-TWO-

Last Cindarella

CHAPTER 2

 

 

Eunji POV

 

Pintu rumah aku buka perlahan-lahan. Kepalaku aku jenguk ke luar persis seperti seorang pengintip. Mataku pula melilau memandang ke kiri dan kanan koridor di hadapan rumahku.

 “Okeh…tiada orang. Line clear !”

Dan aku terus berjalan selaju yang boleh tanpa memandang ke kiri dan kanan. Fokusku hanyalah ke hadapan.

Ini semua kerana tisu tandas yang tiba-tiba ‘meragam’, dan disebabkan aku rupa-rupanya terlupa untuk membeli tisu tandas semasa aku pergi ke pasaraya pada minggu lepas…aku akhirnya,terpaksa keluar rumah pada hari ini.

Tapi nasib baiklah masih ada tisu muka untuk aku gunakan sewaktu ‘kecemasan’ tadi.

 Kalau tidak…memang mati sambil duduk aku dalam tandas tu!

Dan akhirnya… setelah berjalan lebih kurang 5 minit,aku akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Sebuah pasaraya yang terletak berdekatan dengan appartment ,tempat aku tinggal. Pasaraya inilah salah satu tempat yang aku akan tuju jika aku melangkah keluar dari rumah …kerana di sinilah,tempat aku membeli semua keperluan harianku termasuk makanan ringan kegemamaranku.

Walaubagaimannapun,bukan itu sahaja sebab aku suka datang ke pasaraya ini… ada lagi satu sebab kenapa aku suka pergi ke sini.

Sebabnya adalah…kerana seseorang.

Seseorang yang hanya boleh aku temui setiap kali aku datang ke sini.

Seseorang yang berada di dalam pasaraya ini sekarang.

Siapa?

Rahsia!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tanpa menunggu lagi, aku menuju ke salah satu sudut pasaraya, di mana tisu tandas ditempatkan. Aku terus mengambil tisu tersebut sebanyak mana yang boleh . Tiba-tiba,baru aku perasan yang aku terlupa untuk mengambil troli semasa masuk ke pasaraya ini tadi, jadi rela ataupun tidak,aku terpaksa membawanya ke kaunter dengan tangan kerana pintu masuk yang menempatkan troli itu jauh dari sini. Dan kerana tanganku tidak muat untuk menjijit kesemua tisu itu jadi,sebahagian darinya aku peluk.

Demi mengelakkan tisu-tisu ini daripada terjatuh, aku membawanya dengan penuh berhati-hati walaupun keadaan aku berjalan sekarang sedikit terhuyung-hayang kerana aku sukar untuk melihat ke hadapan kerana separuh dari mukaku ditutupi oleh bungkusan tisu yan sedang aku bawa.

Tapi itu tidak membantutkan langkahku untuk terus berjalan menuju ke kaunter. Malah, perasan teruja dan berdebar yang selalu hadir di dalam diriku setiap kali aku ingin membuat pembayaran di pasaraya ini mula dapat aku rasai dan perasaan itu semakin lama semakin membuatkan aku tidak keruan apabila langkahku semakin menghampiri kaunter yang terletak paling hujung.

Kaunter dimana … insan yang menjadi sebab kenapa  aku menyukai pasaranya ini dan insan yang menjadi sebab kenapa aku berasa teruja dan berdebar tadi …merupakan cashier di kaunter ini.

Dan dialah…seseorang yang aku maksudkan tadi.

Walaupun kaunter itu adalah kaunter yang paling panjang sekali orang beratur untuk membuat pembayaran pada ketika ini,tapi itu tidak menjadi sebab untuk aku berpindah ke kaunter sebelah . Aku rela walaupun terpaksa berbaris sepanjang mana sekalipun asalkan aku dapat berjumpa dengannya. Kerana menatap wajahnya dan berjumpanya juga adalah satu daripada tujuan aku datang ke pasaraya ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kini,hanya seorang sahaja lagi pelanggan di hadapan aku. Wajahnya sekarang sangat jelas di hadapan mataku. Senyumannya,suaranya, caranya bekerja,uniform merah dan cap hitam yang dipakainya ..semuanya membuatkan aku semakin ter’gila-gila’kannya.

“ Kacaknya!!” gumamku perlahan sehinggakan aku tak perasan mulutku dah terlopong sambil meneliti setiap lekuk wajahnya…sehinggakan air liurku yang mula mengalir keluar pun ,aku tak perasan.

Akhirnya,tiba giliranku untuk membuat pembayaran. Aku macam tak percaya…mukaku mula berseri-seri.

Tapi …mukaku yang berseri-seri macam monyet  dapat bunga tu tak kekal lama apabila pada ketika aku ingin melangkah setapak ke hadapan kaunter, kaki aku tiba-tiba tersadung lalu menyebabkan aku terjatuh tersembam di hadapan kaunter itu dan semua tisuku berterabur dan ada juga yang bergolek menjauhi ku.

“Aishhhh..malunya!! Kenapalah aku mesti jatuh di hadapan crush aku sendiri??!!” Aku rasa macam nak nangis je sekarang. Apalah nasib aku.

Dan pada ketika itu juga,aku dapat melihat seorang lelaki yang aku tidak kenali sedang membongkok untuk mengutip satu-persatu bungkusan tisuku itu.

Tapi malangnya,aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia sedang  membelakangiku.

Siapa dia? Kenapa dia membantuku?

“Cik...cik tak apa-apa?”

Aku terus mendongak tatkala aku terdengar suara seseorang seperti sedang bercakap denganku.

Dan pada ketika itu juga…sekali lagi,aku terlopong.

Aku cepat-cepat mengelap air liur yang berada di tepi bibirku.

Jongin,Kim jongin! Cashier yang aku ‘usha’ sejak tadi! Dia sedang menghulurkan tangannya kepada aku ! Patutkah aku pengsan sekarang?? Atau berpura-pura pengsan...supaya dia mengendongku pula?

“Ahhh…aku mesti sedang bermimpi di siang hari. Indahnya mimpi ni. Aku tak nak bangun dari mimpi ini. Jadi,aku harap aku dapat tidur selamanya…selama-lamanya! Hik! Hik!”

“Cik..cik okey tak ni? Cik bukan tidur sekarang ni, cik tengah terjatuh tertiarap ni.” Aku mendengar suaranya lagi.

Aku tersedar.

Rupa-rupanya …Ini bukan hanya sekadar mimpi!

Ini kenyataan!

Kenyataan yang indah !

Ahhhhhhhh!!!

Dia memang sedang betul-betul  berada di hadapan aku! Buat pertama kali,wajah kami sedekat ini. Ottokhae!!!

 Dan tangannya juga masih dihulurkan kepadaku. Tanpa berfikir lagi,aku terus mencapai tangannya.

Kini,tangan kami berpaut antara satu sama lain.

Ahhh…bestnya dapat pegang tangan dia. Aku dapat merasakan haba badannya mengalir ke dalam badanku.

Adakah kami berdua sedang bersatu?

Adakah Last Cindarella telah berjumpa dengan puteranya?

Perlahan-lahan,dia pun membantu aku bangun.

“Terima kasih.” kataku sambil tersenyum malu-malu. Aku pasti,pipiku mesti sedang merah sekarang ni.

“Sama-sama. Ni semua barang cik ke?” Dia menunjuk ke arah semua tisu-tisu ku tadi.

Aku melihat ke arah yang ditunjuk,semua tisu yang bertaburan di atas lantai tadi kini telah terususun kemas di atas kaunter.

Pelik! Siapa yang angkat?

Ohhh..baru aku teringat…lelaki tadi!

 Aku terus memandang sekeliling. Tapi aku dah tak nampak dia lagi. Lebih tepat,macam mana aku nak tahu dia yang mana satu sebab aku tak nampak muka dia tadi.

Aku menghembus nafasku perlahan.  Walaupun aku tidak berpeluang untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, tapi satu hari nanti, kalau aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya lagi, aku pasti akan membalas budinya. 

 “Cik…cik ..” Aku tersedar lagi sekali apabila Jongin menggerakkan tangannya di hadapan wajahku.

Aku segera memandang wajah kacak milik Jongin semula.

“Aaah,maaf. Iya,semua tisu tandas tu saya nak beli.” Malu jugak sebenarnya mula-mula nak mengaku semua tisu tandas tu aku punya,tapi tak kisahlah…asalkan aku dapat ‘cuci mata’ sambil membuat pembayaran.

Dan ketika itu juga,aku terdengar  seorang pelanggan yang beratur di belakang aku mentertawakan aku.

“Banyaknya dia beli tisu tandas. Dia buang air besar 100 kali sehari ke?” Perempuan yang kelihatan seperti berumur awal 30-an itu sengaja menguatkan suaranya …mungkin dia ingin semua orang di sekelilingnya mendengar apa yang dia katakan. Dan tahniah kepadanya,dia berjaya. Selepas sahaja dia menghabiskan ayatnya, semua pengunjung pasaraya yang berada di situ memandang aku. Aku menjadi tumpuan.

Aku menundukkan mukaku sedikit.

Itu adalah sesuatu yang lazim, aku memang akan menjadi bahan ketawa setiap kali aku membeli sesuatu barang dalam kuantiti yang banyak  lagi-lagi,dalam keadaan sekarang ini,aku hanya beli tisu tandas. Aku tahu ianya pelik tapi aku terpaksa …aku tak sanggup untuk keluar rumah banyak kali.

Tapi walaupun aku dah biasa diketawakan sebegitu,walaupun aku cuba untuk pekakkan telinga… itu tak bermaksa aku tak sedih. Setiap kali aku diketawakan, dikutuk dan dihina..aku sentiasa akan rasa menyesal.

Menyesal kerana melangkah keluar dari rumah …walaupun aku sedar,aku tiada cara lain…aku terpaksa juga keluar untuk teruskan hidup.

Aku rindu ibu dan ayah.  Kalaulah mereka masih ada di sisi aku sekarang. Mesti semuanya akan berbeza.

“Cik,150 won.”

“Cik,cik..”

“Oh,iya. Maaf,berapa yer?” Aku tersedar dari lamunanku lagi.

“150 won.” Jong in berkata dengan senyuman.

Aku dengan kelam kabut mengeluarkan not 200 won dan menghulurkan wang itu kepadanya. Dan disaat dia mengambil wang itu,aku dapat merasakan sentuhah tangannya lagi.

Ahhhhh…aku tersenyum sendiri lagi.

Aku hanyut dalam dunia fantasi aku lagi.

Dunia yang didiami oleh aku dan Jongin sahaja.

“Cik,ini bakinya.” Dia menghulurkan duit baki itu kepadaku.

“Terima kasih.” Aku menyambut duit itu dan terus keluar dari kaunter. Aku tidak sanggup mendengar herdikan perempuan di belakang aku itu lagi kerana terhegeh-hegeh.

Tapi sebelum menjauhi kaunter itu, aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat Jongin buat kali terakhir sebelum aku pulang.

Dia tengah tersenyum sambil melayan wanita bermulut ‘bisa’ di belakangku tadi.

“Ahh..indahnya kalau senyuman itu untuk aku seorang je.”

Kalaulah Cindarella itu benar-benar wujud...izinkan aku menjadi yang terakhir.

 

Eunji POV end

 

 

 

 

 

 

 

 

Jongin POV

 

Aku memasukkan semua barang-barang yang dibeli wanita ini ke dalam beg plastik dan menghulurkan semua barang-barang itu kepadanya.

Senyuman aku berikan dalam terpaksa.

Dan disaat wanita itu berlalu pergi, senyumanku terus hilang. Kalaulah aku bukan pekerja dan kalaulah dia bukan pelangganku, takkan sekali-kali aku memberikan senyuman pada wanita berhati busuk seperti itu.

Hina sangatkah kalau tak cantik? Buruk sangatkah kalau seseorang itu berlainan dengan manusia lain? Pada aku berlainan itu bukanlah sesuatu yang pelik,tapi ianya sesuatu yang istimewa.

 Aku kembali teringat pada wajah gadis itu yang tertunduk tadi. Ingin sahaja aku menyebelahinya tadi, tapi aku tidak boleh melakukan itu jika aku masih ingin bekerja di sini. Memarahi pelanggan sama sahaja seperti aku bersedia untuk dibuang kerja.

Seketika, aku cuba mencari kelibat gadis yang berbadan agak besar tadi tapi dia dah tiada.

“Dia dah balik agaknya.” Entah kenapa,ada perasaan kecewa tumbuh di lubuk hatiku.

Tiba-tiba, bahuku disentuh oleh seseorang. Aku sedikit terperanjat.

“Yaaa! Apa lagi kau buat kat sini, Jongin? Pergilah balik. Masa kau bekerja dah habis. Aku pulak nak masuk kerja ni.” kata lelaki yang menyentuh bahuku itu. Dia juga memakai pakain yang sama denganku. Suho hyung.

“Ohhh,baiklah. Hyung,saya balik dulu!”

Aku pun terus berlalu dari kaunter dan masuk ke bilik persalinan.

Aku menanggalkan uniform kerjaku dan mula menyarungkan tshirt kelabu dan kot kulit berwarna hitam pada tubuhku.

Dan disaat aku menarik beg sandangku dari dalam loker,sesuatu yang berada di bawah beg itu terjatuh ke atas lantai.

Aku menoleh kembali disaat aku terdengar sesuatu terjatuh.

Ohhh,rupa-rupanya komik yang aku baru beli pagi tadi yang terjatuh. Baru aku ingat,kerana tak sempat menyimpannya di dalam beg tadi,aku hanya letakkannya di dalam loker.

Aku menunduk untuk mengutip komik itu kembali. Seketika, komik itu menjadi tatapanku.

‘The prince’ …tajuk yang terpampang di muka hadapan komik itu.

Aku tersenyum. “Lama dah kita tak jumpa…Last Cindarella.”

 

 

Jong in POV end

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Eunji POV

 

Aku berjalan dengan susah payah dek kerana membawa dua bag pastik yang sangat besar dan berat.

Dan tatakala aku sampai di lobi apartment yang aku diami, aku lihat lif sedang terbuka.

"Yes! Aku tak perlu tunggu lif kali ini." Aku tersenyum gembira.

Demi  memasuki lif itu sebelum ianya tertutup, aku dengan sedaya upaya berjalan dengan laju sehinggakan aku terasa seperti hendak terjatuh.

Tapi malangnya, pintu lif itu tertutup betul-betul disaat aku sampai di hadapan pintu lif itu.

Senyumanku hilang. Aku mengeluh.

“Aku terlambat.”

Tiba-tiba, ada seorang wanita lalu di belakangku. Demi tak nak dia perasan kewujudan aku dan apa yang aku beli,aku cepat-cepat tunduk  sambil menghalang plastik bag itu dari dilihatnya dengan badanku.

Dan pada waktu itu juga, tanpa aku sangka…lif itu tiba-tiba terbuka seperti ingin menyelamatkan aku dari wanita itu.

“Ohh...tapi macam mana lif ni boleh terbuka semula?”

Aku baru je nak angkat kepala tapi tak sampai sesaat...tanganku tiba-tiba ditarik ke dalam lif itu.

Aku terpana.

Kini,tubuhku sedang bersentuhan dengan tubuh lelaki yang menarikku itu. Aku dapat mendengar deruan nafasnya dan degupan jantungnya.

Siapa dia?

Degupan jantungnya... seirama dengan degupan jantungku.

"Awak tak terlambat." Dia berbisik lembut di cuping telingaku.

Aku menelan air liur sebelum aku mengumpul keberanian untuk mengangkat kepalaku.

Dan pada saat pintu lif itu tertutup, mataku dan mata lelaki itu bertentangan.

“ Dugu..seyo?” Aku cuba membuka mulut walaupun bibirku dah terketar-ketar.

“Your prince, my Last Cindarella.” Dia tersenyum saat mengatakannya.

Disaat jawapan itu keluar dari mulut lelaki itu, mataku terus terbelalak.

 

 

TO BE CONTINUED

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!