BAlikLaH

CiNtA KiTa

"Saya benci awak! Keluar!" teriak Sung Gyu lalu dia menolak Du Jun keluar dari bilik mereka.

 

"Kenapa dengan awak ni? Cukuplah awak merajuk dengan saya selama setahun. Saya dah tak tahan, awak tau?" marah Du Jun pula.

 

"Bagus! Kalau awak dah tak tahan dengan perangai saya, awak boleh keluar dari rumah ni terus! Pergi!" Sung Gyu berjalan ke arah pintu utama dan membukanya.

 

"Saya tak fahamlah dengan awak ni. Besar sangat ke kesalahan saya sampai awak sanggup halau saya macam ni?"

 

Sung Gyu menjengil ke arah Du Jun. "Maksud awak, kehilangan anak kita tu bukan kesalahan besar lah?! Itu maksud awak?!" Sung Gyu membaling segala barang yang boleh dicapainya ke arah Du Jun.

 

"Yah! Awak dah gila,ke?! Awak nak bunuh saya?!" tengking Du Jun yang mengelak dari terkena pasu bunga yang dibaling Sung Gyu.

 

"Ya! Saya memang dah gila! Baik awak berambus sebelum saya bunuh awak!" marah Sung Gyu yang masih lagi membaling barang-barang seperti remote control, bantal sofa, cd, dan apa sahaja yang ada di ruang tamu itu. (barang kecil-kecil sahaja).

 

Namun, Du Jun sempat mengelak dari terkena barang-barang itu. "Gyu, hentikan! Jangan buat perangai macam budak-budak, boleh tak?!"

 

"Saya benci awak! Pergi!" Sung Gyu menolak Du Jun keluar dari rumah mereka dan dia mengunci pintu dari dalam.

 

~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Gaduh dengan isteri, ke?" soal jiran yang melihat Du Jun sedang mengetuk-ngetuk pintu dari luar.

 

Du Jun tersengih malu. "Huh, ya. Entah apa anginnya kali ni sampai habis satu rumah diamuknya."

 

"Rasanya kalau kamu ada anak, tentu takkan jadi macam ni. Tak cuba lagi ke, lepas kejadian tu?"

 

"Dia yang taknak. Dah puas saya pujuk dia, tapi dia masih ingat pasal anak yang dah takda tu. Dah hampir setahun dia merajuk dengan saya." Du Jun mengeluh. "Sayapun tak tau nak buat apa lagi."

 

"Susahlah kalau macam tu. Tapi kamu jangan putus asa. Dia akan lembut hati juga nanti, cuma ia ambil masa sikit. Sabarlah. Tuhan akan bantu orang yang bersabar." nasihat jiran itu.

 

"Terima kasih, Puan. Saya akan cuba bersabar."

 

~~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Aduh, laparlah pula lepas gaduh tadi!" Sung Gyu menuju ke dapur dan mula memasak. "Junnie tak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Tentu dia lapar." ngomel Sung Gyu sendirian.

 

Selesai memasak dan menghidang, Sung Gyu ingin memanggil Du Jun untuk makan tengah hari bersamanya.

 

"Eh, dia takda pun. Ke mana pula dia pergi?" Sung Gyu melangkah keluar dari rumahnya untuk mencari Du Jun yang tiada di luar rumah.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Malam itu, Sung Gyu bersendirian di rumah kerana Du Jun masih hilang entah ke mana. Sung Gyu cuba menghubunginya berkali-kali namun gagal kerana telefonnya dimatikan. Air mata Sung Gyu mula mengalir. Dia duduk di kerusi panjang yang terletak di ruang tamu.

 

"Sampai hati awak tinggalkan saya hanya sebab saya halau awak. Nampaknya awak dah tak sayangkan saya lagi." Sung Gyu mula berbaring. "Walaupun saya kata saya benci awak, tapi sebenarnya saya sayang awak. Takkan itupun awak tak faham?"

 

Sung Gyu sendiri tidak tahu kenapa dia rasa meluat bila tengok muka Du Jun. Tapi bila Du Jun dah takda, dia mula rindukannya.

 

"Junnie, baliklah...awak tahu saya takut tinggal sorang-sorang." Sung Gyu mengesat air matanya yang mengalir tanpa henti. "Saya minta maaf sebab halau awak...i'm sorry..." dia memeluk gambar kahwin mereka sambil berbaring di sofa. "Baliklah..."

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

maaf chappie yang pendek...

ini jer yang saya terfikir buat masa ni...

akan disambung lagi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^