Chapter 6

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung menoleh ke sisi, melihat robot baru ciptaannya yang berada di atas bahunya itu. Tangannya mula mengusap lembut kepala robot berfigura burung yang dilitupi bulu pelepah berwarna putih itu. Jika dilihat sekilas, mungkin ada yang akan tertipu, menganggapnya sebagai burung sebenar. 

 

“ Tahniah, Charlie. Kau telah berjaya laksanakan tugas pertama kau. Our first mission is accomplish!” Seperti memahami yang dirinya dipuji oleh tuannya, robot burung itu lantas menari riang di udara.

 

Bunyi derapan kasut bertumit tinggi itu semakin jelas di pendengaran Taehyung. Senyuman mula terukir di bibir nipisnya. Dia yakin insan yang ditunggunya semakin menghampirinya. Dan seketika, ruang kosong di sisi Taehyung telah pun dihuni oleh si gadis.

 

Tangan Ayaka lantas mencapai dan memegang erat penghadang besi yang terletak di birai ruftop itu. Mungkin ianya adalah salah satu cara Ayaka untuk menghapuskan rasa gugupnya apabila berada di birai ruftop itu kerana dia tahu, dengan ketinggian itu, sekali terjatuh mungkin itulah yang pertama dan terakhir.

 

Ayaka menoleh ke sisi.  "Apa yang kau buat kat sini? Kenapa kau tak join kitaorang kat bawah?"

 

Taehyung hanya mendiamkan diri dan matanya terarah ke bawah, ke arah majlis yang masih berjalan dengan meriah itu. Atau lebih tepat  ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri seorang diri di tengah-tengah majlis tarian itu. " Siapa nama dia?”

 

Ayaka mengerutkan dahinya.Dia tidak dapat memahami soalan abangnya yang tiada hujung pangkal itu. “Nama siapa?”

 

“Lelaki yang kau tinggalkan tu,” jawab Taehyung, masih memandang lelaki itu yang mula melangkah keluar dari dikelilingi pasangan-pasangan yang sedang rancak menari.

 

“Oh, itu Jungkooklah. Ingat tak kawan lama aku kat jepun dulu? Hurmm…yang badan kecik tu..yang rambut…”

 

“ …yang kiss kau pada hari jadi kau yang ke-8. Betul kan dia?” Belum sempat Ayaka menghabiskan ayatnya, Taehyung terlebih dahulu berkata-kata.

 

Ayaka kelihatan sangat terkejut dengan pernyataan abangnya itu.” Macam mana kau tahu? Aku ingatkan …kau tak datang ke majlis tu. Kau tahu tak, puas aku cari kau masa tu …tapi kenapa aku tak nampak kau?”

 

Taehyung tersenyum sinis.

 

 

Dia mula menoleh ke arah Ayaka, di sisinya. “Kau sukakan Jungkook?” Sekali lagi, soalan Ayaka di balas dengan soalan oleh Taehyung.

 

Ayaka hampir tergamam mendengar soalan yang tak disangka-sangka keluar dari mulut abangnya itu.“ Kenapa kau tanya aku macam tu? It`s so personal.”

 

“ Then, why you choose me over him?”

 

 " What?! Apa maksud kau?" Dahi Ayaka berkerut sehinggakan keningnya hampir bertemu.

 

“ Kau sanggup tinggalkan dia sendirian sebaik sahaja kau nampak burung aku. Kenapa yer? Sebab kau nak datang kepada aku kan?" Taehyung mengangkat kening kanannya.

 

"Huh! Jangan perasan, boleh tak? I just follow your bird because I like her, she`s beautiful. Dan aku tak tahu pun yang dia akan bawa aku kepada kau. It`s just coincidence." kata Ayaka sambil melarikan anak matanya dari ditenung Taehyung.

 

Taehyung tergelak dan menatap dekat wajah Ayaka. "Comel."

 

"Apa yang comel?"

 

"Kau. You`re so cute when you`re trying to lie to me, Ayaka."

 

Ayaka menghembuskan nafas berat." Baiklah! Baiklah! Aku mengaku. Iya, aku memang rasa gembira bila nampak burung kau dan aku tahu dia akan bawa aku kepada kau. Aku ikut dia sebab aku nak datang kepada kau. Tapi jangan salah faham...I come to you because you`re my brother."

 

"Hanya itu...reason kau datang kepada aku? Tak ada sebab lain?" Taehyung tersenyum nakal.

 

Ayaka menampar lembut lengan Taehyung…tidak selesa apabila ditenung nakal sebegitu oleh lelaki yang mempunyai pertalian darah dengannya itu. " No! Tak ada sebab lain. Only that… ‘because you`re my brother’.

 

Senyuman nakal Taehyung perlahan-lahan bertukar kepada senyuman yang tak dapat difahami oleh Ayaka.

 

Setelah beberapa saat berlalu, tiba-tiba Ayaka menadah tangannya di hadapan muka Taehyung. " Birthday present…please?”

 

"Cis! Kau ni memang tak sabar-sabar." Seperti tahun-tahun sebelumnya, kertas yang dilipat berbentuk bintang itu diletakkan di atas tapak tangan Ayaka.

 

Ayaka mengeluh sambil menatap ‘bintang’ di atas tangannya itu. " Star paper again? Tak ada hadiah lain ke?"

 

" Yes. I have. But I still want to give you that. The star."

 

"Why?”

 

"Because it`s enough for you."

 

"Yeah..the same reason again! Because it’s enough for me."

 

Taehyung hampir tergelak, geli hati melihat muka monyok Ayaka dan bibirnya yang muncung sedepa itu. Seketika, tubuh adiknya itu dipusingkan menghadapnya lalu dagu gadis itu dipegang lembut.

 

" Kenapa ni? You don`t like it anymore?” Suara Taehyung yang lembut dan ikhlas itu membuatkan terbit rasa bersalah di hati Ayaka.

 

" No! I like it! I really like it! But..."

 

"I’m happy you like it."

 

Ayaka mengeluh dengan mata yang tertutup buat seketika. "Tapi Taehyung..."

 

" Do you believe in me?" Taehyung segera memintas kata-kata Ayaka. Wajahnya penuh dengan pengharapan.

 

Ayaka yang pada mulanya terdiam tapi akhirnya mengangguk dengan sepenuh hati. "Yes. I believe in you. Always believe in you. "

 

Taehyung  tersenyum dan mencapai tangan Ayaka yang sedang memegang bintang kertas itu. Dan perlahan-lahan, dia menolak jari-jemari Ayaka ke hadapan supaya ianya menggenggam bintang tersebut.  " When the star is enough for you, your belief in me will be my breath…that will make me alive.”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung