Chapter 9

BTS Story fluff
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook menggeliat perlahan. Jam di dinding dikerling sekilas. Pukul 9. 'Dah pukul 9? Cepatnya masa berlalu. Malasnya nak bangun' bebel Jungkook di dalam hati. Dengan muka tak rela dan malas,dia menolak selimutnya dan bangkit dari pembaringan. Dia masih mamai sambil sesekali memerhati setiap penjuru bilik dengan muka blank. Rambut yang kusut akibat baru bangun tidur diusap perlahan. Matanya kembali terarah pada katilnya yang seakan-akan memanggilnya. 'Baring kejap lah' Tanpa berlengah,Jungkook terus baring dan menutup mata.

       

      Jungkook terjaga apabila terasa badannya digoncang perlahan. Sayup-sayup terdengar namanya dipanggil. Dia masih mengantuk dan dia takkan biar sesiapa sahaja yang mengganggu dia tidur  selamat. Dengan keazaman yang tinggi untuk menghalau orang yang menggangu dia itu, Jungkook terus mencapai bantal yang berada di sisinya dan ....

     Dush!!!!

 

Tindakan itu berjaya nampaknya kerana dia terdengar suara orang mengadu sakit. Jungkook tersenyum. Mimpi indahnya tadi seakan memanggil dan Jungkook mula mengembara ke alam itu.  Namun,mimpinya berkecai apabila 'pemusnah mimpi' nya tadi membawa geng untuk turut sama menyertai menghancurkan mimpi indahnya. Tangan dan kakinya ditarik serentak. Dengan kekuatan yang ada,Jungkook menolak dan menendang mereka yang mengganggunya itu. Suara-suara bengang mula jelas kedengaran. Jungkook membuka sedikit matanya untuk melihat gerangan si tak guna yang menganggunya. Kelihatan dua susuk tubuh berdiri rapat antara satu sama lain, sedang berbincang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khaireen
Thanks kepada sesiapa yang sukakan cerita ini.Maaf kalau ada salah di mana-mana. Ni first sory saya jadi mungkin ada kekurangan. Apa apa pun terima kasih sudi membaca.^_^

Comments

You must be logged in to comment
Khaireen #1
Please comments^_^