-EIGHT-

Last Cindarella

 

Chapter 8

 

Jong in POV

 

 

Shower kubuka lantas air suam itu mula membasahi tubuhku yang hampir menggeletar  dek dingin berhujan tadi. Wap panas mula menyelubungi segenap ruang bilik air ini. Aku mendekati cermin bersaiz sederhana yang terletak di penjuru bilik air lalu wap air yang mengaburi cermin itu aku hapus dengan menggunakan tanganku. Setelah itu, barulah aku dapat melihat pantulan wajahku di cermin itu. Wajah yang sugul tanpa secalit perasaan.

 

Aku meraup rambutku yang masih basah.

 

Peristiwa di taman mini tadi masih berlegar-legar di kotak fikiranku. Aku masih tidak dapat melupakan adegan pelukan itu.

 

Kenapa dengan aku sebenarnya? Kenapa aku tak boleh melupakan semua itu?

 

Adakah kerana…

 

 

 

Flashback

 

 

Ppap!

 

"Aishh! Tahu la badan besar...tak perlulah tolak kuat-kuat, " rungutku sebaik sahaja ditolak secara paksa ke dalam rumah yang asing bagiku. Rumah seorang gadis.

 

Mataku mula melilau melihat ke sekeliling sudut rumahnya.

 

“ Patutlah gemuk…” Dengan selamba, aku membuat kesimpulan yang makanan ringanlah penyebab gadis itu berbadan agak gempal. Buktinya, ruang tamunya penuh dengan plastik makanan ringan yang telah kosong.

 

Aku yang tidak gemar melihat keadaan bersepah seperti ini mula mengutip satu persatu plastik kosong  yang sama taraf dengan sampah itu tetapi sedang aku leka membersihkan ruang tamu itu, satu meja kayu yang terletak di tengah-tengah ruang tamu itu menarik perhatianku. Bukan kerana aku sukakan perabot kayu atau seangkatan dengannya tapi kertas-kertas yang berselerakan di atas meja itu yang memanggil aku untuk mendekatinya. Dan disaat itu lah, mataku terbeliak apabila apa yang dapat aku lihat di hadapan aku sekarang adalah lukisan-lukisan dan karya-karya yang persis seperti karya Last Cindarella.

 

“Tak mungkin…gadis gempal itu…” Dengan tangan yang mula menggeletar kerana terkejut, aku melihat satu persatu lukisan-lukisan itu. Memang semua lukisan itu sama dengan karya Last Cindarella yang telah dikeluarkan! Aku tak mungkin salah kerana selama ini, aku meneliti setiap lukisan-lukisan Last Cindarella dan menjadikan insan yang tidak aku kenali itu sebagai idolaku.

 

“Di mana lelaki tadi?!Jawab! ” Kedengaran tengkingan lelaki yang bernama Chanyeol itu di hadapan pintu.

 

Lelaki itu pasti sedang mencariku.

 

Lelaki itu pasti ingin menanyakan tentang keberadaan Last Cindarella.

 

Tapi sayang, dia tidak sedar bahawa insan yang dia sedang cari sekarang berada betul-betul di hadapannya.

 

"Sekejap! Kalau gadis gempal itu adalah Last Cindarella yang sebenar…siapa gadis yang aku kenal selama ini? Kenapa dia menyamar sebagai Last Cindarella?”

 

 

Flashback end

 

 

 

Rambut yang masih lembap aku biarkan tanpa dikeringkan. Aku terus duduk di hadapan meja yang terletak di tepi katilku.

 

Dan pada saat itu, aku terlihat sesuatu yang sebenarnya bukan milikku berada di atas meja itu. Lukisan milik Last Cindarella yang aku ambil tanpa kebenarannya. Ianya merupakan lukisan asal watak gadis di dalam komik ‘The Prince’. Walaupun lukisan asal watak ini merupakan seorang gadis berpipi tembam dan sedikit chubby  tapi padaku ianya lebih menarik berbanding  watak gadis yang bertubuh langsing yang telah diterbitkan.

 

 “Comel. “ Aku tersenyum.

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus mengeluarkan sebatang pensel mekanikal dan sehelai kertas putih. Tanganku laju sahaja menari mengikuti setiap alunan garisan lukisan milik Last Cindarella itu.

 

Ppuup!

 

Pintu bilikku dibuka seseorang dari luar. Seketika, wajah ayah terjongol di muka pintu. Wajah ayah yang memang sedia garang bertambah menakutkan tatkala dia melihat apa yang sedang aku lakukan.

 

"Kau buat perkara bodoh itu lagi," kata ayah seraya masuk ke dalam bilikku. Lagaknya seperti askar sedang memerhatikan anak buahnya.

 

Aku bingkas bangun lalu membela apa yang aku rasa patut dibela. "Melukis bukan perkara bodoh ayah.”

 

"Bukan perkara bodoh kau cakap! Perkara yang buang masa dan langsung tak menghasilkan duit itu kau kata tak bodoh?!  Sudah! Ayah nak kau buang semua alat melukis kau."

 

"Tapi ayah...saya suka melukis. Dan saya nak jadi .." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, ayah sudah pun membuka mulut.

 

"Pelukis komik?? Huh! Lupakan je lah angan-angan kau tu! Langkah mayat aku dulu kalau kau nak jadi pelukis yang tak ada masa depan itu. Selagi aku hidup, aku tak kan benarkan sama sekali. Aku benarkan kau jadi cashier kat pasaraya milik keluarga kita itu pun sebab kau cakap kau nak belajar dari bawah tentang perniagaan. Tapi sekarang, sudah lama kau bekerja di situ…jadi,ayah nak kau bersedia untuk masuk ke dalam syarikat dalam minggu ini juga. Ingat! Kau adalah satu-satunya pewaris perniagaan keluarga kita."

 

Tanpa sempat aku berkata apa-apa lagi, ayah terus keluar.

 

Lukisanku yang belum sempurna itu aku tatap. Aku hanya mampu mengeluh.

 

Nampaknya..aku harus akur dengan arahan ayah. Kali ini, ayah kelihatan benar-benar bertekad untuk menjadikan aku pewaris perniagaan keluarga ini.

 

Tapi entah kenapa,hatiku berat untuk meninggalkan pasaraya itu. Mungkin aku takut untuk merindui lagi kerana aku tahu betapa seksanya perasaan itu.

 

“Last Cindarella…kenapa kau bawa perasaan itu kembali?”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Eunji POV

 

 

 

"Arghhh! Kenapalah dia ni berat sangat." Aku sudah berjalan terhuyung-hayang dek kerana membawa beban yang berat di sisiku. Mengelakkan kami berdua daripada terjatuh, aku cuba mengimbangkan badanku sambil memapah Chanyeol dengan lebih berhati-hati. Aku mengerling sesaat ke sisi. Lelaki ini seperti orang mamai setelah lenjun ber’mandi’ hujan tadi. Matanya sekejap terbuka sekejap tertutup.

 

Akhirnya, kami sampai di hadapan biliknya.

 

"Eunji-ah,bogoshippeo." Nampaknya, Chanyeol masih belum berhenti meracau. Nama Eunji masih meniti di bibirnya.

 

Aku memandang pintu bilik apartmentnya dengan pandangan kosong. Mataku terkedip-kedip dengan satu pertanyaan muncul di benakku. Macam mana aku nak buka bilik dia ni?????

 

Dan tiba-tiba…

 

Ting!

 

Mentol idea menyala di atas kepalaku.

 

“Key Card!” Aku hampir sahaja menjerit.

 

Aku terus meraba-raba seluar dan cardigen miliknya. Tapi malangnya,tiada apa-apa di dalam poket seluar dan cardigennya selain handphone.

 

Alamak! Macam mana aku nak buka pintu ini???

