Coincidently Meet You

My Cold Sweet Love

“Sena!kamu mengelamun apa tu?dah sampai ni,cepatlah keluar”.Puan Son bercekak pinggang.Sena pun keluar dari perut kereta dengan muka berkerut.Geram dengan maknya itu.

 

“Kenapa Sena tak boleh keluar jumpa kawan-kawan Sena??”.Soal Sena sambil memeluk tubuhnya.

 

“Kamu ingat bagus sangat ke berkawan dengan budak-budak dekat sekolah kamu tu??macam mana kalau diorang bawak jantan?”.soal Puan Son membuat Sena kecil hati.Sekarang nak cakap Sena dengan kawan-kawan Sena liar lah?.

 

“Habis tu kenapa akak boleh pergi keluar dengan kawan-kawan dia..bukan sekali tapi berkali-kali..mak ni cuti musim panas..Sena nak jugak berseronok”.Sena mencebik bibir.Memang mak dia tak adil.Sakit hati Sena.

 

“Kakak kamu dengan kamu lain”.Jawab Puan Sena sambil berjalan dihadapan.

 

“Kenapa pula??kitaorang sama umur,beza Sena dengan akak hanya beberapa saat bukan?”.Soal Sena.

 

“mak malas nak dengar kamu membebel..cepat nak pergi beli barang dapur ni”.ujar Puan Son seolah-olah tidak mengendahkan soalan Sena.

 

“Ini bukan membebellah mak”.Sena memeluk tubuhnya.

 

“bosan betul hidup aku macam ni”.Sena berbisik didalam hati.

 

Puan Son pun sibuklah terhendap-hendap mencari barang.Macam Sena tak kenal,nak beli barang sikit aja tapi berjam-jam lamanya,barang yang tak diperlukan pun dibelinya jugak,semua benda nak beli.

 

“Hish..berjanggutla h aku kalau macam ni..macam dah PA mak aku”.Sena mengomel seorang.

 

“Ehhh..Shinwoo ke?”.soal seorang perempuan yang lebih kurang sebaya dengan Puan Son.Sena hanya mengerutkan dahi.Siapa pula ni?.Reunion ke?.

 

“Ehh..Gayoung?Gayoung kan??omg..lamanya tak jumpa”.Maka berpeluk dan berbalas ciuman pipilah dibuatnya.Nanti Sena kena halaulah disuruhnya main jauh-jauh.

 

“Sena..Sena pergi cari barang ek..mak nak bersembang jap dengan kawan mak ni”.ujar Puan Son.

 

“ha...kan dah cakap”.Sena berbisik didalam hati dan menundukkan badan tanda hormat.

 

Terus Sena menolak troli dan melihat senarai barang diatas kertas.

 

“Owh”.

 

Tiba-tiba ada satu suara mengaduh.Sena melihat kehadapan.OMG,troli dah tertolak orang dah.

 

“Err...sorry”.Ujar Sena.Lelaki dihadapan Sena tersebut pun mengangkat wajahnya.

 

“Fuyoo..hensemnyee macam model iklan pencuci mukee”.Bisik Sena didalam hati.

 

Lelaki tadi melihat Sena atas bawah atas bawah.Eh,ni kenapa lak?salah pakai baju ke?Ke ada apa-apa dekat muka?.Lelaki tadi kemudian menjeling sekilas dan berjalan pergi.

 

“Mak oihh..cold gila..muka poker plus cold xleh blah langsung”.Sena mengerutkan dahi.

 


 

 

“aduii..sakitnya tangan aku..minah tu buta keapa tak nampak orang?”.Sehun berbisik didalam hati sambil menggosok lengannya.

 

“Mana pulak mummy aku ni...hish..melesap terus”.Sehun menggaru kepalanya.Pening kepala dia,dahlah dia tak biasa dengan tempat ni.Kang sesat tak pepasal ada pengunguman Oh Sehun anak kepada Puan Oh Gayoung hilang..parah.Buat malu woi.

 

Tingtingting.

 

“Hah!sudah..pengunguman apa tu??”.Sehun meneguk air liur.

 

“kepada pelanggan yang dihormati yang memiliki kereta bernombor plat ******** sila alihkan kenderaan sekarang terima kasih”. Tingtingting.

 

“Fuhh..ingatkan pengunguman apa dah tadi”.Sehun menggeleng kepalanya.

 

Beberapa minit kemudian Sehun pun berjalan dihadapan,hah jumpa juga kelibat mummynya itu.

