mAsIh NaK PeRgI?

CiNtA KiTa

Seminggu kemudian...

 

"Saya dah kemas semua pakaian awak dan barang keperluan awak." ucap Sung Gyu dengan rupa yang muram sambil menutup beg pakaian Du Jun.

 

"Okey, thanks honey!" ucap Du Jun sambil menghampiri Sung Gyu dan memeluknya dari belakang.

 

Sung Gyu meleraikan pelukan Du Jun itu lalu dia melangkah keluar dari bilik mereka tanpa sepatah kata. Du Jun faham, Sung Gyu masih marah padanya kerana dia tetap akan China untuk urusan projek pembangunan di sana. Tapi, ini bukan kehendaknya kerana dia terpaksa demi syarikatnya. Kalau projek ini dibatalkan, syarikatnya boleh muflis. Dan kalau itu terjadi, tentulah hidup mereka akan melarat dan masa depan bakal anak mereka akan musnah.

 

"Gyu, please don't be like this. Saya bukan saja-saja nak ke sana. Saya ada hal penting, dan ia untuk masa depan bakal anak kita juga. Please..." rayu Du Jun sebaik sahaja dia menghampiri Sung Gyu yang berada di ruang tamu.

 

"Sudahlah dengan alasan awak tu. Saya tak larat nak dengar lagi. Pergilah kalau awak rasa itu yang terbaik. Saya taknak cakap apa-apa dah." ucap Sung Gyu sedinginnya. Dia membelakangi Du Jun dan air matanya mula mengalir.

 

"Gyu, jangan cakap macam tu. Saya sayangkan awak. Janganlah buat seolah-olah keputusan saya ni salah. Awak patut beri sokongan supaya projek saya nanti berjalan lancar dan saya akan cepat kembali untuk menemani awak." Du Jun memeluk Sung Gyu dari belakang dan menyentuh perut Sung Gyu. "Saya janji, sebelum 'dia' dilahirkan, saya akan balik. Please, support me wouldn't you?" rayu Du Jun dengan berlinangan air mata. Dia juga berat hati nak tinggalkan Sung Gyu dalam keadaan macam ni.

 

Sung Gyu makin tak tertahan tangisannya. Lalu dia menangis teresak-esak. Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hatinya sebak. Dia tahu keputusan Du Jun ini untuk kebaikan mereka sekeluarga, tapi dia tidak dapat menahan dirinya dari rasa kecewa. Dia kecewa kerana Du Jun lebih mementingkan kerjanya berbanding dirinya.

 

"Pergilah...saya tak halang awak, tapi saya juga takkan sokong awak. Awak katalah saya ni pentingkan diri ke, selfish ke, apa ke...saya tetap takkan beri keizinan untuk awak tinggalkan saya seorang diri dalam keadaan macam ni. Pergilah..." Sung Gyu meleraikan pelukan Du Jun lalu dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam.

 

"Gyu!" Du Jun mengetuk-ngetuk pintu dari luar, namun Sung Gyu enggan membukanya. "Gyu, please...saya takkan senang hati tinggalkan awak macam ni...Gyu, please..." rayu Du Jun sambil menangis di luar bilik.

 

"Pergilah! Saya takkan halang awak." Sung Gyu masih tersedu-sedan. "Kalau awak rasa keputusan awak tu betul, tak payahlah awak berat hati nak tinggalkan saya. Just go!" Sung Gyu duduk bersandar di sisi katil sambil mengusap perutnya. "Baby ah...mianei...kamu tentu rasa tertekan juga di dalam ni, kan? Tapi, omma tak dapat tahan lagi. Appa kamu betul-betul tak sayangkan kita dah. Dia sanggup tinggalkan kita. Kamu bertahan, yer? Omma akan cuba tenangkan diri..."

 

Du Jun segera mengambil kunci pendua untuk membuka pintu bilik itu.

 

"Gyu, saya dah buat keputusan. Saya takkan..." belum sempat Du Jun menghabiskan ayatnya dia mulai panik apabila Sung Gyu tiba-tiba mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Dia segera mendapatkan Sung Gyu.

 

"Argh, Junnie! Perut saya sakit!" Sung Gyu mengetap bibirnya, menahan sakit.

