Chapter 4

BTS Story fluff
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah cukup ketujuh-tujuh member BTS, mereka semua mula bersarapan dengan tenang. Jin sebagai hyung yang paling tua di dalam BTS melayan mereka bagaikan anak-anaknya terutama maknae line. "Hyung" panggil Jungkook dengan muka anak kucing. Serentak keenam-enam hyung memandang dirinya. "Kenapa,Kookie?" tanya Hoseok, wakil hyung yang lain. "Kita tak ada apa-apa program kan hari ni? Sebab aku rasa macam nak tidur je hari ni" ujar Jungkook sambil memandang muka hyung-hyungnya dan akhir sekali, pandangannya jatuh pada muka Rapmonster, leader mereka.

Rapmonster berfikir seketika sebelum membalas "Rasanya kita free untuk hari ni" Ayat itu membuatkan mereka yang lain tersenyum girang untuk beberapa saat sebelum Rapmonster menyambung kembali. "Ahh aku lupa! Malam ni kita ada majlis yang kita kena hadiri sebab kita dah dijemput. Nak tak nak, kita kena pergi. Pukul 8 malam kita gerak,ok? . Rapmonster hanya mampu tersengih sahaja memandang raut membersnya yang mula masam dan ada juga yang merungut. "Yahh sudah. Kita kena pergi. Malam ni bersiap okay? Jangan buat hal" sambung Rapmonster dengan muka serius,menaikkan aura leadernya yang membuatkan mereka yang lain terpaksa bersetuju.

 

Malam itu, Jimin masih tidak bersiap kerana dia sibuk memikirkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia takut,sedih dan marah. Perasaannya bercampur baur. Dia mengeluh. Baju ditangan hanya dipandang sahaja. Dia tidak sedar seseorang sedang memandang dirinya dengan pandangan risau. 

"Jiminnie"

Jimin terkejut."Taetae" Tanpa menyambung ayatnya, Jimin terus bergegas ke tandas. Tetapi belum sempat kakinya melangkah jauh, Taehyung memegang lengannya dan merenung tepat ke matanya. "Minie, aku tau kau mesti fikirkan sesuatu. Kalau tak, muka kau takkan berkerut macam ni" Jimin tersenyum, cuba menceriakan suasana. "Yah mana ada muka aku berkerut. Kau ni..teruklah. Sudah,aku nak tukar baju" Jimin cuba melarikan diri dari situasi ini namun Taehyung tak memberi peluang.

"Minie, aku hanya ada kau dan aku akan sentiasa ada dengan kau. Aku takkan tinggalkan kau. Aku takkan abaikan kau walaupun Hwarang hyungs atau sesiapa yang rapat dengan aku tegur aku. Sebab kau kawan baik aku dan..soulmate aku. Aku sayang kau" Taehyung memandangnya dengan pandangan yang sukar digambarkan. Tapi yang pasti, kata-kata Taehyung membuatkan hatinya bergetar kencang seperti nak luruh. D

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khaireen
Thanks kepada sesiapa yang sukakan cerita ini.Maaf kalau ada salah di mana-mana. Ni first sory saya jadi mungkin ada kekurangan. Apa apa pun terima kasih sudi membaca.^_^

Comments

You must be logged in to comment
Khaireen #1
Please comments^_^