 

“Mummy..dah siap ke cari barang ni?”.soal Sehun sambil berdiri disebelah Puan Oh.Sehun mengerutkan dahi.Perempuan mana pula depan mummy dia ni?.Kawan ke?.

 

“Siapa yang kacak ni?”.soal perempuan tersebut.Sehun dah agak memang itu keluar dari mulut sesiapa sahaja yang nampak dia.

 

“ini anak tunggal aku..Sehun”.ujar Puan Oh.

 

Sehun pantas menundukkan badannya tanda hormat.

 

“hah..kau tinggal dekat area ni ke?”.soal Puan Son dengan bersemangat.

 

“Ehh...taklah..aku datang sini cuti dengan family hah”.

 

“Ohh..yeke..bila kau balik?kau tinggal mana sekarang?”.Soal Puan Son bertubi-tubi.

 

“Aku balik duk sini 3 hari lagi..aku tinggal dekat Seoul sekarang”.Jelas Puan Oh.Puan Son menganggukkan kepalanya.

 

“Alang-alang kau dah ke sini..apa kata kau datang rumah aku?”.Soal Puan Son.Mengalu-alukan kedatangan sahabat yang sudah berpisah lama itu.

 

“Eh..boleh jugak..nanti aku call kalau aku nak datang..aku pergi dulu ek”.Puan Oh berjalan pergi menolak troli dengan anak terunanya tersebut.

 

“Hurmm..handsome..sopan..memang sempadan dengan Sungju..bagaikan pinang dibelah dua”.Bisik hati kecil Puan Son.

 

“Mak..semua senarai barang ni dah beli..jomlah pergi bayar”.ujar Sena.

 

“Mak..oh Mak”.Sena menggoncang bahu Puan Son.Dah terbang ke mana ni?.

 

“Ah..ya...ada apa?”.soal Puan Son.

 

“Mak pikir apa tu?Sena cakap semua barang dah jumpa”.

 

“Ohh...mak pikir pasal bakal suami kakak kamu”.

 

“Hah??bakal suami akak?”.soal Sena.Biar betul.

 

“Ehh..akak baru je 18 kan..cepatnya nak kahwin”.

 

“apa salahnya..orangnya handsome..sopan..anak kawan mak”.Terang Puan Son.

 

“ya..tu memang dah diagak sejak azali..tapi anak kawan mak?yang mana satu?anak makcik yang mana satu ek?”.soal Sena.Pergh,dapat abang iparlah tak lama laginya.

 

“Kawan mak yang tadi..anak dia ada tadi..kamu tak sempat jumpa,mak berkenan pula nak buat menantu”.

 

“Ok..go on..jangan libatkan Sena sudah..jom pergi bayar..dah penat ni”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
20k++ view..Thank you ^^

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 3: guess what i’m here again
Baekhyunnie1906
#2
Baca balik sbb rindu huhu
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 1: Here I am gonna read this again. Still tak boleh lupakan story ni
miss_almond #4
Chapter 103: tak dapat terima kenyataan sena dah buta T.T best wuuuuuuuuuu
Infinite_Ifnt7
#5
Chapter 103: hishhh... buatlah dia boleh nampak balikkk.. kesian lah dia... kesian suhan.. kesian sehunn
AimiXoxo
#6
Chapter 103: Yoo author..its been long time tak baca ff nie..perghhh..klmj sungguh :') rindu lah pulak nang baca ff yg author buat..mmhemm.tu je nak ckp..hohohohoh..
Sugorr_ #7
first ff yg sy baca 2 taun lps . haha igt lagi . ff ni mm pling daebak ah. dh mcm novel
intanshahirah #8
Chapter 69: nihla kali pertama aku dpat baca ff yg perfect..Aku jatuh cinta gler n ff nih, hebat ah..
yuliqosim
#9
teringat pulak time tahun lepas suka gilaaaaaaaaaaaaa ff ni sampai kan tak tidur malam xD and now iam here back untuk baca balik sebab rindu ff ni XDDDDDDDDDDDDDDD series la ni la ff yang first saya baca and yang paling best huhu
aquariusxpisces
#10
Chapter 103: Whoaaa walaupun panjang berchapter chapter tapi ff ni mmg kebaboom!!! Nak nangis ketaw semua ade. But why sena jdi butaaaa?!?! Ahh gwanchanha xD saeng habiskan ff ni dalam masa 2 hari tauu....hebat tak? Hehe... ff ni best gilaaa!!