa?”.soal Sena.Daehyun hanya kaku tidak bersuara.Hanya membiarkan dirinya hanyut dengan tiupan angin sejuk.

 

“saya tak boleh main bola keranjang tanpa dia”.Ujar Daehyun.

 

Sena kaku merenung Daehyun.Dia tahu bila Daehyun cakap ‘dia’ itu bermakna Yuuna.Sena masih ingat,Yuuna ialah pengurus kelab bola keranjang masa menengah rendah dulu.

 

“kenapa pulak?”.Sena menyoal lagi sambil memerhati wajah Daehyun.

 

“dia pergi..dengan membawa semangat saya sekali”.Jawab Daehyun.

 

“Sena!”.

 

Sena berpaling kebelakang.Eh,mamat mana pulak panggil dia ni?perempuan ke lelaki?konfius ni,tapi rasanya lelaki sebab dia pakai uniform sekolah pelajar lelaki.

 

“errr...”.Luhan terkelu apabila Daehyun memerhatinya.Takkan nak cakap Sehun tengah tunggu Sena dekat belakang sekolah,karang tersebar luas maklumat misteri ni.wahwahwah.

 

“Sena..ada orang cari awak..ikut saya ek”.Terus Luhan menarik tangan Sena tanpa rela.

 

“ehh..ehh..”.Sena terbeliak mata.Mamat mana pulak ni?.

 

“Daehyun!saya pergi dulu ek..byebye”.Sena melambai-lambai tangan.

 

 


 

 

“kau pergi mana hah?!puas aku menunggu dekat sini..ehh kau takde jam ek??ke perlu aku belikan jam untuk kau??”.Soal Sehun.

 

“ehh..boleh gak..lagi pun ja..

 

Sena mati kata apabila Sehun mencerlung matanya.Ishh,menyeramkan.

 

“ehh..kata nak balikkan..mana keretanya?”.soal Sena.

 

“kereta rosak”.

 

“rosak..jadi jalan kakilah ni?”.

 

“ehh..no waylah”.

 

“dah tu??”.Sena mengerutkan dahi.Apa Sehun nak balik naik roket?.

 

“kita tunggu teksi”.

 

“pfffft..teksi??ehh..tak payahlah..membazir tau tak”.Sena menggeleng kepala.Sehun mengerutkan dahi.

 

“kita naik baslah”.

 

“heh..kau nak orang macam aku ni naik bas?”.Soal Sehun.

 

“yalah..kenapa?kau ni alien ke??lain dari yang lain??”.Sindir Sena.Sehun mengetap giginya.Dia menunjal kepala Sena.

 

“kau jangan nak kurang ajar dengan aku ek minah pelik”.

 

Sena mengerlipkan matanya.Takut pulak dengan si Sehun ni.Mengata Sena ni garang padahal dia tu lagi garang.

 

“kau ni macam perempuan lah..ke kau ni dua alam??bendera merah ek??hahaha!”.

 

Sehun mencerlung matanya sekali lagi.

 

“eiii kau ni kan!kau tak sedar ke kau bercakap dengan siapa ni??”.Soal Sehun sambil merapatkan Sena kearah dinding.

 

“ehh..mamat ni main rapat-rapat plak!!wooo ingat dia tinggi orang takutlah..puih..ehhh..kenapa??kau Oh Sehun??Ohhh.ohhhhh...ohhhh Say Hun!!!ohhh Say Hun!!hahaha”.

 

“ehh..kau ni memang tak beradab ekk..kau sedar sikit nama kau tu pun ohhh ohh tu jugak”.Sehun mengetap gigi.

 

Sena mencebik bibir.

 

“ahhh..kau duk sini sensorang..aku nak balik..malas aku tunggu teksi”.

 

“jadi kau nak tinggalkan aku keseorangan dekat sini??”.

 

“kau kan jantan..beranilah”.

 

Sehun memeluk tubuh.Sena meneguk air liur.Sah-sah Sehun sedang menahan gunung berapi dari mengeluarkan lava.

 

“macam nilah..kau tunggu sini sat eh?”.

 

Sehun mengerutkan dahi sambil melihat Sena berlari kearah sesuatu.

 

 


 

 

“jeng je jeng!”.Sena tersenyum sambil menepuk-nepuk basikal yang dijumpainya beberapa hari lalu didalam stor.

 

“basikal?nak balik dengan ni?”.Sehun mengerutkan dahi.

 

“tak nak??”.Soal Sena.Sehun menggeleng kepala.

 

“sekarang ni dah pukul 7 malam..orang cakap..gelap-gelap macam ni nanti hantu muncul..takpun pencuri kea pa..tak risau keee?”.Soal Sena.Sehun kelihatan termakan dengan apa yang Sena cakapkan.

 

“kehkehkeh..nampak je macho..penakut gak mamat ni”.Sena berbisik sendiri.

 

“okey..aku ikut kau..sebab aku nak balik cepat..nak mandi dan makan”.

 

“jap..biar aku kayuh”.

 

“weh..kalau kau yang kayuh..sampai esok tak sampai”.Sehun menggeleng kepala.Sena tersenyum sinis.

 

 

 

 

 

 

“yahhhhhh Sena!!slowlah sikit!!gila laju nih!!!”.

 

“hhhaha!! Woi!siapa yang bawak basikal esok baru sampai hah??hah??”.Soal Sena.

 

“Wooo!woo!”.Sehun terpeluk pinggang Sena.Merah sekejap muka Sena.

 

“woi!pehal kau break mengejut macam tu?”.Soal Sehun.Pelukkan tadi sudah dileraikan.

 

“pehal kau peluk aku hah??”.

 

“ehh..gila laju kau bawak..mestilah aku peluk pinggang kau,mahunya tercampak aku..camne?”.Soal Sehun.

 

Sena mencebik bibir.

 

“jangan peluk aku..kau peluk beg galas aku ni sudahlah”.

 

“aku tahulah..aku tak kuasa gak nak peluk kau ni..minah pelik”.Sehun buat muka menyampah.

 

Tanpa mereka ada mata yang sedang memerhati sambil menggigit bibir geram.

 

“Tu kan Oh Sehun..siapa pulak perempuan tu??”.Jiyeon bersuara sambil menggenggam tangannya.

 

Jiyeon terbeliakkan matanya.

 

“Son Sena??pelajar baru tu???”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!