Siapa Yoon Jun Sung???

CiNtA KiTa

Setahun telah berlalu sejak kejadian itu, namun Sung Gyu masih lagi tidak dapat memaafkan Du Jun. Dia masih menganggap Du Jun penyebab dia keguguran. Sung Gyu tidak lagi seceria dulu. Dia sering mengurung dirinya di dalam bilik bakal anaknya yang telah dihiasi sendiri olehnya.

 

"Gyu, sudahlah tu. Jangan macam ni. Perkara yang dah berlalu usah dikenang lagi." pujuk Du Jun sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia perlahan menghampiri Sung Gyu yang sedang duduk di sebelah katil bayi.

 

"Pergilah uruskan kerja awak yang lebih penting dari saya tu. Saya tak perlukan awak." ucap Sung Gyu sedinginnya.

 

"Awak masih marah?" soal Du Jun.

 

"Tinggalkan saya. Saya dah tak sanggup nak tengok muka awak lagi."

 

"Gyu, please...jangan seksa saya lagi. Cukuplah dengan kehilangan bayi kita, saya tak sanggup nak kehilangan awak pula."

 

"Awak fikir, awak seorang saja terseksa? Saya lagi terseksa awak tau?!" Sung Gyu memandang Du Jun dengan berlinangan air mata. "Saya yang mengandungkannya selama 3 bulan...dia sebahagian dari diri saya dan tiba-tiba dia 'lenyap'...ia seolah-olah sebahagian dari diri saya juga lenyap, Junnie..." Sung Gyu mulai menangis.

 

Du Jun juga mulai sebak. "I understand...mianei..." Du Jun cuba menyentuh Sung Gyu namun ditepisnya.

 

"Don't touch me! I hate you!"

 

"Awak nak saya buat apa supaya awak boleh maafkan saya?"

 

"I want my baby back! Can you do that? If not, just leave me alone!" teriak Sung Gyu.

 

"The baby can't came back. It's impossible. But we can have another one. Dan kali ini, saya janji yang saya akan lebihkan perhatian terhadap awak. Dan kejadian setahun yang lalu takkan berulang lagi. I promise."

 

Sung Gyu tidak mengendahkan Du Jun. Dia melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Du Jun tanpa sepatah kata. Du Jun mengeluh.

 

"Yoon Jun Sung, kamu nak ke mana?!Jangan tinggalkan omma!" teriak Sung Gyu kepada seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun.

 

Budak itu hanya tersenyum memandang Sung Gyu dari jauh dan melambai-lambaikan tangannya sebelum dia hilang dari pandangan Sung Gyu.

 

"Jun Sung!"

 

"Jun Sung!" teriak Sung Gyu yang terjaga dari tidur. Dia tercungap-cungap keletihan. Mimpi itu. Mimpi itu sering menghantuinya sejak kejadian setahun yang lalu. Dia sering bermimpikan budak lelaki yang bernama Yoon Jun Sung itu sejak dia keguguran setahun yang lalu.

 

"Gyu, awak okey?" soal Du Jun yang terjaga tatkala terdengar jeritan Sung Gyu itu.

 

"Junnie..." Sung Gyu memandang Du Jun dengan berlinangan air mata.

 

"Awak mimpi budak tu lagi?" soal Du Jun yang sememangnya tahu tentang mimpi Sung Gyu itu setelah diceritakan sendiri oleh Sung Gyu. Sung Gyu mengangguk.

 

"Tapi kali ni, ia lebih jelas."

 

"Jelas? Jelas macam mana tu?"

 

"Saya dah tau namanya. Sebelum ini saya cuma mimpi yang saya sedang bermain dengan dia, tapi kali ni, saya tau namanya. Dan bila saya panggil nama dia, dia terus menghilang."

 

"Siapa namanya?"

 

"Yoon Jun Sung."

 

"Yoon Jun Sung? Yoon nama keluarga saya dan Jun Sung seolah-olah gabungan nama kita." Du Jun mula terfikir sesuatu. "Budak itu, ada kemungkinannya ialah anak kita. Don't you think so?"

 

"Anak kita? Kita mana ada anak. Mustahillah budak itu anak kita."

 

"Mungkin bakal anak kita. Dia beri petunjuk yang dia akan dilahirkan semula."

 

"Mengarutlah awak ni. Itulah, banyak sangat tengok filem fantasi sampai tak tau beza dunia realiti dan khayalan." Sung Gyu tergelak kecil dan tersenyum.

 

Du Jun juga tersenyum melihatnya. "Awak senyum. Dalam tempoh setahun ni, inilah kali pertama saya tengok awak tersenyum. Saya rindukan senyuman awak dan diri awak yang dulu. Diri awak sebelum awak..."

 

"Saya taknak cakap pasal tu lagi, Junnie. Saya nak tidur." Sung Gyu menyambung tidurnya semula.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Short Chappie...

Idea terhad...sorry.... TT_TT

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^