 

Takkanlah aku nak terajang pintu ini sampai roboh pula. Kalau aku terajang pun, bukan pintu ini yang roboh...silap-silap aku yang masuk hospital sebab kaki patah lepas gagal cubaan terajang pintu.

 

Ottokhae?!!

 

Apa yang patut aku buat dengan lelaki ini?

 

Jahat tak aku kalau aku biarkan je dia tertidur depan pintu ni?

 

"Eunji-ah,bila kita nak jumpa?"

 

Aish...mulut dia ni memang tak boleh senyap ke? Aku dah la nak pecah otak fikir macam mana nak ‘uruskan’ dia.

 

Sedang aku mengorek telaga idea aku yang hampir kering, aku terpandang ke arah pin-pin nombor yang terdapat di tepi pintu itu.

 

Aku mendekatkan bibirku ke cuping telinganya. "Chanyeol-ssi..apa nombor password awak?"

 

"Eunji-ah...." Bukan jawapan yang aku terima, tapi racauan nama itu lagi yang terpaksa aku dengar.

 

“Huh! Macam mana ni? Baik aku cuba je la tekan. Mana tau tiba-tiba betul.”

 

 

Cubaan kali pertama.

 

'Wrong password'

 

 

“Tak apa, baru kali pertama. Kali kedua mesti betul,” kataku bersemangat.

 

 

Cubaan kali kedua.

 

'Wrong password'

 

 

Sabar Eunji. Orang cakap, apa-apa yang kita buat kena lakukannya tiga kali baru menjadi. Tolonglah kali ni betul.”

 

Aku menarik nafas sedalam yang boleh . Semoga cubaan kali ketiga ini membuahkan hasil.

 

“Please….terbuka.”

 

‘Wrong password’

 

 

“Aishh…apa password dia ni?! Macam mana nak masuk ni kalau tak tahu password. Kan senang kalau dia buat password macam aku. Senang nak ingat…senang nak teka…”

 

Sekejap…

 

Dengan teragak-agak, aku mula menekan pin password itu.

 

 

Password: 0000

 

Teet.

 

Pintu terbuka.

 

Aku hampir ternganga. Wah! Macam tak percaya. Aku akhirnya berjaya buka pintu ini.

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus membawa Chanyeol masuk ke dalam rumah dan membaringkannya di atas sofa di ruang tamu.

 

Aku pula terus terduduk di sisinya dek kerana keletihan yang teramat. Bahuku juga terasa pegal gara-gara menampung tubuhnya tadi.

 

"Eunji...saya betul-betul rindukan awak." Suaranya kedengaran lagi.

 

Aku menatap wajahnya di sisi. Dahinya berkerut seperti sedang menanggung satu beban yang sangat berat yang hanya dia yang tahu.

 

“Chanyeol-sii, siapa Eunji itu bagi awak? Mesti dia sangat istimewakan bagi awak? Untungnya jadi Eunji itu…ada lelaki macam awak yang sedang rindukan dia.“  Mungkin pada awalnya aku keliru, aku bodoh kerana menyangka yang Chanyeol menyebut nama aku. Tapi sekarang aku sedar, tak mungkinlah lelaki yang baru aku kenali ini merinduiku. Lagipun, dia belum mengetahui namaku.

 

Eunji itu…mesti nama kekasihnya yang kebetulan sama dengan namaku.

 

Iya…hanya kebetulan.

 

“Chanyeol-ssi...saya balik dulu yer.” 

 

"Jangan pergi,please." Belum sempat aku mengangkat punggung untuk beredar, aku terasa tanganku dipegang. Kelihatan tangan Chanyeol sedang menggenggam erat tanganku.

 

Mata dia ini tertutup… tapi mulut bercakap. Mesti dia tengah mengigau ni …tak pun meracau lagi. Cuma kali ini dia dah tak sebut lagi nama Eunji.

