Chapter 13
Dancing with The Stars
Akhirnya…Ayaka dan Jungkook tiba di tempat yang dituju.
"Tadaaa!" Jungkook mendepakan kedua-dua tangannya dengan riang. Lagaknya seperti sedang mempersembahkan sesuatu yang begitu mengujakan.
"Amusement park?" Ayaka memandang Jungkook dengan pandangan yang penuh kekeliruan dan tanda tanya. “ But…why you bring me here?”
"Yeah. Amusement park. Satu-satunya tempat yang saya selalu pergi kalau saya ada masalah dan ingin melupakan segala tekanan yang saya rasai. And I think, you need it now. You need to forget that things. The things that will swallow your soul into the deepest hole in the earth." Jungkook mengatakannya sambil memandang tepat ke dalam mata Ayaka. Anak mata biru milik Jungkook yang kelihatan bersinar tatkala terkena pantulan cahaya bulan itu bertemu dengan anak mata coklat milik Ayaka untuk beberapa detik.
Ayaka agak tergamam dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Dan kemudian, gadis itu akhirnya mengeluh sambil tersenyum. "Terima kasih, Jungkook. Terima kasih kerana memahami saya."
Jungkook hanya tersenyum. “Terima kasih juga kerana memberi saya peluang untuk memahami awak.” Jungkook mencium lembut tangan Ayaka. “Okeylah, let`s go. Let`s play everything! " Jungkook terus menarik tangan Ayaka dan mereka berlari memasuki amusement park itu.
Kelihatan senyuman menghiasi kedua-dua wajah mereka.
Manakala di rumah…
Taehyung seperti biasa menghabiskan masanya seorang diri di dalam bilik rahsianya di basement untuk menyiapkan robot terbarunya yang hampir sempurna sejak dicipta sebulan yang lalu.
Kesepuluh-sepuluh jarinya pantas menari-nari di atas keyboard komputer, menaip data-data yang diperlukan untuk dipindah masuk ke dalam memori robot tersebut. Data-data yang menjadikan robot itu berlainan daripada robot-robot yang pernah diciptanya sebelum ini.
Dengan erti kata lain, robot ini adalah sebuah robot yang istimewa.
Dan tiba-tiba..setitis cecair merah yang pekat menitis ke atas salah satu jarinya, membuatkan segala kerjanya terhenti.
Darah pekat yang keluar dari hidungnya itu terus-terusan menitis seperti tidak mahu berhenti.
Tisu dicapai dengan sebanyak yang boleh untuk menekup hidungnya. Dan Taehyung lantas berlari keluar dari bilik itu.
Ayaka dan Jungkook berjalan-jalan di Amusement park sambil berpegangan tangan. Jungkook mencuri pandang Ayaka yang berada di sisinya. Gadis itu langsung tidak tersenyum atau memandang ke sekeliling. Dia hanya memandang ke hadapan dengan tatapan kosong tanpa berkelip dan hanya melangkah setiap kali Jungkook melangkah. Jungkook tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran Ayaka sekarang. Dia ingin menolong gadis yang dicintainya itu...walaupun dia tidak tahu dan mungkin tidak dapat menyelesaikan masalahnya tapi setidak-tidaknya, dia ingin cuba untuk mengembalikan senyuman gadis itu. Senyuman yang pastinya akan membuatkan hatinya berdegup kencang setiap kali melihatnya sejak dua belas tahun yang lalu.
"Ayaka, look there!” Ayaka menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Jungkook. Booth yang dipenuhi dengan belon-belon pelbagai warna dan saiz yang telah bersedia untuk dipecahkan. “Let`s play it! It looks fun." kata Jungkook dengan teruja dan terus menarik tangan Ayaka ke booth tersebut. Ayaka hanya mengikuti Jungkook tanpa sepatah kata.
Jungkook mengambil pistol mainan yang disediakan di situ dan mula menutup sebelah matanya. Pistol diarahkan ke hadapan dan dia mula menembak satu-persatu belon-belon yang tergantung di hadapannya itu dengan tepat. Disebabkan kehandalannya itu, pelawat-pelawat yang turut mengunjungi booth itu termasuk penjaga booth itu sendiri bertepuk tangan untuknya.
“Thank you.” Jungkook menundukkan tubuhnya sedikit dan tersenyum ke arah orang ramai sebelum kembali memandang Ayaka. Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Ayaka. Ayaka hanya tersenyum melihat telatah Jungkook.
Comments