Old Senior

My Cold Sweet Love

Sena melabuhkan punggung diatas sofa empuk sambil memandang Puan Oh.Kusut aja wajahnya memikirkan sesuatu.

 

“mummy kenal ke perempuan tadi?”.soal Sena.Puan Oh sekadar mengangguk.


“senior mummy masa sekolah menengah tinggi dahulu”.Jelas Puan Oh dengan suara mendatar.Sena anggukkan kepala.

 

“Dia boss utama dalam syarikat penulisan yang Sena bekerja sekarang”.Jujur Sena.


 

“really?dia baik tak?”.

 

Sena anggukkan kepala.Layanannya memang baik dan sopan.

 

“baik aja..”.

 

Puan Oh seolah-olah mencebik bibir.

 

“kenapa...??”.

 

“tiada apa-apalah..mummy nak masuk bilik dulu...petang nanti kita hantar Sehun ke lapangan terbang pula”.Sena sekadar mengangguk apa yang Puan Oh katakana.Baik dia tolong kemaskan pakaian Sehun daripada duduk-duduk macam ni.

 

 

 


 

Sena membetulkan tali leher Sehun yang sedikit belok.Bahu Sehun dikibas-kibas.Sehun tersenyum manis memandang Sena.

 

“saya takde 3 hari ni...agak-agak rindu tak?”.

 

“Tak”.

 

Spontan Sehun mencubit pipi Sena.

 

“ish...sakitlah..kita tipu je tadi”.

 

Sehun ketawa kecil.


 

“kalau betul...tak nak balik teruslah”.

 

“hah!...awak pergi sana nanti..jangan nak menggatal pula...”.

 

“takde maknanya...”.Sehun menggeleng-geleng kepala.

 

Sehun dan Sena berjalan beriringan menuruni tangga sambil berbual kecil.Su Han pula ralit membaca komik diruang tamu menunggu kedatangan mama dan papanya itu.

 

“papa pergi lama tak?”.soal Su Han.

 

“kejap je...papa takde ni...Su Han mainlah dengan mama...nenek”.

 

Su Han anggukkan kepala akur.

 

“dah takde barang tertinggal?”.soal Puan Oh.

 

“tak..”.jawab Sehun ringkas.

 

“kalau macam tu jomlah kita pergi..flight pukul 6 kan”.

 

 

 

 


 

 

 

Sena bergolek-golek diatas katil.Su Han sudah pun tidur disebelahnya.Lena betul!.Jam menunjukkan puku 12.20 malam.Sunyi pula tiada Sehun ini,walhal selama 5 tahun dulu,elok aja tanpa Sehun.

 

“kenapalah mata tak mengantuk ni”.Sena bersuara sendiri.Matanya melihat kearah telefon bimbit.Apa kata dia bertanya Auntie Sora tentang Puan Oh dengan Puan Kim.

 

Tangan pantas mencari nombor Auntie Sora didalam telefon.Beberapa saat kemudian tersenyum sendiri Sena.

 

“hello...auntie”.

 

“ehh..Sena!sihat?”.soal auntie Sora.

 

“sihat aja..auntie pula?”.

 

“okey aja...sibuk sikit dengan patient..hahaha...dua puluh minit lepas auntie baru aja sudah bedah pesakit”.

 

“fuyoo..mesti best”.

 

Auntie Sora tergelak mendengar apa yang Sena katakan tadi.

 

“hah...telefon auntie ni..pasti ada sesuatu nak cakap”.ujar Auntie.Lama benar dia tak menelefon auntie ni sorang,yelah sejak pindah semula ke luar Negara sebab dah bertemu jodoh disana.Aww sweet.

 

“ermmm..ehe...macam tahu-tahu aja”.

 

Sena tergelak kecil seketika kemudian matanya memandang kearah siling,seolah-olah apa yang mahu ditanya terpampang pada siling.

 

“err..auntie kenal tak Puan Kim?Kim Chanyoung?”.soal Sena.Auntie Sora tidak bersuara seketika.

 

“Kenal...kenapa?”.

 

Sena menggigit bibir.

 

“mummy kenalkan Puan Kim?”.

 

“hmmm..kenal..Puan Kim tu satu kelas dengan abang auntie dan senior kak Gayoung...kenapa Sena tanya?”.soal Auntie Sora.Ah,sudah...Sena nak cakap apa?nak menyibuk?.

 

“err...taklah..tadi  Sena keluar dengan mummy lepastu terserempak dengan Puan Kim...mummy macam tak suka aja dengan dia”.Ujar Sena satu persatu.

 

“ohh...memanglah tak suka...tak silap auntie...mendiang abang..ada hubungan jugalah dengan Kim Chanyoung tu..ah...auntie pun tak ingat sangat hal tu sebab auntie masih sekolah rendah masa tu”.

 

Sena anggukkan kepala.Tak naklah Sena menyibuk.

 

“hmmm...okeylah auntie..Sena nak tidur dululah”.

 

“okey..sweet dream dear”.

 

Telefon diletak diatas meja.Terasa haus pula tekak ini.Sena berjalan lemah kearah dapur.Dia menggeliat kecil.Sena terdengar bunyi sesuatu di dapur,eish dahlah gelap.

 

Sena pun meneguk air liur.Hati-hati mengatur langkah.Jangan-jangan pencuri,eish,apanya pencuri kalau rumah dah penuh cctv diluar dengan siap pengawal,Sena pun membuka lampu.

 

“eh..Jungkook?”.Terangkat kening Sena memandang Jungkook yang sedang membuka plastik ramen.

 

“err....hi kak”.Jungkook menundukkan badannya.

 

“eish..masak ramen dalam gelap?”.soal Sena sedikit ketawa.

 

“err..takut menganggulah..pembaziran kut”.

 

Sena ketawa lagi geli.Manakala Jungkook hanya memerhati Sena yang ketawa.Apa yang membazirnya kalau macam ni?.

 

“makan ramen?eh tak baguslah makan ramen malam-malam macam ni...meh akak masak nasi goreng untuk Jungkook”.

 

“eh...tak perlulah menyusahkan”.Jungkook memegang lehernya.Nampak sangat budak tu malu sangat dengan Sena.

 

“eish..takdenye menyusahkan..alang-alang dah masak untuk Jungkook..akak masak untuk akak sekali..lapar pula rasanya”.Ujar Sena sambil tersenyum buat menghilangkan rasa takut dalam diri Jungkook kepada Sena.

 

“err...terima kasih kak”.ujar Jungkook perlahan.Sena menggosok kepala Jungkook berkali-kali.

 

“aigoo..comelnya adik ni...ni kenapa tak tidur lagi ni?”.soal Sena dengan dahi berkerut.

 

“hmmm...nak siapkan kerja dekat pejabat tuh...”.

 

Sena hanya meng ‘oh’ kannya.Kesian budak ni.

 

“kesian pula Jungkook”.

 

“takpelah..lagipun saya memang minat benda macam tu”.

 

Minat?pelik betul,bagi Sena semua itu hanya menyakitkan kepala aja.

 

 


 

Suapan demi suapan masuk kedalam mulut Sena.Jungkook hanya merenung Sena.Tak selesa pula Sena ditenung sebegitu.Rasa tak selesa mula muncul didalam hati.


“kenapa Jungkook tengok akak macam tu?”.soal Sena setelah lama membisukan diri.

 

“err...tak..tak”.Ujar Jungkook dengan tergagap.Malu ditangkap merenung Sena walhal Sena sibuk duk menyuap makanan.

 

“akak ni cantiklah..dahlah baik..untung abang Sehun”.Puji Jungkook.Kembang sekejap hati Sena dibuatnya dipuji sebegitu.

 

“akak biasa-biasa aja”.Jawab Sena dengan tersengih.

 

“Jungkook dengar...akak ni anak angkat ibu bapa akak kan?”.soal Jungkook.

 

Sena tersengih tawar dan anggukkan kepala.Dia terfikir juga,dimana keluarga kandungnya agaknya sekarang ini.

 

“akak tak terasa nak tahu ke siapa orang tua kandung akak?”.soal Jungkook menarik minat.Sena menggaru kepala.

 

“ade jugak nak tahu..tapi entahlah”.

 

Jungkook menyuap nasi kedalam mulutnya dan menahankan diri daripada tersenyum.

 

“kenapa Jungkook senyum?”.soal Sena.

 

“takde pape”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!