sAyaPun TerLukA

CiNtA KiTa

Du Jun yang baru tiba di hospital keesokan paginya, segera menuju ke arah wad Sung Gyu. Hae Won dan Ghun pula masih di situ untuk menemani Sung Gyu. Mereka telah bermalam di situ.

 

"Jun hiong." tegur Hae Won sebaik saja Du Jun melangkah masuk ke dalam wad.

 

"What happen? Kenapa dengan Gyu?" soal Du Jun tatkala dia berdiri di sisi katil Sung Gyu dan membelai kepalanya. Sung Gyu masih tidur.

 

"Jun, aku nak kau tenang dengan apa yang aku nak bagitau ni." ucap Ghun.

 

"Apa dia? Cakaplah."

 

"Mari kita cakap kat luar." balas Ghun lalu dia keluar dari wad itu diikuti Du Jun.

 

~~~~~~~~~~~

 

"Apa yang serius sangat sampai nak kena cakap di luar? Kenapa dengan Gyu?" soal Du Jun yang mulai rasa tidak senang hati.

 

"He's 3 months pregnant." ucap Ghun.

 

Du Jun terkejut namun dia tersenyum gembira. "He's pregnant? Ini berita baik! Dah lama kitorang tunggu. So, apa masalahnya?"

 

"Dia tak tahu pasal tu, dan...dia terjatuh dari kerusi di rumah korang semalam."

 

"What?!" Du Jun terkelu kerana dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Ghun. "Dia keguguran...lagi?" Du Jun terduduk di atas kerusi yang ada di situ. 

 

"Sabarlah, Jun. Kau perlu kuat untuk dia. Dia yang paling sedih sekarang ni." Ghun menepuk perlahan bahu Du Jun.

 

"Dia dah tau?" soal Du Jun. 

 

"Dia dah tau, dan sebab tu dia masih tak sedarkan diri lepas disuntik ubat penenang. Kau faham, kan?"

 

Du Jun mengeluh kesah. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Dia juga sedih dan terasa kehilangan. Tapi apa boleh buat, mungkin bukan rezeki mereka lagi untuk memperolehi anak.

 

"Boleh kau tinggalkan aku sendirian?" pinta Du Jun.

 

"Baiklah. Tenangkan diri kau dulu sebelum kau jumpa, Gyu. Dan kalau ada apa-apa kau jangan segan-segan nak bincang dengan aku." ucap Ghun sebelum beredar dari situ.

 

"Oh my God! Apa aku nak buat sekarang? Gyu yang dulu dah hampir kembali, tapi perkara ni pula jadi. Nampaknya Gyu yang selalu ceria, dan selalu tersenyum takkan kembali sampai bila-bila dah."

 

~~~~~~~~~~~~~

 

Seminggu kemudian, Sung Gyu dibenar keluar dari hospital. Du Jun datang menjemputnya dengan senyuman dengan harapan Sung Gyu akan tersenyum juga, namun sia-sia. Sung Gyu kelihatan seperti orang yang telah diambil rohnya. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia seperti di dalam dunianya sendiri.

 

Sejak kejadian itu berlaku, Sung Gyu tidak bercakap sepatah kata pun. Dia hanya mendiamkan diri dan kadang-kadang dia menangis secara tiba-tiba. Pernah sekali sewaktu Du Jun ingin menyuapnya makan, Sung Gyu tiba-tiba menangis teresak-esak tanpa sebab. Dan Sung Gyu juga suka mengamuk tiba-tiba. Namun Du Jun sentiasa sabar melayan karenah isterinya itu kerana dia memahami perasaan Sung Gyu dan dia akan cuba 'mengubati' Sung Gyu.

 

~~~~~~~~~~~~~

 

"Gyu, awak nak makan? Saya dah siapkan makanan." ucap Du Jun.

 

Sung Gyu tidak mengendahkannya. Dia hanya berdiam diri seperti tunggul. Dia seperti memikirkan sesuatu. Mungkin memikirkan dua anaknya yang tak sempat dilahirkan ke dunia ini? Du Jun mengeluh. Kemudian dia duduk di sebelah Sung Gyu.

 

"Awak nak saya suapkan? Mari saya suapkan." ucap Du Jun sambil menyuakan sesudu bubur ke mulut Sung Gyu. "Buka mulut...aaa..."

 

Sung Gyu menepis tangan Du Jun sehingga bubur itu jatuh ke lantai. Kemudian, dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik bekas bakal anaknya. Dia sering duduk di situ selama berjam-jam setiap hari tanpa berbuat apa-apa. Dan kadang-kadang dia duduk di situ sepanjang hari.

 

Du Jun bimbang akan keadaan kesihatan Sung Gyu yang semakin merosot. Sung Gyu enggan makan, enggan bercakap, malah enggan berbuat apa-apa pun selain dari duduk termenung di bilik itu.

 

Du Jun melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menghampiri Sung Gyu. "Marilah makan. Kalau awak tak lalu nak makan bubur ni, mari kita makan makanan lain. Awak nak makan apa? Cakaplah."

 

Sung Gyu tidak mengendahkannya.

 

"Atau awak nak makan di luar? Dah lama kita tak makan kat luar dan bersiar-siar di luar. Jom!" Du Jun memimpin tangan Sung Gyu untuk membawanya keluar dari bilik itu, namun Sung Gyu menepis tangannya dengan kasar.

 

"Gyu! Awak nak saya buat apa lagi? Sampai bila awak nak macam ni? Sampai bila awak nak hidup dalam dunia awak sendiri? Perkara yang dah jadi, tak boleh diulang semula. Kita cuma boleh teruskan hidup dan anggap semua yang jadi adalah suratan takdir untuk kita. Tak guna ia diingati lagi!" marah Du Jun yang mulai hilang sabar.

 

Du Jun juga turut terasa dengan kehilangan anak mereka itu, tapi Sung Gyu berlagak seperti hanya dia seorang saja yang terluka atas kejadian itu. Cukuplah dia bersabar selama ini. Dia dah cuba cara yang lembut untuk pulihkan Sung Gyu, namun gagal. Jadi, dia akan cuba dengan cara yang lebih keras. Iaitu dengan memarahinya?

 

"Saya dah bosan dengan awak, Gyu! Awak berkelakuan seolah-olah hanya awak seorang saja yang terasa dengan kehilangan anak-anak kita tu. Awak buat macam saya ni takda kena mengena langsung dengan mereka. Sayapun terasa juga Gyu...*air matanya mula mengalir*...sayapun terluka...saya saja buat-buat tak kisah tentang semua tu, sebab saya taknak tambah lagi tekanan yang awak alami."

 

Sung Gyu terduduk di kerusi. Air matanya mula mengalir dan dia tiba-tiba menangis teresak-esak. Du Jun segera meminta maaf dan memujuknya semula.

 

~~~~~~~~~~~~~~

 

"Omma, janganlah lukai appa lagi. Kesian dia. Dia betul-betul sayangkan omma."

 

"Kamu jangan tinggalkan omma. Kalau kamu tinggalkan omma, omma takkan gembira."

 

"Saya takkan tinggalkan omma. Cuma belum masanya untuk kita jumpa. Omma sabar, ya? Jaga kesihatan omma. Saya nak jumpa omma dalam suasana gembira dan sihat. Dan saya juga akan bawa seseorang bersama saya untuk jumpa omma."

 

"Siapa?"

 

"Bila tiba masanya, omma akan tahu. Bye!" ucap Jun Sung sebelum dia mulai ghaib.

 

"Yoon Jun Sung! Don't go!" teriak Sung Gyu.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^