Chap 3

BTS Story fluff
Please Subscribe to read the full chapter

       Rap Monster menggeliat perlahan sambil mengusap-usap rambutnya. Mukanya nampak letih. Yelah setelah menahan mata daripada tidur kerana ingin menyiapkan lirik lagu. Dia mengerling katil di sebelahnya. Kosong. "Hurmm Jungkook dah bangun lah tu. Aku pun patut bangun. Taknak aku kena marah dengan Jin hyung sebab bangun lambat" detik hatinya dan dengan muka malas, bangun dari katil untuk segarkan diri.

        Keadaan di bilik sunshine line lain pula suasananya. Taehyung menggocang-goncangkan badan jimin tapi empunya badan tetap tidak mahu bangun." Yahh Jiminnie,bangun lah!! Jin hyung dah siapkan sarapan tu. Nanti hyung marah kalau kau tak bangun. Jimin,bangun lah!! Park Jimin !!!". Kesabaran Taehyung sudah makin menipis. Jimin masih kekal statik. Tidak bergerak dari posisi selesanya di atas katil itu. 

     Tanpa banyak soal lagi,Taehyung terus menolak Jimin dari katil dengan sekuat hatinya. "Aouch!! Taetae,kau nak aku patah tulang ke hah? Sakit lah!"marah Jimin sambil mengusap-usap punggungnya yang sakit. "Hati aku lagi sakit sekarang ni. Dah malas layan kau. Aku nak turun bawah. Bye". Sebelum keluar dari bilik itu, sempat lagi Taehyung memberi jelingan tajam kepada Jimin. Jimin membalas perbuatannya dengan menjelir lidah.

       Semasa menuruni tangga, Taehyung berasa pelik apabila terpandang Suga dan Jungkook yang seakan sedang berada dalam game 'polis dan pencuri'. Apa lah yang si Jungkook buat ni sampai Suga hyung yang tak selalunya aktif pagi-pagi tiba-tiba boleh berlari satu round rumah ni? Taehyung hanya membiarkan dua budak tak cukup umur tu meneruskan game mereka. Handphonenya terus diambil dan langkah kakinya laju menuju ke dapur. "Jin hyung~" panggilnya manja.Jin memandangnya sekilas sebelum kembali fokus memasak, mengendahkan panggilannya. Masam teruk riak wajah Taehyung.

      "Taehyung,kau pun baru bangun ke?" Taehyung terus menoleh ke belakang apabila terdengar namanya disebut. "Ahh Namjoonie hyung. Aku ingat siapa la tadi. Aku dah lama bangun lah. Tadi aku gerak Jiminnie tapi budak tu tak nak bangun" 

       "Sapa yang kau panggil budak hah?"

Taehyung dan Rapmonster terus mencari si empunya suara. Mereka menahan gelak apabila melihat Jimin y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khaireen
Thanks kepada sesiapa yang sukakan cerita ini.Maaf kalau ada salah di mana-mana. Ni first sory saya jadi mungkin ada kekurangan. Apa apa pun terima kasih sudi membaca.^_^

Comments

You must be logged in to comment
Khaireen #1
Please comments^_^