 

Sudahlah! Baik aku balik dulu. Perlahan-lahan, aku menarik tanganku dari genggamannya lalu terus bangun.

 

Tapi baru selangkah…

 

"Kajima." Suaranya kedengaran lagi…diikuti dengan bunyi batuk.

 

Dia tak sihat ke? Aku berpaling dan mendekatinya semula. Baru aku perasan ..mukanya pucat.

 

Aku memegang dahinya. “ Panasnya..”

 

Aku terus bergegas ke rumahku untuk mengambil tuala dan baju ganti. Setelah itu, aku mengeringkan rambutnya serta menggantikan bajunya.

 

“Apa yang patut aku buat lagi yer? Ha! Turunkan suhu badan dia.”  Aku kemudian mencelupkan sapu tangan ke dalam air sejuk dan meletakkan sapu tangan lembap itu di atas dahinya. Wajahnya menunjukkan riak selesa tatkala sapu tangan itu menyentuh kulitnya.

 

Entah kenapa, aku berasa lega melihat riaknya seperti itu sehinggakan aku tersenyum.

 

"Hurm…macam mana nanti kalau dia lapar bila dia bangun. Baik aku masakkan dia bubur."

 

Aku bergegas menuju ke dapur dan menyelongkar semua bahan yang boleh aku ‘campak’ ke dalam periuk  untuk dijadikan bubur.

 

Akhirnya, bubur buatanku siap dimasak. Aku meletakkan bubur yang masih berasap itu dengan berhati-hati di atas meja yang berada di sebelahnya.

 

"Semoga cepat sembuh, Chanyeol-ssi," bisikku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

 

 

Di dalam kesamaran cahaya, mataku terbuka sedikit demi sedikit. Denyutan di kepalaku masih terasa tapi aku gagahkan diri ini untuk bangun.

 

Jam di dinding aku pandang sekilas. 4.15 A.M.

 

Seketika…pandanganku terhenti ke arah sesuatu yang terletak elok di atas meja. Mangkuk itu aku buka. Bubur yang telah sejuk menjadi tatapanku.

 

Dan pada saat itu juga, aku perasan terdapat sehelai kertas kecil yang tercoret tulisan seseorang tertampal pada mangkuk itu. Kertas kecil itu aku tarik.

 

 

'Bubur ini untuk awak. Makan sampai habis tau. Hurmm…jangan lupa makan ubat dan cepat-cepat sihat .  Oh…pasal baju yang awak sedang pakai itu, itu baju saya. Saya harap awak tak marah saya pakaikan awak baju tu… saya tak tahu baju awak kat mana. Sekali lagi, saya minta maaf. '

 

From : Your fat neighbour

 

 

Aku melihat baju yang sedang aku pakai saat ini. T-shirt Mickey Mouse berwarna merah jambu yang bersaiz XXL.

 

Aku hanya mampu tergelak kecil membayangkan orang di luar sana yang akan mentertawakan aku apabila melihat aku berpakaian seperti ini.

 

Aku tersenyum sendiri.

 

Nampaknya, gadis itu kembali membuatkan aku tersenyum. Entah kenapa, amarahku terhadapnya pada malam tadi tidak kekal lama. Ianya seperti buih-buih sabun yang akan pecah ditiup angin.

 

Perlahan-lahan, aku mula menyuapkan bubur itu ke dalam mulutku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Eunji POV

 

 

 

 

 

"Nak pergi ke tak? Ke tak payah pergi? Tapi kalau dia demam lagi macam mana? Kalau tiba-tiba dia pengsan sorang-sorang macam mana?” Aku menggigit bibirku dengan kuat tanpa aku sedar.

 

“Tapi kalau aku pergi, rupa-rupanya dia dah sihat. Nanti dia cakap aku menyebok pulak. Arghhhh!" Aku tak dapat buat keputusan. Meja kerjaku di tengah-tengah ruang tamu itu menjadi mangsa tawafku.

 

Ting tong! Ting tong!

 

Loceng rumahku berbunyi.

 

Aku melihat ke arah skrin di tepi pintu.

 

Dan pada saat itu, aku terus terlonjak kegembiraan apabila aku dapat melihat pensel kesayanganku melalui skrin itu.

 

Dia dah sihat!

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus membuka pintu.

 

Dan pada ketika itu juga, wajah Chanyeol yang sedang tersenyum manis menghiasi pandanganku bak bunga-bunga yang sedang mekar dan mewangi.

 

Aku terpaku.

 

Lidahku kelu.

 

Bebola mataku langsung tak bergerak dari memerhatinya.

 

Entah kenapa, wajahnya pada pagi ini sangat berseri-seri…seperti putera dari kayangan yang di turunkan oleh Tuhan ke bumi…untuk bertemu denganku.

 

 

Adakah dia adalah ‘the prince’ untuk aku, ‘the last cindarella’?

 

 

 

 

 

To Be Continued...

 

 

 

 

Epilogue..

 

Eunji POV

 

12 jam yang lalu.

 

Aku meletakkan bubur yang masih panas itu di atas meja yang berada di sebelahnya.

"Semoga cepat sembuh, Chanyeol-ssi,”bisikku di telinganya.

Aku membelai rambutnya lembut. Rasanya sudah lama aku tidak membelai rambut seseorang. Kali terakhir pada 15 tahun yang lalu.

Rambut serabut milik si pendek.

Si pendek…budak lelaki bertubuh kecil itu. Sudah lama benar rasanya aku tidak mendengar khabar darinya sejak dia berpindah ke jepun.

“Agaknya apa khabar dia sekarang? Sihat ke dia? Dia makan apa malam ini?”

Srapp!

Dengan tidak semena-mena, tanganku ditarik dan digenggam kemas lalu diletakkan di atas dadanya yang suam itu.

Aku cuba melepaskan diriku dari genggamannya tapi gagal. Dia semakin mengemaskan genggamannya.

Aku menelan air liurku dengan susah payah. Tanganku mula bergetar mengikut detak jantungnya...dan itu membuatkan....

Dup dap dup dap

Jantungku juga mula berdegup laju. Aku tidak senang duduk. Perasaan berdebar mula menyelubungi diri.

Tapi entah kenapa, di saat dia memeluk lembut tanganku seperti anak kecil… hatiku tersentuh.

Dan entah dari mana, aku seperti meraih sebuah keberanian. Wajahku mula aku dekatkan dengan wajah miliknya. Sangat hampir sehinggakan aku dapat merasakan yang nafasnya yang panas itu sedang bersatu dengan nafasku.

Aku mula menghayati setiap lekuk wajahnya…dari matanya yang bulat, hidungnya yang mancung..sehinggalah bibirnya…bibir atas yang nipis dan bibir bawah yang agak tebal.

Tanpa sedar, aku mula memejamkan mata …dan bibirku mula mencari bibir miliknya.

Tapi tidak sampai sesaat, aku seperti tersedar. Mataku pantas terbuka semula.

Ya tuhan..apa aku tengah buat ni?? Aku belum cium dia kan?

Aku menarik nafas lega tatkala melihat bibir kami tidak bersentuhan walaupun ianya sangat hampir. Dengan pantas, aku segera menjauhkan wajah kami. Tapi tidak aku sangka, belum sempat wajah kami berdua menjauh, Chanyeol tiba-tiba menarik tubuhku ke dalam dakapannya dan itu menyebabkan...

Cupp..

Bibirku…bibirnya…bersatu !

Bebola mataku hampir terkeluar…sebaliknya, lelaki itu sedang lena tidur dengan mata yang tertutup rapat.

 

Ini bermakna, ciuman ini …adalah rahsia milikku seorang. Akan aku jaga rahsia ini selamanya.

 

 

 

 

Author`s note: 

Sorry for the late update. iema tak chat cket hari tu.^^

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!