- NINE -

Last Cindarella

Chapter 9

 

 

 

Chanyeol POV

 

 

Kemeja biru muda dan jeans… aku sarungkan ke tubuh.

 

Jam tangan Rolex berwarna silver… aku lilitkan pada pergelangan tangan kiriku.

 

Rambut yang tidak terurus… aku rapikan.

 

“Done! ”

 

Aku tersenyum sendiri di hadapan cermin tatakala merasa telah berpuas hati dengan penampilanku.

 

Baru sahaja aku ingin keluar dari bilik…

 

Teet teet..

 

Handphone di tanganku berbunyi. Aku melihat nama pemanggil yang tertera. Nafasku aku hembus berat  sebelum aku membuat keputusan untuk menjawab panggilan tersebut.

 

"Yeoboseyo."

 

"Sayang! Kenapa baru angkat call I? Puas I call you malam tadi tau. You tau tak, I miss you so much." Rengekan si gadis di talian menjengah deria pendengaranku.

 

Aku tersenyum senget. "Cis...nak termuntah aku dengar tahu tak. Tak payahlah berlakon.”

 

“ Yelah-yelah. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Ha!  Kau tak jawab lagi soalan aku, kenapa kau tak jawab call aku malam semalam?” Dia menelefonku malam semalam? Aku lantas memeriksa handphoneku, terdapat 10 misscall dari gadis itu.

 

“Sorry. Aku ada hal sikit malam semalam. By the way, kenapa kau telefon aku ni? Bosan? Mana boyfriends kau yang berlambak tu? Dah kau tinggalkan?" Aku sengaja menekankan suara semasa menyebut perkataan ‘boyfriends’ untuk menunjukkan betapa ramainya teman lelaki gadis ini yang asyik bertukar-tukar. 

 

"Biasalah. Bukannya kau tak tahu, tak ada seorang pun boleh ‘pakai’. Semua lelaki sama! Diaorang cuma nak puaskan nafsu mereka dengan perempuan cantik je. Bukan betul-betul cinta." Suara gadis itu kedengaran meninggi. Kemudian, dia mengeluh.

 

Aku tersenyum sinis. "Huh! Kau tu pernah ke cintakan lelaki betul-betul? Yang kau tahu permainkan hati dan duit lelaki-lelaki kaya je kan? Betul tak, wahai cik playgirl? " Sengaja aku menyakat gadis itu. Tapi tiada yang salah dalam kata-kataku. Ianya adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Siapa yang tidak kenal Bae Suzy, Playgirl paling licik di Japan.

 

"Yaaa!! Berani kau cakap aku macam tu. Kau jangan lupa, playgirl ni juga akan jadi isteri kau nanti tau."

 

Dupp!

 

Aku sedikit tersentak apabila perkataan ‘isteri’ itu disebut. Aku paling tak senang jika soal ini dibangkitkan.

 

"Suzy-ah, kau betul-betul dah buat keputusan? Kau sanggup… dipaksa kahwin dengan aku?"

 

Senyap.

 

Hanya nafas kami berdua yang kedengaran di talian buat sementara waktu sebelum gadis itu mula bersuara semula.

 

"Yaaa!! Aku pun tak nak kahwin dengan kau lah. Tapi …itukan apa yang ibu dan ayah kita mahukan. Apa kuasa kita untuk membantah."

 

Aku mengiyakan apa yang dikatakan Suzy. Memang kami tiada kuasa tapi setidak-tidaknya kami masih ada hak untuk memilih pasangan hidup masing-masing.

 

"Suzy-ah, apa kata kita batalkan semua ni. Kita sama-sama menentang perkahwinan ini.”

 

“ Tapi…kenapa? Adakah kerana… Last Cindarella?" Suaranya kian perlahan. Dan aku perasan, suaranya seperti bergetar.

 

"Bukan. Ianya bukan sebab Last Cindarella atau sesiapa pun. Aku ingin lakukannya demi kita. Aku nak lihat kau bahagia. Perkahwinan tanpa disulami cinta tak boleh menjanjikan kebahagiaan...kau tahu itu kan? Suzy-ah, kita dah lama berkawan...dan aku tak nak persahabatan kita musnah kerana perkahwinan tanpa rela ini. Aku sayangkan persahabatan ini. Aku juga sayangkan kau." Ikhlas aku menuturkannya. Tapi aku tidak mendapat apa-apa respons dari gadis itu.

 

Kenapa tiba-tiba dia senyap ni? "Yeoboseyeo? Suzy? Hello?"

 

"Ohh..Chanyeol. Nanti kita borak lagi yer. Omma panggil aku. Bye." Setelah itu, dia terus mematikan talian sebelum sempat aku berkata apa-apa.

 

"Bye."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suzy POV

 

 

Button merah di skrin handphone pantas aku tekan.

 

Nafasku yang turun naik dengan laju tidak dapat aku kawal. Perasaanku bercampur baur saat ini. Disebabkan itu, aku sengaja mencari alasan untuk menamatkan perbualan aku dan Chanyeol.

 

Aku melihat ke skrin handphone. Terpapar wajah ceria aku dan Chanyeol yang aku jadikan wallpaperku pada ketika ini. Gambar selfie kami berdua yang berlatar belakangkan pokok sakura itu diambil semasa lawatan kelas kami di  Shinjuku Gyoen National Park pada dua tahun yang lalu.

 

Memori indahku bersama Chanyeol mula berlegar-legar di ruang fikiranku. Aku tersenyum.

 

Aku menyentuh wajah Chanyeol yang terdapat di skrin handphone. "Chanyeol - ah...aku juga inginkan kau bahagia. Dan aku juga sayangkan kau."

 

Tett tett…

 

Handphoneku yang tiba-tiba berbunyi mematikan lamunanku. Setelah melihat nama pemanggil, aku segera menjawab panggilan tersebut.

 

"Rahsia kita dah terbongkar. Lelaki yang bernama Kim Jongin itu dah tahu yang aku bukan Last Cindarella yang sebanar," beritahu gadis di talian.

 

“Apa?! Macam mana dia boleh dapat tahu?” Aku bingkas bangun dari katilku.

 

“Aku juga tak tahu dari mana dia dapat tahu. Selama ini, rancangan kita tiada masalah…semuanya berjalan dengan lancar.”

 

Aku mula memegang dahiku.

 

Kusut!

 

“Tak apa. Aku akan fikirkan macam mana nak settlekan semua ni,”kataku lalu mematikan talian.

 

Handphone di tangan aku campakkan ke atas katil.

 

Lalu kakiku mula melangkah ke arah jendela yang sejak tadi terbuka luas. Pandanganku mula aku tebarkan ke dunia luar ciptaan Tuhan yang sangat cantik… demi mencari kedamaian buat hatiku.

 

Seketika, cincin yang tersarung di jari manisku menjadi tatapan.

 

“Chanyeol-ah, maafkan aku. Kerana aku sayangkan kau dan ingin bahagia di samping kau…aku tak boleh biarkan kau berjumpa dengan Last Cindarella yang sebenar.”

 

Aku bertekad. “Aku harus ke Korea sekarang.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

 

Aku memasukkan handphoneku ke dalam poket seluar setelah perbualanku dengan sahabat baikku itu tamat.

 

Aku tahu, Suzy sengaja menamatkan perbualan kami. Cuma yang buat aku tertanya-tanya…kenapa dia berkelakuan seperti itu? Dia tidak biasanya berpelakuan seperti itu.

 

Sudahlah! Aku tidak mahu memikirkan soal itu dahulu.

 

Ada sesuatu yang ingin aku lakukan sekarang.

 

Satu misi !

 

Aku membuka laci di ruang tamu lantas mencapai sesuatu yang bukan milikku.

 

Sebatang pensel kayu.

 

Aku harus memulangkannya semula pada tuannya.

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus keluar dari rumah dan pergi ke rumah sebelah.

 

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, entah kenapa aku rasa berdebar tanpa sebab.

 

“Baik aku practice dulu.” Aku mula mencari cara yang sesuai untuk aku pulangkan pensel itu kepadanya.

 

“Ehem.” Aku membetulkan koler bajuku.

 

“Nah,pensel kau,” kataku sambil acah-acah menghulurkan pensel itu kepada pintu yang kaku itu.

 

‘Macam tak sopan je. Hurmm…lagi sekali.’

 

“Ni pensel kau yang termasuk ke dalam rumah aku hari itu. Ambillah. Nak tak?”

 

‘Hurmmm..perlu ke aku tanya dia nak ke tak. Mesti lah dia nak. Itukan pensel dia.’ Aku rasa seperti orang dungu buat seketika.

 

‘Sekali lagi. Last!’

 

Tanpa sedar, aku sudah pun melutut sambil memejamkan mata dan menghulurkan pensel itu persis seperti lelaki yang sedang menghulurkan cincin untuk melamar. “ Wahai jiranku, sudikah kau menerima penselmu ini.”

 

“Mestilah sudi.”  Ha? Ada orang jawab? Suara perempuan!

 

Aku segera membuka mata. Alangkah terkejutnya aku apabila di hadapan aku sekarang tercegat seorang budak perempuan yang sedang tersenyum lebar menampakkan giginya yang rongak.

 

“Adik buat apa kat sini?”

 

“Bercakap dengan orang gila.” balasnya selamba.

 

 Aku memandang ke sekeliling untuk mencari gerangan orang gila yang dikatakan oleh budak perempuan ini. Tapi aku tidak nampak sesiapa pun.

 

Aku kembali memandang budak itu. “Orang gila? Abang tak nampak pun. Siapa?”

 

Tiba-tiba, jari telunjuknya dihalakan ke arah wajahku. “Abanglah. Dari tadi abang cakap dengan pintu tu. Orang gila je yang akan cakap dengan pintu.”

 

Aku hampir tercengang mendengar penjelasan budak itu. Mataku terkebil-kebil memandang wajah budak itu yang masih tersenyum.

 

What? Dia cakap aku orang gila? Cis! Tak guna punya budak! Nantilah, kalau kita jumpa lagi…abang akan tonyoh-tonyoh mulut tu. Biar semua gigi rongak. Huh!

 

Aku mula mempamerkan senyuman palsu. “Abang tak gila lah. Abang tengah berlatih tadi. Lepas ni, abang nak melamar akak dalam rumah ni,” temberangku sambil berbisik di telinganya.

 

“Hyerin, kat sini rupanya kamu. Jom balik!” Tiba-tiba, seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an terus mencapai tangan budak perempuan itu dan memimpinnya ke rumah mereka.

 

Tapi sebelum pergi, budak perempuan itu sempat mengatakan sesuatu kepadaku. “ Oppa, Fighting!”

 

Aku hanya tersenyum.

 

Aku bingkas bangun. Pintu di hadapanku aku tatap kembali. Aku menarik nafas sedalam yang boleh.

 

Dengan teragak-agak, jariku mula aku tujukan ke arah botton loceng rumah itu. Tapi aku menariknya semula sebelum aku sempat menekan button itu.

 

“Lain kali je lah aku pulangkan. “

 

Aku mula melangkah untuk beredar dari situ. Tapi alangkah gelabahnya aku apabila kakiku dengan tidak sengaja tersampuk pada penyapu yang tersandar pada dinding di sebelah pintu itu dan malangnya, hujung batang penyapu itu terkena pada botton loceng itu sebelum ianya jatuh ke lantai.

 

Ting tong.

 

Oh my god!

 

Apa patut aku buat ni? Lari masuk rumah? Menyorok dalam lif?

 

Belum sempat aku buat keputusan, bunyi pintu diunlock kedengaran.

 

Tubuhku secara automatik berdiri tegak di hadapan pintu.

 

‘Chanyeol, kau kena berlagak cool. Cepat senyum! Cepat! ’

 

Pintu dibuka.

 

Aku terus mengekalkan senyumanku selebar yang boleh supaya ianya tidak kelihatan janggal.

 

'Alahai… kenapalah dia ni pandang aku tak berkelip ni?! Letih lah aku nak senyum memanjang macam ni. Boleh kejang bibir. '

 

Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh biarkan dia terus macam ni. Dah macam patung bernyawa aku tengok. Aku kena sedarkan dia.

 

Aku cuba lambaikan tangan di hadapan mukanya. Tapi dia masih belum sedar...tetap macam tu.

 

Seketika, neuron-neuron nakalku mula berhubung. Aku mula mendekatkan wajahku ke wajahnya. Mata dia yang terbuka luas tanpa berkelip dengan mulutnya yang sedikit ternganga itu membuatkan aku sedaya upaya menahan gelak.

 

Tapi tak semena-mena...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Eunji POV

 

 

Berada di taman yang menghijau yang dipenuhi bunga matahari ini membuatkan aku berasa seperi di syurga. Rama-rama berterbangan dan sesekali hinggap di bahuku.

 

Suasana di hadapan mataku ini sungguh cantik dan menerujakan. Aku mula berlari riang sambil tanganku menyentuh setiap bunga matahari yang berada di tepiku.

 

Aku amat gembira sehinggakan aku tidak perasan ada seketul batu di hadapanku. Akibat lalai, aku jatuh tersungkur di atas tanah.

 

“Aduh. Sakitnya.” Aku mengurut kakiku yang sakit. Dan pada ketika itu, baru aku perasan…aku hanya memakai sebelah sahaja kasut. Mana lagi sebelah kasutku?

 

Sedang aku tercari-cari akan kasutku, seseorang menghulurkan tangannya kepadaku. Aku mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang menghulurkan tangan kepadaku itu.

 

Dan setelah silauan sang mentari pergi, wajah Chanyeol jelas kelihatan. Dia tersenyum kepadaku dan aku ikut tersenyum.

 

“Eunji-ah…sudikah awak menjadi pemaisuri di hati saya?” Aku terpempan. Benarkah apa yang aku dengar? Chanyeol sedang melamarku?

 

Ya Tuhan…lidahku kelu untuk menjawabnya.

 

“ Awak tak perlu menjawabnya dengan kata-kata. “ Dia..seperti memahami keadaanku. “ Kalau awak bersedia menerima saya dalam hidup awak, sambutlah huluran tangan saya.”

 

Aku menatap tangannya yang kemerah-merahan itu. Seketika,air mataku mula bergenang dek kerana kegembiraan yang tak dapat diselindung lagi.

 

Tanganku mula aku angkat untuk menyambut hulurannya.

 

Tapi belum sempat tangan kami bersentuhan…tiba-tiba ada tangan lain yang turut dihulurkan kepadaku. Tangannya jauh lebih kecil berbanding tangan Chanyeol.

 

Tangan siapa ni?

 

“noona.”

 

Si pendek?

 

Budak lelaki bertubuh kecil itu tersenyum lebar kepadaku. “Noona, sudi tak kalau noona jadi taman di hati saya? Taman yang luas …yang dilitupi rumput nan menghijau… yang dihiasi bunga matahari yang mekar tersenyum …dan ditemani rama-rama yang riang menari. Dan saya janji, akan saya jaga taman itu dengan kasih sayang.”

 

Sekali lagi, aku terpempan. Kali ini lebih dasyat sehinggakan aku rasa nafasku hampir terhenti.

 

Si pendek memang genius dan pandai berkata-kata.Dia memang budak lelaki yang lain daripada yang lain…istimewa. Tapi…aku tidak pernah menyangka yang kata-katanya akan seindah ini. Sangat indah seindah taman di hadapanku sekarang.

 

Apa yang harus aku lakukan sekarang ?

 

Dua orang lelaki melamarku secara serentak?

 

Siapa yang harus aku pilih?

 

Tidak!!!!!!!!!!!!

 

 

 

 

 

 

Zzup!

 

Aku akhirnya kembali ke dunia nyata. Khayalanku yang ‘menakutkan’ sebentar tadi telah pun lenyap menjadi debu-debu halus yang berterbangan.

 

Aku menarik nafas lega. Tapi …kenapa aku rasa masih ada yang tak kena.

 

Betul ke aku dah terbangun dari khayalan aku tadi? Atau aku sekarang sedang berada di dalam sequel khayalanku?

 

Aku cepat-cepat memejamkan mata. Dan di saat mataku aku buka kembali, semuanya masih sama. Mata Chanyeol betul-betul di hadapan mataku dan aku dapat melihat pantulan wajahku pada anak matanya. Hidungnya juga hampir bersentuhan dengan hidungku. Dan bibir kami…kejadian malam itu…

 

Oh no!!

 

"Ahhhhhhhh.." Aku  mula menjerit sekuat hati apabila menyedari yang ini adalah reality.

 

"Ahhhhhh.." Dia juga turut menjerit.

 

Melihatnya menjerit lebih kuat dariku membuatkan jeritanku secara automatik mati. Dan lama kelamaan, jeritannya mula menjadi perlahan dan akhirnya berhenti.

 

Terkedip-kedip aku memandangnya. "Kenapa  awak menjerit?"

 

Dia tiba-tiba berdehem dan membetulkan koler bajunya. Aku tahu dia ingin berlagak cool walaupun dia sebenarnya sedang menahan malu. Buktinya pipi dia dah merah! "Sebab ….sebab saya terkejut. Awak tu…tiba-tiba je menjerit. Dan awak pulak… kenapa menjerit?"

 

"Bibir awak..."

 

“Bibir saya?” Dia memegang bibirnya. “Kenapa dengan bibir saya?”

 

"Awak tau tak, bibir awak dekat sangat dengan bibir saya. Atau jangan-jangan, awak cuba kiss saya?" tuduhku melulu. Suara aku naikkan sedikit. Mataku aku jegilkan.

 

Tanpa aku sangka, dia mula ketawa. "Cihh...awak ni banyak sangat tengok drama korea ni. Saya cuma nak tengok betapa kelakarnya muka awak tadi dari dekat. Lagipun, tak mungkinlah saya nak cium perempuan macam awak." Dia sambung ketawa. Kali ini, dia memegang perutnya sambil ketawa terbahak-bahak.

 

Apa yang kelakar sangat, aku cuma tanya je.  Tapi...ada betulnya juga kata dia. Tak kan lah ada lelaki yang akan cintakan perempuan gemuk dan tak cantik macam aku. Ciuman dari mereka? Huh! Dalam khayalan aku jelah aku boleh dapat.

 

Aku tertunduk. Perasaan rendah diri itu menghantui aku lagi.

 

Tiba-tiba, aku tidak mendengar ketawanya lagi. Kenapa dia berhenti ketawa?

 

"Maaf. Bukan itu maksud saya. Maksud saya..tak kan lah saya nak cium awak. Kita bukan ada apa-apa hubungan istimewa. Lainlah kalau awak …kekasih saya atau… cinta pertama saya."

 

Cinta pertama? Kekasih? Mesti yang dia maksudkan itu Eunji.

 

"Awak tak perlu jelaskan, saya faham," kataku dengan nada perlahan. Rasanya untuk membuka mulut pun aku malas pada ketika ini.

 

"Ahh...sebelum saya lupa, sebenarnya saya datang ni nak pulangkan ini." Dia menghulurkan pensel kayu itu kepadaku.

 

"Terima kasih." Aku menyambut hulurannya .

 

“ Kalau dah tak ada apa-apa, saya masuk dulu.” Tanpa mengangkat muka, daun pintu rumahku terus aku tolak.

 

Tapi belum sempat pintu itu tertutup rapat, pintuku tiba-tiba ditahan oleh seseorang. Dan tanpa rela, aku membuka pintu itu kembali.

 

"Awak… free tak hari ini?" tanyanya.

 

" Tak. " Tanpa berfikir, laju je mulut aku menjawab. Lalu pintu rumahku terus aku tutup tanpa aku sedar yang dia masih ingin mengatakan sesuatu.

 

Aku tersandar pada daun pintu. Seketika, nafas berat aku hembuskan ke udara.

 

‘Kalau aku free pun, dia nak buat apa.’

 

"Kalau awak free, jom...teman saya makan." Betul-betul seperti di tepi telingaku, aku mendengar suaranya. Dia masih ada di luar?

 

Aku terus membuka pintu. Dan pada ketika itu, wajahnya terus menerkam pandanganku.

 

“ Sudi tak awak… teman saya makan? Saya belanja.” Dia tersenyum.

 

Aku rasa macam nak tersedak air liur sendiri.

 

Betul ke apa yang aku dengar ni?

 

Dia nak ajak aku keluar makan?

 

 

Adakah ini bermakna…ini adalah date pertama kami?

 

 

 

 

TO BE CONTINUED!

 

 

 

 

 

 

Epilogue.

 

15 tahun lalu.

 

"Noona, cinta pertama tu wujud ke?"

"Wujudlah. Kenapa tiba-tiba kamu tanya?"

"Saje. Hehe. Noona..."

"Yer…apa dia?"

"Kekasih tu macam mana?"

"Kekasih tu..hurmm...bila dua orang lelaki dan perempuan saling mencintai…mereka berdua sebenarnya dah jadi kekasih secara tak rasmi. Dan kalau salah seorang meluahkan isi hati dia dan seorang lagi menerimanya, secara rasminya mereka adalah kekasih. Ha! Lagi satu..kalau dah jadi kekasih..bolehlah dating."

"Dating?"

"Ermm… dating tu macam….keluar bersama. Dan masa tu, pasangan kekasih tu boleh buat apa sahaja yang mereka ingin lakukan bersama. Pergi makan ke...tengok wayang ke... jalan-jalan pun boleh…asalkan mereka dapat habiskan masa bersama-sama."

"Oh! Jadi, kita sekarang tengah dating la kan. Kita keluar bersama…sambil makan ramyeon ni."

"Hahaha! Kita kecik lagi lah. Mana boleh dating."

"Tak boleh ke? Lepas tu, bila kita boleh dating? "

"Haish...si pendek ni. Bila kita dah besar la."

"Janji?"

"Janji? Janji apa?"

"Janji bila kita dah besar nanti…kita akan pergi dating sama-sama?"

"Hahaha! Baiklah, wahai putera kecilku."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!