Chapter 5

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

Majlis hari jadi yang diadakan besar-besaran di halaman rumah setinggi tiga tingkat itu berjalan dengan meriah sekali. Setiap tetamu yang hadir kelihatan sedang menikmati waktu yang berjalan dengan cara masing-masing. Mr.fukuhara sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakan korporatnya sambil melagakan gelas wine masing-masing, Mrs.Fukuhara pula sedang menikmati juadah di meja bulat bersama ahli Kelab Sukarelawan, kelab yang baru disertainya, serta kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di sekitar majlis.

 

Dan di tengah-tengah semua itu, kelihatan Ayaka dan Jungkook sedang berbalas senyuman.

 

Tapi tiba-tiba…

 

"Auchhh!"  Dahi Ayaka berkerut kesakitan apabila jarinya tercucuk duri yang terdapat pada tangkai bunga ros yang sedang dipegangnya.

 

" Awak tak apa-apa?" tanya Jungkook yang kelihatan bimbang.

 

"Tak. Saya tak apa-apa." Ayaka mempamerkan senyuman palsu lalu menyembunyikan jarinya yang terluka itu di belakang badannya.

 

Tapi senyumannya itu tidak berjaya menghilangkan perasaan bimbang Jungkook padanya. "Let me see it! " Jungkook terus menarik tangan Ayaka dan ternyata jangkaan Jungkook betul, jari telunjuk Ayaka berdarah.

 

Dan tanpa Ayaka sangka, Jungkook tidak teragak-agak meletakkan jari Ayaka di bibirnya dan perlahan-lahan menyedut darah yang keluar dari jari gadis itu. Ayaka tergamam melihat tindakan Jungkook itu dan lidahnya juga menjadi kelu tanpa dapat berkata apa-apa.

 

"Okay! Darah dah berhenti." kata Jungkook sambil melepaskan tangan Ayaka.

 

Ayaka yang tidak tahu apakah ekspresi wajah yang patut diberikan kepada Jungkook yang telah menolongnya itu hanya tersenyum janggal. "Terima kasih."

 

Suasana kekok melanda mereka berdua. Tiada kata yang terucap, hanya kadang-kadang mata mereka bertemu kerana dalam diam, masing-masing cuba mencuri pandang ke arah satu sama lain.

 

Dan akhirnya, Jungkook mula bersuara, memecahkan suasana yang dirasakan tidak selesa itu. "Lama kita tak jumpakan.”

 

"Yup! Hampir enam tahun. Pantaskan masa berlalu?"

 

Jungkook mengangguk. " Iya, masa berlalu dengan pantas tapi ianya tak cukup pantas bagi saya. Setiap kali bangun tidur pada waktu pagi, saya akan melihat ke langit melalui tingkap bilik, berharap yang pagi itu adalah pagi hari esok. Sehari itu begitu lama bagi saya… mungkin kerana saya rindukan awak. Awak rindukan saya tak?" Jungkook tersenyum nakal.

 

"Sorry…apa dia?"

 

Jungkook akhirnya, tergelak kecil. Dia tahu Ayaka sebenarnya dengar apa yang dia ucapkan tapi cuba berpura-pura tidak dengar. " Saya bergurau je lah. By the way, awak dah banyak berubah."

 

" Awak pun."

 

"Your hair…"

"Your hair…”

Tanpa di sangka-sangka, mereka menyebutnya serentak. Dan kerana kebetulan itu, kedua-duanya akhirnya ketawa.

 

Jungkook menggosok-gosok kepalanya.  "Yeah..rambut saya dah tak kerinting lagi.”.

 

" Dan awak juga bukan budak kecil yang ‘comel’ lagi. Awak dah tinggi sekarang."

 

Jungkook mengangkat keningnya. " The power of puberty... maybe."

 

Dan mereka berdua tertawa lagi.

 

Iya, kalau nak dibandingkan, kini Jungkook jauh lebih tinggi daripada Ayaka, kontra dengan zaman kanak-kanak mereka.

 

"Oh, ya…rambut saya dah tak panjang macam dulu lagi. Abang saya yang potongnya. Dia kata dia suka tengok saya rambut pendek." Ayaka tersenyum, mengimbau semula saat kali pertama Taehyung memotong rambutnya. Dia menangis tiga jam di hadapan cermin apabila melihat rambutnya yang panjang itu telah pun bertukar menjadi ‘weird mushroom hair’ selepas dipotong oleh abangnya itu.

 

Tiba-tiba  Ayaka tersedar dari lamunannya apabila dia terasa tangannya digenggam dan dibelai lembut. Dia kaku...tak tahu ingin menerima atau menolaknya...dan akhirnya perbuatan Jungkook itu dibiarkan.

 

Mata biru milik Jungkook mula merenung ke dalam mata Ayaka. "Tapi ada dua perkara yang tak berubah dan takkan pernah berubah...awak adalah wanita paling cantik di mata saya …dan perasaan saya pada awak sejak kali pertama mata kita bertemu."

 

Ayaka membalas renungan lelaki di hadapannya itu dengan perasaan bercampur-baur. Cuba menyelami ke dasar lautan biru anak mata itu, untuk mencari sekuntum keikhlasan dalam bait-bait kata sahabat baiknya itu.

 

Tapi malangnya, belum sempat dasar lautan biru ditakluki, saat yang bermakna itu terganggu oleh suara juruhebah yang tiba-tiba kedengaran. Mata mereka kian terpisah. Ayaka segera menoleh ke arah pentas , diikuti oleh Jungkook.

 

"Perhatian kepada semua para tetamu yang hadir,  aturcara majlis pada selepas ini diberi nama Dancing with Me. Muzik akan dimainkan dan semua para tetamu dipersilakan menari dengan pasangan masing-masing. Dan yang menariknya, satu pasangan bertuah akan dipilih pada malam yang istimewa ini untuk menari di atas pentas. Pasangan tersebut bukan dipilih oleh saya, tapi akan dipilih oleh movable star lamp yang anda boleh dilihat pada tiang pentas ini. Mari kita saksikan, siapakah pasangan bertuah itu?”

 

Lampu yang memancarkan cahaya berbentuk bintang itu mula bergerak secara rawak menerangi para tetamu dan akhirnya, lampu itu berhenti bergerak. Cahayanya dipancarkan ke arah satu pasangan yang kelihatan seperti sedang berebutkan sesuatu di hadapan meja buffet.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung