Chapter 7

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Ayaka dapat merasakan lilitan tangan Taehyung pada pinggangnya mula melonggar dan genggaman tangannya dengan pemuda itu juga kian terurai.

 

 

Tubuh Taehyung mula memberat dan tersandar pada tubuh Ayaka. Dan kerana tidak mampu untuk menampung tubuh lelaki itu yang lebih besar daripadanya, akhirnya kedua-dua mereka jatuh terbaring ke atas lantai. Tubuh kaku milik Taehyung menghempap tubuh Ayaka.

 

 

Ayaka menelan air liurnya yang dirasakan seperti pasir halus yang sedang mengguris luka kerongkongnya lalu, dengan sepenuh tenaga, dia menolak perlahan tubuh Taehyung ke tepi supaya tubuh pemuda itu tidak lagi berada di atas tubuhnya.

 

 

Ayaka menepuk-nepuk pipi Taehyung . "Taehyung-ah...bangunlah. Kenapa ni?" Tapi malangnya, tiada langsung tindak balas daripada pemuda itu. Matanya tetap tertutup rapat dan tubuhnya langsung tidak berkutik sedikit pun.

 

 

Ayaka mula panik. Peluh dingin mula kelihatan di dahinya. Bibirnya juga mula menggigil, bukan kerana kesejukan yang dibawa angin malam, tetapi kerana ketakutan yang mula meresap ke dalam tubuh gadis remaja itu.

 

 

 

Takut untuk kehilangan.

 

 

Mata Ayaka melilau memandang ke sekeliling  ruftop itu dan seketika, pandangannya terhenti ke arah segelas ais yang terdapat di atas meja kecil yang terletak tidak jauh dari mereka berdua. Tanpa menunggu lagi, Ayaka terus bangun untuk mengambil gelas kaca itu tetapi keadaannya yang sedang gelabah pada ketika itu membuatkan fikiran dan pergerakan tangannya tidak sejajar. Dia tidak berjaya mencapai gelas itu sebaliknya gelas itu ditepis oleh tangannya sendiri lalu jatuh ke atas lantai.

 

 

Pranggg!!

 

 

Serpihan kaca daripada gelas yang telah pecah berderai itu bersama ketulan-ketulan ais bertaburan di atas lantai, betul-betul di sisi Taehyung.

 

 

Ayaka terus mendapatkan Taehyung dan ketulan ais yang bertaburan itu mula dikutip satu-persatu dan diletakkan di dalam genggaman tangannya, berharap  haba tubuhnya akan membuatkan ais itu segera mencair. Tangan yang mula berubah menjadi kemerah-merahan dan kebas yang dirasakan akibat kesejukan ais itu tidak dihiraukan oleh Ayaka. Lantas, air daripada ais yang mencair itu disapukan ke seluruh muka Taehyung, berharap pemuda itu akan sedar.

 

 

Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Taehyung langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar.

 

 

"Taehyung...bukalah mata. Pandanglah aku. Janganlah macam ni. Janganlah takutkan aku. Tolonglah bangun. I`m begging you…please,wake up. " rayu Ayaka sambil menggoncang tubuh kaku Taehyung. Dan akhirnya, air mata gadis  itu tumpah dan mengalir deras membasahi pipi mulusnya. Kepalanya direbahkan di atas dada Taehyung, mencari sebuah bunyi yang mungkin sedang bersembunyi, bunyi yang sangat ingin didengar oleh Ayaka pada ketika ini, bunyi detakan jantung pemuda itu.

 

 

Dup... Dap... Dup... Dap...

 

 

"Kau ingat aku dah mati ke?"

 

 

Suara Taehyung yang kedengaran secara tiba-tiba itu membuatkan Ayaka sangat terkejut lantas menjauhkan kepalanya dari dada Taehyung.

 

 

Kini, mata Taehyung telah terbuka luas. Dan senyuman lelaki itu juga sudah kembali.

 

 

"Kau okey? " Ayaka masih kelihatan bimbang.

 

 

"Haish! Macam budak-budak menangis." Taehyung tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya sebaliknya mengelus lembut pipi Ayaka untuk menghapuskan air mata gadis itu sebelum..ttuk..satu ketukan hinggap di kepala Ayaka.

 

 

"Ahh..sakitlah. Kenapa kau pukul kepala aku?" Ayaka menggosok-gosok tempat yang diketuk Taehyung.

 

 

"Untuk buang segala kebodohan yang bersarang dalam otak kau. Aku tahu la aku ni sangat pandai dan genius…tapi aku tak tahu pulak yang aku ada adik yang sangat bodoh dan senang ditipu."

 

 

"Yaaa!! Apa yang kau cuba buat sekarang? Puji melambung diri kau? Dan hina aku?" Ayaka ternganga seketika sebelum menaikkan mata hitamnya ke atas tanda annoyed.

 

 

"Yeah…mungkin aku ‘tanpa sengaja’ terlebih puji diri aku. Tapi aku tak hina kau. What I say is a fact. You can’t differentiate between reality and acting. That’s why I said you like that."

 

 

"What?! Acting? Jadi, apa yang berlaku tadi hanyalah lakonan? Kau tak pengsan atau …atau..”

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung