Chapter 9

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

“ Ayaka…”

 

Pensel yang dipegang terus dilepaskan. Kaki melangkah pantas menaiki tangga ke tingkat atas, menuju ke bilik satu-satunya adik perempuannya.

Dilihat makanan yang diberinya tadi masih tergeletak di hadapan pintu itu dan langsung belum terusik.

Pintu diketuk.

 

"Ayaka...are you okey?"

 

Tapi tiada jawapan.

 

Tombol pintu itu cuba dipulas oleh Taehyung tetapi tidak berjaya. Ayaka mengunci pintu biliknya.

 

"Ayaka, janganlah macam ni. Buka pintu ni sekarang!"  Suara Taehyung telah pun meninggi. Perasaan bimbang dan geram menjadi satu, membuatkan wajahnya yang putih itu menjadi sedikit kemerahan.

 

Tetapi tetap tiada tindak balas dari Ayaka, suaranya juga tidak kedengaran.

 

Taehyung dah tiada cara lain. Dia terus berlari ke arah kabinet yang menempatkan semua kunci-kunci  pintu di rumah itu. Laci pertama dibuka. Terdapat berpuluh-puluh jenis kunci ditempatkan di dalam laci itu.

 

“Haish, mana satu kunci bilik Ayaka ni?!” Taehyung terus mencari dan akhirnya dia menemui sebentuk kunci yang terdapat goresan ‘AF’ padanya.

 

“ ‘AF’? Ayaka Fukuhara! Dapat pun akhirnya.”  

 

Tanpa menunggu lagi,Taehyung terus berlari ke arah bilik Ayaka semula dan setelah berjaya membuka pintu itu dengan menggunakan kunci yang ditemuinya tadi, dia masuk ke dalam bilik itu.

 

Gelap.

 

Sunyi.

 

Suis segera ditekan dan lampu mula menyala menerangi segenap pelosok bilik yang agak besar itu tetapi ternyata…  bilik itu kosong tidak berpenghuni. Taehyung bertambah gelisah. Pintu tandas ditolak, namun tempat itu juga kosong, Ayaka tiada di situ.

 

Taehyung meraup wajahnya. "Ayaka, kau kat mana ni? Tolonglah, jangan bersembunyi dari aku. You said, you don`t like playing hide and seek, right?”

 

Tiba-tiba, Taehyung baru tersedar ada kaca berselerak di atas lantai, di tepi meja belajar Ayaka. Kaca serpihan daripada bingkai gambar yang telah pecah. Dan di sebelah serpihan kaca itu, terdapat sekeping gambar mereka sekeluarga. Tetapi gambar itu tidak lagi sempurna. Seseorang telah menggores wajah ibu dan Ayaka sehinggakan wajah mereka berdua tidak lagi kelihatan di dalam gambar tersebut.

 

Berkerut dahi Taehyung melihat gambar itu. Dalam fikirannya, dia tertanya-tanya…siapa yang melakukannya? Kenapa orang itu hendak menghapuskan wajah ibu dan Ayaka daripada gambar itu? Dan yang lagi aneh, bukankah hanya Ayaka yang berada di dalam bilik ini sepanjang masa.

 

Mata Taehyung tiba-tiba terbuka luas seperti dia telah menyedari sesuatu. "Takkanlah…haish! Stupid gir!”

 

Sepantas kilat, Taehyung bergegas keluar dari bilik itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Manakala di ruftop…

 

Perlahan-lahan, dengan nafas yang ditahan, gadis yang memakai baju tidur berwarna putih itu mula naik ke atas kerusi lalu dengan kaki yang menggeletar, dia memijak ke atas besi penghadang yang berada  di birai ruftop rumahnya itu.

 

Nafas dihembuskan dengan susah payah dan dia cuba untuk memandang ke bawah tetapi kerana gayat, dia cepat-cepat memejamkan matanya. Nafas yang tidak teratur kerana gementar itu cuba dikawal. Ayaka menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya semula.

 

Kedua-dua belah tangannya mula didepakan. Dan kaki kirinya diangkat. Sudah bersedia untuk terjun ke bawah dari tempat dia berdiri.

 

"Berhenti!!!" Dan pada ketika itu juga, Taehyung tiba-tiba muncul dan menyebabkan tindakan Ayaka untuk terjun itu terbantut. Ayaka terus menoleh ke arah Taehyung.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung