Chapter 10

Dancing with The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Tangan yang bertaut masih utuh walaupun hampir terpisah.

‘ I can`t give up now. Not yet. Belum sampai waktunya untuk aku berputus asa. Oh Tuhan, tolonglah aku. Tolonglah kami.’ Doa Taehyung yang terucap di dalam hatinya.

Dan dengan menggunakan segala tenaga dan semangat yang membakar di dada, Taehyung menarik tubuh Ayaka sekuat yang boleh ke atas dan akhirnya… pinggang Ayaka dapat dicapai dan dirangkul oleh Taehyung.

" I get you! See, I get you, Ayaka." Taehyung kelihatan teruja dan terus memeluk Ayaka. Kedua-duanya menghembuskan nafas kelegaan yang tidak terhingga. Seketika, pelukan terurai.

Kedua-duanya menarik nafas sedalam-dalamnya seperti itulah kali pertama mereka mengisi dua pasang paru-paru milik mereka dengan udara sedingin udara pada malam itu.

Ayaka lantas merangkul leher Taehyung. Lagaknya seperti hendak memulakan semula tarian yang tergendala beberapa minit yang lalu.

Taehyung tersenyum tatkala memahami maksud gerak tubuh Ayaka. Dia mula menarik pinggang Ayaka melepasi penghadang besi itu dan kerana kedudukan tubuh yang tidak begitu stabil, mereka berdua  akhirnya jatuh terbaring bersama ke atas lantai.

Taehyung mula tertawa. Begitu juga dengan Ayaka. Kedua-duanya tertawa sambil memegang perut masing-masing seperti baru sahaja melalui atau menyaksikan sesuatu yang sangat kelakar dan menggelikan hati.

Tapi apa yang mereka baru lalui bukanlah sesuatu yang kelakar mahupun menggelikan hati sebaliknya, ianya sesuatu yang dipanggil ‘Miracle’.

 

Terasa seperti baru sahaja dilahirkan ke dunia.

Kehidupan yang baru hendak bermula setelah terselamat dari sebuah kematian yang menghampiri.

Diberi nyawa kedua dan peluang kedua yang mesti dihargai dan dijaga dengan sebaik yang mungkin seolah-olah tiada lagi nyawa atau peluang ketiga yang akan diberikan setelah peluang pertama diabaikan.

 

Taehyung mula mendepakan tangan kanannya dan tahu yang Taehyung berbuat begitu untuknya, Ayaka segera meletakkan kepalanya di atas lengan abangnya itu.

Seketika, Ayaka menoleh ke sisi. Dia dapat melihat wajah tenang seorang pemuda yang sedang memejamkan matanya.

Ayaka tahu Taehyung sangat penat.

 

Penat kerananya.

 

 "Terima kasih, abang," ucap Ayaka dengan perlahan. Dia tidak pasti sama ada Taehyung mendengarnya ataupun tidak tetapi dia ikhlas menuturkannya.

Lantas…Ayaka mencium lembut pipi Taehyung.

Taehyung yang masih memejamkan mata mula tersenyum.

Dan Ayaka juga mula memejamkan mata.

Kedua-duanya hanyut dalam kegelapan ciptaan mereka.

"Beautiful, is it?"

"Yes..,beautiful."

"You like it?"

"Yes...I like it. I like it so much, Taehyung."

Taehyung  mula memegang tangan Ayaka yang berada di sisinya.

Mereka berdua tersenyum.

Hanya mereka yang tahu. Mungkin bukan kegelapan yang dicipta oleh mereka …tetapi cahaya. Cahaya bintang yang sedang menerobos masuk ke dalam mata hati mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ayaka menggosok-gosok matanya beberapa kali sebelum membukanya. Dia kemudian, memandang ke kiri dan ke kanan.

“Aku ada kat dalam bilik. Sekejap, macam mana aku boleh ada kat dalam bilik? Bukan ke malam semalam, aku dengan Taehyung tertidur kat ruftop?” Ayaka menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum tiba-tiba, dia terfikir sesuatu.

“Entah-entah, Taehyung yang dukung aku sampai ke bilik tak? Tapi takkanlah. Buat apa dia susah-susah dukung aku sedangkan dia boleh je gerak aku?” Ayaka menggigit kuku jarinya sambil memikirkan persoalan yang sedang bermain di mindanya sekarang. “ Ah! Lupakan je lah!”

Ayaka terus turun dari katilnya lalu membuka tingkap bilik. Udara pagi menyerbu masuk…menyamankan.

Kelihatan Taehyung sedang tekun membasuh kereta di halaman rumah. Dan pada ketika itu juga, muncul satu idea nakal di fikiran Ayaka untuk mengenakan pemuda itu. Senyuman senget mula terukir di bibir gadis itu.

Dia menanggalkan baju tidur yang membaluti tubuhnya dan menyarung t-shirt pokemon berwarna putih dan seluar track hitam. Bersedia untuk turun ke bawah,.. ke tempat di mana Taehyung berada.

 

 

 

 

 

 

 

 

Porsche Panamera merah yang dilitupi air sabun itu ditenung lama oleh Taehyung, bukan kerana ingin mengagumi kemegahan kereta miliknya yang merupakan hadiah yang diterimanya setelah menjadi juara dalam  Pertandingan Robot Antarabangsa pada musim panas yang lepas, tetapi kerana fikirannya bukan bera

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Where is my reader? T_T

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 15: 〒▽〒taehyung!!!
author-nim update please :(((((
Jeballl
xxanymousxx #2
Chapter 15: Hye update la ...your story best.always update.. gud luck
aquariusxpisces
#3
Chapter 15: Dia...dia mati dalam tidur ke???? Ayaka pleaseeee sedar taehyung dah mati wehhhhhh T.T
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: Update plissssss luv ur storyyyy !!!! Curiosity is killing me!!
flxwrawr
#5
Chapter 11: Dan akhirnya..air mataku jatuh jua
Heart_love
#6
Chapter 14: Ppali update!best sgt2.
aquariusxpisces
#7
Chapter 14: Wahhh jangan stop writing cerita ni selagi cerita ni tak habis!!!!!!
sunshine_blue
#8
Chapter 14: Ahaii baru bukan nmpk update...serious weh time² nak tido lak nangis..hebat betul cite kau ni wahi kawan ..update lagi biar sampai berbaldi baldi air mata aku ni jatuh k..jjang!!
aquariusxpisces
#9
Chapter 12: awh, kenapa ayaka berubah? kesian taehyung