Foster Heir

My Cold Sweet Love

Sena menggeliat kecil dihadapan laptop.Tergendala sekejap kerja dibuatnya.Tapi takpelah.Dia akan menaip selaju halilintar.Dia akan berjaga malam,takut Chen jerkah dia sebab tak siapkan lagi buku yang nak dikeluarkan nih.Fuh~.

 

Sebelum tu,Sena kena check Su Han dah tidur ke belum.Pantas Sena bangun dari kerusi dan keluar dari bilik.Sena berjalan lemah menuju kearah bilik Su Han.Pintu dibuka perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi dan mengganggu tidur Su Han.

 

Senyuman terukir dibibir Sena melihat Su Han yang sudah lena tidur.Sena berjalan mendekati katil.Sena menarik comforter tebal sehingga paras leher Su Han.Dia sedih juga tidak dapat membesarkan dan menjaga Su Han bersama Sehun selama 5 tahun.Dia tidak dapat rasa seperti perempuan lain yang suami mereka menggosok lembut perut mereka.

 

“ah..apa aku fikir ni..heish”.Sena membebel didalam hati.Pantas dia keluar dari bilik dan menuju kebiliknya semula dan mula menaip.

 

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Pantas Sena menjawabnya.

 

“helo”.

 

“hello..camne?bahagia hidup kau sekarang?”.soal Jiyeon.Sena hanya membulatkan mata.

 

“Jiyeon..”.

 

“kau seronoklah sekarang kan?tengok keadaan aku”.

 

Sena mengetap gigi.Apa kes perempuan ni tuduh-tuduh dia.

 

“aku tahu..kau memang berpakat nak balas dendam dekat aku kan..kau tunggulah!”.

 

“hello?hello?”.Telefon sudah dimatikan oleh Jiyeon.Sena meraup wajahnya.

 

“berpakat?balas dendam?bila masa nih”.Sena menggeleng kepala.Penat dia dengan semua ni.Kalau boleh,nak aja dia lari dari semua ini.

 

 

 


 

 

Puan Oh mengurut dahinya.Banyak betul masalah company sekarang.Company Jiyeon juga sudah muflis.Dia juga sudah menghilang entah kemana,dengan melarikan duit syarikat sekali.

 

“haish...entah-entah...tak lama lagi..company aku plak yang lingkup”.Puan Oh menggeleng kepala.

 

“tapi...company Sehun...siapa yang uruskan?sekarang kan dia tengah sakit?hairan aku”.Puan Oh menggeleng kepala.

 

Beberapa minit kemudian pembantu rumah masuk kedalam bilik sambil menatang dulang.Teh camomile diletak diatas meja.Pantas dia menundukkan badannya.

 

“Yong..kamu ada anak lelaki kan?”.soal Puan Oh.

 

“ye...kenapa?”.soal pembantu rumah tersebut.

 

“umur dia berapa sekarang?”.soal Puan Oh.Pembantu rumah tersebut meneguk air liur.Apa kes Puan Oh nak Tanya pasal anak lelaki dia?.

 

“la..lapan belas”.ujar pembantu rumah tersebut.Puan Oh anggukkan kepala.

 

“saya nak..jadikan dia anak angkat”.

 

Terbeliak mata pembantu rumah tersebut.

 

“hah?anak angkat?tapi kenapa?”.soal pembantu rumah.

 

Puan Oh ketawa kecil.

 

“janganlah takut..saya bukan nak rampas anak awak..saya dengar anak awak pelajar cemerlang disekolah kan?”.soal Puan Oh.

 

Pembantu rumah anggukkan kepala.Anak pembantu rumah tersebut memang top 5 dalam sekolah.

 

“ye..”.

 

“saya akan ambil dia sebagai anak angkat..saya nak dia uruskan syarikat saya untuk sementara waktu..saya dah tua..saya dah tak larat nak uruskan syarikat..nak harapkan Sena..ini bukan bidang dia..”.

 

Pembantu rumah tersebut menterbeliakkan mata.

 

“tapi..dia masih pelajar sekolah menengah tinggi”.

 

“takpe...dia hanya akan uruskan syarikat pada selepas sekolah dan hari minggu...sebagai  balasan..saya akan tanggung semua yuran pengajian dia nanti”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!