Chapter 15

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Ting Ting Ting…

Bunyi jam antik yang tergantung di sebuah ruang tamu kedengaran di udara. Jarum jam menunjukkan waktu pada masa itu telahpun memasuki pukul 11 malam.

Dan pada waktu itu juga, daun pintu rumah dikuak dengan perlahan-lahan oleh Ayaka setelah meninggalkan Jungkook sendirian yang terpana dengan sebuah jawapan yang mungkin akan membuatkan lelaki itu tidak dapat melelapkan matanya untuk sepanjang malam itu.

Sunyi.

Sepi.

Itulah yang dirasakan Ayaka kini.

Suasana di dalam rumah itu sangat sunyi, ianya diselaputi kekosongan dan diselubungi kegelapan.

Lampu berbentuk bunga teratai yang kelihatan sedang menyala di setiap penjuru dinding yang dulunya berjaya menerangi segenap pelosok ruang tamu rumah itu, nampaknya sudahpun kehilangan kuasanya. Ianya tidak lagi berhasil untuk menghalau satu-satunya musuhnya, kegelapan.

Air mata yang telah berjaya keluar, dihapus rakus oleh Ayaka. Dia memejamkan mata serapat-rapatnya.

Sungguh…

Gadis itu merindui waktu lalu…

…waktu dimana ibunya masih hidup…

…waktu dimana keluarganya masih didakap dengan kebahagiaan dan diulit dengan kasih sayang yang melimpah…

…dan waktu dimana...

…wanita yang selama ini dipanggil mama itu dianggap adalah wanita yang sama yang telah melahirkannya…

…dan darah yang mengalir di dalam tubuh setiap anggota keluarganya juga dianggap adalah darah yang sama yang mengalir di dalam tubuhnya. 

Tapi itu semua, hanya tinggal anggapan…dan harapan.

Jika diberi pilihan, iya, Ayaka mengaku yang dia akan memilih untuk tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Tapi apakan daya…kebenaran tidak mungkin akan dapat disembunyikan buat selama-lamanya. Kebenaran yang telah terhampar jelas di hadapan matanya tetap akan menjadi tatapan walaupun sekuat mana dia cuba untuk memejamkan matanya kerana akhirnya mata itu akan tetap dibuka.

Hidupnya yang palsu sebelum ini telah pun berakhir.

Ayaka kembali membuka matanya dan sepantas kilat, tangannya terus mencari dan menekan suis yang tidak jauh darinya. Seketika…semua lampu terpadam dan kini, barulah kegelapan yang sebenar muncul.

Begini lebih baik bukan?

Tidak mahu lagi berdiri kaku di tengah-tengah ruang tamu itu lagi, Ayaka mula menaiki tangga menuju ke biliknya. Dan untuk pergi ke biliknya…seperti biasa, dia terpaksa melalui bilik Taehyung. Dan entah kenapa, kaki gadis itu terhenti di hadapan bilik Taehyung.

Ayaka menatap pintu bilik yang tertutup rapat itu. ”Dia ada di dalam ke? Dia okey ke? Kenapa dia biarkan lampu terpasang?” Iya, pada mulanya, Ayaka cuba sedaya upaya menepis kebimbangan yang mula bersarang di dalam dirinya sejak melangkah masuk ke dalam rumah itu tadi, tapi dia tidak berjaya. Semenjak mereka duduk berdua, Taehyung mula menjadi seorang yang berjimat. Pemuda itu tidak pernah membiarkan lampu atau kipas terpasang jika tiada antara mereka berdua yang duduk atau menggunakan sesebuah ruang di dalam rumah ini, Tapi tadi, sebaliknya yang berlaku. Lampu di ruang tamu tidak ditutup sedangkan Ayaka langsung tidak dapat melihat susuk tubuh Taehyung di situ.

Kenapa?

Adakah dia terlupa?

Atau ...sesuatu telah terjadi kepadanya?

Dengan debaran di dada, tangan Ayaka mencapai tombol pintu itu. Dan perlahan-lahan tombol itu dipusing dan daun pintu dikuak.

Kelihatan Taehyung sedang tertidur pulas di atas katil.

Ayaka menghembus nafas lega. “Lena sekali dia tidur.” Dan kerana tidak mahu mengganggu..pintu itu ditutup kembali. Lalu, teddy bear putih yang berada di dalam pelukannya itu diletakkan di hadapan pintu bilik Taehyung.

Ayaka mengelus lembut kepala teddy bear yang dihiasi reben pink itu. “Mulai hari ini, aku tugaskan kau, wahai teddy bear comel untuk menemani Taehyung dan sentiasa berada di sisinya. Lakukan apa yang aku tidak boleh lakukannya lagi untuknya. Kerana kau sekarang akan menggantikan aku untuk menjadi adiknya.”

 

 

 

 

 

 

 

Sang mentari mula meninggi, memanjat sang awan. Tanpa meminta keizinan, cahayanya  menerobos masuk melalui tingkap ke dalam sebuah ruang bilik. Jam loceng yang berada di atas meja kecil yang terletak di sebelah katil menunjukkan pukul 10.30 pagi. Dan pemuda yang terbaring di atas katil itu kelihatan masih memejamkan matanya.

 

Flashback.

"Mom…is that you?” Suara lemah Taehyung kedengaran tenggelam timbul dek kerana cuba menahan kesakitan yang sedang bermaharajalela. “Should…I…follow…you…now?”  Tangannya yang terketar-ketar itu sedaya upaya diangkat untuk menggapai tangan ibunya yang kelihatan berada tidak jauh darinya itu.

Tapi malangnya, belum sempat tangan digapai, figura ibunya yang sedang tersenyum itu kian kabur.  Dan akhirnya…mata Taehyung terpejam bersama tangannya yang rebah longlai ke atas lantai.

Dunia menjadi gelap. Gelap… segelap-gelapnya.

Adakah aku telah mati? Ya tuhan, adakah aku benar-benar…telah mati?

Dan seketika, deruan air yang tidak pasti datang dari mana kedengaran jelas dicuping telinga Taehyung. Perlahan-lahan, Taehyung cuba membuka matanya dan sejenak, matanya terbuntang luas.

Alangkah terkejutnya dia apabila saat ini, dia bukan lagi berada di tempat yang sama ketika matanya terpejam tadi. Apa yang berada di hadapannya sekarang adalah sebidang langit biru yang mendamaikan bersama burung-burung berwarna putih yang berterbangan riang di dada langit seperti menggantikan awan yang berarak. Pada ketika itu juga, dia baru perasan bahawa dia bukan lagi terbaring di atas lantai bilik airnya, sebaliknya di atas sebuah batu yang sangat besar dan tinggi bertilamkan rumput hijau dan berbantalkan bunga-bunga kecil berwarna ungu yang tidak diketahui spesisnya. Dan dia juga kini, berpakaian serba putih.

Kerana kekeliruan menguasai diri, Taehyug terus bangun dari baringnya. Dan pada saat itu, nafasnya hampir terhenti tatkala melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat sepanjang hidupnya terbentang betul-betul di h

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung