-SEVEN-

Last Cindarella

Chapter 7

 

Eunji POV

 

Chanyeol …dia nampaknya sungguh marah kepadaku. Adakah aku telah membuat kesalahan yang sangat besar sehinggakan tangan yang dia pernah gunakan untuk menyambutku daripada terjatuh tadi, kini dengan tangan yang sama, dia mencengkam kuat tubuhku sehingga terasa perit sekali.

Kenapa dia boleh berubah secepat ini?

Entah kenapa, aku seperti dapat melihat pancaran kebencian dalam tenungannya tadi. Dan pancaran itu seperti api yang sedang marak yang perlahan-lahan membakar hatiku. Pedih!

Aku menarik nafas sedalam yang boleh sebelum mengetuk pintu rumahku sendiri yang berada di sisiku.

“Dia dah pergi. Awak boleh keluar sekarang.”

Tidak sampai sesaat selepas itu, pintu itu terbuka dan wajah Jongin terjongol di muka pintu. Matanya melilau memandang sekeliling untuk memastikan Chanyeol benar-benar telah pergi.

Jongin akhirnya tersenyum dan keluar dari rumahku.

“Dia pergi mana?” Jongin bertanya dengan selamba.

“ Cari awak.” Aku menjawab dengan penuh rasa bersalah.

“He He He. Dia mesti takkan dapat jumpa saya …sebab sayakan kat depan awak sekarang. Kan? Kan? Muahaha!” Jongin mula ketawa di hadapanku tapi aku tiada mood untuk ketawa mahupun tersenyum. Tapi ketawanya tidak lama, mungkin dia rasa serba salah kerana melihat aku hanya berdiam diri.

“Hurmm..saya nak tanya awak sesuatu.Tadi, kenapa awak tiba-tiba tolak saya ke dalam rumah awak ?” Pertanyaan itu membuatkan aku tersedar. Betul kata Jongin, kenapa aku beria-ria nak halang Jongin daripada berjumpa semula dengan Chanyeol? Jongin bukannya tahu aku adalah Last Cindarella yang sebenar.

Arhhhhh…

Aku tidak tahu jawapannya. Padaku, tindakan aku menolak Jongin ke dalam rumahku itu hanyalah tindak balas automatik.

Kepalaku ligat berfikir untuk mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Jongin. Tapi belum sempat aku membuka mulut, Jongin sudah mengecilkan matanya memandangku. Seperti ada idea nakal muncul di mindanya.

Wait a minutes. Atau jangan-jangan awak takut kalau saya beritahu dia siapa Last Cindarella yang sebenarkan?”

“Huh! Apa awak merepek ni? Buat apa saya nak takut ! Ianya bukan ada kena-mengena dengan saya pun. Cuma…saya tak nak awak beri maklumat yang salah pada dia. Itu je. Sudah lah! Saya masuk dulu.” Aku meminta izin untuk beredar lalu berpaling membelakanginya.

“Awak nak cakap…yang Last Cindarella yang saya kenal selama ini palsu lah? Jadi, siapa Last Cindarella yang sebenarnya?” Aku terdiam mendengar kata-katanya. Tak mungkinkan aku mengaku? Walaupun aku pernah menyukai lelaki ini tapi aku belum bebar-benar mengenalinya. Jadi, aku tak boleh mempercayainya begitu sahaja.

Aku kembali memusingkan tubuhku menghadapnya. Aku harus mengatakan sesuatu untuk membela diriku. Tapi belum sempat aku membuka mulut, dia tiba-tiba menghulurkan komik The Prince kepadaku.

“Ini milik awak kan?”

Pandanganku yang pada mulanya tertancap pada wajah Jongin kini teralih ke arah komik yang sedang dihulurkan itu.

Ohhh..betul katanya. Komik itu memang milikku. Komik yang dikirimkan kepadaku oleh seorang insan yang misteri. Mungkin aku terjatuhkannya di hadapan rumah Chanyeol ketika aku ingin mengambil kertas kecil yang berada di dalam komik ini tadi .

Aku menyambut huluran tersebut. “Terima kasih.”

“Okeylah,saya pergi dulu.” Jongin terus berjalan ke lif dan tidak lama selepas itu , kelibatnya hilang dek ditelan perut lif.

Aku menatap The prince yang pada saat ini berada di dalam genggamanku.

Siapa pengirim komik ini sebenarnya?

Kalaulah aku dapat baca apa isi kandungan kertas kecil itu tadi, mungkin aku akan tahu siapa yang mengirimnya kepadaku.

Aku mengerling ke arah bawah pintu rumah Chanyeol dan akhirnya, apa yang boleh aku lakukan hanya mengeluh.

Aku mula menekan butang-butang nombor yang terdapat pada pintu rumahku mengikut urutan kata laluan supaya aku dapat masuk ke dalamnya. Tapi belum sempat aku menekan butang nombor yang terakhir, jariku seperti kaku…langsung tak bergerak. Aku seperti baru perasan sesuatu yang sangat penting.

Sekejap! Macam mana Jongin boleh tahu yang komik ini milik aku sedangkan tiada nama aku yang tertulis padanya dan buku ini juga tidak berada di hadapan rumahku tadi?

Atau jangan-jangan …

Pengirim misteri itu…

Jongin…aku mesti cari dia sekarang. Dia mesti tahu sesuatu tentang pengirim itu.

Langkahku terus aku gegaskan ke dalam perut lif.

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

The Prince.”

Tiba-tiba, kedengaran satu suara dari arah belakang. Suara yang sangat aku kenali dan aku rindui.

“Eunji?” Tanpa menunggu lagi dan dengan hati yang berdebar aku berpaling. Dan sejurus pada saat itu, sebuah figura budak perempuan menghiasi pandanganku. Dress putih paras lutut membaluti tubuhnya dan rambutnya yang panjang itu dibiarkan terurai.

Dia sedang berdiri tidak jauh dari tempat aku berada sekarang. Aku dapat melihat jelas wajahnya walaupun hujan semakin lebat dan membuatkan pandanganku semakin kabur. Seketika aku tersenyum. Wajahnya…persis seperti Eunji pada 15 tahun yang lalu. Cantik.

Dia juga mula tersenyum kepadaku. Sungguh…aku merindui senyuman itu.

“Yaaa! Si pendek! Kenapa baru sekarang kamu munculkan diri. Kamu kan dah janji nak cari noona dan jadi putera noona.” Bibirnya mula bergerak-gerak dalam kesejukan hujan dan suaranya sangat jelas di pendengaranku.

“Maaf. Saya memang nak cari awak…nak sangat jumpa awak…teringin nak berbual macam dulu, tapi saya tak boleh. Banyak sangat halangan untuk saya pulang ke korea. Tapi sekarang saya dah kembali. Saya dah kembali untuk mencari awak dan merealisasikan janji kita,” kataku bersungguh-sungguh.

Kelihatannya, dia tersenyum mendengar kata-kataku tanpa berkata apa-apa. Senyumannya itu sama persis seperti senyumannya semasa aku mengatakan yang aku ingin menjadi puteranya, 15 tahun yang lalu.

Kakiku mula melangkah setapak demi setapak mendekatinya. Dan kini aku betul-betul berada di hadapan budak perempuan kecil ini. Aku merendahkan tubuhku supaya tiada perbezaan ketinggian antara kami dan mula memeluknya.

Perlahan-lahan, aku membisikkan sesuatu di telinganya.

“ Saya bukan si pendek lagi,noona.”

 

 

 

 

 

 

Eunji POV

 

Akhirnya,pintu lif terbuka di groundfloor. Aku terus berlari keluar dengan kelam kabut. Mataku melilau mencari kelibat jongin di lobi tapi hasilnya nihil.

“Mana dia pergi? Takkanlah cepat sangat dia balik. Aku pasti, dia mesti ada di sekitar sini lagi.”

Aku cuba mencarinya di luar pula.

“Alamak! Hujan lah pulak. Dah la aku tak bawa payung.”

Tapi pada saat itu juga, aku ternampak seorang lelaki sedang kehujanan di tengah-tengah taman mini yang terdapat di hadapan apartment ini. Aksinya seperti dia sedang memeluk sesuatu dengan penuh kasih sayang tapi malangnya aku tidak dapat melihat sesiapa pun di taman itu selain dia.

“Itukan Chanyeol. Dia buat apa kat situ?”

Entah kenapa, aku berasa bersalah melihat dia seperti itu. Mungkin dia jadi begitu kerana aku, kerana aku membohonginya tadi.

Aku menghembuskan nafas berat. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk meredah hujan dan berlari mendekatinya.

“Chanyeol-ssi, jom lah naik. Hujan ni.” Aku separuh menjerit kerana khuatir yang dia tidak mendengarkanku kerana bunyi hujan yang lebat.

“ Saya rindukan awak.”  Dia langsung tidak mempedulikan aku dan terus menggumam kata rindunya terhadap seseorang.

Siapa yang dirinduinya?

Ibunya?

Akhirnya, aku sudah tak dapat tahan lagi dengan kesejukan malam yang dicampur dengan kesejukan air hujan ini. Aku harus melakukan sesuatu supaya lelaki di hadapan aku ini sedar daripada terus berkhayal.

“Chanyeol-ssi!!!!” Aku menjerit sekuat hatiku di tepi telinganya. Dan nasib menyebelahiku, usahaku berhasil. Yes!

Chanyeol mula membuka matanya dan pandangannya terus menusuk ke dalam mataku. Matanya yang sayu dan seperti sedang berkata-kata itu tidak dapat aku tafsirkan atau aku ertikan. Lama dia berkeadaan seperti itu sehinggakan aku menjadi tidak senang duduk bila ditenung olehnya seperti itu. Aku tidak mahu keadaan ini berlanjutan lagi.

“Chanyeol-ssi, jomlah naik. Hujan ni. Nanti kalau awak demam macam mana?” Aku terus menarik tangan kirinya tapi tangan kanannya lebih tangkas melilit pinggangku. Kemas… dan membuatkan tubuhku dan tubuhnya bersentuhan.

Aku sangat terkejut dengan tindakan drastiknya itu. Apa kena dengan dia ni? Perasaan takut mula menjerut tangkai hatiku.

”Chanyeol-ssi,kenapa ni? Lepaslah.” Aku cuba melepaskan diri tapi sekali lagi,dia satu langkah mendahuluiku. Aku sekarang tanpa sedar telah tenggelam di dalam pelukannya.

Tapi yang peliknya, aku tidak lagi minta dilepaskan. Aku bahkan berasa selesa dipeluknya. Dingin dan takut yang aku rasakan tadi seperti hilang entah kemana.

Pelukan ini terasa nyaman dan menghangatkan.

Kenapa dengan aku ini? Kenapa aku boleh ada perasaan macam ini pulak? Lagipun aku baru je kenal lelaki yang bernama Chanyeol ni.

“Eunji-ah.” Tiba-tiba,aku dapat mendengar namaku disebut dengan lembut betul-betul di tepi telingaku.

Mataku terbeliak… dan rasanya sungguh pedih dek kerana terkena air hujan.

Mulutku juga hampir ternganga.

Macam mana…macam mana dia boleh tahu namaku sedangkan aku belum pernah memberitahu namaku kepadanya lagi?

“Eunji-ah. Bogoshipda.”

Sekali lagi,jantungku hampir berhenti berdegup. Beku.

Ucapan rindu?

Ya,Tuhan. Apa sebenarnya sedang berlaku sekarang ini?

Siapa Chanyeol ni sebenarnya?

   

 

 

 

TO BE CONTINUED!

 

 

 

Epilogue

 

 

Jongin POV

 

Dup... Dap... Dup... Dap...

Jantungku berdegup dengan tidak keruan.

Buat pertama kali, aku merasakan perasaan ini.

Geram?

Cemburu?

Sedih?

Aku tak pasti !

Yang aku pasti, adegan seorang lelaki yang sedang berpelukan dengan seorang gadis yang agak gempal di dalam hujan itu …adalah  seperti sebuah tayangan drama di hadapan mataku. Sungguh mengharukan …tapi dalam pada masa yang sama membuatkan aku berasa kerdil. Walaupun pada ketika ini hanya kami bertiga yang berada di taman ini, tapi aku rasa aku seperti tidak wujud. Taman ini sekarang seperti dunia yang dihuni oleh mereka berdua sahaja.

Lelaki itu memeluk gadis itu seperti tidak mahu melepaskannya  manakala gadis itu hanya menerima pelukan itu seperti mereka telah kenal lama.

‘Teet Teet…Teet Teet’

Handphone di tanganku bergetar. Aku melihat nama pemanggil.

‘Last Cindarella’ tertera di skrin.

Aku hanya membiarkan panggilan itu tanpa menjawabnya.

Mataku kembali memandang mereka. Dan kini, gadis itu mula membalas pelukan lelaki itu. Perit melihatnya tapi apakan daya, gadis itu seperti sebuah magnet yang menarik aku supaya tetap melihatnya.

Aku mengeluh.

“Kenapa kau tak jawab panggilan aku?” Dan pada saat itu juga, seorang gadis berpayung berdiri betul-betul disisi aku. Dan dia turut memayungiku.

Aku agak terkejut dengan sapaan itu lantas menoleh ke sisi.

Dan mataku terus terbelalak sejurus selepas itu.

 

 

 

 

 

 

Author`s note: Kepada pembaca setia cerita ini, iema minta maaf sangat2 sbb dah lama tak update. X de mase. hehe. But mulai hari ni, rasanya iema dah x busy dah. so, boley la update selalu. Itu pon kalau ada yang masih sudi baca. Plis tinggalkan komen korang tau so that iema tau yang korang masih support iema. Thanks!!!!!!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!