-THREE-

Last Cindarella

CHAPTER 3

 

Eunji POV

 

Paaapp!

Pintu lif itu kini tertutup rapat.

Hanya aku dan dia sahaja yang berada di dalam lif ini pada ketika ini. Hanya… kami berdua.

Dan pada saat itu juga, aku seperti dipukau…mataku dan matanya bertentangan tanpa berkelip.

Anak mata hitamku bergerak-gerak seperti mengejar setiap gerakan anak matanya.

Aku mula membuka mulut. “Dugu…seyo?”

Dia tersenyum manis sebelum menjawab soalanku. “Your Prince, my Last Cindarella.”

Mataku terbelalak.

Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku bukan bermimpi kan? Lelaki ni bukan berada dalam imiginasi aku je kan? Dia memang wujud dalam realitikan?

Aish…tak boleh jadi ni! Kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak kena? Kenapa semua ni macam dalam cerita dongeng je? Tak logik!

Tanpa mahu berfikir lagi, aku cepat-cepat memejamkan kedua-dua belah mataku dengan serapat yang boleh. Dan setelah beberapa detik, dengan nafas yang tidak teratur…perlahan-lahan aku mula membuka mataku kembali.

Dan disaat itu, apa yang berada di hadapanku …

…hanyalah pintu lif yang sedang tertutup.

Aku memandang ke sekeliling. Kelihatan beberapa orang sedang lalu lalang di lobi apartment ini.

Huh! Aku dah agak dah! Semua tu kisah dongeng!

Aku masih berada di luar lif. Masih tercegat menunggu pintu lif itu terbuka.

Dan itu bermakna, lelaki yang berada di dalam lif bersamaku tadi hanyalah imiginasi aku sahaja. Mungkin kerana aku terlampau mengharapkan  lif ini terbuka dari tadi sehinggakan aku berimiginasi seorang diri.

Bodohnya aku.

Tak mungkin ada lelaki yang sudi menjadi putera aku.

Aku menghembus nafas berat.

“Bila lif ni nak terbuka?” Aku meggumam seorang diri sambil memuncungkan bibir.

Dan pada waktu itu juga, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri di sebelahku. Kerana berasa dia berdiri sangat dekat denganku, aku menjauhkan tubuhku sedikit.

“Okeylah ,omma. Nanti Chanyeol telefon omma lagi. Bye.” kata pemuda di sebelahku ini dan lantas menamatkan panggilannya.

Aku curi-curi memandangnya dengan ekor mataku supaya dia tak perasan yang aku sedang memandangnya. Kelihatan disisinya, terdapat dua buah bagasi yang agak besar .

‘Dia ni baru balik dari bercuti ke? Banyaknya bagasi dia bawak.’

Dan pada waktu itu juga,pintu lif akhirnya terbuka.

Yes! Akhirnya aku boleh balik bilik.” Dengan muka berseri-seri, aku mula mengangkat kaki untuk melangkah masuk tapi malangnya, lelaki itu dulu yang pantas masuk ke dalam lif itu dan membuatkan langkah ku terhenti kerana memberi laluan kepada bagasi-bagasi gergasi miliknya.

Tapi pada saat hanya selangkah sahaja lagi untuk aku berada di dalam lif itu, sekali lagi langkahku terbantut apabila wajah lelaki itu menjadi tatapanku.

OMG! Kenapa wajah dia… sama dengan wajah lelaki dalam imiginasi aku tadi? Apa yang sebenarnya berlaku ni? Kenapa wajah mereka boleh sama? Tak masuk akalnya!

“Kenapa cik masih di luar? Tak nak masuk?” Suaranya membuatkan aku tersedar daripada terus memikirkan soalan yang tanpa henti muncul di benak fikiranku.

Tapi,aku tak dapat menjawab soalannya. Mulutku terkatup,lidahku kelu,aku langsung tak boleh berkata apa-apa pun sekarang.

Dengan kening yang berkerut, dia mula memandang aku dengan pandangan pelik.

“ Waeyo? Cik memang tak nak masuk ke?”

Ottokhae??!!

Apa yang aku patut buat sekarang?

 Masuk… atau tak?

Tak…

…atau masuk?

Sedang aku asyik memikirkan jawapan untuk soalan yang berbolak-balik itu, tiba-tiba aku dapat merasakan tanganku dipegang oleh seseorang dan seperti dalam imiginasi aku tadi, aku ditarik ke dalam lif itu lalu tubuhku tersandar pada tubuh seseorang .

Serentak dengan itu, pintu lif itu tertutup.

Dup Dap Dup Dap.

Aku dapat mendengar degupan jantungnya!

Degupan jantungnya mempunyai irama yang sama dengan degupan jantungku!

Adakah segala yang berlaku pada saat ini akan menjadi seperti kisah dongeng di dalam imiginasiku?

Setelah mengumpul sepenuh keberanian, perlahan-lahan, aku mendongak memandang wajah lelaki itu.

“Dugu…seyo?”

Aku menunggu jawapannya dengan debaran di dada.

Adakah jawapannya akan tetap sama?

Adakah kisah dongeng itu akan menjadi sebuah kisah benar?

Aku lihat dia baru sahaja ingin membuka mulut tapi tatkala itu juga, pintu lif tiba-tiba terbuka dan kerana terkejut, tanpa berfikir…aku terus menarik tangan aku daripada terus berada di dalam genggamannya. Aku mula menjauhinya dan berdiri di sudut lif.

Pada ketika itu, dua orang makcik masuk ke dalam lif ini.

“Aahh,apalah bau busuk ni? Tak mandi agaknya orang tu.” Makcik yang tinggi lampai itu mula bersuara sambil mengerling ke arahku.

“Aish,kau ni.  Takkanlah dia keluar rumah tak mandi. Lainlah kalau dia terperuk je dalam rumah tu, tak mandi seminggu pun tak ada orang yang ambil kisah.” jawab mak cik seorang lagi dengan intonasi suara yang pada pendengaranku seperti mengejek.

“Betul jugak. Dah lah rupa hodoh, kalau perangai pun hodoh jugak, baik tak payah hidup.”

Zzzupp!

Pedih! Itu yang aku dapat rasakan pada ketika ini.

Aku tahu,kedua-dua wanita pertengahan abad itu sedang mengata tentang aku. Dan inilah sebabnya,kenapa aku benci keluar dari rumah.

Prokkk…

Alamak! Aku terkentutlah. Habislah ! Kenapa sekarang jugak perut aku buat ‘hal’ lagi!!! Haishh!

Kedua-dua makcik itu mula menekup hidung mereka dengan tangan.

“Uishh,busuknya…” Mereka berdua menoleh ke belakang…memandang aku dengan pandangan tajam. Aku cepat –cepat menunduk.Tak sanggup bertentang mata dengan mereka. Ngeri!

“Yaa! Kau yang kentut kan!?” Makcik tinggi lampai itu menudingkan jarinya tepat ke arah wajahku.

Aku dah kecut perut.

Dengan bibir yang terketar-ketar,aku cuba untuk bersuara. “Maa…..”

“Tak! “ Lelaki itu tiba-tiba bersuara membuatkan kata-kata maafku terbantut. Dengan pantas, aku mengangkat wajahku…memandangnya.

“Dia tak salah. Bukan dia yang kentut. Saya yang kentut. Maaf.” Dia membongkokkan sedikit tubuhnya di hadapan kedua-dua wanita itu.

Apa??!  

Apa yang dia buat ni??

Dia..mengaku bagi pihak aku?

“Ahhh, anak muda rupanya. Gwaencanha. Tiba-tiba baunya wangi pula. He He He.” Kedua-dua makcik itu dengan segera mengalihkan tangan mereka dari hidung. Mereka tersenyum seperti kerang busuk sambil memandang lelaki itu dan lelaki itu membalas senyuman mereka dalam terpaksa.

‘Huh! Gatal rupanya makcik-makcik ini. Pantang nampak lelaki hensem.’

Dan setelah pintu lif ini terbuka di tingkat lapan, kedua-dua makcik itu akhirnya keluar. Huh! Lega!

‘Ahhh,baru aku ingat,aku belum tekan button tingkat aku lagi.’

Aku bergerak ke hadapan sedikit untuk mendekati deretan button yang terdapat di sebelah pintu lif itu. Baru je aku nak tekan button 12, tapi niatku terbantut apabila cahaya merah pada botton 12 itu telah menyala menandakan ada seseorang yang telah menekannya sebelum aku.

Siapa yang tekan? Rasanya hanya aku dan lelaki ini sahaja yang menaiki lif ini sekarang.

Aku memandang wajah lelaki itu dan button 12 yang bernyala itu silih berganti.

Adakah itu bermakna… lelaki ini juga tinggal di tingkat 12? Tapi aku tak pernah pun melihat dia sebelum ini selain dalam imiginasi pelik aku tadi.

“Kenapa kau pandang aku macam tu? “ Suaranya membuatkan aku kembali ke dunia nyata kembali.

“Nde?” Aku membalas pertanyaannya dengan pertanyaan kerana aku langsung tak mendengar apa yang dia katakan kepadaku tadi.

“Aku tanya…kenapa kau tenung aku macam tu? Ada yang tak kena ke dengan wajah aku? Atau mungkin…kau rasa ,kau pernah nampak wajah aku sebelum ini?” Matanya mula mengecil sambil menenung wajahku.

What! Dia ni…macam tau-tau je aku pernah nampak dia. Tapi itukan hanya dalam imiginasi.

 “Ermm…ermmm…” Apa aku nak cakap ni? Kenapa aku asyik tergagap-gagap bila nak cakap dengan dia ni?!

“Kau terhutang budi dengan aku kan? Dan kau nak ucap terima kasih. Betul tak?” Haa! Macam mana dia boleh baca fikiran aku? Daebak!

“ Ya. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab selamatkan saya tadi.” Dengan hati yang ikhlas,aku mengatakannya.

“ Hanya sebab itu,tiada sebab lain?” Apa dia cakap ni? Sebab lain? Ada sebab lain lagi ke yang membuatkan aku mesti berterima kasih padanya?

“Okeylah, terima kasih diterima.” Mungkin kerana aku berdiam diri dan dia sudah malas hendak menunggu jawapan aku lagi, dia terus membalas ucapan terima kasihku tadi. Dan setelah itu, dia terus memandang ke hadapan tanpa memandang aku lagi.

“Tapi…boleh saya tahu...kenapa awak bantu saya?” Soalan yang dari tadi berlegar di benakku akhirnya meniti di bibirku jua tapi dia…seperti tidak mengendahkan soalanku itu dan terus memandang ke hadapan .

Tak lama selepas itu,lif terbuka ditingkat 12.

Tanpa menjawab soalanku,dia terus keluar sambil mengheret bagasi-bagasinya. Dengan sedikit perasan kecewa kerana dia tiba-tiba seperti tak mengendahkan aku, aku pun turut keluar daripada lif itu sebelum pintu lif itu tertutup.

Aku menuju ke sebelah kanan manakala dia ke sebelah kiri. Nampaknya kami akan berpisah di sini.

Tapi baru beberapa langkah, aku kembali menoleh memandangnya. Kelihatan dia seperti sedang mencari nombor rumah.

“Mungkin dia sedang cari rumah kawannya.”gumamku perlahan.

Sudahlah,Eunji. Baik kau masuk rumah cepat. Nanti tak pasal-pasal, ada pula orang lalu dan mengata kau lagi.

 

Eunji POV end

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

“ 78. Mana bilik 78?” Aku menggumam sendirian sambil berjalan ke setiap pintu di tingkat 12 itu.

Dan setelah beberapa minit berlalu, aku akhinya berjaya menemui rumah yang bernombor 78. Aku tersenyum lega.

“Ahh,jumpa pun.” Aku menyentuhkan kad yang merupakan kunci rumah itu pada satu alat di bawah tombol pintu itu dan secara automatik, pintu itu tidak lagi terkunci. Tapi disaat aku ingin membukanya,niatku terbantut apabila aku terpandang pintu rumah sebelah yang bernombor 77.

Seketika,aku teringat apa yang aku lihat tadi. Semasa aku sedang mencari-cari rumah baruku ini beberapa minit yang lalu,aku terpandang gadis yang aku jumpa di dalam lif tadi. Dia kelihatan sedang berjalan sambil membawa dua plastik besar dengan susah payah. Aku hanya boleh menahan tawa melihatnya. Dia…kelihatan sangat comel dari pandangan belakang. Dan tak lama selepas itu,langkahnya terhenti di hadapan sebuah rumah. Dan tanpa aku sangka,dia tiba-tiba menoleh ke arahku …jadi,aku cepat-cepat berpura-pura melihat ke arah pintu yang ada di hadapanku pada waktu itu. Dan setelah aku rasa dia sudah tidak memandangku lagi, aku menoleh ke arahnya semula dan pada waktu itu, dia memasuki rumah tersebut.

“Rumah ini…rumah yang dimasuki gadis tadi kan?” Gumamku perlahan sambil masih memandang ke arah pintu sebelah.

“Kenapa awak tolong saya?” Kata-kata gadis itu tadi terngiang di telingaku kembali.

Aku tersenyum.

Tanpa menunggu lagi, aku terus masuk ke dalam rumah sewa baruku. Walaupun tidak berapa besar dan selesa seperti sewaktu aku tinggal bersama dengan ibu dan ayah, tapi ianya cukup luas bagi aku untuk tinggal seorang diri.

Aku mula mengemas barang-barang yang aku bawa. Pakaian, alat-alat photography seperti kamera dan lain-lain, dan tidak lupa juga berpuluh-puluh komik yang aku bawa. Aku letak dan susun semua itu ditempat yang sepatutnya.

“Fuhhh! Siap pun!” Aku tersenyum kepuasan melihat rumahku yang telah pun kemas. Tapi seketika,aku teringat akan sesuatu.

The prince.” Aku terus mendapatkan bag galasku dan disaat aku mendapati komik yang baru aku beli di lapangan terbang tadi masih ada di dalam beg itu,aku tersenyum kelegaan. Aku mengeluarkan komik itu dari dalam beg dan meletakkan ‘The prince’di hadapan  komik-komikku yang lain yang aku susun di atas rak tadi.

Dan kalau ada yang perasan,sebenarnya…ada satu persamaan antara semua komik-komik itu. Semuanya ditulis oleh seseorang. Seseorang yang dikenali sebagai pelukis misteri.

Last Cindarella.

Setelah berpuas hati dengan keadaan rumahku, aku mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan diri.

Dan semasa aku sedang mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala, aku baru perasan akan kewujudan sliding door yang menghubungkan bilikku dengan sebuah balkoni.

Seperti dipanggil-panggil, dengan rambut yang belum kering sepenuhnya,aku keluar ke balkoni tersebut.

“Ahhh,segarnya udara malam.” Aku mendepakan tangan sambil menghirup udara malam yang boleh membekukan hidung itu. Sejuk tapi segar!

Seketika, aku memandang ke balkoni rumah sebelah.

Tiada orang.

Sliding doornya pun tertutup rapat. Hanya langsir pink yang dipasang dari dalam yang kelihatan.

“ Aku yakin…aku tak salah lihat tadi. Rumah sebelah ni,memang rumah yang dimasuki oleh gadis tadi.”

Seketika,kejadian di pasaraya pada tengah hari tadi kembali diingatan. Tisu-tisu yang bertaburan itu, aku kutip dan aku susun di atas kaunter.

“Nampaknya, dia tak perasan aku yang menolongnya pada waktu itu.”

“Kenapa awak bantu saya?”  Soalannya kembali terngiang di telingaku.

Aku tersenyum.

Dan seketika,aku memandang ke langit yang dipenuhi bintang yang bergemerlapan.

“Jung Eunji, awak dimana? Park Chanyeol dah kembali.”

 

TO BE CONTINUED

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!