 

"Gyu!" Du Jun segera mendukung Sung Gyu.

 

Du Jun terpaksa menemani Sung Gyu yang ditahan di wad biasa untuk pemantauan. Kata doktor, kandungannya masih tidak stabil akibat tekanan yang dihadapinya dalam seminggu ini.

 

"Gyu, mianei..." ucap Du Jun sambil memegang tangan Sung Gyu yang masih tidak sedarkan diri. "Ini salah saya. Dan kalau sesuatu terjadi pada baby, saya takkan minta awak maafkan saya sebab ia memang salah saya." Du Jun meletakkan tangannya di perut Sung Gyu. "Baby ah, appa minta maaf sebab sakitkan kamu dan omma kamu. Agaknya appa yang selfish, kan?"

 

Du Jun perlahan keluar dari wad Sung Gyu untuk menelefon orang yang terlibat dalam projek bersamanya di China. Dia meminta maaf kerana terpaksa membatalkan kerjasama mereka dalam projek itu. Kemudian, dia memberitahu mereka tentang keadaan Sung Gyu yang tidak mengizinkan dia meneruskan projek itu. Du Jun terkejut apabila mereka tidak memarahinya, malah mereka memahami situasinya. Mereka juga tidak menyalahkannya, dan berpesan supaya dia menjaga Sung Gyu sebaiknya.

 

Du Jun mulai lega. Talian dimatikan, dan dia melangkah masuk ke dalam wad Sung Gyu semula untuk melihat keadaannya.

 

"Junnie..." ucap Sung Gyu yang mulai sedar.

 

"Gyu, awak macam mana? Sakit lagi?" soal Du Jun yang duduk semula di kerusi bersebelahan dengan katil Sung Gyu.

 

Sung Gyu mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Kenapa awak masih di sini? Pergilah ke China uruskan projek awak, tu. Tak payah pedulikan 'kami'."

 

"Gyu, saya..."

 

Sung Gyu menekup kedua-dua telinganya. "Saya taknak dengar apa-apa pun dari awak. Pergilah!"

 

"Gyu, jangan macam ni! Saya taknak awak tertekan lagi. So, dengarlah apa yang saya nak cakap dulu. Please..." rayu Du Jun sambil dia cuba menurunkan tangan Sung Gyu sebelum Sung Gyu menolaknya dengan kasar.

 

Sung Gyu turun dari katil dan menolak-nolak Du Jun sehingga keluar dari wadnya. Kemudian dia mengunci pintu dari dalam. "Pergilah! Saya tak halang awakpun!"

 

"Gyu, buka pintu ni! Jangan buat macam ni! Awak akan sakitkan baby dan diri awak, Gyu! Gyu!" teriak Du Jun dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu.

 

"Argh!" Sung Gyu mulai terasa sakit semula. "Pe-pergilah, Junnie! I hate you!"

 

"Gyu, saya takkan pergi! Saya dah batalkan projek tu dan diorang akan gantikan saya dengan arkitek yang lain!" jelas Du Jun.

 

"Huh?"

 

"Gyu, saya takkan tinggalkan awak! Saya masih di sini untuk temani awak. Now please, open this door if you hear me."

 

'Betul ke? Atau dia sengaja cakap macam tu untuk pujuk saya?' Sung Gyu perlahan bangun dan membuka pintu bilik itu. "Junnie..."

 

"Gyu..."

 

"Betul ke, awak tak jadi pergi?"

 

"Ya, saya takkan ke sana. Nasib baik diorang sporting, dan syarikat saya masih stabil." jelas Du Jun sambil tersenyum.

 

Sung Gyu juga tersenyum. Namun, rupanya makin pucat.

 

"Gyu, are you okey?"

 

"I...i'm fi..." belum sempat Sung Gyu menghabiskan ayatnya, dia terasa sesuatu yang mengalir di kakinya. Tubuhnya semakin lemah apabila dia mendapati darahnya yang mengalir.

 

"Gyu, you're bleeding!" teriak Du Jun lalu dia segera menyambut Sung Gyu yang hampir rebah ke lantai. Sung Gyu pengsan.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^