MaAFKaN SaYa...

CiNtA KiTa

Du Jun sedang melukis pelan bangunan di pejabatnya, sewaktu Ghun menyapanya.

 

"Gyu macam mana? Masih marahkan kau lagi, ke?" soal Ghun. Ghun ialah kawan baik Du Jun sejak kecil dan dia juga merupakan adik ipar Du Jun, sebab Ghun mengahwini adik Sung Gyu iaitu Kim Hae Won.

 

Du Jun mengeluh. "Ya, dia masih marahkan aku. Walaupun dia tak tunjukkan sangat, tapi aku tau dia kecewa dengan aku."

 

"Bagi dia masa. Lambat laun dia mesti maafkan kau. Korang suami isteri, 24 jam jumpa kat rumah. So, bersabar la." Ghun menepuk bahu Du Jun.

 

"Setahun tak cukup lagi ke, untuk dia maafkan aku? Aku rindu belaian dari dia. Kali terakhir kami bersama masa sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2, itupun 3 bulan lalu. Itupun masa kami mabuk. Kalau tak, jangan harap dia benarkan aku 'sentuh' dia."

 

"Dia tak bagi kau sentuh dia, tapi korang masih tidur sekatil, kan?"

 

"Yalah. Dengan siapa lagi aku nak tidur kalau bukan dengan dia?"

 

"So..." Ghun memandang Du Jun dengan pandangan seperti, 'Buat sajalah.'

 

Du Jun memahami pandangan Ghun. "Yah! Aku takkan paksa dia kalau dia taknak. Cukuplah aku dah sakiti dia dengan buat dia kehilangan anak kami. Aku taknak sakiti dia lagi untuk kepentingan sendiri." Du Jun menolak Ghun sedikit. "Pergilah buat kerja kau. Walaupun kita ni kawan baik, tapi aku tetap majikan kau. So, baik kau sambung kerja sebelum aku bagi warning letter." gurau Du Jun lalu dia menyambung kerjanya semula.

 

"Okey, bos!" Ghun beredar.

 

~~~~~~~~~~~

 

"Bosannya! Apa aku nak buat ni?" Sung Gyu mundar-mandir di ruang tamu. Kerja-kerja rumah semua dah disiapkan. Memasak? Untuk apa? Du Jun tak balik untuk lunch sebab dia keluar makan dengan kawan-kawan sekerjanya.

 

Sung Gyu duduk di sofa untuk menonton televisyen, namun tiada rancangan yang menarik lalu dia menutup semula televisyen. Dia gelisah. Tiba-tiba handphonenya berdering lalu dia segera menjawabnya.

 

"Anyeong?"

 

"Anyeong, Gyu hiong! It's me, Hae Won!"

 

"Wonnie! What's up?"

 

"Hiong, boleh temankan saya tak?"

 

"Teman? Teman ke mana?"

 

"Teman saya pergi beli barangan baby. Kalau harapkan Ghun, entah bila nak pergi beli. Silap-silap haribulan, sampai baby lahirpun tak beli-beli lagi."

 

Sung Gyu tersentak mendengar kata-kata Hae Won itu. Dia mulai teringat pengalaman dia dan Du Jun sewaktu mereka membeli barangan bayi. Air matanya mula mengalir dan dia perlahan menyentuh perutnya.

 

"Hiong? Are you there?"

 

Sung Gyu tersedar dari lamunannya, dan dia segera mengesat air mata di pipinya. "Yeah, i'm here!"

 

"What's wrong? Kenapa hiong diam jer? Boleh tak, temankan saya?"

 

"Okey. Biar hiong bersiap dulu, kemudian hiong jemput kamu di rumah, okey?"

 

"Okey! Thanks, hiong!" ucap Hae Won sebelum dia mematikan talian.

 

~~~~~~~~~~~

 

"Kamu dah masuk bulan ke berapa?" soal Sung Gyu sewaktu mereka sedang berjalan-jalan di Shopping Mall.

 

"Baru 3 bulan. Masih awal lagi. Tapi, saya saja nak beli barang baby awal sikit. Bosanlah duduk kat rumah." balas Hae Won.

 

"Sama la kita. Hiongpun bosan dok kat rumah. Taktau nak buat apa. Kalau ada anak, sekurang-kurangnya ada juga teman untuk bermain." Sung Gyu mulai muram dengan kata-katanya sendiri.

 

"Hiong janganlah sedih. Perkara yang berlaku setahun yang lalu mungkin ada hikmahnya." Hae Won cuba memujuk Sung Gyu.

 

"Hikmah? Maksud kamu keguguran itu satu hikmah? Kamu jangan nak mengarut."

 

"Bukan itu maksud saya. Hiong cuba fikir balik. Du Jun hiong abaikan hiong demi kerjanya sebelum perkara tu jadi. Tapi lepas semua tu jadi, Du Jun hiong mulai berubah. Sekarang dia dah beri sepenuh perhatian pada hiong. Itukan hikmahnya juga?"

 

"Dah terlambat, Wonnie. Kalau betul dia nak berubah, sebelum perkara tu jadi dia sepatutnya dah berubah. Itu bukan hikmah namanya. Dia cuma nak tebus kesilapan dia. Dan hiong takkan maafkan dia sampai bila-bila."

 

"Hiong janganlah keras hati sangat. Bagi dia peluang. Setiap orang perlukan peluang kedua lepas buat kesilapan supaya dia boleh betulkan kesilapannya tu."

 

Sung Gyu memandang Hae Won dengan pandangan yang menjelikkan. "Kalau kamu ajak hiong keluar untuk dengar kamu berleter, baik hiong balik." Sung Gyu mula mengatur langkah, tapi Hae Won segera menghentikannya.

 

"Okeylah hiong, i'm sorry! Saya tak berleter lagi. Jomlah temankan saya pergi beli barang baby, ya? ya? ya?" Hae Won memujuk Sung Gyu.

 

Sung Gyu mengalah kerana dia amat menyayangi adik bongsunya itu. "Okey, tapi kalau kamu cuba nak nasihatkan hiong lagi, hiong balik tinggalkan kamu. Arasseo?"

 

"Nae! Jom!"

 

~~~~~~~~~~~

 

"Buat apa kau bawa aku ke tempat shopping ni? Kata nak lunch." soal Du Jun sebaik sahaja dia dan Ghun tiba di Shopping Mall.

 

"Kita lunch kat sini la hari ni. Aku dengar ada satu restoran yang makanannya sedap. Jom!" Ghun menarik Du Jun mengikutnya.

 

~~~~~~~~~~~

 

"Ah!" teriak Hae Won sambil memegang perutnya.

 

"Kenapa ni? Kamu okey tak?!" soal Sung Gyu dengan cemas.

 

"Saya okey, cuma tiba-tiba rasa lapar plak. Jom hiong! Kita pergi makan dulu, ya?"

 

"Aish, macam-macam la kamu ni. Ingatkan apa tadi. Buat suspen jer." rungut Sung Gyu.

 

~~~~~~~~~~~

 

Mereka berempat terserempak di hadapan Restoran Seafood...

 

"Eh, korang buat apa kat sini?" soal Du Jun yang terkejut melihat Sung Gyu dan Hae Won.

 

"Sung Gyu hiong yang ajak saya ke sini. Dia kata, dia teringin nak makan makanan laut." balas Hae Won sambil tersengih.

 

Sung Gyu menjengil ke arah Hae Won. "Bo? Bukan kamu ke yang ajak hiong temankan kamu beli barangan bayi? Lepas tu kata lapar pula. Kamu ni sengaja, ya?"

 

Du Jun memandang Sung Gyu. "Teringin nak makan? Gyu, awak..."

 

"Saya apa? Awak jangan nak fikir yang bukan-bukan, ya." Sung Gyu memberi amaran.

 

"Korang berbual la. Wonnie, jom kita shopping barangan baby!" Ghun segera membawa Hae Won beredar dari situ meninggalkan DuGyu yang kelihatan kekok.

 

"Harap-harap rancangan kita ni berjaya buat diorang berbaik-baik." ucap Ghun.

 

"Itulah. Walaupun serumah, diorang langsung tak mesra. Harap-harap dengan makan tengah hari bersama, diorang dapat berkomunikasi dengan baik." ucap Hae Won pula.

 

Sung Gyu dan Du Jun masih berdiri di tempat tadi. Tiada tanda-tanda untuk mereka berganjak dari situ.

 

"Gyu, awak lapar?" soal Du Jun yang mula berbicara.

 

"Saya nak balik." ucap Sung Gyu, dan belum sempat dia beredar, Du Jun mencapai tangannya.

 

"Please don't go! Dah lama kita tak makan bersama. Mari."

 

Sung Gyu menepis tangan Du Jun. "Tak nak! Saya tak lapar. Saya nak balik."

 

"Gyu, please...saya taktau nak buat apa lagi supaya awak maafkan saya. Saya cuba nak berbaik dengan awak. Tolonglah, maafkan saya..."

 

"No!" Sung Gyu menyilang tangannya.

 

"Gyu...please..." Du Jun berlutut di hadapan Sung Gyu. Semua orang yang lalu-lalang melihat situasi itu.

 

"Yah! Awak buat apa ni? Malu la orang tengok. Cepat bangun!"

 

"Tidak selagi awak tak maafkan saya. Cukuplah awak bersikap dingin terhadap saya selama ni. Saya betul-betul menyesal sebab buat awak tertekan sampai kita kehilangan bayi kita. I'm so sorry!" air mata Du Jun mula mengalir.

 

Orang ramai yang melihat situasi itu mula bersuara.

 

"Maafkanlah dia!"

 

"Bukan senang nak jumpa suami yang sanggup berlutut macam ni semata-mata nakkan kemaafan dari isterinya."

 

"Dia nampaknya ikhlas. Please forgive him!"

 

"Never!!" teriak Sung Gyu lalu dia segera berlari meninggalkan Du Jun. Du Jun segera mengejarnya.

 

"Gyu!" teriak Du Jun.

 

Sung Gyu tidak mengendahkan Du Jun. Dia terus berjalan sehingga tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.

 

Du Jun segera berlari mendapatkan Sung Gyu. "Gyu!"

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Chapter yang membosankan...

Tapi teruskan membaca...

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^