Chapter 11

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

Malam menjelma menggantikan  siang yang telahpun beradu dengan lenanya.

Langit gelap dan kosong.

Hanya anak bulan yang kelihatan seorang diri tanpa bintang-bintang menemaninya.

Televisyen di ruang tamu itu sedang menayangkan berita jam 8 malam tetapi tiada sesiapa yang menontonnya. Ruang tamu yang sunyi itu dikuasai oleh bunyi suara garau pembaca berita yang sedang menyampaikan berita-berita terkini yang berlaku di dalam dan juga di luar negara.

Dua orang insan yang sedang asyik membaca buku kegemaran masing-masing sambil duduk di atas sofa di hadapan televisyen itu, langsung tidak berkata-kata walaupun sepatah. Mungkin mereka lebih memilih untuk hanyut ke dalam dunia fiksi yang wujud di dalam buku di hadapan mata mereka.

Sedang asyik membaca, tiba-tiba penglihatan Taehyung berubah menjadi kabur, menyebabkan pembacaannya terganggu. Dia cuba mengerdipkan matanya beberapa kali dan menggosok-gosok matanya supaya penglihatannya kembali normal tetapi sebaliknya, ianya semakin teruk apabila susunan huruf-huruf itu kelihatan berterabur pada pandangannya, membuatkan dia langsung tidak dapat membaca lagi. Dan pada ketika itu juga, kepalanya mula berdenyut dan denyutan itu semakin kuat seakan-akan ingin memecahkan kepalanya sehingga akhirnya, dia tidak dapat bertahan lagi.

"Ahhhh.." Taehyung mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Buku yang dipegangnya terlepas lalu terjatuh ke lantai.

Ayaka yang mulai menyedari akan keadaan Taehyung segera mendekatinya. "Taehyung? Are you okey? " Ayaka menyapu muka dan dahi Taehyung yang mula dibasahi peluh.

"I’m fine. Don`t worry. Just a little headache." Taehyung cuba untuk melawan kesakitan yang dirasainya.

"Kalau macam tu, aku pergi ambilkan kau panadol."

Belum sempat Ayaka bangun dari duduknya, tangannya telah pun dipegang oleh Taehyung. "It`s okay. No need. I`m just need a rest." kata Taehyung sambil membelai tangan Ayaka yang berada di dalam genggamannya.

"Really? Are you sure, you`re okey? Tapi muka kau nampak pucat sangat ni." Ayaka kelihatan risau dengan keadaan abangnya.

Perlahan-lahan, Taehyung bangun dari duduknya dan dia menguntumkan sebuah senyuman. Senyuman palsu buat Ayaka.

"See, I’m okey. Jangan risaulah. Aku masuk bilik dulu yer."  Taehyung terus menuju ke biliknya, meninggalkan Ayaka yang masih dalam kebimbangan.

Sesampainya di bilik, dia terus membuka laci dan mencapai sebuah botol kecil yang mengandungi berpuluh-puluh pil berwarna biru.

Sebiji pil dikeluarkan dan terus ditelan.

Nafasnya yang tidak teratur sebentar tadi mula kembali seperti sedia kala dan sakit kepalanya juga mula berkurang.

Dia kemudian, melihat pantulan wajahnya di cermin. Wajahnya yang semakin cengkung saban hari itu membuatkan air matanya mula bergenang.

Tuk! Tuk! Tuk!

Dan tiba-tiba…pintu biliknya diketuk seseorang.

"Siapa tu?"

"Papa,"  jawab insan yang sedang berdiri di luar pintu biliknya itu.

Taehyung cepat-cepat menyembunyikan semula botol yang mengandungi pil itu ke dalam laci dan membukakan pintu bilik untuk ayahnya. "Masuklah, papa."

Mr. Fukuhara melangkah masuk ke dalam bilik anak lelakinya itu. Dia melihat sekeliling dan seketika, matanya tertancap pada sesuatu. Sekeping gambar polaroid yang tergantung pada dinding bilik itu berjaya menarik perhatiannya. Gambar Taehyung bersama Ayaka semasa mereka berdua masih kecil.

Dia mengambil gambar itu dan merenungnya sejenak sebelum menyerahkan gambar itu kepada Taehyung. Taehyung menyambutnya dengan ragu-ragu.

"Kenapa ni, papa?" Taehyung langsung tidak memahami apakah maksud papanya memberikan gambar itu kepadanya.

"Kau mesti kenal siapa budak perempuan di dalam gambar itu kan?" tanya Mr. Fukuhara tanpa memandang ke arah anak lelakinya itu. Dia masih tekun melihat beberapa gambar polaroid lain yang turut tergantung pada dinding bilik Taehyung itu.

" Apa yang papa cakapkan ni? Mestilah saya kenal. Inikan Ayaka Fukuha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung