UnTuK ApA???

CiNtA KiTa

Du Jun yang baru pulang dari kerja, berasa hairan kerana Sung Gyu selalu menyambut kepulangannya setiap hari. Namun hari ini, kelibat Sung Gyu tidak kelihatan. Du Jun menutup pintu di belakangnya dan dia mula melangkah ke ruang tamu.

 

"Gyu?" Du Jun memanggil Sung Gyu berkali-kali, namun tiada jawapan. "Takda kat sini?" Du Jun menuju ke dapur dan Sung Gyu tiada di situ juga. "Ke mana dia pergi?" Du Jun mulai risau kerana Sung Gyu tidak akan ke mana-mana tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

 

"Maybe dia di bilik kami..." fikir Du Jun lalu dia segera menuju ke bilik tidur mereka yang terletak di tingkat atas. "Gyu, awak di sini, ke?" teriak Du Jun sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik. "Eh, tak ada juga. Mana dia pergi?" Du Jun semakin resah.

 

"Gyu! Gyu, where are you?" Du Jun menuju ke balkoni, tempat Sung Gyu selalu menenangkan fikirannya dengan melihat langit yang biru. Sekali lagi, Du Jun hampa kerana Sung Gyu tiada di situ.

 

Du Jun duduk di sofa dan mengeluh. "Gyu, takkanlah sebab kita gaduh semalam, awak lari dari rumah macam, ni? I'm sorry...please come back..." air mata Du Jun perlahan mengalir tatkala dia memikirkan orang yang amat dicintainya kini telah meninggalkannya.

 

Tiba-tiba, Du Jun terdengar sesuatu yang jatuh dari bilik sebelah. Dia bergegas ke bilik itu. Dan dia mulai lega tatkala dia melihat Sung Gyu sedang mengutip sesuatu dari lantai.

 

Du Jun segera mendapatkan Sung Gyu dan mendakapnya seeratnya. "Gyu! Don't leave me!"

 

Sung Gyu terkejut dengan kelakuan Du Jun itu. "Huh? Apa yang awak cakap, ni? Kenapa plak saya nak tinggalkan awak?" soal Sung Gyu.

 

"Saya minta maaf sebab gaduh dengan awak semalam. Awak boleh pukul saya, tampar saya, apa-apa saja saya rela. Asalkan awak tak tinggalkan saya." Du Jun mulai menangis.

 

"Jun-Junnie? Awak nangis, ke?" soal Sung Gyu lalu dia cuba meleraikan pelukan dan memandang Du Jun. "Why are you crying? Is there's any problem at your office, huh Junnie?"

 

Du Jun menggeleng. "It's you. You making me cry."

 

"What did i do? Awak jangan nak mula balik. Cukuplah semalam kita gaduh pasal awak salah faham terhadap hubungan saya dengan Dong Hyun hiong. Saya penat, tau?" rungut Sung Gyu.

 

"Saya ingat awak dah lari rumah."

 

"Lari dari rumah?" Sung Gyu tergelak kecil. "Kenapa pula saya nak lari dari rumah? Luculah awak ni."

 

"Sebab semalam sewaktu kita gaduh awak kata nak lari dari rumah. So, bila saya balik tadi saya tak nampak awak, saya ingat awak dah lari la."

 

Sung Gyu mulai ketawa kuat. "Saya berguraulah. Awak ni memang lurus bendul ke, pabo?"

 

"Yah, yah, yah! Berani awak kata saya pabo?"

 

Sung Gyu tersenyum sambil mengangguk. "Pabo! Takkanlah hal sekecil macam tu pun saya nak lari dari rumah? Saya tak selemah itu, okey." Sung Gyu merajuk sambil menyilang tangannya dan beralih arah.

 

"Okey, okey! Mianei! Janganlah merajuk lagi, sayang." Du Jun memujuk dan dia mengucup pipi Sung Gyu.

 

"Taknak kawan dengan awak." rajuk Sung Gyu lagi.

 

"Kawan? Kita ni dah kahwin, kalau awak dah lupa."

 

"Suka hati saya la nak cakap apapun."

 

"Ala, merajuk lagi, ke? Janganlah...eoh?" Du Jun memujuk lagi. "So, awak buat apa kat sini? Nak hias bilik ini, ke?" Du Jun memeluk pinggang Sung Gyu dari belakang sambil melihat keadaan sekeliling bilik yang kosong itu.

 

"Ya! Saya nak hias bilik ni. Apa pendapat awak?"

 

"Untuk apa?" Du Jun meleraikan pelukan dan mengalih tubuh Sung Gyu menghadapnya. "Jangan kata awak nak tidur berasingan dari saya. Baru setahun kita kahwin. Takkan awak dah bosan dengan saya?"

 

"Ke situ pula. Bukanlah. Bilik inikan bersebelahan dengan bilik kita. So, kalau jadi apa-apa dalam bilik ni, senanglah kita nak ke sini."

 

"Kat sini takda apa. Apa yang boleh jadi?" soal Du Jun yang tidak mengerti maksud Sung Gyu itu.

 

"Sekarang memang takda lagi. Tapi, beberapa bulan akan datang nanti, adalah." ucap Sung Gyu. "So, awak kena tolong saya hiaskan bilik ini, ya? Ia untuk seseorang yang amat penting bagi kita."

 

"Huh?"

 

"Lagipun, kerja arkitek awak masih belum terima apa-apa plan pembinaan lagi. So, boleh ya?" pinta Sung Gyu dengan manjanya. Du Jun bingung. Apa yang Sung Gyu cuba nak katakan? Dia masih tidak faham.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^