Final

CiNtA KiTa

 

Sung Gyu sedang khusyuk membaca buku di ruang tamu apabila lampu rumahnya tiba-tiba terpadam. Dia tersentak.

 

"Takkan terbakar kot? Aduh, time-time ni la ia nak black-out. Ish..." Sung Gyu bergumam. Direnungnya jam di dinding, baru pukul 7 malam. Dia mengeluh. "Lagi 2 jam sebelum Junnie balik, so takkan la aku nak bergelap selama 2 jam? Takut la..."

 

Dalam keadaan samar-samar, Sung Gyu menuju ke dapur untuk mengambil kerusi. Dia menggunakan lampu handsetnya untuk menerangi jalannya. Kemudian, dia menarik kerusi dan menuju ke kotak fius utama untuk memeriksa.

 

Dengan perlahan, dia memanjat kerusi itu dan mula membuka kotak fius. "Apa masalahnya ni? Aku ni bukan technician, so macam mana aku nak tau masalahnya...ish...bergelap juga la aku nampaknya." keluh Sung Gyu.

 

Sedang Sung Gyu begitu asyik memeriksa kotak fius itu, kedengaran pintu rumahnya dibuka. Sung Gyu kaku. "Eh, takkan Junnie dah balik? Awal lagi ni. Baru 7.30 malam."

 

Belum sempat Sung Gyu turun dari kerusi, tiba-tiba lampu menyala semula dan dia terkejut melihat Du Jun berdiri tidak jauh dari tempatnya.

 

"Ju-Junnie...awak dah balik?" soal Sung Gyu dengan takut-takut sebab Du Jun kelihatan marah.

 

Du Jun bercekak pinggang. "Apa yang awak buat ni?" soal Du Jun, serius.

 

"Saya cuma...tadi black-out, so saya..."

 

"Tak boleh ke awak tunggu saya balik untuk betulkannya?" Du Jun menghampiri Sung Gyu yang masih berdiri di atas kerusi.

 

"Saya ingat awak balik lewat macam selalu. Saya takut duduk dalam gelap lama-lama, so saya..."

 

"Tak boleh ke awak minta tolong sesiapa untuk betulkannya? Kenapa awak ni degil sangat, Gyu? Awak tak sayang kat baby ke? Macam mana kalau awak jatuh? Awak tak fikir ke semua tu? Awak tu dah sarat. Jangan la buat macam ni, boleh tak?" Du Jun mula membebel, dan Sung Gyu hanya menundukkan kepalanya. Tak berani nak tengok muka Du Jun yang garang tu.

 

"Sorry..." ucap Sung Gyu perlahan. Tanpa diduga, dia mulai menangis. "Sorry, Junnie...saya..."

 

"Gyu..." Du Jun membantu Sung Gyu untuk turun dari kerusi, lalu dia segera memeluk isterinya tu. "Shh...Gyu, jangan la nangis. I'm sorry...saya tak patut marah awak. Saya cuma risaukan awak dan baby."

 

"Saya sayang anak saya, Junnie...tolong jangan cakap yang saya tak sayangkannya."

 

"Okey, okey...i'm sorry..." Du Jun membawa Sung Gyu duduk di sofa. "Dah jangan nangis lagi ek? Lain kali, jangan buat perkara macam ni lagi. Awak boleh call saya bila-bila masa kalau ada sesuatu yang jadi lagi. Saya taknak awak bahayakan diri awak dan baby. Saya tak sanggup kehilangan awak berdua. I love you!"

 

"I love you too and i'm sorry...saya janji, saya takkan panjat-panjat dah..."

 

*****

 

Malam itu...

Sung Gyu terjaga dari tidur apabila dia mulai merasa sakit. Dia cuba menggerakkan Du Jun sambil menahan sakit.

 

"Ju-Junnie, bangun la! Junnie!"

 

Du Jun mulai membuka matanya. "Ada apa?" soal Du Jun selamba.

 

"Perut saya sakit! Junnie, saya rasa dah tiba masanya untuk...argh!" Sung Gyu mengerang.

 

"Apa?! Baby dah nak keluar?!" Du Jun mulai panik. Dia segera mencapai beg yang mengandungi semua barang keperluan Sung Gyu, sebelum dia mendukung isterinya dan bergegas ke keretanya.

 

"Ah! Junnie!" teriak Sung Gyu yang berbaring di tempat duduk belakang.

 

"Bertahan, Gyu! Kita akan pergi hospital ni!" Du Jun mulai memandu.

 

"Oh no!"

 

"Kenapa?"

 

"Junnie...my water just broke..."

 

"What?! So, baby dah nak keluar ke? Jangan la...kita dah nak sampai ni..."

 

"Junnie! Saya dah tak boleh tahan ni...ah!" Sung Gyu mengerang lagi.

 

"Gyu, cuba tarik nafas dan hembus. Ulang berkali-kali dan semuanya akan okey." Du Jun cuba menenangkan isterinya.

 

"Oh no!"

 

"What?"

 

"Junnie, baby dah..."

 

Du Jun tergamam bila dia terdengar satu suara kecil yang sedang menangis. Ya. Tangisan bayi mereka. Nampaknya, baby diorang memang dah tak sabar nak keluar sampai dalam kereta yang tengah bergerak pun dia tak kisah.

 

"Gyu!" Du Jun segera memberhentikan keretanya di tepi jalan, lalu dia segera menuju ke tempat Sung Gyu. Pintu kereta dibuka dan dia terkejut melihat Sung Gyu memangku seorang bayi yang masih dilumuri darah. Sung Gyu kelihatan penat, dan pucat namun senyuman tak lekang dari bibirnya.

 

"Anak kita, Junnie." Sung Gyu menghulurkan baby itu kepada Du Jun. Dan dengan tangan yang terketar-ketar, Du Jun mengambil anaknya itu.

 

"It's a boy...anak kita lelaki...Thanks, Gyu! I...saya macam..." Du Jun mengucup dahi bayinya itu dan tersenyum.

 

Beberapa minit kemudian, Sung Gyu mengerang sekali lagi. Kesakitan yang sama mula dirasainya.

 

"Gyu, what's wrong?"

 

"Junnie, saya rasa...ada lagi...ah!"

 

"Omo! Eotteokhae? Macam mana saya nak drive sambil dukung baby? Aduh macam mana ni? Gyu, bertahan la..."

 

"Encik, encik tak boleh parking tepi jalan macam ni." ucap satu suara dari belakang Du Jun.

 

Du Jun segera berpaling dan dia terlihat seorang polis trafik berdiri di belakangnya. "Tolong saya! Isteri saya nak bersalin! Please..." rayu Du Jun.

 

"What?! Baiklah, biar saya drive!"

 

Mereka selamat sampai di hospital tepat pada masanya. Sebaik sahaja Sung Gyu dibawa ke wad bersalin, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan.

 

*****

 

"Hiong! Tahniah, sebab dapat baby kembar! Wah, jelesnyer saya!" ucap Hae Won sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam wad Sung Gyu. Dia memeluk hiongnya.

 

"Tahniah, bro! Oo, dalam diam yer...naper tak bagitau kitorang yang korang akan dapat kembar? Pandai sembunyi." sapa Ghun.

 

"Well actually, kitorang pun tak tau yang baby kitorang ni kembar sebab masa scan, doktor kata ia seorang jer. Sayapun terkejut juga ni!" jelas Du Jun.

 

"Betul ke, hiong?" soal Hae Won.

 

"Betul la. Hiong pun tak tau. Jadi ini la maksud Jun Sung dalam mimpi hiong. Dia akan bawa seseorang untuk jumpa hiong."

 

"Jun Sung?"

 

"Nama anak pertama kami. Yoon Jun Sung. Tapi yang perempuan ni, kami tak tau lagi nak buh nama apa, sebab tiba-tiba jer. Kamu ada apa-apa cadangan?" soal Sung Gyu.

 

"Apa kata kalau buh nama Yoon Eun Hye? Ok tak?"

 

"Pandai kamu ni! Junnie, macam mana? Apa pendapat awak?" soal Sung Gyu.

 

Du Jun duduk di sebelah Sung Gyu di atas katil. "Okey! Sedap nama tu!"

 

"Mana baby?" soal Ghun.

 

"Kat bilik baby la. Doktor nak hiong berehat. So, baby diorang yang jaga buat masa sekarang." jelas Sung Gyu.

 

Ghun dan Hae Won segera beredar untuk melihat anak-anak saudara mereka itu. Manakala Du Jun dan Sung Gyu dah terlelap sebab kepenatan malam semalam. Well, lepas baby lahir, diorang tak rehat langsung sebab excited sangat nak tengok baby sepuas-puasnya. Sekarang ni, dah puas agaknya. Hehe...

 


The end!

Maaf la sebab buat awak semua tertunggu-tunggu...dan saya minta maaf sebab citer ni berakhir macam ni jer...apa2pun, saya nak ucap banyak-banyak terima kasih kat semua yang sudi membaca, mengomen dan mensubscribe citer saya ni! Thanks a lot! I really appreciate that! Dan saya berharap, awak semua enjoy baca citer ni ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
sy akan sambung cite ni bila dah ada idea

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
😭😇
xoxogirl2 #2
Chapter 17: Haha good story terharu i
zaty_dj32 #3
Chapter 14: have lots of fun reading this... ^^
gyu yg degil and childih, dujun yg sentiasa sabar...
makes the story full of colours... hehehe...
keep it up, author-nim and thank you for making this wonderful story..
eyna_yeollie
#4
Chapter 14: Seriously cerita ni lawak + sedih semua cukup memang best la cerita nih xD hahaha keep it up author nim.
KJNYeol
#5
Chapter 14: Sweet anding^^