Chapter 12

BTS Story fluff
Please Subscribe to read the full chapter

Tepat pukul 11 malam, setiap member sudah menunjukkan reaksi keletihan masing-masing. Yoongi sedari tadi masih tidak berganjak dari pembaringannya di hujung sudut studio. Berdekatan dengan Yoongi, Namjoon yang duduk bersandar pada cermin sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Muka berkerut. Niat dihati Yoongi mahu sahaja menyuruh Namjoon berhenti berbuat begitu tetapi dia hanya mampu niat sahaja. Tenaganya sudah habis setelah mereka menamatkan latihan mereka pada malam itu. 

           Studio tempat mereka latihan pada waktu ini mula berbau peluh yang agak kuat (bagi Yoongi) tapi masih ada dua orang manusia yang tidak memahami konsep privasi, masih melekap antara satu sama lain dalam keadaan baju yang lencun akibat peluh. Yoongi tidak boleh faham bagaimana Jimin dan Taehyung boleh tahan berpelukan dengan keadaan berpeluh dan studio yang panas. Tetapi itu Jimin dan Taehyung, tiada kena mengena dengan dirinya jadi dia tak ambil peduli.

          "Oh yeahh!!! JK!! Jin!! Put your hands in the air" Sorakan kuat Hoseok dari sudut tengah studio mendapat sambutan hangat dari Jin dan Jungkook. Tiga orang mereka masih teruja dan keterujaan mereka berlanjut sampai tengah malam. Masing-masing tidak tahu penat, sibuk mencipta koreografi yang boleh dijadikan bahan ketawa nanti. Jin dan Hoseok tidak dapat menahan tawa mereka apabila Jungkook secara tiba-tiba membuat ekpresi muka hodoh dengan gerakan robot.

            Taehyung mengusap-u

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khaireen
Thanks kepada sesiapa yang sukakan cerita ini.Maaf kalau ada salah di mana-mana. Ni first sory saya jadi mungkin ada kekurangan. Apa apa pun terima kasih sudi membaca.^_^

Comments

You must be logged in to comment
Khaireen #1
Please comments^_^