-FIVE-

Last Cindarella

CHAPTER 5

 

Eunji POV

 

Teet…

Skrin kecil yang membolehkan aku untuk melihat keadaan di luar dari dalam rumah itu terus terbuka disaat botton bulat berwarna merah itu aku tekan. Aku mendekatkan wajahku pada skrin itu dan tidak lama selepas itu, mataku mula mengecil .

 “ Tak mungkin. Kenapa aku tak nampak sesiapa pun di luar? ” Aku mula menggaru kepalaku yang tak gatal. “ Jadi,siapa yang tekan loceng rumah aku tadi? Takkanlah han…” Aishh,meremang bulu roma kat tengkuk aku memikirnya. Dah lah malam ni macam sunyi semacam je. Seram!

Aku cepat-cepat menggelengkan kepalaku…membuang segala fikiran negatifku .“Eunji,kau kena bertenang. Kau tak boleh fikir bukan-bukan. Hantu tak wujud ! Bunyi loceng tadi…mungkin itu hanyalah imiginasi dan khayalan kau sahaja.” Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum aku membuat keputusan untuk menutup skrin itu. Tapi niatku terbantut tatkala aku baru sahaja menyentuh button merah itu. Ada sesuatu yang baru aku perasan! 

Tanpa menunggu lagi, aku cepat-cepat membuka pintu dan ternyata aku tidak salah lihat. Memang ada sesuatu di atas lantai di hadapan pintu rumahku ini.

Sesuatu yang berjaya menarik perhatianku.

Perlahan-lahan, aku membongkokkan sedikit tubuhku untuk mengambil apa yang aku lihat itu.

Sebuah komik. Komik yang dilukis olehku. ‘The Prince’.

“ Macam mana komik ni boleh ada di sini? Siapa yang letakkan komik ni kat sini?”

Aku memandang ke sekeliling . Manalah tau kalau-kalau orang yang meletakkan komik ini di hadapan pintu rumahku masih ada di sini. Tapi malangnya, aku tidak dapat melihat sesiapun.

Pelik! Kenapa orang tu tinggalkan komik ni depan rumah aku?

Dan pada saat itu juga, tiba-tiba…sehelai kertas kecil berwarna biru terjatuh ke lantai daripada komik itu.

“Ohh...benda apa tu?” Aku baru sahaja ingin mengambil kertas kecil itu, tapi malangnya, angin malam yang agak kuat pada malam ini telah menerbangkan kertas itu dan kertas itu akhirnya mendarat betul-betul di hadapan pintu rumah jiran baru aku itu.

Huh! Nasib baik ia berhenti terbang.

Aku mendekati pintu rumah jiranku itu untuk mengambil kertas itu. Tapi apa yang berlaku pada ketika itu membuatkan aku sangat panik. Kertas itu termasuk di bawah pintu itu sebelum aku sempat mengutipnya!

Ottokhae? Apa patut aku buat sekarang? Macam mana aku nak dapatkan kertas tu semula? Haish!  Takkanlah aku nak ketuk pintu ni dan bagitahu tuan rumah ni yang barang aku termasuk ke dalam rumahnya? Aku tak nak! Cari jalan lain,Eunji ! Mesti ada cara lain!

Sedang aku mundar-mandir di hadapan rumah itu,tiba..tiba…

Ting! Mentol idea di atas kepalaku menyala.

“Pensel ! “ Baru aku teringat, tadi aku ada selitkan sebatang pensel di telinga kananku. Dengan tergopoh-gapah, aku menarik pensel itu daripada cuping telingaku dan mula meniarap untuk mendapatkan kertas itu dengan menggunakan alat tulis tersebut. Aku cuba menjolok pensel itu sedikit demi sedikit di bawah pintu itu dengan harapan kertas itu akan terkeluar apabila dikuis oleh pensel itu. Tapi walaupun sudah banyak kali aku cuba, kertas itu tak juga muncul-muncul.

“Alamak, kenapa payah sangat ni.?! ” Aku mengeluh.

Tapi aku tak boleh putus asa. Kertas itu… mungkin penting buat aku.

“Hwaiting…Eunji!” Aku cuba untuk menjolokkan pensel itu sekali lagi, kali ini lebih ke dalam berbanding cubaan-cubaan yang lepas, tapi alangkah malangnya nasib aku pada malam ini apabila bukan sahaja kertas itu yang berada di dalam rumah jiranku pada ketika ini tapi …pensel itu sekali!

Pensel kegemaranku yang aku selalu gunakan setiap kali melukis  itu terlepas dari peganganku dan berguling masuk ke dalam rumah itu !

Ottokhae???? Matilah aku macam ni! Aku hampir sahaja menangis.

Dan pada ketika itu juga, tiba-tiba…

Kltakk…

Pintu di hadapanku ini terbuka.

Oleh kerana terkejut, aku terus bangun dengan tergopoh-gapah sehinggakan badanku yang besar ini menjadi tidak stabil dan aku lantas memejamkan mataku apabila aku terasa yang aku akan terjatuh.

Tapi pada saat itu, ada seseorang menyambutku…menghalang aku dari terus terjatuh. Aku dapat merasakan tangan miliknya erat mengelilingi pinggangku. Dadanya yang bidang itu bersentuhan dengan dadaku.

‘Detak jantungnya…mempunyai irama yang sama denganku.’

Perlahan-lahan,aku membuka mataku. Dan alangkah terkejutnya aku apabila insan yang menyambutku itu adalah lelaki yang sama aku jumpa di dalam lif pada siang tadi.

Adakah ini kebetulan atau….?

Tapi…apa yang dia buat di sini? Macam mana dia boleh ada di sini? Lebih tepat,macam mana dia tiba-tiba boleh muncul di hadapan rumah ini?

Aku cepat-cepat membetulkan diriku dan dia mula melepaskan pinggangku.

“Kamsahamnida .“ Aku membongkokkan tubuhku sedikit ke hadapan sambil berterima kasih kepadanya kerana dia membantu aku lagi.

“Kau cari ini?” Lelaki itu menunjukkan apa yang berada ditangannya sekarang. Mataku terus membulat tatkala aku dapat melihat kertas kecil itu sekarang berada dalam genggamannya.

 “Iya. Kertas itu saya punya.” Aku baru sahaja ingin mengambil kertas itu tapi tangannya tiba-tiba menjauh seperti sengaja tidak membenarkan aku mengambil kertas itu.

Aku mula mengerutkan dahiku dan memandangnya pelik. Sebaliknya dia… memandangku dengan sebuah senyuman. Senyuman yang pada pandanganku kelihatan agak sinis.

Apakah maksud di sebalik senyumannya itu?

“Kalau kau nak kertas ini semula…aku boleh bagi. Tapi…dengan satu syarat.”katanya dan senyuman sinisnya itu masih kekal menghiasi bibirnya yang tebal itu.

Aku agak terkejut. “Syarat ? ”

“Nde…syarat. Kenapa? Kau tak nak dengar ke syarat tu? Kalau kau tak nak tak apa lah. Kertas ni…akan menjadi milik aku.” Setelah habis berkata-kata, dia terus membuka pintu rumah di hadapan kami berdua dan dengan selamba,dia masuk ke dalam rumah itu.

“Nanti dulu!” Dengan pantas, aku memegang pintu itu untuk menghalang pintu itu daripada ditutup sepenuhnya.

Dia kelihatan agak terkejut dengan tindakan aku itu. Dengan mata yang membulat … dia memandangku…seperti menunggu apa yang aku ingin katakan kepadanya. Entah kenapa, pandangannya itu membuatkan aku berdebar tanpa sebab.

“Siapa …na-na-nama awak?”  Eh,kenapa pulak dengan aku ni? Kenapa aku tiba-tiba tanya nama dia pulak? Siap tergagap-gagap lagi. Malunya!

“Park Chanyeol. “ Selamba je dia jawab dengan muka feelingless dia tu.

“Oh,itu nama awak rupanya. Tapi…Chanyeol-ssi, kenapa awak masuk ke dalam rumah ni tanpa kebenaran tuannya?”

“Kebenaran tuan rumah?” Dia mengulangi kata-kataku dan seketika ketawanya meletus. Dia ketawa siap sampai  pegang perut lagi. Apa yang kelakar sangat? Aku tak buat kelakarlah !

Setelah ketawanya reda, dia tiba-tiba mendekatkan wajahnya ke wajahku dan perlakuannya itu membuatkan aku berasa sangat tidak selesa. Aku cepat-cepat melarikan anak mataku daripada bertembung dengan anak matanya.

“Yaa!! Kau ni memang tak peka langsungkan. Semua benda kau tak perasan.”

Apa dia cakap ni? Apa yang aku tak perasan?

Akhirnya,dia menjauhkan wajahnya dan itu membuatkan aku berasa lega yang teramat.

“Buat pengetahuan kau,tuan rumah ini adalah…aku. Sekarang…aku yang tinggal di sini. Faham? Wahai jiranku?”

Bwoya!! Ji-ji-jiran ba-baruku adalah lelaki yang bernama Park Chanyeol ini? Jinja?

My imaginary guy becomes my guy nextdoor?

Aku hampir sahaja terlopong. Susah untuk aku mempercayai semua ini.

“Kenapa kau pandang aku macam tu? Mulut kau tu…kau memang nak biarkan dia terbuka luas macam tu ke?” Pertanyaannya itu membuatkan aku tersedar.

“Ah,maaf.” Aku terus menutup mulutku dan menundukkan kepalaku bagi mengelakkan aku terus memandangnya seperti itu.

“Baiklah...kalau tak ada apa-apa lagi…aku masuk dulu.” Belum sempat aku berkata apa-apa, dia terus menutup pintu rumahnya itu.

“Kertas dan pensel  tu…” Aku hanya boleh mengeluh . Mungkin lain kali, aku akan cuba mendapatkannya kembali.

Aku mula membuka langkahku menuju ke rumah sebelah,rumahku. Tapi baru beberapa langkah aku ambil…tiba-tiba ada seseorang menghalang perjalananku. Lelaki yang bertubuh tinggi lampai itu betul-betul berdiri di hadapanku.

“Saya dah jumpa awak,Last Cindarella.” Suara itu…aku kenal.

Lantas…aku mendongakkan kepala untuk melihat wajah lelaki yang berada di hadapan aku sekarang. Mataku membulat tatkala aku dapat melihat senyumannya. Nampaknya,aku tak silap...suara itu benar-benar miliknya.

“Kim Jongin…”

Dan pada ketika itu juga…

“Apa maksud kau? “ Ada satu suara kedengaran  datang dari arah belakangku. Aku pantas menoleh.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Chanyeol sedang memandang aku dan Jong in. Dan yang membuatkan aku lagi terkedu sehinggakan aku merasakan nafasku seperti terhenti buat seketika apabila aku terpandang apa yang sedang dipegang oleh Chanyeol pada ketika ini. Komik ‘The Prince’!

Chanyeol mula berjalan mendekati kami berdua dan matanya yang kemerah-merahan itu terarah pada Jongin tanpa sekilas pun memandang aku.

“Apa maksud kau yang kau dah jumpa Last Cindarella? Siapa…Last Cindarella?”

 

TO BE CONTINUED

 

p/s: for my readers,sorry sangat2 kalau iema buat korang tertunggu2 smbungan dia...iema akan cuba update bila iema free.okey? Stay calm and read Last Cindarella.XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!