Don't Disturb

My Cold Sweet Love

Sena akhirnya sampai dihadapan tadika yang Su Han belajar.Namun wajah Sena berkerut apabila mendapati Su Han tiada disitu.

 

“aik...mana pulak anak aku nih??”.Sena menyoal dirnya sendiri sebaik sahaja memusingkan kepalanya mencari bayang Su Han yang jelas tidak kelihatan lagi.

 

“takkan Chen pergi culik anak aku kot”.Sena menggeleng kepala.Sebaik sahaja Sena melihat cikgu tadika yang berjalan dipagar tadika,terus Sena menuju kearahnya.

 

“erm..Su Han mana?ada nampak tak?”.soal Sena dengan wajah yang agak risau.

 

“oh..Su Han pergi kedai kek dekat sana”.

 

“ohh!terima kasih!”.Pantas Sena berjalan pergi.

 

“ish budak ni..pergi makan kek pula”.Sena menggeleng kepala.

 


 

Sena memasuki kedai kek tersebut dan melihat Su Han sedang menyuap kek kedalam mulut sambil ketawa riang.Kening Sena terangkat apabila melihat seorang lelaki berkemeja kelabu semeja dengan Su Han.Sena tidak dapat melihat wajahnya.

 

“Su Han”.

 

Sehun kaku mendengar suara itu.Suara Sena.

 

“mama!pakcik ni belanja Su Han kek!”.Ujar Su Han riang.

 

Sena melihat kearah lelaki yang dimaksudkan Su Han yang berpaling itu.

 

“Se..Hun”.Sena berbisik didalam hati.

 

Sehun mengamati wajah Sena yang sudah lama tidak dilihatnya.Masih seperti dulu kecuali sedikit pucat dan kurus.Rambutnya juga sudah pendek.Sena seolah-olah mahu mengukirkan senyuman namun dimasamkan semula wajahnya.

 

Sehun berdiri dan melihat kearah Sena.Sena berpaling kearah lain dan mendukung Su Han.

 

“terima kasih banyak ya..susah-susah aja belanja anak saya..”.Sena mengukirkan senyuman nipis.Seolah-olah tidak mengenali Sehun.

 

“Sena!”.

 

Sena kaku apabila mahu berjalan pergi.

 

“awak..dah lupakan saya ke?”.soal Sehun sambil menggigit bibirnya.Su Han hanya memandang Sehun tanpa berkelip.

 

Sena berpaling kebelakang dan tersenyum.

 

“maafkan saya...saya kenal encik ke?”.

 

Hancur hati Sehun mendengar apa yang diucapkan Sena.Mengapa Sena berubah sehingga begitu?.Sampai hati Sena melukakan hati Sehun sebegini.

 

Sena berjalan pergi meninggalkan Sehun berdiri memandangnya.

 

Sehun memejamkan matanya.Dah lima tahun.lima tahun.Takkan dia nak lepaskan Sena pergi begitu sahaja.

 

Sehun mengejar Sena yang berjalan keluar dari kedai.Dia menarik lengan Sena dan memeluknya erat bersama Su Han yang didukung.

 

Sena terpaku.

 

“lepaskan saya!”.Sena menolak Sehun kasar.

 

“Sena...kenapa awak dah berubah??”.

 

Sena hanya menjeling Sehun geram.Dia cuba menahan air matanya.

 

“saya tak kenal encik!tak kenal!”.

 

Chen yang kebetulan lalu disitu nampak Sehun yang sedang memegang lengan Sena.Chen tidak sedap hati lalu memberhentikan kereta dan berjalan menuju kearah Sena.

 

“apa masalah encik?”.soal Chen.

 

“kau siapa?”.soal Sehun.Sena cuba melepaskan genggaman Sehun.Su Han hanya memerhati.

 

“aku..boss dia..kau ni siapa?”.soal Chen.

 

“aku?...aku suami dia”.

 

Chen kaku dan memandang Sena yang mula mendukung Su Han.

 

“Sena!mana awak nak pergi?”.soal Sehun.

 

Sena hanya memekakkan telinga.

 

“kau buat dia tak selesa bro”.

 

“weh..kau siapa?apa hak kau nak nasihat aku ni?ni hal rumah tangga kitaorang okey”.

 

“tapi aku tak suka cara kau..bukankah kau dan dia memang dah lama tak bersama...dan dia hidup..okey aja tanpa kau”.

 

Sehun ketawa sinis.

 

“kau ni pehal sibuk sangat pasal bini aku hah?”.

 

“sebab dia pekerja aku”.

 

“aku tak nampak cara kau macam kau anggap dia pekerja kau”.

 

“pandai kau ...memang aku bukan anggap dia sebagai pekerja aku”.

 

“jangan harap...kau boleh dapatkan dia”.

 

“kau Cuma boleh rasa aku berharap?tiada tindakkan?”.

 

“dia isteri aku..kau takde hak”.

 

Sehun berjalan pergi tanpa melihat kearah Chen.Sena juga sudah hilang dari pandangan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!