Chapter 8

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Musim Panas 2016, 

Korea Selatan.

 

“ I wish…”

 

Awan kelabu yang membawa beban air yang berat berarak perlahan merentasi langit petang. Cuaca yang cerah kini bertukar kelam. Kilat memancar, guruh berdentum…menanti sang hujan yang akan kunjung tiba.

Dan di dalam sebuah hospital, sekujur tubuh yang ditutupi kain putih berada betul-betul di hadapan Ayaka. Dengan tangan yang menggeletar, perlahan-lahan, Ayaka menyelak kain putih itu.

Dan di saat itu,  terpampanglah wajah pucat lesi seorang wanita separuh umur.

"Mom! No! No! You can`t die! Mama tak boleh tinggalkan Ayaka seperti ini. Mama selalu cakap yang mama sayangkan Ayaka tapi kenapa mama sanggup tinggalkan Ayaka?! Kenapa mama mesti pergi seawal ni? " Ayaka menggoncang rakus tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa itu. Air matanya mengalir membasah pipi …selaju hujan diluar yang mula turun membasahi bumi.

 Mr.Fukuhara cuba untuk mententeramkan anak gadisnya itu. Dia memeluk Ayaka dari belakang.
"Ayaka Fukuhara, dengar cakap papa. Mama tak tinggalkan kita …dan dia takkan pernah tinggalkan kita. She always with us. In here."  Mr. Fukuhara meletakkan tangannya di dada Ayaka. Tepat di atas jantung gadis itu. Tapi ianya tidak berjaya menenangkan Ayaka sebaliknya, tangisannya semakin galak sehinggakan dia hampir terjelepuk ke atas lantai tapi tubuhnya sempat ditahan oleh ayahnya.

Dan tidak jauh dari mereka, kelihatan Taehyung sedang berdiri kaku. Sejak tadi, dia hanya menjadi pemerhati dan kini, dia mula mengatur langkah, setapak demi setapak,  mendekati tubuh arwah ibunya yang sedang terbaring lemah, untuk melihat wajah ibu kandungnya itu buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Pandangan yang mula kabur dek cecair jernih yang mula menjengah di tubir matanya, tidak dihiraukan. Dia terus melangkah…dan terus melangkah…walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seksa yang dia rasa untuk mengangkat kakinya walaupun hanya selangkah.

Tapi akhirnya Taehyung berjaya. Dia kini berdiri di sisi arwah ibunya.

"Mama..." Dengan suara yang sangat perlahan dan seperti berbisik itu, panggilan yang selama ini bertakhta di bibir seorang insan yang bernama ‘anak’ itu tetap cuba direalisasikan. Empangan air mata yang sejak tadi bertakung di tubir matanya kini pecah. Taehyung menggenggam tangan dingin  ibunya lalu diletakkan dipipinya. "Ini Taehyung. Anak mama. Taehyung minta maaf jika sepanjang Taehyung jadi anak mama, Taehyung tak dengar cakap mama, Taehyung ada lukakan hati mama dan buat mama menangis. I know, I`m not the good son, but I try the best to be one.  Dan terima kasih mama kerana melahirkan Taehyung ke dunia ini…terima kasih untuk setitis susu yang mama berikan, terima kasih kerana membesarkan Taehyung...dan terima kasih untuk segalanya. I will not forget you …and I`m already miss you.”

Taehyung mengucup tangan ibunya beberapa kali sebelum perlahan-lahan, melepaskan dan meletakkan kembali tangan ibunya ke tempat asal. Kain putih yang sepatutnya menutupi wajah ibunya ditarik dan kembali menutupi wajah ibunya.

 

Selamat tinggal, mama.

 

Taehyung berpaling ke belakang, melihat Ayaka yang sudah pun tertidur di atas kerusi sambil dipeluk papa. Mungkin dia sudah penat menangis, detik hati Taehyung.

 

"Jaga Ayaka elok-elok. Walau macam mana pun, dia tetap adik kamu."

 

Pesanan ibu pada sebulan yang lalu ketika ibu sudah terlantar di hospital kembali terngiang-ngiang di telinga Taehyung.

"Taehyung janji, mama. Taehyung akan jaga Ayaka baik-baik. Taehyung akan jaga dia sampai ke akhir hayat Taehyung."

Taehyung mula berjalan menjauhi mayat ibunya dan juga menjauhi papa dan Ayaka. Buat ketika ini, dia ingin pergi jauh dari mereka...jauh dari keluarganya. Dia ingin bersendirian.

Tapi niatnya tidak kesampaian apabila lututnya tiba-tiba seperti hilang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung